Week 13 ✅
Week 14: 2/4-8/4/2025
2 April = 3 Syawal kami masih di kampung.
3 April pun masih berhari raya di kampung.
Lepas BBQ tu Mak Uda layan depa main Jutaria.Pukul berapa tidur pun tak tau. Dah besar² dah cucu Tok Ayah, masing² pandai bawa diri dah. Tidur pun dengan sepupu², tak layan dah Ummi Walid ni 😅
4 Apr = 5 Syawal home sweet home.
Anak⁴ baru kelam kabut nak buat homework dsbnya. Balik dari asrama cuti raya hari tu Jumaat, Sabtu dah gerak balik kampung . Duduk di kampung sampai the following Jumaat so Sabtu ni je la yang ada untuk siapkan segala homework.
Ahad 6/4 kami beraya di rumah Tok Tam. Dah kenyang makan berdesup hantar Abang dan Angah balik ke asrama. Alhamdulillah Ahad tu tak jammed sangat.
7/4 Ummi regi untuk jadi petugas CP 💪🏻
Semangat ye sebab tahun ni Kakak last di SRAI. Cipta kenangan untuk dia dan Umminya juga ☺️
Alhamdulillah.
Jangan lupa pakai topi atau bawak payung masa jaga CP tu
ReplyDeleteKita bawa kipas Uncle :p
DeletePack yer jadualnya. Minggu ni nak dok diam-diam kat rumah.
ReplyDeleteWeekend aktiviti anak² pulak Kak 😅
Deletesempat tu sabtu anak² buat HW ya.
ReplyDeleteakk ms balik kg dah dok risau HW.. dia relax je🫣
Ini pun kena push Kak 😅
Deletehaha... kami balik awal Hari Sabtu dah ada di rumah untuk anak anak siapkan kerja sekolah kononnya... hapak ahad malam juga dia nak kelam kabut
ReplyDeleteHaha... Biasa la tu last minute baru lajuuuu buat homework pun haha
DeleteTu dia dimanfaatkan sungguh jadual dalam seminggu.. Alhamdulillah dpt bantu jdi petugas tu.. kenangan.. anak baru selesai merentas desa semalam..
ReplyDeleteTu la cipta kenangan katanya :D
DeleteJutaria tu, Milionaire ke? Acik pun suka main tu. Kalau monopoly, berjam-jam boleh main. Syok juga, bila dah kumpul ramai-ramai. Lagi satu, Cluedo pun best juga, boleh jadi macam Detective Conan. Hehe...
ReplyDeleteEntahlah, PH pun tak tau haha. Kalau monopoly dgn Saidina tu tahulah juga 😁
DeleteSeronok bila berkumpul ramai ramai di kampung. Memang tak ingatlah nak tidur. Tak sedar dah nak pagi. hihi...
ReplyDeleteItulah, ada pula mak sedara rajin melayan :)
DeleteJaga checkpoint mengimbau kenangan zaman Dania sekolah. Lepas tu semua penjaga checkpoint pergi ke bilik khas untuk jamuan makan. Hehe.
ReplyDeleteKami dijamu makan sebelum bertugas hehe... Lepas acara cuma ambil gambar beramai² atas pentas :)
DeleteSeronok kan beraya di kampung. Wah main jutaria. Pernah dengar tapi tak pernah main.
ReplyDeleteSy pun tak pernah main rasanya jutaria. Kalau monopoly dgn Saidina biasa main dulu²
DeleteWwah...rajin ni ummi jaga check point...
ReplyDeleteSesekali bersosial SA haha
Delete