Monday 18 May 2015

Selamat Hari Guru



Bila Abang memberitahu dia ingin memberi hadiah kpd cikgunya sempena hari guru, lantas saya teringat pengalaman sendiri meraikan hari guru. Seingat saya sewaktu zaman saya bersekolah dulu terutamanya semasa di sekolah rendah tidak pernah kami meraikan hari guru dengan pemberian hadiah. Kami anak2 kampung jauh di pedalaman. Mak ayah kebanyakan bekerja kampung seperti menoreh getah yg punya pendapatan yg tidak tetap. Jangankan hendak membeli hadiah utk cikgu, duit yuran pun bertangguh sehingga ke hujung tahun. Cikgu2 pun faham keadaan kami. Justeru sambutan hari guru kami hanya diwarnai dgn ucapan guru besar dan persembahan murid. 

Tapi, jasa guru tak pernah dilupa. Sebab itulah setiap kali tiba musim buah berebut2 Mak ayah kami menghadiahkan hasilnya kpd cikgu2 kami. Penuhlah but kereta cikgu dgn durian, rambutan, langsat, manggis, rambai, tampoi juga petai! Bukan sehari malah berpanjangan sehingga habis musim buah. Arwah pak akan memilih buah durian dari pokok yg paling sedap isinya utk dihadiahkan kpd guru2 saya, terutamanya Cikgu Jamil, guru kelas saya selama beberapa tahun. Melihat senyuman ikhlas cikgu tanda terima kasih juga genggaman erat tangan Pak menyalami tangan cikgu adalah kepuasan bagi saya. 

Manakala sewaktu di sekolah menengah kami pernah 'mengenakan' seorang guru pelatih dgn hadiah misteri. Idea ini datangnya dari rakan sekelas kami, DA. W/pun tidak terlibat secara langsung kami semua bersetuju utk bertangjungjawab sekiranya apa2 terjadi. DA memasukkan  beberapa ekor serangga spt ladybird dan belalang kecil ke dalam kotak dan diberi kpd cikgu. Kesian cikgu bila kotak dibuka habis berterbangan serangga2 tersebut. Pucat muka cikgu krn terkejut. Nakal.

Manis sungguh kata2 Abang utk cikgu kesayangannya. 

Saturday 16 May 2015

Peria Katak ~ Bunga Jantan vs Bunga Betina


Bila melihat peria katak yang ditanam mula berbunga saya memang excited. Tapi keesokkan harinya saya tengok bunganya gugur. Frust sebab dah berangan nak makan hasil tanaman sendiri.

Rupanya setelah membelek2 pokok peria tu baru saya perasaan, ada dua jenis bunga yang dihasilkan, bunga jantan dan bunga betina. Yang lekat buah bunga betina. Baru ku tahu :)


Yang ini bunga jantan. Tangkainya panjang dan kelopak bunganya lebih besar dan bentuknya agak bujur. Bunga jantan akan gugur selepas beberapa hari kembang.


Ini pula bunga betina. Kelopaknya lebih kecil dan bentuknya lebih bulat. Dibelakang bunga tu boleh nampak bentuk buah yang dihasilkan. Bunga akan mengecut selepas kembang beberapa hari. Mungkin juga akan gugur akhirnya spt juga bunga jantan.

Sungguh saya takjub dengan ciptaan Allah. Dengan tumbuhan sebegini pun kita boleh nampak kekuasaan-Nya yang Maha Pencipta. Di kebun kecil ini juga saya dapat sedikit ilmu hanya dengan belajar dari alam. Subhanallah. 

Saturday 9 May 2015

Mandurah Hotel Kuantan


I must admit that first time I saw the hotel's name on our way to Kuantan, I was like "tak pernah dengar pun nama hotel ini, OK ke?". That was my thought bcoz hubby kept telling me that the venue for the family day is duta sands beach resort. He never mentioned about the hotel name but only informed me that we will be staying at a hotel instead of Duta's chalets. I guess he also had no idea about the hotel :)

However when we arrived at the hotel I was sooooo please to see the hotel. It is a newly opened hotel in which we are among their first guests. In fact our group is the first group to stay there. I was so happy because the organizer chose the hotel over the chalets. The chalets looked abandoned and dull and need a facelift to regain its charm. In fact this place is going to be renovated soon. On the other hand, the hotel stands tall and welcoming.

Come I show you!



We are booked at a family room with 2-queen size beds. Angah  was eager to discover the room :)


Accompanied with 3 large windows facing the sea. This photo is taken from our room. Isn't it  a breathtaking view?


I peeped thru the window to see the sunset and sunrise. Heaven! 


The powder room and mini pantry are attached to the bathrooms. Did I mentioned that this family room has two bathrooms? Awesome!




Private beach at the back of the hotel. 
I really love this place and hope to come here again, perhaps in a near future. 

At first, we were a little bit upset when we were told that the swimming pool was under renovation. But who needs swimming pool when you have a beautiful sandy beach like this one right?


Till then. 
Happy weekend! 




Friday 8 May 2015

Update Kebun ~ Peria Katak


Berbunga-bunga hati bila ke belakang rumah hari ni nampak pokok peria katak dah berbunga. Sekuntum je pun... kecoh satu dunia :) macam ayam bertelur sebiji riuh sekampung gitew.


Bagi mereka yang suka bercucuk tanam boleh faham kot perasaan saya. Bila pokok yg kita semai mula membesar dan menghasilkan bunga/buah ada satu kepuasaan yg sukar digambarkan. 


Ini induknya. Taklah gemuk mana pun tapi pucuknya dah menjalar dan menjulur tinggi, sama naik dgn pokok kacang panjang. Berlumba2 memanjat pokok kari. Malah ada juga sulur paut pokok peria katak yg dah belit ampaian jiran belakang. Masa pautkan sulur tu kembali ke pokok kari yg saya terperasan dah ada bunga. Kuntum bunga yg kuncup lagi banyak juga narmpaknya. Kalau semua menjadi Alhamdulillah. Saya suka rebus buat ulam buah ni. Takpun goreng rampai campur telur. Makan dgn nasi panas. Aduh dapnya. 


Selit skit; 


Wednesday 6 May 2015

Kuantan ~ hari last


Jika hari ke-2 kami bersarapan di hotel, 
hari terakhir di sini, kami disajikan dgn nasi dagang yang ditempah khas. Sedap. Usai sarapan hampir kesemua peserta mengambil kesempatan utk mandi laut, termasuk juga kakjah kita:) w/pun sekadar menjadi life guard anak2 pun jadilah.

Pantainya yang cantik bersih dan jernih sangat2 mengujakan. Apatahlagi pantai ini dikira private beach khusus utk tetamu hotel. Memang sakanlah group IAD bersuka ria di sini. 

Menjelang jam 10 ramai mula meninggalkan pantai utk berkemas pulang. Bagi mereka yang berasal dari pantai timur rata2 mengambil kesempatan utk pulang ke kampung memandangkan cuti masih berbaki. Kami pula memilih utk terus pulang ke ibu kota. 

Ini adalah antara percutian terbaik bagi kami sekeluarga. We enjoyed it very much. Alhamdulillah syukur atas nikmat yang diberikan. Moga ada ruang dan  peluang utk ke sana lagi. 





Till then. 

Tuesday 5 May 2015

Kuantan ~ hari ke2



Sambung cerita semalam.... 
Memandangkan balqis masih lena, saya mengajak Abang & Angah mengambil angin di pantai. Ikutkan mereka berdua nak mandi laut tapi saya tak benarkan kerana kami ada acara sukaneka selepas sarapan. Main pasir je la....

Selepas bersarapan kami berkumpul untuk acara sukaneka. Abang masuk acara 6 thn ke atas manakala Angah  acara 6 thn ke bawah. Satu2nya acara yang disertai oleh Angah  ialah mencari gula2 di dalam tepung. Dapat sebiji gula2 terus dia stop taknak main. Alasannya muka dia comot kena tepung! Hahaha...




Petangnya adalah acara bebas. Maka ramailah yg meronda di bandar kuantan. Antara tempat yang diserbu ialah Mustafa Cendol yang terkenal tu. Kami juga ke sana utk minum petang. 

Malamnya ada bbq dinner dan acara penyampaian hadiah utk sukaneka, staff awards dan juga lucky draw. Acara bertemakan warna hitam putih dijalankan secara santai di tempat terbuka at a secluded area. Sangat OK memandangkan terdapat ramai kanak2. Ada yang berlari ada yang melompat. Sukahati je...

Yang paling mengujakan hubby berjaya memenangi salah satu hadiah istimewa utk lucky draw, voucher hi-tea di menara KL. Alhamdulillah. Jika tiada halangan dapatlah kami merasa naik menara KL.


Acara terakhir utk malam ini adalah sesi bergambar. Seterusnya kami memilih utk berehat di bilik sahaja w/pun ada yang mengajak keluar minum.

Jumpa lagi... 


Sunday 3 May 2015

Bercuti di Kuantan


Tahun ni IAD memilih Kuantan sebagai venue untuk family day. Lebih tepat di Pantai Beserah, Kuantan. 
 
Masing2 memilih utk bergerak sendiri ke destinasi. Memandangkan jumaat lepas ramai yang balik kampung & bercuti di pantai Timur jadi bilangan kenderaan sangat banyak. Dari tol gombak ke genting sempah mengambil masa sejam. Dan di semua R&R dan lay-by memang full. Mujur juga kami sudah siap bersarapan sebelum bertolak. 

Sedang mencari2 hotel azan zohor berkumandang. Terus kami mencari masjid utk solat jumaat. Usai solat kami terus ke Hotel Mandurah. Letaknya bersebelahan dgn duta sands beach resort. Sekarang dikenali dgn nama M Hamlet Chalet. Kedua2 tempat ni dimiliki oleh owner yang sama.


Dari bilik hotel kami boleh lihat pantai yang cantik. Hilang segala penat lelah sepanjang 4 jam diatas jalan raya. Subhanallah sungguh memukau pemandangan yang dapat dilihat. 

Sepatutnya acara pertama dijadualkan pada jam 3 ptg tetapi terpaksa dilewatkan memandangkan masih ramai yg belum  tiba. Selepas berehat saya bawa anak2 ke pantai sementara hubby rejoin dgn officematesnya utk briefing dan indoor games. Acara mewarna utk kanak2 juga diadakan tapi anak2 kami prefer utk bermain di pantai. Umi laaagilah suka :)


Malamnya kami beramai2 ke tanjung lumpur. Makan di restoran santai. Femes restoran ni. Tempatnya cantik tapi bagi saya food biasa2 je. Tempatnya very crowded dan kurang selesa bagi group kami yg ramai anak kecil. Mungkin pemilik boleh menambah bilangan kipas agar tidak terlalu panas. W/pun team IAD buat reservation tapi tempat yg disediakan terlalu pack. Habis makan semua berkeliaran mencari angin! Majlis berakhir dgn acara lucky draw. 

There goes our 1st day. Esok sambung cerita hari ke-2, insha Allah. Nak laundry baju yang berbakul2 :)