Showing posts with label Sharing. Show all posts
Showing posts with label Sharing. Show all posts

Friday, 9 October 2026

Manis-Manis dlm Bajet 2027

Alhamdulillah doa dimakbulkan. Bantuan SARA Madani  (SARA untuk Semua) bukan saja dikekalkan tapi akan diberi 2x untuk tahun 2027. 




Pemberian akan diberi sebelum Aidilfitri dan sekali lagi bulan Ogos rasanya. Dasawarsa tu maksudnya dekad. 7 dasawarsa = 70 tahun ie merujuk kepada 70 tahun kemerdekaan negara tahun depan. 

Ummi: Dasawarsa tu apa ?
Angah: Dasawarsa tu 1 dekad (10 tahun)
Ummi: awat guna dasawarsa? Awat tak dekad ja? (I like to stimulate his thinking) 
Angah: sebab PMX nak kita berfikir
😁

Selain tu ada juga perkataan norja dan marbut yang menarik perhatian kami dalam Belanjawan kali ni. Maksud noja dan marbut ni ialah ringkasnya staff sokongan masjid/surau yang terlibat dalam urusan kebersihan dan keselesaan rumah ibadat tersebut. 

Selain SARA ni, cukai individu tu juga antara habuanlah yang boleh dinikmati. In this case Walid la... Ummi dan anak-anak yang dibawah tanggungan beliau dapatlah juga tempiasnya. 

Alhamdulillah Bantuan Awal Persekolahan (BAP) juga dinaikkan kepada RM 200. BAP ni sangat membantu khususnya untuk Ibu bapa yang mempunyai ramai anak yang bersekolah. 
Alhamdulillah adalah manis-manis juga untuk kami. 

Apa lagi yang menarik perhatian kalian dlm Bajet kali ni? 

Friday, 2 October 2026

Boba

Ada sekali tu Angah bawa balik boba. Kawannya balik kampung di Pattani, Thailand dan bagi Angah sebungkus boba. 

Inilah rupa bentuk boba yang masih belum direbus. Boba yang kawan Angah bagi ni dibuat dari kanji ubi kayu. Pertama kali Ummi tengok rupa boba yang belum dimasak ni. 

Jenis-jenis boba. 
Sumber Google. 

Untuk makan boba ni, kena rebus dulu bagi lembut/, kembang. 

Selepas direbus hingga kembang...

Kemudian toskan, ambil sikit air rebusan boba tadi, campur gula dan kacau hingga larut bersama boba yang telah ditoskan. 

Campur susu full cream, minum. 

Kalau nak lagi sedap, buatlah teh susu macam Tea Live tu. Tapi ini diorang excited nak cuba boba tu, jadi minum dengan susu saja.

Ada yang pernah bancuh boba tea sendiri? 
 

 


Monday, 21 September 2026

Nasi Lemak (Tepi) 7E

Nasi lemak nan satu ni dah lama bertapak di Sri Gombak. Kami panggil Nasi Lemak 7E sebab lokasinya berhampiran 7E. Bukan nasi lemak 7E jual ye. Tak pastilah 7E ada jual nasi lemak ke tidak. Itu kena tanya ratu 7E, Cie 😁

Jualan nasi lemak ni diusahakan oleh sepasang suami isteri.  Depa buka meja berniaga depan kedai basikal Power Rider. Ada sorang lagi peniaga wanita yang berniaga betul² depan 7E tu. Nasi lemak yang Ummi  maksudkan ni yang depan kedai basikal. Suami isteri ni orang Melayu kita tapi pelanggannya berbilang bangsa, terutamanya orang Cina. Selalulah kalau Ummi singgah beli tu mesti terserempak dengan aunty² dan uncle² Cina ni. 

Nasi lemak bungkus surat khabar. 

Ummi beli nasi lemak telur mata. 
Nasi lemaknya ada telur rebus, timun dan kacang goreng. 

Tambah lauk sambal ikan bilis. 
Sambal nasi lemak dia pedas, walaupun bagi Ummi yang tahan makan pedas. Tapi pedas yang sedap, yang kita nak tambah dan tambah lagi. Cuma, untuk lebih selesa makan biasanya minta asingkan sambal tumis tu. Ada juga pelanggan yang minta sambal tumis tu diletak atas bucu plastik pelapik, kemudian dilipat sikit bahagian tu jadi sambal tumis tu tak bercampur dengan nasi lemak. Ialah ada yang nak bawa ke tempat kerja, nak buat bekal anak ke sekolah dsbnya. 

"Sambal lipat ye" 
Gitulah Ummi dengar diorang sebut :)

Selain nasi lemak ada pelbagai kuih muih yang sedap-sedap di gerai ni. Kuih ketayap tu pilihan utama Ummi kalau ke sini. Selain nasi lemak dan kuih muih, ada juga bihun goreng, mee goreng dan kue tiau goreng. Lauk nasi lemak pula pelbagai; ranging from ayam goreng, rendang ayam, sambal sotong, sambal kerang, paru dll. 




Sunday, 20 September 2026

Worth Reading

Credit: The Star 

Jumpa article yang menarik ni, Ummi post sini untuk bacaan bersama dan future reference. 
Thanks to the authors for a very good and insightful article. 

Lately kami kerap beli surat khabar. Selain Didik (akhbar sisipan Berita Harian) setiap Selasa, hari Sabtu pula kami beli The Star. The Star ni banyak articles yang menarik untuk dibaca. 

Ada peminat surat khabar ?
 🙋🏻 

Saturday, 5 September 2026

Beli Telur dari Ex Jiran

Jiran kami Dr Omar (mantan lecturer IPTA) sekarang dah pindah ke KKB. Beli tanah kebun; bertani dan ternak ayam itik. Seronok, one of my impian juga. DO pun pesan, nanti beli la rumah kebun. Seronok katanya. Aaminkan ye 🤗

Umi beli telur itik 10 biji, telur ayam Lehman Brown 10 biji. Nak beli telur ayam kampung, dah habis.

Telur itik DO jual ni besar dan segar. Harga pun murah 60 sen dari harga kedai Aceh. 

Tinggalkan duit dekat Angah sebab Ummi nak bawa Kakak keluar beli barang. Tapi DO prefer bayar guna QR. Senang nak rekod/trace payment. Hari tu saja beliau hantar lebih 260 biji telur ayam/itik ke serata tempat, mostly kawan dan kenalan sekitar Lembah Klang ni. 

Selain telur, DO ada juga jual pisang, serai, bunga kantan... Ikut pada tuaian dia pada hari/minggu berkenaan. 

Benda baik, Ummi suka kongsi. Up dekat status WA, alhamdulillah ada kenalan berminat. 

Semoga terus berkembang business beliau. Walaupun small scale, dapat juga extra income. 





Friday, 21 August 2026

Mamee Chef Perisa Wagyu Boat Noodle Approved ✅

Tengok perkataan Wagyu di situ, teruslah nak mencuba kan...

Terjumpa di Wellmart, beli 1 bungkus ni. Harga dalam RM5. Dalam bungkusan ni ada 4 pek. 

Selalu masak megi tak baca pun instructions, tapi untuk kali ni follow la instructions yang diberi. 

Abang: Bukan sama je ke Ummi?
Ummi: Takpelah kita ikut je. Kot jadi lagi sedap 😁

Bagi Ummi Mamee Chef Perisa Wagyu Boat Noodle ni sedap 👍🏻 
Kuahnya tu ada rasa daging, macam kita makan sup daging. Nak lagi sedap mungkin boleh tambah aksesori lain dan sayur. Sayur kering yang disertakan sekali tu daun sup dan daun bawang rasanya. Ummi tak belek pula tapi nampak begitulah. 

Lekaih pakat pi beli :p 

Wednesday, 19 August 2026

Beli Skirting Cabinet


Tiba-tiba datang idea nak pasang curtain untuk rak terbuka yang bahagian atasnya Ummi letak rice cooker dan microwave. Rak terbuka ni ada 2 tingkat. Ummi letak periuk, blender, pressure cooker dsbnya. Yang tak lawanya rak ni terbuka. Boleh nampak dari ruang tamu kalau duduk di sofa bawah tangga tu. 

Inilah rupa curtain tu...
Lekat guna velcro tape je. Material kain jersey, mudah cuci dan cepat kering. Ummi pilih warna champagne, match dengan warna kabinet dapur dan tiles di dinding. 

Mula² lekat dulu velcro tape keliling meja. Untuk meja ni Ummi beli yang saiz 150x75cm. Ngam elok dengan saiz meja/rak ni. 


Ada beberapa saiz yang dijual, pilih je yang sesuai dengan keperluan kita. 

Dekat curtain ni dah dijahit pelekat velcro juga jadi lekatkan saja pada velcro tape tadi. 

Nak lebih cantik dan kemas gosoklah dulu curtain ni. Ummi tak sabar nak try, jadi tak gosoklah lagi. Dengan adanya curtain ni, terlindunglah segala aib bawah meja tu 🤭

Harga dalam RM40. Beli di TT. 

Tu je nak share 🫰🏻


Thursday, 6 August 2026

Pertama Kali Masuk Outlet Ninjaz

Anak³ remaja kami rajinlah nak menyinggah di kedai aksesori telefon, Ninjaz ni. Nak beli earphones la, nak tukar screen protector la... Di Prima SG ni ada satu outletnya, bersebelahan Celcomdigi. Dekat tingkat satu, letaknya Ustaz PC. (Harap MZ baca entry ni, sebab MZ ada tanya lokasi Ustaz PC ni.)

Kelmarin, turun dari Ustaz PC , Ummi masuklah dalam Ninjaz ni. Abang nak tukar screen protector untuk kesekian kalinya 😁
Selama ni Ummi ingat kedai ni jual peralatan berkaitan telefon je, rupanya banyak juga barang² lain... 

Ini kalau Adik ikut, maunya dia bawak balik seketul dua benda alah yang kiut miut ni... 

Toys pun ada...

Stationery super cute... 

Ummi berkenan dengan tote bag kain jeans ni. Harga pun affordable, RM12. . 

Travel accessories 

Lampu cantik dan unik.
Ada juga tumbler, kipas tangan macam² lagilah. Kedai pun kemas, barang teratur senang nak cari.

Of course la barang² keperluan dan aksesori telefon ada. Banyak pilihan dan Ummi tengok harga pun mampu milik. Ikut bajet, yang mahal ada, yang murah pun ada. 

Ummi dah aimed something nak beli as a birthday gift for someone. Tungguuuuuu... 

Wednesday, 15 July 2026

Pengalaman Naik Roro dari Langkawi ke Jeti Kuala Perlis


Lama betul ambil masa nak sambung cerita pengalaman kami menggunakan khidmat roro pergi dan balik dari Langkawi. 

Untuk balik, kami pilih Wantas Roro. Sesuai dengan itinerary kami, sebab last day di Langkawi ni kami nak berjimbaan lagi. 

Pengalaman Naik RORO dari Jeti Tanjung Lembong, Langkawi ke Jeti Kuala Perlis 
Provider: Wantas RORO 
Tambang: RM 321 I 1 buah MPV + 6 orang penumpang 

Sampai di Langkawi Port (Jeti Tanjung Lembong) kami diminta ke pejabat Wantas Roro dulu untuk urusan dokumentasi. 

Keadaan di JTL lebih tersusun dan professional pengurusannya. Setiap provider Roro ada pejabat sendiri, fasiliti lengkap dan tersusun. 

Dokumen dah selesai. 

Dapat sticker untuk dilekatkan di dashboard kereta. For easy identification I guessed. 

Beratur untuk pemeriksaan kastam.
Langkawi kan pulau bebas cukai. Barang yang dibeli tu kalau untuk kegunaan sendiri takde masalah (ada had). Kalau untuk berniaga kenalah isytihar. Kisahnya Tok Umi berhajat nak kirim 20 helai kain batik Langkawi. Tapi Ummi tak berani nak belikan, takut kantoi 🤭 

Berdebor sementara nak lepas abam kastam ni 😅

Alhamdulillah lepas tanpa halangan.
Depa suruh buka boot kereta dan tengok gitu² je. Sekilas pandang pun tahu, kami memang pergi bercuti. Orang dan beg sama banyak haha... 

Dekat JTL ni semuanya sistematik. Kenderaan beratur ikut lane yang disediakan. Ada staff yang bertugas menyusun kenderaan (bagi arahan untuk kita park dekat mana) one by one. 

Motorcycles on one side... 

Lama juga menunggu feri sampai jadi sempatlah Walid ke tandas dsbnya. Nak dijadikan cerita, terjumpa Hj Bro di sini. Beliau ada event sempena New Year, sambut pelancong yang sampai ke Langkawi that day. 

Sedih nak tinggal Langkawi 😌

Roro sampai dah... 

Ada nombor tempat duduk. 
Ummi tanya penumpang sorang tu, katanya boleh je free seating sebab feri tak penuh. Okay la, selesa sikit. Kerusi tegak sikit. 

Legging agak sempit...

Tapi deck luas.
Duduk luar ni best boleh tengok pemandangan.


Masa atas feri ni juga tiba² line phone Ummi detect signal negara jiran. Tiba² waktu dekat phone jadi awal sejam 😅
Jam di phone 1753. Jam di tangan 1653 :) 

Nampak daratan... Nampak macam dah dekat, tapi Roro ni perlahan ye. Especially Wantas ni sebab ferinya besar. Bila besar, muatan lebih banyak jadi lebih berat juga. 

Boring dan lapar pulak... Beli burger ni... Tak ingat dah berapa harganya :)

Adik dah bersimpuh atas kerusi :) 

Alhamdulillah selamat sampai di Jeti Kuala Perlis sekitar jam 7.30 mlm. Satu lagi pengalaman yang baru yang menarik untuk kami.