Showing posts with label Kuala Kangsar. Show all posts
Showing posts with label Kuala Kangsar. Show all posts

Monday, 25 January 2021

Casuarina @ Kuala Kangsar

Sebenarnya kami suami isteri sangat excited bila tahu ada hotel Casuarina di Kuala Kangsar. Sebab kalau dah namanya Casuarina, pasti sangat berbaloi untuk ditempah. 

Lokasi Casuarina @ KK ni sangat strategik dan menarik. Letaknya di atas bukit berhampiran Sg Perak. Dari hotel nak ke taman awam, medan selera dan jeti bot adalah walking distance sahaja. Walaupun dekat, penat juga terutama bagi yang jarang exercise 🤭

Gambar dari Dataran Sayong... Tinggi di atas bukit... Angin dia best! 

Bilik kami yang sangat selesa, bersih dan luas!  Harga bilik deluxe double ni RM160 w/out breakfast. Puashati sangat. 

Balkoni luas... 
Boleh dijadikan lapang sasar 😂

Selain bilik, kawasan hotel juga cantik. Seakan resort... Patutlah Abg Mamat Khalid dan geng Kampung Pisang Bersiri-siri pun stay sini. Nampaklah hari tu Abg Mamat, Ropie and few others. 

Dulu namanya Lanai kalau Ummi tak silap. Sekarang diambil alih oleh Casuarina.

Sebab hotel best, mood pun best juga haha... Ummi lanjer dinner dari coffeehouse... 

Order sandwich and fries je... Sebab main dish dah tapau dari luar. Saja nak fefeeling orang have-have sesekali ahaks!

Clubhouse sandwich ni sangat sedap. Please try if you happen to be here.

Jalan kaki je ke sini... 

Rasanya banyak gambar Ummi ambik di taman awam tu... Tapi mana perginya entah :(

Apapun sangat puashati stay sini. Ummi rekemen hotel ni untuk korang juga 🤗

Boleh baca sini pengalaman kami menginap di Casuarina @ Meru 2019 dan Casuarina @ Meru 2014. 

Friday, 22 January 2021

Melawat Kilang Kicap Tamin & Kraftangan Perak

Hari kedua di Kuala Kangsar, kami mengambil kesempatan untuk ke Kilang Kicap Tamin. Kilang ni terletak di luar pekan Kuale; menghala ke Ipoh/Sungai Siput. Macam nak patah balik ke KL ikut jalan biasa. Jaraknya +- 1/2 jam dari hotel penginapan kami. Terus check out sebab nak balik ke Baling pula. 

Sengaja kami ke sini untuk melihat cara penghasilan kicap. Rugi pula tak melawat sebab bukan semua tempat ada kilang kicap kan? We love to discover a special/unique place or thing to have an added value in every trip we made. 
Sayangnya, lawatan tidak dibenarkan kerana PKPB (ke PKPP di Perak that time).  


Tempat pemprosesan kicap agaknya... Ummi dapat jenguk di sebalik pagar je...

Ini mungkin bekas soya diperam agaknya. Pernah tengok proses penghasilan budu dalam Majalah 3, bekas-bekas besar beginilah digunakan untuk 'peram' ikan bilis hingga terhasilnya budu. Lebih kurang begitulah, Ummi pun ingat-ingat lupa. 

Selain kilang di Kuala Kangsar ni, Syarikat Tamin juga ada kilang di Batu Gajah; khusus untuk pengeluaran sos (cili, tomato dsbnya) jenama Tamin. Semua kakitangan kilang adalah Muslim. Hj Tamin, pengasasnya telah meninggal dunia dan syarikat ini diuruskan oleh anak-anak arwah. 

Walaubagaimanapun kami dibenarkan masuk ke kedai yang menjual produk Tamin. 

Stok belum ditambah sebab kata pekerja, sekarang tak ramai orang berkunjung ke kilang. Ialah PKPB kan... 

Ummi purposely cari kicap 3-in-1 ni untuk dijadikan buah tangan keluarga di kampung. 

Jom kita ke Kraftangan Perak pula.. Letaknya berhadapan Kilang Kicap Tamin (across the road). 

Masuk adalah percuma. 

Barang-barang pameran dijual pada kadar tertentu dan berpatutan ... 

Bunga daun getah. 
Kecik-kecik dulu suka simpan daun dalam buku, tunggu hingga kering dan kemudian digubah menjadi bunga. 

Pelbagai bentuk dan nama labu sayong 

Alhamdulillah dapat discover Kuala Kangsar, walaupun tak semua tempat menarik kami jejaki. 

Antaranya plan nak naik bot menyelusuri Sungai Perak tak kesampaian. Petang hari pertama, hujan. Pagi sebelum check out pula bot belum beroperasi walaupun katanya pukul 9 dah mula. Takde rezeki :(

Nonetheless, Kuala Kangsar checked! 

Monday, 18 January 2021

Apa ada di Bukit Chandan, Kuala Kangsar?

Dari Mehans Enterprise kami melintasi Dataran Sayong menuju kembali ke Jambatan Sultan Abdul Jalil untuk ke Bukit Chandan, menziarahi Masjid Ubudiah. 

Rupanya ada pelbagai tarikan lain lagi di Bukit Chandan ni. Nak tahu? Jom ikuti perjalanan kami... 

1. Masjid Ubudiah 
Masjid Ubudiah... Akhirnya sampai juga kami ke masjid yang tersohor ini.

Subhanallah Masha Allah, Tabarakallah... I was mesmerised with the design, structure and how magnificent the mosque is. Sebelum ni hanya tengok gambar. Tapi bila berdiri di hadapan masjid ni, الله اکبر terpesona sungguh! 

Dari segi saiz, tidaklah besar sangat pada pandangan Ummi. Tapi, pesonanya sangar memukau. Fakta sejarah yang dipaparkan di sini menambah 'gah' pada masjid istimewa ini. 


Terdapat makam diraja bersebelahan masjid. Di hadapan masjid pula berdiri megah Maahad Idrisiah, sekolah agama terkenal di Negeri Perak. 


Rumah lama ni yang terletak dalam compound masjid turut menarik perhatian Ummi... 

2. Istana Iskandariah 
Perjalanan kami teruskan... Dari atas bukit, di sebelah kiri nampak Sungai Perak terbentang indah. Di seberang sana, kelihatan Dataran Sayong dan Jambatan Sultan Abdul Jalil yang baru sebentar tadi kami lalui. 

Suka sangat dengan gambar ni 😍

Manakala di sebelah kanan pula, kami  ternampak bangunan indah yang dipagari tembok batu. Rupanya itulah Istana Iskandariah yang tersergam indah. 

Dapat bergambar di pintu istana pun jadilah :) 

3. Istana Kenangan (Muzium DiRaja Perak) 

Teruskan lagi perjalanan... Laluan sehala rupanya... Rezeki kami, rupanya tak jauh dari situ letaknya Istana Kenangan, yang terkenal dengan keindahan rekabentuk dan keunikannya yang tidak menggunakan walau sebatang paku pun dalam binaannya. Memang ada dalam wish list Ummi untuk melawat istana ni yang juga dikenali sebagai Muzium DiRaja Perak. 


Mengikut catatan sejarah, istana ini adalah tempat bersemayam sementara DYMM Sultan Iskandar Shah sementara menunggu Istana Iskandariah disiapkan pembinaannya. 

Anyaman kelarai yang sentiasa menarik perhatian Ummi. 

Sudut pameran di bawah rumah... Bahagian atas tidak ditutup untuk lawatan semasa tempoh PKPP. 

Pejabat muzium. Mungkin bekas rumah pekerja istana dahulu... 

Landskap yang menarik dan terjaga. 

Jangan lupa menerokai keindahan masjid & istana di Bukit Chandan Kuala Kangsar ni. Pemandangan yang indah di atas bukit sangat mendamaikan.