Thursday 30 June 2022

Abang ~ Hari Sukan 2022

Sejak-sejak di fasa menuju endemik ni, pihak sekolah menganjurkan pelbagai aktiviti, yang terhalang sejak 2 tahun lepas. 

BACA SINI:


Hari yang sama dengan pertandingan netball Adik tu, Abang ada acara kemuncak Hari Sukan. Beberapa hari sebelum tu dah diadakan sukan tara, acara tarik tali dan road run pada 2/6. Kecuali acara kemuncak, semua ini dilaksanakan secara tertutup. 

Dari perkongsian gambar dan video, memang meriah dan all out betul depa bertanding. Abang pun asyik bercerita pasal hari sukan ni je ... Terpilih untuk acara tarik tali, jadi abang senior suruh pergi gym & exercise untuk build muscle. Semangat dia 💪

Abang rumah biru 💙. Berjaya sumbang 8 mata dari 12 markah penuh. 3 mata penuh bagi acara lempar cakera dan lontar peluru. Masing-masing 1 mata untuk acara lumba lari dan lompat jauh. Masa merentas desa, Abang ketinggalan di belakang tapi berjaya juga habiskan larian 7.5km tu. Of course Ummi bangga dengan semangat Abang. 

Pelepasan Road Run pada 2/6

Hari kemuncak, 18/6...

Pemenang khemah terbaik...

Tema tahun ni 'syarikat minyak' hehe ...

Acara perbarisan...

Untuk memeriahkan suasana, games untuk ibu bapa turut diadakan antaranya acara tarik tali, lontar peluru dan lari 4x25m untuk kaum ibu. Tahun ni kami tak berkesempatan joined, sebab clashed dengan event Adik. Tahun depan tunggulah, Ummi nak pecah rekod lari berganti-ganti tu 😆

Antara sumbangan ibu ayah tempohari... meriah dan berwarna-warni :) 



Kredit Photos: Pn Mimi PIBG

Alhamdulillah berbaloi usaha Abang dan team biru bila dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Tahniah tahniah tahniah! 

Ini pula kenangan untuk Abang...



Ahlan Ya Zulhijjah

Perasaan menyambut Zulhijjah ni seronoknya umpama menyambut kehadiran Ramadhan. Alhamdulillah, ada rasa seronok dan tertunggu-tunggu. Mungkin kerana berkatnya bulan haji ini. Kebetulan pula tahun 1143H ni ianya jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari. 

Credit: Jabatan Mufti Selangor

Pesan Datuk Dr Ustzh Norhafizah Musa, perbanyakkan amalan-amalan soleh pada 10 hari terawal Zulhijjah w/pun kita rasa amalan kita tu kecil saja. Contohnya sedekah 1-2 ringgit setiap hari, senyum, hubungkan silaturrahim dsbnya. Benda yang biasa kita buat tapi perbanyakkan. Sebab Allah suka segala amal soleh yang kita lakukan pada 10 hari terbaik ni. 


Untuk yang berhajat untuk berkorban, disunatkan TIDAK memotong rambut dan kuku hinggalah terlaksananya korban. Kata Ust Hanafiah di MHI pagi tadi, Allah hendak mengampunkan dosa kita dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, makanya janganlah dipotong. Dalam bacaan yang lain, dikatakan anggota-anggota ini akan mendapat pelepasan api neraka. الله اعلم

Semua dah tau kan, kita raya Ahad 10 Julai :) 

Selamat beramal 🤗


Tuesday 28 June 2022

Adik ~ Sukan Bola Sepak & Bola Jaring 2022

Hari Jumaat Angah merentas desa, hari Sabtu giliran Adik pula. Berlatih sejak bulan lepas untuk pertandingan ni. Setiap hari balik sekolah dia practice; baling bola ke dinding sambil jerit nama kawan-kawan dia... Arifah..Ain..Meq...Hana.. Ainaa.. Konon-konon passing bola kat depa... Haha.. 

Bawa dia ke Stadium UIA.... Seronok dia dapat training :)

Dua minggu terakhir ni setiap hari pakai baju sukan. Kalau tak hujan Cikgu bawa ke padang. 

Kenangan manis bagi Adik & kawan-kawan ❤️

Hari pertandingan...

Adik 'jadi' C :) Sama macam Kakak dulu (2019)

Credit source.

Alhamdulillah anak2 ni main dengan sangat baik. 

Game 1: 2-1
Game 2: 8-1
Game 3: 1-1
Game 4: 1-2

W/pun tak berjaya ke suku akhir dan seterusnya tapi semangat depa harus dipuji. Yang paling penting, depa happy & enjoy. Bagi Adik, dia dah menang dan tuntut hadiah dari Ummi & Walid haha .. 

Manakala team bola pula kandas di suku akhir. Kalah ambil sepakan penalti. Well done guys 👍

Proud of you Adik! 




Monday 27 June 2022

Angah ~ Merentas Desa 2022


Bila Anak4 ada back to back program, Ummi jadi super duper busy!

Takpe, tarik nafas... Now as things are going back to normal, kita up story one by one ye :) 

Jumaat 24/6 SRAI anjurkan acara merentas desa untuk murid-murid Tahap 2. 

Tahap 1 dulu rumah hijau. Masuk Tahap 2 rumah biru pulak. Tak beli pun baju rumah sukan, pakai baju sukan sekolah je... 

Murid-murid Tahap 1 pula ada acara mewarna. Tak belajar hari tu. Kebetulan sekolah pun digunakan untuk KAMIL hari Sabtu. 

Hari Rabu cikgu bawa recce jalan dulu ... 

Jumaat pagi Cg Nas lepaskan peserta sekitar jam 8. Sebelum tu ada acara senaman & warm up. Alhamdulillah semua peserta berjaya menghabiskan larian. 

Bila Ummi jemput dia tengahari tu, wah ada kejutan untuk Ummi 🤩

Peserta ke-8 sampai ke garisan penamat. Tahniah Angah! 

Sampai rumah, lepas lunch terus lena sampai menjelang Asar :D Punyalah penat! 

Kakak pula takde rezeki menang dalam pertandingan mewarna kali ni. Takpe, tahun depan dah boleh join merentas desa. Kakak kasi menang ye :p 

Friday 24 June 2022

Rezeki Hari Jumaat

Alhamdulillah, sedari malam tadi rezeki bertandang tanpa diduga ☺️

Tn Bashir buat kenduri naik haji. Lauk kambing you ... 

Tengahari tadi Aunty Farah singgah hantar sotong & fries. Dia tengah clear-kan kitchen sebab nak buat renovation. 

Barang-barang kering pun ada ... 

Jiran-jiran lain bila nak renovate kitchen? Hahaha...

Petang tadi pula dapat sebekas bubur kacang dari Cik Leha. Alhamdulillah mencurah-curah umpama hujan lebat di Shah Alam lepas Jumaat tadi. Shah Alam sebab Walid ke sana hari ni :p Gombak tak hujan, sekadar gerimis mengundang je. 

Happy weekend everyone ✌️




Thursday 23 June 2022

Hasil Mesyuarat Tingkap 🤭

Petang kelmarin Adim bagitau maknya nak ajak berbual. Ummi pula baru sampai di rumah, stuck dalam traffic jam di Greenwood tu. Biasalah, hari Rabu ada Koko, keluar sekolah lambat. Kenyanglah 'makan jem' :D 

This is Greenwood. 
Saja share dengan kawan-kawan yang belum pernah sampai di sini :D 

Jadi, pagi semalam baru ada peluang nak berborak. Topik? Ala, sembang mak-mak... Pasal kucing, pokok, hujan dsbnya... Memang sembang kosong je sebab dah lama tak berborak. Kebetulan Cik Leha pun baru balik dari despatched barang, singgah juga berborak.

Cik Ana (mak Adim) beli jiwa Ummi dengan nasi lemak haha ... 

Sambil sembang-sembang Cik Ana belek-belek pokok-pokok Ummi. 

" Pucuk labu ni buat masak lemak sedap ni.."
" Pucuk ubi ni campur pucuk keledek ni rebus buat ulam pun sedap..."
Padi ni masak dah ni ... Ambillah, boleh buat bubur ..."

Elok je depa 2 balik... Ting! Ummi dapat idea 💡

Petik pucuk ubi, pucuk kadok, pucuk belalai gajah, bunga betik secoet dan daun kunyit. Bunga betik tu teringin nak buat tumis pedas macam Mamacella, tapi sikit sangat bunganya. 

Tadaa ...


Inilah hasil mesyuarat tingkap pagi semalam hihi ... 

Alhamdulillah, dapat merasa sorang sikit. 





Wednesday 22 June 2022

Abang ~ Sambutan Hari Raya

Nampak sangat Ummi sedang bersihkan phone gallery kan :p 

Sebelum transfer gambar, Ummi share sini kenangan tersebut. Terima kasih pada guru kelas, Ust AH dan guru halaqah Abg, Ust AR yang sudi berkongsi gambar. 

Majlis ni diadakan pada 22 Syawal|22 Mei 2022. Genap 2 bulan baru up story ni 😂

Seperti tahun sudah, Ummi allocated sikit duit raya dengan niat sedekah untuk anak11 Halaqah Ust AR dan anak3 Ustaz sendiri. Ambil berkat doa anak-anak permata Al Quran ni, moga dipermudahkan urusan pelajaran & hafazan Abang dan beroleh berkah pada rezeki kami. 

Dalam program TMUA (Tahfiz Model Ulul Albab) di SBP/SMKA setiap murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang dipanggil halaqah. Setiap halaqah diketuai oleh seorang guru yang akan membimbing anak-anak halaqah-nya dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Ibaratnya keluarga kecil di sekolah. 

Alhamdulillah Abang dapat guru halaqah yang sangat baik dan sporting. Ustaz pun rajin adakan pelbagai aktiviti dengan anak11 halaqah-nya; sambut birthday, makan-makan, dsbnya... Nanti Ummi kongsikan انشاء الله 




Tuesday 21 June 2022

Masak-Masak, Makan-Makan

Banyak betul gambar makanan dalam galeri phone Ummi ni. Simpan sini gambarnya sebagai kenangan... Kenangan apa pun tak tahulah 😂

Bihun Tomyam
Bihunnya Ummi guna jenama PAMA. 

Di pek dalam bentuk kepingan, macam mee segera. Senang nak masak/makan. Digoreng pun sedap bihunnya, jenis halus. 

Kari Ikan Tongkol @ Gulai Ikan Kayu dalam versi Baling :) 

Pasta Goreng
Ummi guna pasta angel hair. 

Sambal Jawa
Ummi cuba resepi yang pernah dikongsi oleh arwah Siti Sarah. 

Ayam Panggang Rosemary
Resepi by Cikgu Amie.

Nasi Lemak di hujung minggu. 

Ini kategori tak masak, tapi makan :D 

Nenek Rizqi bagi kek birthday. Birthday Rizqi kot. Esoklah tanya :) 

Nasi goreng rendang limpa. Sesekali teringin nak makan hati@limpa, beli yang dah siap masak aje. Walid dan anak4 kurang gemar. 

Makan tosai di Nas Bistro. Mamak-ing di malam minggu. 

Ini baru edisi I, banyak lagi gambaq :p