Sunday 30 May 2021

Al Fatihah ~ Tan Sri Dr Harussani Zakaria

Ummi: B, itu Ustaz (Tan Sri) Harussani kan?
Walid: Aahlah...
Ummi: Jom, kita tegur...

Sambil menyapa  beliau dan isteri, kami hulurkan Abang yang baru berusia sekitar 2 bulan kepada beliau untuk didoakan. Dengan lembut, beliau mendukung Abang dan menitipkan doa. Momen yang sangat indah dan berharga bagi kami. Waktu tu Tan Sri dan isteri sedang menunggu pemandu mereka manakala kami pula baru usai bersarapan. 

Gambar ni diambil pada awal tahun 2009, di Hotel Marriott Putrajaya. Kami staycation di sini sempena Ummi habis berpantangkan Abang. First vacation untuk Abang ni. 

Semalam 30/5, kita dikejutkan dengan pemergianTan Sri Dr Harussani Zakaria, Mufti Perak di usia 82 tahun setelah seminggu dirawat di ICU akibat jangkitan Covid-19. Rupanya Allahyarham Tan Sri dan arwah Tok lahir pada tahun yang sama, tahun 1939.


Sedari kecil Ummi kenal nama beliau sebagai seorang mufti yang sangat disegani dan dihormati. Hilang sebutir lagi permata ummah :(

Didoakan agar arwah ditempatkan di kalangan para solihin, diterima segala kebaikan dan amalan beliau, dirahmati dan dicucuri rahmat keatas arwah beliau. Allahumma aamin. 


Thursday 27 May 2021

Resepi ~ Kepak Ayam Madu

Jom Ummi nak share resepi Kepak Ayam Madu yang baru Ummi cuba. 


Sebelum ni Ummi try satu resepi ni, guna 4 bahan je, tapi katanya rasa dan hasilnya macam Kepak Ayam Madu beli di pasar malam. Terujalah Ummi! Tapi hasilnya tak seperti yang diharapkan :( 

Kali ni walaupun banyak kerja sikit dan bahannya pun banyak (bukan 4 bahan je) tapi berbaloi dicuba sebab memang hasilnya sedap. Kalah pasar malam tau :p

Resepi: Kepak Ayam Madu

Bahan-Bahan
2 kg kepak ayam
1 labu bawang putih
3 inci halia
Air secukupnya
3 sudu marjerin
1 paket Serbuk Nasi Goreng Ayam Adabi - ganti dgn serbuk perencah Maggi ayam 
2 sudu besar madu
2 sudu besar gula perang
3-4 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar sos tiram
Garam & black pepper secukup rasa
Sedikit pewarna merah

#Serbuk Nasi Goreng Ayam Adabi tu takde jadi Ummi ganti dengan serbuk perencah Maggi ayam. Selalu kalau masak Maggi Ummi memang guna sepeket je perencahnya walaupun masak 2-3 bungkus Maggi. Selebihnya simpan  "kot-kot nak guna" :D 

Bahan sos
1/2 cawan air
1 sudu besar tepung jagung + 1/2 cawan air
Kicap lemak manis secukup rasa
Gula perang dan garam secukup rasa (sos dia kena manis manis) - letak 3-4 s/b 

Cara-cara
1. Untuk kepak ayam, kisar bawang putih, halia dengan sedikit air sampai lumat. 
2. Masukkan bahan kisar dalam bekas kepak ayam. Tambah serbuk nasi goreng ayam, madu, gula perang, serbuk cili, sos tiram, sedikit garam dan blackpepper. Kacau rata. #Ummi gaul kepak ayam dengan garam, serbuk perencah Maggi ayam dan black pepper dulu then baru letak bahan kisar dan bahan-bahan lain. 
3. Cairkan marjerin. Tambah marjerin cair dan pewarna merah. Kacau sampai sebati. Perap sejam dua, lagi sedap semalaman.
4. Panaskan kuali ajaib. Grill kepak ayam madu sampai garing dan masak. 

#Guna air-fryer 200°C 10 minit pertama kemudian tukar suhu 180°C untuk 20 minit terakhir. Half way, balikkan kepak ayam agar semua masak sekata. 

Mula tu ingatkan dah tak jadi sos Ummi ni tapi masak biar lama sikit, tunggu sampai sos likat. Sambil-sambil tu rasalah manisnya kurang ke lebih sebab sos ni sedap manis-manis sikit. 

Sila...sila...sila cuba 😘


Tuesday 25 May 2021

Self Lockdown-lah

Menunggu-nunggu sebenarnya government isytihar PKP macam tahun lepas (PKP 1.0). Gerun tengok +ve cases yang mencapai 6k kes saban hari sejak kebelakangan ni. (Hari ni >7k). Kadar kematian juga tinggi setiap hari. 

Tapi, tidak seperti diharapkan. Kerajaan memilih untuk memperketatkan SOP PKP sedia ada. Selain memikirkan kesejahteraan rakyat kerajaan juga terpaksa memastikan sektor ekonomi berjalan. Jadi, sektor perniagaan dibenar beroperasi seperti biasa dalam waktu yang dihadkan. Yang banyak terkesan jika full lockdown ialah yang bergaji hari. Tak kerja, takde gaji. Sama juga dengan peniaga kecil yang jual nasi lemak, goreng pisang, burger tepi jalan dsbnya... Bila dengar nak lockdown jadi susah hati. Ini Ummi sembang sendiri dengan Neng, isteri Wak yang jual nasi lemak depan tu... Malah, Ciksu yang suaminya dibuang kerja akibat PKP tahun lepas juga opposed to the idea of full lockdown. Nak bangkit semula bukan senang. 

Tapi, dalam masa yang sama nyawa juga penting. Tambahan sekarang pelbagai varian baru muncul yang kebanyakan tiada simptom, dan sangat cepat ke arah membawa maut. Jadi, seboleh mungkin kita jagalah diri dan keluarga kita. Self (and family lockdown). 

Credit: Harian Metro


Moga dengan usaha kita yang sedikit (mengurangkan pergerakan kendiri) dapat membantu mrmutuskan rangkaian jangkitan. Kluster raya pun dah mula dikesan sebab ada juga yang degil balik kampung ziarah orang tua Aidilfitri tempohari. Kesian dan sedih baca kisah Pakcik ni. Umur-umur 70-an ni seusialah dengan Tok Umi Tok Ayah :( 


Tan Sri DG pun dah warning... Jadi, sama-samalah kita ambil tanggungjawab untuk membantu mengurangkan jangkitan wabak ini. 


Abang, Angah & Kakak memang dah lama berada di rumah, sejak 7/5. Cuti straight dari raya hingga Jun nanti. Adik pula masih ke sekolah hinggalah jumaat lepas. Mulai minggu ni Ummi cutikan sementara memandangkan jumlah kes +ve yang sangat tinggi. Sekolah pun bagi pilihan untuk hantar atau tidak so we chose the latter. Bila semua dalam rumah, rasa lebih selamat. 

Ummi pun dah jarang ke kedai kecuali terdesak sangat. Itupun pilih kedai yang tak sesak dan patuh SOP. Bukan setakat pelanggan je yang kena patuh SOP tapi tuan kedai dan pekerjanya pun wajib patuh SOP juga. Pakai face mask dan sanitize tangan selalu. Depa lagilah berinteraksi dan berurusan dengan pelbagai jenis orang dan peringkat umur. 

Cuma yang membimbangkan Ummi, Walid masih perlu ke office, ikut giliran bertugas. Pergi ke office tu bukannya boleh nak terbang, kena naik public transport. Pastinya dalam perjalanan pergi balik tu terpaksa bertembung dengan pelbagai orang. Mohon dijauhkan-Nya dari segala musibah 🤲🤲🤲

 الله مستعان




Monday 24 May 2021

Happy 5th Birthday Adik🎂🎂🎂

Tahun ni sekali lagi sambut birthday masa PKP. Ada kek, belon dan KFC kira celebrate-lah tu :p

Dah 5 tahun umur Adik. The one and only anak pasca haji :) 

Tempah dengan baker yang sama buat creampuff  masa birthday Angah tempohari. 

Birthday card dan hadiah dari Ummi... Adik suka buku jadi Ummi belikan buku dan stationery. 



Hadiah dari Angah...
Birthday card dari Kakak, hadiah pensel dari Abang. "Abang takde duitlah Adik, Abang bagi (pensel) ni je..." katanya :D 

Walid je belum bagi hadiah sebab Adik request jam tangan. Tunggu dapat rentas negeri dululah sebab kedai jam favorite Walid tu di Mydin Meru, Ipoh. Last year beli  hadiah jam untuk Kakak  disini juga. 

Untuk anak-anak jiran 

Doa Ummi dan Walid agar Adik sentiasa dalam lindungan Allah SWT selalu, membesar dengan sihat dan ceria gembira sentiasa. Moga Adik sentiasa jadi penyejuk mata Ummi Walid ♥️♥️♥️

Saturday 22 May 2021

Laksa Johor

Percaya tak perang laksa 
4-5 hari lepas rupanya memberi kesan kepada perancangan Ummi nak buat laksa Johor ni... Postponed sekejap hasrat hati tu sebab nak digest issue dulu 😉

Semalam barulah terhasil hasrat Ummi tu... Sempena meraikan Walid habis puasa 6. Yeah, hari ni boleh makan lemang lagi :D 

Jujurnya Ummi tak pernah tahu rupanya kuah laksa Johor guna ikan parang atau ikan tenggiri. Selama ni, 2-3 kali Ummi buat laksa Johor guna ikan kembung atau sardin sebab itulah resepi yang diberi pun. Resepinya dari dapur blogger-blogger masakan terkenal juga. Pernah juga Ummi masak juadah warisan negeri Johor ni sewaktu hari raya, guna ikan sardin. Takde pula Maklong menegur hihi... Ingat lagi Paklong makan laksa tu guna tangan, Johor style. 

Kali ni pun Ummi guna ikan kembung juga. Tak berniat nak downgrade the authenticity of the dish tapi lebih kepada meraikan kepelbagaian dan appreciate the dish itself. Bak kata SPB Raja Permaisuri Agong, tak perlu bergaduh, tepuk dada, tanya selera. Kalau Ummi ni,kena tepuk poket juga :p 

Credit: MStar
 

Bagi Ummi laksa Johor ni special dish, sebab itulah kalau nak memasaknya Ummi pilih hari-hari special juga. Suami dan anak-anak pun lebih suka laksa Johor dari laksa Utara. Sebab laksa Johor guna spaghetti. Depa pulak memang suka spaghetti, kenalah dengan selera. 

Inilah ulam-ulaman yang Ummi gunakan... 

Daun kunyit dan kacang panjang Ummi petik dari kebun belakang rumah. Sengaja simpan daun kunyit sehelai untuk makan dengan laksa ni. 

Maklong yang ajar ni. Tapi dengarnya laksa Pahang yang guna daun kunyit sebagai ulam dalam laksanya. Pulak! 

Tak kisahlah laksa Johor ke laksa Pahang ke, laksa Utara ke janji sedap. Semua Ummi balun ☺️














Thursday 20 May 2021

Chest Freezer ~ Daema

Bermula sekadar gurauan akhirnya jadi kenyataan. Boleh juga dikatakan impulse buying. 

Inilah chest freezer Ummi yang dibeli pada 9/5/2021, 3-4 hari sebelum raya. Asalnya sembang-sembang nak beli ayam, daging, santan awal-awal sebagai persediaan raya tapi tak cukup space dalam peti ais Ummi tu. 


Beli di Yu Heng Elektrik Prima SG, berhampiran Papa Rich. Tak pernah dengar pun jenama Daema ni tapi sebab yang ni je sesuai dengan kehendak kami, dari segi saiz (kapasiti) dan harga. Bajet kami RM500 je. Survey di kedai pertama, semuanya >RM600, kapasiti pun besar, 130L. 

Di kedai ni ada satu lagi chest freezer yang harganya within budget (RM 499) tapi kecik (60L). Lebih kurang saiz mini fridge. 

Akhirnya kami pilih Daema. Yang tinggal display unit je. Dapatlah harga diskaun, sama dengan harga Elba tu. Alhamdulillah. 

Chest Freezer Daema 80L RM 499 @ Yu Heng Prima SG. 

Kata amoi SA tu, semalam 4 unit orang angkat. Ummi pun balas, "apasal semua orang beli freezer? I nak beli diorang pun nak beli..." 😆😆😆 "Raya maa... Semua orang mau simpan stok"...  Actually, yang ini pun boleh dikatakan berebut dengan satu lagi family ni. Lepas kami belek, depa pula belek. Depa stopped, kami belek semula haha... Sebab yang ada stok semuanya 100L, besar macam orang jual aiskrim kat booth kenduri kahwin tu. 

This one just nice for us... 

Alhamdulillah lega sekarang. Beli barang basah banyak-banyak pun dah tak pening kepala nak simpan. Anak-anak pula suka sebab boleh beli aiskrim banyak-banyak :D 

Teringat masa ke rumah Makcik Segamat dulu, rumah beliau ada freezer besar. Kagumlah juga Ummi sebab that time jarang orang beli freezer untuk kegunaan domestik. Kata Makcik, anaknya belikan supaya senang nak simpan stok barang basah. Ke pasar seminggu sekali cukuplah... It applies to me now ☺️

الحمد لله على كل حال 💚



Wednesday 19 May 2021

Juadah Raya, Duit Raya, Dessert Raya...

Belum habis raya ke Ummi? Haha... Saja, untuk dijadikan kenangan di kemudian hari... Lagipun rayakan sebulan :p

Mee Kari Nyonya juadah raya ke-3...

Muffin dari jiran sebelah... Raya ketiga juga. 

Duit raya dari Auntie Farah ♥️

Abg Az#m bagi duit raya dan cookies. 

Cupcakes & duit raya dari Kak Sha ♥️

Lontong juadah raya ke-2. 

DFCC dari Mamasab. 

Rendang ayam dari Ustazah. Sedap. Pedas. Ummi dah jarang buat rendang pedas-pedas gini, sesekali dapat makan memang best

Duit raya dari Kak #atul. 

Lunch raya pertama. Dok mengidam sejak puasa. Raya je terus onz  😆

Dari Tok Umi & Tok Ayah, asing-asing sampulnya 😍

Daging Masak Hitam. Kali ni makan dengan nasi minyak. Last year makan dengan Nasi Carrot. 

Dessert ordered dengan baker yang buat cheese tarts untuk birthday Angah hari tu.

Banyak lemang tahun ni...beli satu je tapi Ustazah bagi sebatang, Uncle Husin bagi sebatang. Sampai raya ke-4 makannya :D 

Makan dengan Rendang Tok kiriman Paksu pulak. Adik macam biasalah, cicah dengan susu :D 

Duit raya dari member Walid. 

Alhamdulillah macam-macam rezeki dapat untuk lebaran kali ni. 

Tuesday 18 May 2021

Raya 2021 ~ Kiriman dari Kampung

Masa dapat parcel dari Tok Umi tempohari, seronok sebab ada sambal bilis. Tapi duit raya takde pun macam tahun lepas 🤭 

Rupanya Tok Umi ingat kami boleh balik beraya di kampung tahun ni 😭😭😭 Bila confirm tak boleh rentas negeri, Tok Umi kirimkan satu lagi parcel untuk kami. 

Terkejut tengok kotak sebesar tu...

Lagi terkejut bila buka, siap ada kuali! Oh my mak mertua 😆😆😆

Kuali beli di kedai Hj Ismail Group, Langkawi. Tok Umi ke sana bulan 3 tempohari, sempena birthday Tok AyahMasa tu Kedah PKPP, boleh rentas daerah. Ramai yang ambil kesempatan untuk makan angin di Langkawi. 

T-shirt Langkawi for kids...

Ada kuih raya, kurma, coklat dan duit raya yeay!

Belated birthday gift & card from Uda to Angah. Adik pula dapat advanced birthday gift & card ♥️

Alhamdulillah rezeki. Moga Tok Umi Tok Ayah sihat-sihat selalu. Rindu, dah lama tak jumpa! 

Rendang Tok ni pula kiriman dari Paksu. Tempah dari kawannya dan directly sent to us. Raya ketiga baru bukak rasanya sebab habiskan lauk-pauk yang ada dulu. Rendang ni elok packaging-nya, tahan lama jadi Ummi simpan dalam freezer dulu. 

Sedap rendangnya 👍

Alhamdulillah walaupun jauh dimata, tetap dekat di hati :) 

Monday 17 May 2021

Raya 2021 ~ Kuih Raya

Nak cerita pasal ziarah raya, balik kampung, open houses raya semua tu tak ada, untuk tahun ke-2 berturut-turut jadi cerita aje lah pasal kuih raya... 


Tahun ni langsung Ummi tak buat kuih raya. Malas! Malas nak bertapa di dapur... Malas nak beratur panjang di bakeri... Malas nak mencuba sebab asyik tak jadi aje. Malas serba serbilah senang cerita 😆

Walaupun begitu, kuih raya tetap banyak hihi... Hasil tunjuk-tunjuk dan pemberian rakan taulan. Alhamdulillah syukur atas segala rezeki...

Kek Buah Kukus dari Abe, tauke MTM Mart.

Menarik kisah kek buah ni. Sebenarnya Ummi memang teringin nak beli tapi kurang bajet. Kawan Ummi jual sekilo RM90. Mahal sangat bagi Ummi walaupun Ummi faham dia guna bahan premium. Berbaloi dengan harganya tu. Yang kedua RM35/600gm. Affordable nampaknya tapi lambat dapat info, tak sempat order. Yang paling murah RM20 di Agro Bazaar tapi tak beli sebab banyak dah spent kat situ. Dalam hati, lepas raya nak datang beli sebab stok selalu ada kek buah ni. Alhamdulillah Allah sampaikan hajat Ummi thru Abe. 

Kisah tart nenas ni pun sama juga dengan kisah kek buah 👆 Last minute nak order dengan seller belakang bukit
 stok dah habis. Akhirnya tart nenas datang sendiri ke rumah :D 

Tq Sya 🌹

Ini yang Ummi kirimkan untuk Tok Umi. Kawan Ummi buat dan hantar direct ke rumah Jitra. 
Ini untuk Makcik. Beli dengan kawan, suruh dia hantar sekali. 
Tart Cadbury dari boss Walid. Favorite Angah. 
Rempeyek salted egg dari A. Dah tinggal serdak :D Kurma Al Bukhary tu dia takmau, rezeki kamilah...
Kuih raya dari belakang bukit tu... Sebahagian untuk kami, sebahagian untuk Ustaz halaqah Abang. 
Beli kek Mamasab, dapat raya gift dari agent 🌹 Small gesture macam ni yang buatkan kita suka nak repeat order kan?

Angah beli cookies dengan menantu Uncle Husin. Dapat free gift, brownies tu...
Dari Tok Umi dan Uda ♥️
Uda baru berjinak-jinak buat bisnes kuih raya katanya... 

Dari officemate Walid.. licin dah popia simpul ni :D 
Cookies ni pun dah licin... Anak-anak Ummi suka sangat cookies itu yang kalau nak beli Ummi ikut selera depa...  

Selain tu kami beli juga kuih/biskut standard raya-raya macam almond London, mazola, bahulu, kerepek dsbnya. Ada yang dah tinggal bekas, ada yang masih belum dibuka. Kuih bahulu tu hari ni pakat cicah dengan air teh. Sedapnya!