Showing posts with label Hubby. Show all posts
Showing posts with label Hubby. Show all posts

Sunday, 24 July 2022

Kem Kepimpinan & Meeting PIBG SRAI

Kakak dan Angah terlibat dengan Program Kepimpinan Pemimpin Kecil Sekolah 2022/23 atas kapasiti Pengawas Sekolah dan PRS respectively. 


Seharian programnya, dari jam 7.30 pg - 5.30 ptg. 

Pengisiannya termasuklah LDK, games, presentation dsbnya. Fasilitator pun kebanyakannya ex-student SRAI, diketuai oleh mantan guru disiplin; Ust S. Sebelum pandemik, Kem Kepimpinan ni pernah diadakan di luar sekolah. 

Credit Photos: Cg ZA.

Sementara tu, Walid pula joined meeting PIBG. Ada cabutan bertuah kali ni. Pemenang bawa balik towel Mamasab :) 


YDP Dr H mengundurkan diri kerana anaknya dah tak belajar di sini, w/pun mandatnya hingga tahun depan. Tak dijangka sebab anaknya pun 'lompat kelas', dapat tawaran masuk Form 1 w/pun baru 12 tahun. Budak genius 👍

Jadinya, terpaksa dibuat pemilihan. Selamat berkhidmat buat YDP baru dan 2 lagi AJK baru yang dipilih. 


Tuesday, 23 February 2021

King dah sihat!

Balik dari Pekan Rabu tempohari kereta Walid, si King berasap! Dalam hati Ummi dah cuak. Teringat peristiwa King rosak di pagi raya 5 tahun lepas. Terus fikirkan soal keselamatan (nak drive balik ke Gombak), jauh jaraknya tu. What if kereta breakdown tengah jalan? Selain tu, kosnya juga besar kalau rosaknya teruk seperti dulu. Ummi suruh Walid segera bawa ke bengkel tapi memandangkan kerosakan bahagian enjin (engine oil leaking) akan ambil masa untuk detect problem (probably kena turunkan enjin) dan mungkin perlu order spare parts untuk gantian sedangkan kami nak balik Gombak hari Sabtu, tawakkal sajalah. Standby minyak enjin untuk top up. Setiap kali berhenti, Walid periksa minyak enjin dan top up jika perlu.

Gambar sekadar hiasan, abang kakak King 😎

Benar bagai diduga, tatkala mendaki Terowong Menora tiba-tiba ada signal di dashboard yang menyala. Allah sajalah yang tahu perasaan Ummi masa tu. Bahayanya kalau kereta rosak dalam terowong tersebut. Automatik terfikir keselamatan anak-anak. Minta Allah jauhkan sebab kalau kereta kami rosak, pasti akan menyulitkan kenderaan lain juga. Banyak kereta masa tu. Doa usah cakap... Terasa lambat dan jauh sungguh nak keluar dari terowong tersebut. Dah lepas tu, berhentilah tepi jalan top up minyak enjin.

Malam tu bagi King rehat. Esoknya sebelum balik ke Gombak, beli lagi minyak enjin. Sampai di Tapah, hujan lebat. Lencun Walid sebab terpaksa berhenti juga untuk top up minyak enjin. Bila hujan lagi jelas tompok-tompok minyak yang tumpah. Makin risau hati Ummi :(

Alhamdulillah akhirnya selamat sampai di rumah. Esoknya terus bawa ke WestStar. Dari 4/1 hingga 7/2 King 'masuk wad'. Lambat tu bukan sebab apa; priority diberi kepada service kereta, manakala untuk repair secondary. Pastu PKP 2.0, jumlah pekerja dan masa bekerja dikurangkan. In between bengkel tutup 3 hari sebab ada kes +ve. Banyak betul dugaannya. Mujurlah PKP, Walid tak perlu ke ofis. Alhamdulillah, Queen (kereta Ummi) sihat walafiat sentiasa boleh digunakan. Ke Melaka untuk UKKM Abang tempohari dengan Queen-lah.

Sedih tengok :(


Keluar dari WestStar tu, ingatkan dah OK. Ada lagi yang ujiannya untuk kami huhu... Oxygen Sensor rosak dan ada kebocoran di steering rack. Untuk lebih jimat, kami repair di bengkel biasa sebab jika di WestStar pakai spare part baru dan ori. Bawaklah ke bengkel ayah angkat Walid haha... Bengkel Tauke Leong. Kami ni regular customer dia. Cuma, adakala kami terus ke WestStar untuk major service/repair.

Alhamdulillah hantar pagi, petang dah siap. Semua yang perlu diganti tu Tauke dah buat. 

Post CNY goodies from Tauke Leong 😍

King ni kami beli second hand. Dah hampir seusia dengan perkahwinan kami. Tapi, masih kuat cuma sekali sekala macam kita juga, jatuh sakit :D

Apapun, banyak jasanya pada kami. Satu Malaysia dah pusing. Be good to us always ye King 💪

Friday, 12 February 2021

Belum Rezeki Kami

Credit source. 

7/1 Walid ada 2nd interview dengan Syarikat E, sebuah syarikat di Negeri Jelapang Padi. Kali pertama iv secara online dengan pihak HR. Kali ni, iv secara bersemuka, bersama CEO dan Head HR. At this stage, lebih kepada get to know session, sembang-sembang dan nak tengok personality candidates. Iv pun buat di sebuah rangkaian kafe ekslusif di ibu kota. Santai-santai borak sambil hirup kopi. Kemain depa. 

Besar harapan kami sekeluarga agar dapat balik bermastautin di Kedah pula. Tok Umi antara yang paling teruja bila Walid dapat iv. Setiap Isnin & Khamis Tok Umi taja makanan berbuka untuk anak-anak tahfiz jagaan Ustzh Fatimah di samping minta depa doakan agar Walid diterima bekerja di Syarikat E. Bukan setakat menaja, tapi Tok Umi juga bertungkus-lumus masak sendiri. 

Telur masak kurma ni antara air tangan Tok Umi. Balik kampung tempohari sempat kami menyertai Tok Umi menghantar makanan kepada mereka. 

Walaubagaimanapun bukan rezeki Walid untuk dapat post tersebut. Dan belum masanya lagi kami pindah balik ke Kedah. Ummi ok je. Jadi 'orang KL' pun best, setiap kali balik kampung disambut macam VIP :p 

Walaupun belum ada rezeki untuk Walid jadi boss, tapi kami tumpang happy bila junior  Walid, A berjaya dilantik sebagai Dept Head di sebuah organisasi di Pantai Timur. Sebenarnya 2 tahun lepas, Walid was shortlisted for that position tapi depa pilih orang local. Ummi dah berangan makan nasi minyak, nasi dagang hari-hari dah masa tu haha... Tapi bukan rezeki kami. 

Tahniah untuk A, rezeki berganda. Sudahlah baru timang anak, dapat pula berbakti di negeri kelahiran isteri. Alhamdulillah rezeki dia. 

Apapun kami sentiasa berharap dan berdoa agar Allah gantikan yang lebih baik untuk kami di masa depan. Di sini atau di sana, we always believe that He is the Best Planner.



Saturday, 22 February 2020

Majlis Apresiasi PIBG Sesi 2018-2020


Lembaran ke-16, Bab 2, Hikayat 2020 (Ahad) 


Malam minggu lalu kami diundang ke majlis makan malam sempena nak berakhirnya tempoh perkhidmatan Walid sebagai AJK PIBG SRAI. Majlis diadakan di Orchard Villa, Gombak.




Alhamdulillah hampir semua guru dan AJK terlibat hadir bersama keluarga masing-masing.  Kakitangan sokongan seperti pak guard, kerani dan cleaner sekolah juga dijemput.

Orchard Villa ni dibawah pengurusan D'Saji. As usual, no complain about the food and venue. Everything was superb. Tahniah Teacher selaku orang kuat majlis.



Kambing golek 😋

Dendeng daging 😍

Ada sesi tukar hadiah, suka-suka je. Syaratnya harga setiap hadiah tu minima RM20. Setiap hadiah dan tiketnya (ganti nombor) dinamakan mengikut lagu popular tahun 80-an. Nampak nau old school depa ni haha...


Ini hadiah kami.


Ini pula yang kami dapat...
Mesti suka travel ni pemberi hadiah misteri ni :) 

Menjelang 10.30 kami minta diri sebab masing-masing dah mengantuk. Esoknya kan anak-anak nak sekolah.

Sijil dan T-shirt untuk PIBG 

Tak lama lagi selesailah mandate yang diberi. Dua tahun yang penuh warna-warni, ada pahit ada manis sampaikan Ummi pun terkena tempias juga hihi... Takpe, itulah namanya pengalaman yang akan mematangkan kita. Walid pun dah cuba sehabis baik untuk menunaikan amanah yang diberi disebalik segala kekangan. Moga di terima sebagai amalan yang baik.

Wednesday, 13 March 2019

Just for You!


Dah lebih dua minggu Ummi nampak beg kerja Walid yang lama tu dok tersadai je kat bilik Kakak tu. Tengok gaya macam Walid dah tak peduli, ada beg baru untuk ke tempat kerja baru. Dah gitu gayanya, confirmlah Ummi yang nak kena simpan beg tu :(

Tapi, sebelum tu kita check dulu apa ada dalam beg tu. Ada name cards, lanyard dan staff card... Pastu ada lagi ni hah;

Panadol
Nampak nau stress kerja sampai kena simpan Panadol dalam beg haha... 


Power Bank... 

Souvenir from Oz... 

Everything looks normal until I found this... 

An Eiffel Tower miniature. Ish, romantic bebeno hadiah ni. Takde pula Walid inform Ummi ada orang bagi dia miniature ET ni. Selalu kalau ada office mates dia travel, biasanya dapat key chain, fridge magnet etc. Small and simple stuff je. Ini from Paris with love nampaknya ni kihkih... 

Look at the card!
Bertambah suspicious Ummi 😅
Kalut buka kad tu... 


Phew! 
It was from Frankie.
😆😆😆


Tuesday, 19 February 2019

It's farewell...again!


Yes, you hear it right peeps!
Barely 2 years berkhidmat di Syarikat D Walid finally called it a day. Ada rezeki di tempat lain alhamdulillah. 


Walaupun singkat, rasanya banyak perkara baru dan pengalaman yang Walid dapat. 
Pahit manis, baik buruk itu adalah asam garam dalam hidup. Antara yang manis untuk dikenang pastinya tugasan luar negara yang membawa Walid ke Perth, Carmen (Mexico) dan Mumbai. 

A day before hari last, Ummi masak nasi minyak dengan gulai ayam untuk office mates Walid. Dah lama Walid berhajat nak buat makan-makan untuk depa. Sebelum tu dah buat farewell sekali dgn interns. Ini informal, pot luck style. Ada yang bawa lasagna, tauhu begedil dll. On the last day pun ada makan-makan lagi. Office ke kedai makan tak tahulah tempat kerja walid ni 🤭

Food preparation started at night.
Esok pagi bangun tumis ja. 

Nasi minyak, gulai ayam & acar timun. 

For us. 

For him. 

Moga yang di hadapan lebih baik untuk kami sekeluarga aamiin. 
All the best B 💪💪💪

Thursday, 11 October 2018

Air Solo & Apple Strudel wajib beli di Perth


"I troubled myself just to buy this for you Haji" kata F sambil menghulurkan sebotol air jenama Solo kepada Walid. Touching 😝 This year F & SY revisited Perth. Walid pula just buat local visit. 

Thanks a lot F & SY. 

Last year Walid pun bawa balik air Solo ni. It is actually lemonade yang sangat sinonim dengan Australia. Rasanya masam masam manis macam air lemon kat sini juga cuma ada rasa bergas sikit. Tapi sebab from oversea, rasa speciallah. Furthermore, it's the thought that counts :) 


Selain air Solo ni satu lagi yang mesti dicuba ialah apple strudel, sejenis dessert yang sangat terkenal di Perth. Yang ni memang sedap. Jenama yang terkenal ialah Corica. 

Info dari Sue, member Umi di Perth. 

Harganya boleh tahan mahal, sekitar RM60 untuk sekeping (kira-kira sehasta/+-45 cm). Dek kerana famousnya apple strudel ni, ramai yang beli bawa balik ke Malaysia. Umi pun dapatlah merasa hari tu. 




Kalau beli 6 ketul, Corica akan pek untuk hand carry atas flight. Info ni Sue yang bagitau. Tapi Walid beli satu je hari tu. Mahalkan... Lagipun setakat nak rasa, satu pun dah cukup. 

Thanks Sue. 

Yang kelakarnya Walid sorang je beli apple strudel ni. Jadi bila dah balik Malaysia F ni baru tahu pasal apple strudel ni. Teringin pula dia nak merasa hehe...mujur ada balance lagi. Taktaulah pergi kali ni dia beli ke tidak :) 

Kalau taknak apple strudel, durian strudel pun ada tau! 

Rasa bangga jap durian jadi pilihan Oz 😆



Wednesday, 19 September 2018

Happy Birthday Walid 😘😘😘


During Walid's recent birthday, we presented him with these cakes; a slice of choc indulgence and another one was black forest or blueberry (forgot already 😅) from the Secret Recipe. 


Ada drama juga nak beli kek ni. Ada satu parking slot depan kedai SR ni, end lot. Sebelah kiri ada keta besar, CX-5 and sebelah kanan ada divider/beam. The parking looked even smaller with the big car next to her. Kalau bawak Myvi or Axia rasanya elok selesa park kat situ. Umi bawak keta sedan. Elok je nak belok masuk parking tu, tiba-tiba ada pakcik mana ntah baru keluar dari kedai nasi vanggey tu, angkat tangan. Bagi isyarat suruh pusing sikit, takut terlanggar beam. Umi yang tadinya confident terus goyah haha... Umi bab parking memang fail sikit unless parking space tu sebesar parking bas :p go head gostan, go head gostan, dekat 5 minit kot dapat jugaklah park w/pun senget. Pakcik tu pulak dok tunggu sampai Umi parked. Risau agaknya dia takut Umi terlanggar beam or worse, the CX-5 :D 

Setel beli kek, time nak keluar pulak problem. Since Umi parking senget sikit so terhegeh-hegehlah pulak nak reverse. Jalan tu pulak 2-way, kiri kanan nak kena perati. Last-last suruh Abang turun, guided Umi. 

Then singgah beli sate. Inipun satu hal juga, kat signage tulis sate rm0.73 sen/cucuk. Umi suruh Abang beli ayam 20 cucuk, daging 10 cucuk. Kami bukan penggemar sate sangat. So 30 cucuk tu dah memadai. Elok nak bayar, rupanya yang 7 kupang 3 duit (73 sen) tu sate ayam je. Sate daging 90 sen. What a misleading advert :( 


Alhamdulillah kenyang makan. Yang penting Walid happy with our surprise (celebration). 

Walid dearie, 
May Allah protect you, answer all your prayers, bless you with good health, wealth and happiness forever. Aamiin.


We love you very very very much Walid 💝💝💝



Monday, 6 August 2018

Buah hati tak sihat 😟


2-3 minggu lepas Umi, Kakak, Angah & Adik pakat tak sihat. Masing-masing demam, selsema & batuk. Complete package. Lepas pergi klinik ambik ubat, habiskan antibiotics semua oklah. 

Time tu Abang steady je. Sihat walafiat. Walid batuk sikit -sikit je. On off. Mula-mula tu batuk manja je...uhuk uhuk...lama-lama makin kasar bunyinya. Pergi klinik still tak OK. Berlanjutan sampai 3 minggu hah...  Finally minta referral letter bawak ke Pusrawi. Jumpa pakar respiratory terus. Siap kena x-ray semua. 



Sementara nak jumpa doc lepas x-ray tu Umi mintalah nak tengok result. Memang tengok je lah sebab tak tahu pun OK ke tak. Medical terms manalah kita fahamkan... Tapi Walid confident je cakap ok semua. Cuba Umi tengok summary x-ray tu katanya. Kita pun tengok lah...aahlah ada well defined, ada yang clear. Lega haha :D 

Sekali masuk bilik doc explain pasal x-ray tu. Ada jangkitan kuman dekat paru-paru. Sebab batuk dah lama sangat huhu... Jauh panggang dari api tafsiran kami 😁😁😁Doc bagi options; Masuk wad & neb and cucuk antibiotics. Cepat lega. But Walid pilih yang 2nd, balik rumah makan ubat & antibiotics (less powerful and takes longer time to heal). Punyalah baik Walid ni, ambik mc for that day je. Kalau umi mau request sampai hari jumaat :D that day pun half day was spent there sebab doc almost 11 am baru ada and half way terpaksa tinggalkan klinik ada patient dia dekat ICU tak stabil. Dari pukul 9-3 kami kat Pusrawi. Balik rumah nak jemput anak2 sekolah dsbnya dah gone satu hari. Tak rehat pun. 

Lepak kat cafe sementara tunggu turn.
Lunch pun kat Pusrawi juga. Dah cantik cafenya 👍👍👍

Surau baru pun dah siap. Time bersalinkan Adik 2 years ago, surau ni tengah under renovation. Luas dan selesa alhamdulillah. 


Next day pergi ofis boss 'halau' balik haha... Terus continue mc sampai jumaat. Kan Umi dah cakap?. Kena rehat betul-betul. Now he is getting better and hopefully recovered soon. 

Kisah Abang pula...hari khamis pejabat sekolah call. Umi dah cuak ingatkan anak jatuh ke, bergaduh ke... Tapi the caller (tak sure cikgu or kerani) cakap Abang demam. Depa minta bawak balik. Dia siap tanya "Puan aware tak Fawwaz demam?" Memang taklah sebab pagi tadi OK je. Tanya juga Walid, pun Abang nampak OK je time Walid dropped off dekat sekolah tadi. 


Terus Umi bawa Abang ke klinik. Rupanya tonsil dia bengkak and bernanah. Patutlah dia tak sihat. Doc bagi antibiotics juga untuk rawat tonsil tu. Alhamdulillah now nampak dah kecut. Nanah pun dah takde alhamdulillah. Kalau tak OK Umi nak refer ke Pusrawi juga. Dulu masa dia 5-6 tahun pernah jumpa but doc kata tak perlu buang sebab dia sihat selalu. Demam or selsema jarang sangat. Aktif pulak tu. Hopefully everything goes well with you Abang! 

Syafakallah both of you 😘😘😘