Sunday 30 June 2024

Simple Dinner I

Menu Simple Dinner I;
Nasi Putih
Ayam Bakar Madu 
Buncis Goreng Bawang Putih 


Ayam Bakar Madu ni terpaling senang nak buat; 

Terima kasih My Resepi 👍

Cili giling Ummi ganti Sos Korea Adabi, nak habiskan stok yang ada plus malas nak kisar cili kering. 

Untuk cara penyediaannya, step kedua tu Ummi olah. Dah siap sosnya (step 1), tutup api. Ummi tabur dan lumur garam pada ayam, kemudian tuang sos tadi atas ayam. Gaul sebati. Perap dalam 30 minit kemudian masukkan ke dalam air fryer. Tetapkan suhu 200°C, 20 minit. Selepas 10 minit pertama, kalih ayam dan sambung bakar. 

Untuk Buncis Goreng Bawang Putih pula;
1. Bersihkan kacang buncis tanpa perlu potong - buang bahagian hujung shj
2. Panaskan minyak dan goreng sebentar kacang buncis. Angkat dan toskan
3. Potong kasar bawang putih (guna chopper lagi senang) 
4. Panaskan minyak dan goreng hingga golden brown. Angkat dan toskan. 
5. Susun kacang buncis tadi di atas pinggan, letak garam, serbuk perasa, tuang sedikit minyak goreng bawang putih tadi dan masukkan juga bawang putih goreng tadi. Gaul sebati dan sedia untuk dihidang. 

Sedap rupanya, rangup kacang buncis tu. Katanya ini Chinese Style
Terima kasih Che Sayang.

Walaupun simple je lauknya, menambah juga nasi 🤭



Saturday 29 June 2024

Rezeki Jumaat 28.6

Semalam diadakan majlis penutup Minggu Panitia PJPK dan Minggu Panitia Jawi, Imlak, Khat & Pendidikan Islam sewaktu perhimpunan pagi Jumaat. 

Kakak joined pertandingan ni 👆
Kakak, Nurin, Danisha & Qaleesya satu team

Balik sekolah hari tu terus ajak Ummi beli kadbod. Sampai rumah tengok di YouTube cara buat piramid, sebab dia nak buat piramid 3D. 

Alhamdulillah, terhasillah piramid ni. Hasil akhir Ummi tak tengok sebab Kakak bawa ke sekolah piramid ni, hias dan lengkapkan dengan teammates dia. Sempatlah hantar sebelum deadline

Lama juga menunggu keputusannya, alhamdulillah semalam diumumkan pemenangnya. Team Kakak dapat hadiah saguhati, alhamdulillah. 

Tahniah anak² 👍
Selain sijil, dapat juga pen sorang sebatang dan popcorn. 

Untuk Panitia Jawi tu ada kejutan... 

Kakak terpilih sbg pemenang Tulisan Jawi Tercantik utk kelas dia, alhamdulillah. 

Adik pun menang juga, alhamdulillah...
Tempat ke-2 Teka Silangkata Jawi utk kelas dia. Setiap kelas cikgu pilih 3 orang pemenang. 

Selain tu ada juga pengumuman pemenang Kelas Tercantik dan Sudut Nilam Tercantik. Alhamdulillah rezeki kelas Kakak jadi Johan Kelas Tercantik Tahap 2. Dapat RM80 dan Piala kata Kakak. Untuk Sudut Nilam, kelas Kakak dapat tempat ke-3. Tahniah 5 Tabah 👏👏👏

Bukan anak² je dapat hadiah rupanya, rezeki utk Ummi pun ada juga ...

Rizqy bagi durian Tukugho (Batu Kurau) sebiji... Acik, Acik dia panggil dari luar pagar 😆 

Malam pula Walid bawa balik donut dan cookies. Alhamdulillah rezeki lagi 🤲 Donut Karamel (kuning tu) sedap. Ummi dah request kalau ada jual lagi next week (jual dekat masjid hari Jumaat) Ummi nak. 

Besar atau kecil, sikit atau banyak kita syukuri setiap pemberian-Nya ♥️

Friday 28 June 2024

Bekal 10-14.6.2024

Koleksi bekal Kakak  minggu sebelum cuti raya haji... 

Bekal 10/6

Bekal 11/6

Bekal 12/6

Bekal 14/6

Bekal 14/6 

Minggu selepas raya haji tu dia tak nak bawak bekal, nak beli di kantin pulak. Okay jugak sebab Ummi pun nak kumpul balik idea dan kerajinan. Cuti raya haji kan sampai Selasa, 2 hari tak payah bangun awal memasak, sempatlah jadi malas haha... 

Minggu ni pula dia bawa bekal ringan² je; sandwich telur, sosej, scrambled eggs gitu² je...lepas tu Khamis semalam dia nak Nasi  Lemak Sotong. 

Asalkan Kakak bahagia ☺️



Thursday 27 June 2024

Nasi Lemak Kerang Telur Mata

Semalam keluar beli nasi lemak dekat padang... 

Beli Nasi Lemak Kerang Telur Mata harganya RM8.50. Fuhhh dah macam harga makan tengahari ye...  

Kelmarin tu beli lepas balik isi minyak kereta, singgah beli kue tiau goreng + Teh Ais depan masjid  Boleh tahan juga harganya, RM7.50. 

Ummi ni kalau keluar rumah je beli sarapan. Kalau tak kemana², makan je nasi sejuk ke, buat nasi goreng ke roti ke... Sorang je nak makan, pandai² la nak hidup kan 🤭

Hari ni pergi market, dapatlah beli nasi lemak singgit. Sekarang dah tak singgit dah, RM1.20 dah. Tak mampulah nak tampung kos kan, bahan mentah pun meroket la :( 
 


Wednesday 26 June 2024

'Frozen' Bahan Memasak

Salah satu cara nak panjangkan jangka hayat barang² dapur ialah dengan menyimpan secara frozen (sejukbeku). Tapi, kenalah tahu cara yang betul supaya bahan² ni kekal elok. 

Untuk daun pandan, basuh bersih daun pandan dan potong ikut citarasa. Nak lap dulu daunnya  hingga kering pun boleh. Simpan dalam bekas plastik/ziplock bags dan tutup rapat. Sebab Ummi tak berapa reti nak simpul daun pandan, asyik terburai bila dimasukkan dalam masakan, Ummi potong saiz ni. Terpulang ye. Bila nak guna, keluarkan dan tak perlu basuh lagi. Daun limau purut pun Ummi simpan style ni, alhamdulillah kekal warna dan aromanya. 

Kalau untuk daun kari, guna cara ni, lebih berkesan إن شاء الله 

Untuk kunyit hidup, halia dan lengkuas, basuh bersih, buang kulit dan hiris nipis. 

Susun atas pinggan/talam satu², jangan bertindih dan masukkan ke dalam freezer 1-2 jam. Bagi keras/beku dulu then pindahkan ke dalam bekas bersesuaian. 

Bila nak guna, ambil je berapa hirisan yg diperlukan. Alhamdulillah setakat ni, inilah cara yang paling sesuai dgn Ummi. 

Malam hari Arafah tempohari, Angah bawa balik lengkuas, ada jemaah surau sedekah. Bagus betul jemaah ni sedekah barang yang sangat function di musim² raya korban. Lengkuas ni  boleh guna untuk buat rendang, rebus daging dsbnya. Terima kasih Haji 👍

Ummi basuh bersih, hiris nipis dan simpan  macam cara di atas. Kali ni Ummi simpan dalam ziplock bag (gambar first, kanan sekali). Dedaun lain pun Ummi letak dalam ziplock bags, jimat space dalam freezer

Boleh cuba ye ... 

#Untuk sabun Do'zee tu, sebenarnya kena beli dengan stokis, sebab belum masuk pasaraya² besar. Selain MTM Mart, rasanya di Mydin ada produk ni. Do'zee ni produk bumiputera, nak masuk pasaraya besar mungkin banyak prosesnya. 

Berjaya racun kawan kita, blogger NA 😁
Dah guna belum? Hehe...

(Boleh rujuk website Do'zee untuk senarai stokis). Ummi takde kaitan ye dengan produk ni, sekadar share sebab Ummi suka guna ✌️
 
Sokong dan beli barangan buatan Malaysia gitewww :D  



 

Dinner di Jom Shellboat @Thai Kitchen

Walid ajak teman ambil baju batik dekat Al Salam Tailor. Boleh, tapi kenalah ada upah :p

Alang² Ummi belum masak untuk dinner, kita makan dekat luar je lah sebagai upahnya hihi...  

Tak payah fikir², ini je la menu pilihan kitorang kalau makan di luar. Nasi Goreng Kampung, NG Pattaya, Mi Segera Goreng dan Mi Segera Sup untuk Kakak yang tak sihat hari tu. Order juga Korean chicken popcorn kot, Adik request. Ikutkan Ummi nak order sate tapi takpelah, next time. Takut tak habis je sebab gegirls ni tangki kecik. Kalau ada Abang Angah tu baru seronok, tak pernah tak habis makannya :D 

Sebelum ni lain nama kedai ni, dah tukar owner kot. Dekat TV tu lagu² 90-an, bolehlah layan. Lagu Layu di Hujung Mekar favorite Adik tu takde, tapi lagu Sejiwa nyanyiah Spring ada. Dia tau juga lagu tu, bolehlah berduet dengan ummi. Ikut nyanyi sambil² tunggu makanan :D 

Sebelah siang ada jual nasi campur; lauk² kampung dan ikan bakar. Mungkin share² bayar sewa kot. Tak pun owner yang sama juga. Sebab ada je yang buat gitu. Siang orang lain, malam orang lain meniaga pula. Sama² nak cari makan. 

Makanan kami order tu sedap, bolehlah nak repeat. Alhamdulillah atas rezeki dari-Nya.








Tuesday 25 June 2024

Apa Khabar Angah ?

Lama tak update pasal anak soleh sorang ni... Alhamdulillah syukur sekarang dia dah serasi tinggal di asrama, dah tak homesick. Awal² dulu biasalah macam² yang tak kena di sekolah tu. Takde kawanlah, tak nak hafazanlah, penat kena bangun awallah, itulah inilah... Apapun alhamdulillah sekarang dah okay sangat dah. Kadang 2-3 hari sekali baru call. Awal² dulu 2-3 kali call dalam sehari 😁 

Sekarang ni tengah PPT...


Tuition/revision Sains Ahad lepas... 

Masuk kelas silat. Latihan setiap Jumaat minggu takde PB.

Terpilih jadi pengiring ke Majlis Perujian Isbat. Yang masuk ujian F² ke atas, adik² F1 ni dibawa untuk bagi pendedahan. 

Hafazan pun dah masuk pertengahan Juz 2 alhamdulillah. Tapi itulah, dah serasi dengan Ustaz Fairus, guru halaqah dan kawan² sehalaqah, UF pula pindah. Ustaz transfer balik kampung untuk jaga mak ayah 👍 Angah dan kawan² sehalaqah terpaksa split masuk halaqah² lain. Syukur dia kata halaqah baru ni pun okay. Dia pun dah boleh geng dengan semua  alhamdulillah. 

Gambar kenangan dengan UF masa sambutan raya tempohari. 

Semoga yang baik² saja utk Angah ♥️




Monday 24 June 2024

Kemas Area Belakang

Extended area belakang dapur tu dah macam tongkang pecah. Di situlah laundry area, stor, ampaian, rak pinggan dan seribu satu khazanah lagi. Bila mood rajin datang bertandang cepat² kita raikan. 

Kita tengok hasilnya sudahlah ye...
Nak tengok before kejadian, pakat pengsan satgi 😆

Bolehlah buat tempat Ummi healing² sambil kopek bawang 😁

Rak bahan² cleaning
Botol pink tu floor cleaner, wangi dan segar baunya. Macam bau dekat hospital, rasa bersih je tapi bukanlah bau kuat macam Dettol tu. Masa duduk di homestay time rumah terbakar dulu, cleaner homestay tu guna produk ni. Sekarang kami pun guna. Ada jual di Speedmart, tak sampai RM10 sebotol. Buat spray² meja pun boleh, cuci toilet pun boleh. Multi purpose.

Pencuci baju pula Ummi guna Do'zee sekarang ni. Dulu pakai sabun serbuk tapi sejak akhir² ni guna Do'zee. Sedap bau dia. Beli yang sebotol 10kg ni tahan +-sebulan. Harga dalam RM35. Tak letak atas rak sebab berat dan besar botolnya. 

Do'zee hitam ni paling wangi bagi Ummi. Dan selalunya cepat je sold out bila MTM Mart restock

Ada lagi nak dikemas²... Maklumlah banyak dapat inspirasi hasil dok scroll TT :p 


Bubur Apa Ye...

Walid bawa balik manisan ni dari surau... 

Bahagian atasnya pulut, dimasak lembik dan bahagian bawahnya air gula + kelapa? Ummi tak pasti sebenarnya... Bukan air gula semata, tapi ada rasa kenyal2. 

Rasanya lemak² manis... Tapi tidaklah semanis bubur² biasa Ummi makan. 

Ada yang tahu namanya?

Sunday 23 June 2024

Shopping Haul ~Ninso

Terjebak juga bila tengok dekat TT orang shopping² dekat Ninso 🤭 Makanya ajaklah Walid ke Ninso Greenwood. 

Pinggan putih cantik yang tengah viral tu ada kat sini cuma Ummi tak sempat belek. Banyak sangat saiznya pun plus Adik Kakak tak bagi kerjasama. Dok melilau sana sini sampai hilang...bukan depa hilang, kesabaran Ummi yang hilang :p

Mug cantik Kakak beli untuk Adel. Birthday Adel minggu lepas. 

Correction tape ni Abang Angah memang guna sebab depa buat tahriri (salin semula ayat hafazan dlm buku tahriri. Buku ni kena hantar masa F5, untuk disemak dan diberi sijil hafazan nanti). Sekarang students tak pakai sangat liquid paper. Bateri 3A untuk jam loceng Angah. Bateri kedai 2 ringgit ni kadang tahan lama kan. Bateri bulat untuk lilin Adik. Actually lampu LED, bentuk lilin hihi...

Tengok mak² dekat TT tu rajin beli stoking dekat kedai² 2 ringgit ni, Ummi pun beli jugalah. 
Mur² pun takpelah.. Geram Ummi, asyik hilang sebelah je stokingnya pun 😇

Ni pun sama, macam brooch juga belilah banyak mana pun, asyik hilang/berkurang je 🤭

Untuk dak² asrama...

Berus botol tu cute, belilah satu. 
Wipes tu highly recommended, RM2.95 je ada 120pcs.  Murah dan functional. Ummi kalau barang pakai buang ni tak pilih brand, murah² pun takpe sebab lepas pakai nak buang je kan. But kena 'function' la. 

Selain pinggan putih, bakul putih ni pun tengah viral. Angkatlah sebijik. Nerd sungguhlah Ummi ni, boleh fikir bakul ni RM2.40 je haha... Set dalam kepala barang² Ninso RM2.40 so semua barang Ummi ingat 2.40 😂 Tidak ye, bukan semua harganya dua ringgit 4. Bakul ni RM15 rupanya. Tapi saiznya besar. Padan dengan harganya. 

Tot pun approved

Itu ini, 58 ringgit semuanya. 
Betullah orang kata kedai² gini berhantu! 





Layan Euro 2024

Tengah malam tadi Walid ajak tengok EUFA EURO 2024 (EURO 2024). Malam minggu bolehlah kan... 

Game Turkiye vs Portugal... Best ni 👍


Mana² team bagus main  Ummi suka je tengok. Paling best kalau underdog teams menang, rasa puashati tu lain. Cuma selalunya games pukul 9 games tak berapa best. Pukul 12, pukul 3 pagi tu game best². Sesekali layan bolehlah. Tua² ni cepat mengantuk 😆 

Orang lain tengok bola makan kacang ke, keropok ke...

Ummi layan mi segera :p 

Gegirls dah tido, bolehlah Ummi layan mi segera tanpa gangguan hihi... 

Oh, result malam tadi Turkiye 0, Portugal 3. Portugal, tuan rumah German, Spain, Belgium antara yang dah berjaya ke next round. France, England belum layak lagi...