Alhamdulillah merasa juga duit bantuan kerajaan iaitu SARA (Sumbangan Asas Rahmah).
Awal² dulu iaitu mingggu 31/8 tu sistem tak berapa stabil dengarnya. Ramai yang serbu pasaraya dsbnya untuk tebus SARA ni. Jadi Ummi simpanlah dulu. Walid pula awal² dah guna SARA dia.
Pembelian pertama Ummi buat pada 18/10/2025.
Kali kedua, pun shopping di TMG juga...
Wafer sticks tu Ummi nak bayar cash ikutkan, tapi cashier dah scanned dan dia kata boleh guna SARA. Kira kategori biskut² la kot...
As to date, ada baki lagi RM4.70 lagi.
Don't worry, Ummi akan tebus sampai bakinya RM000.00 :)
Alhamdulillah masa Belanjawan 2026 hari tu PMX umum ada pemberian SARA untuk kali kedua iaitu pada Feb nanti.
Tahun depan Abang masuk 18 thn, ada rezeki dapatlah In Sha Allah.
