Thursday, 23 March 2023

Sup Kosong @ Sup Bujang

Sup Bujang atau Sup Kosong ni Ummi regukan dengan nasi putih dan Ayam Masak Kicap masa birthday Angah Isnin lepas. Walid kalau makan kena ada kuah. Sup gini pun jadilah...

Sup Bujang
~ masukkan 2 cawan air ke dalam periuk, buka api
~ bila air dah panas, masukkan 1/2 kiub pati ayam dan biarkan hingga kiub pati ayam dissolve sepenuhnya
~ masukkan bawang goreng secukupnya
~ bila dah mendidih, tutup api. 
~ boleh masukkan daun sup / daun bawang sebagai hiasan 

Ummi masukkan juga kaki ayam yang dah direbus hingga empuk. Kiranya tak berapa nak bujanglah sup Ummi ni ahak! 

Kalau nak makan dengan nasi goreng pun sedap juga. Tambah-tambah time sahur. 



Wednesday, 22 March 2023

Ramadhan Kareem!

23.03.2023 | Khamis
Cantik tarikh permulaan puasa kita tahun ni :) 

Kali ni Ummi sambut puasa dengan sedikit ujian kesihatan. Batuk kuat dan sakit tekak. Batuk khoh khoh kata orang kampung Ummi. Sekali batuk tu susah nak berhenti. Terasa berlendir di tekak:( Yang tekak pula, terasa sakit bila menelan, hatta air pun. Sentuh-sentuh sekitar leher tu terasalah ada 'telur cicak' (kelenjar bengkak) haha .. Selalunya bila batuk hilang, 'telur cicak' ni pun hilang or vice versa. 

Tapi, ujian kecil saja Allah bagi Ummi. Ada kawan sekolah Ummi rupanya tahun ni kali kedua berpuasa  sebagai pesakit buah pinggang, yang perlu melakukan dialysis. Allahu Akbar! Kami baru tahu semalam. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusannya 🤲

Dah jadi tradisi sejak kecil, tonton pengumuman puasa/raya oleh Penyimpan Mohor Besar Raja². Kalau tak, rasa tak complete sambut puasa/raya haha ... Lepas tu, mesti tengok baju Tan Sri warna apa :D 

Tqsm KJ aka Mak Itam. Rasmi sudah untuk terawih malam tadi 😁

Selamat berpuasa untuk semua. Semoga Allah memberikan kesihatan yg baik, mempermudahkan segala urusan kita dan memberi kelapangan untuk kita beramal sebanyak-banyak dan sebaik-baiknya di bulan yang penuh barokah ini. 

Ramadhan Kareem!  


Tuesday, 21 March 2023

Happy 12th Birthday Angah 🎂

Our hensem boy turns 12 y/o dah! 
Dah boleh buat IC hehe...

Very simple celebration; 

Ummi goreng bihun then bagi kat Geng Main sorang sebekas...

Kemudian untuk Ummi dinner Ummi masak ayam kicap, telur mata dan sup bujang/.sup kosong ...


Birthday cake pun sekadar kek coklat biasa je Ummi beli. 

Untuk hadiah, Ummi belikan dia KitKat dan chocolate serta sebatang pembaris :D Sebab dalam pencil case dia takde pembaris hihi...

Muka dah makin iras dengan arwah Pakcik dah ☺️

Actually last week sebelum Abang balik asrama dah celebrate kejayaannya dalam UPKK dan pre-bday celebration sekaligus. Alhamdulillah dia pun tak minta banyak, cuma Ummi masih hutang hadiah UPKK :D 

Doa Ummi untuk Angah; 

Sentiasa jadi penyejuk mata keluarga, jadilah pembantu dan peneman setia Abang dan jadilah pelindung untuk adik². Sentiasa bersikap dermawan, baik hati bukan hanya kpd Ummi tapi juga buat seluruh keluarga kita. Mudah-mudahan Allah makbulkan doa Angah untuk dapat Mumtaz PSRA, naik pentas hujung tahun nanti & dapat masuk sekolah Abang.
Aamin aamin aamin Ya Mujib 🤲 

Happy 12th Birthday Angah sayang! 

# nanti lapang² sikit Ummi b/w ye .. terima kasih kepada yang setia berkunjung dan meninggalkan komen. Tq..tq...tq 🤗



Monday, 20 March 2023

Back to School 2023

Tarikh keramat 20/3/2023 semua anak⁴ Ummi bersekolah secara formal. Dulu Adik tadika, tak berapa formal kiranya :p 

Jam 4.45 pagi dia dengar alarm phone Ummi bunyi dan kejutkan Ummi. Dia dah terjaga sebelum tu lagi rupanya :D 

Alhamdulillah tiada drama di pagi hari. Cuma, Ummi cuak bila misplaced name tag Angah. Awal cuti sekolah tanggalkan sebab basuh vest dia. Alhamdulillah jumpa. Lepas tu, bila tengok dia bersila lepas solat, Allah seluar senteng hampir ke betis haha... Awal cuti dulu okay je so tak beliliah yang baru. Meninggi betul dalam masa sebulan! 

Kakak pun baju PJ dah ngam² tu .. Lepas raya kita beli baru, sebab bulan puasa tak dibenarkan pakai baju PJ, sebab hanya belajar dalam kelas, takde aktiviti PJ diluar kelas. 

Alhamdulillah bayaran yuran pun Ummi dah setel-kan semalam. Lawa pulak angkanya; RM666

Belajar rajin² ye anak⁴ 🤗

Saturday, 18 March 2023

Dinner 2H

16/3/2023 | Khamis 

Sebelum sesi persekolahan 2022/23 berakhir depa dah buat Jamuan Akhir Tahun bersama guru² kelas. 

Kali ni buat lagi, sesama murid saja. Jemputan hanya Cg Ain & suami yang baru mendirikan rumah tangga hujung tahun lepas. 

Depa pilih Rot Thai Wangsa Maju sebagai lokasi. Tema 🖤🤍 untuk dinner tersebut. Kemain depa...

Kami pernah makan di Rot Thai Sri Gombak. Yang di Wangsa Maju ni Ummi tak pernah pergi. Syukurlah ayah Adli sudi tumpangkan Abang. Balik office, Walid ambil Abang bersama Adam. Ayahnya otw dari Puncak Alam, risau lambat sampai jadi minta tumpangkan Adam di rumah kami. Alhamdulillah dah masuk tahun ke-3 ni makin kenal parents lain. Sebelum ni Covid, jarang dapat bertemu muka dan berkenal mesra. 

Abang siap ajak Ummi beli baju baru, even though dia ada je T-shirt hitam. Tapi, dia nak kemeja. Layan je... Nampaknya semua menepati tema yang ditetapkan. 

Ada juga sesi tukar² hadiah. Abang beli ear pod untuk Nizar. Dia pula dapat stoking bola dari Ilham. 

Rezeki depa, dinner malam tu ditaja oleh parents S. S  nak tukar sekolah. Dalam suka tu terselit juga duka :( Panjang umur, ada rezeki dapat jumpa lagi S di kemudian hari. 

Semoga anak² 2H sentiasa berjaya di dunia dan akhirat 🤲

Friday, 17 March 2023

Rezeki Jumaat 17/3

Jumaat terakhir di bulan Syaaban, ramai ambil kesempatan bersedekah makanan...

Lepas Subuh, Angah & Abang bawa balik laksa Johor, karipap dan kuih kaswi. Alhamdulillah ada heavy food untuk sarapan sebab Ummi cuma buat roti sosej dan kopi O je pagi ni. 

Balik dari pasar, Aunty Farah bagi nasi lemak bungkus sorang satu. Alhamdulillah rezeki lagi :D Patutlah terdetik dalam hati takyah beli nasi lemak singgit di pasar tadi, rupanya nasi lemak Aunty Farah dah tunggu :D

Balik solat Jumaat pula anak² bawa balik nasi lemak dan epal. Maaflah, Ummi cannot go dah nasi lemak untuk hari ni. Nak makan nasi putih dengan lauk sardin semalam je 😁

Malam tadi Walid selit order dengan En Rizal. Dia buat nasi beriani untuk jamuan di KPJ. Teringin nak rasa, itu yang order. 

Dalam pukul 11 depa singgah hantar. Banyak tau makanan yang dia bagi; nasi beriani, ayam masak merah, dalca, jelatah, udang goreng tepung dan papadom. Ada juga sekotak kurma. 

Bila follow up untuk bayar, ini jawabnya ...

Allahu Akbar! Mudah-mudahan bertambah luas rezeki beliau 🤲

Alhamdulillah syukur selalu. 


Thursday, 16 March 2023

Spek Patah 😅

Gara-gara simpan cermin mata aka spek dalam poket seluar, bila tarik kalut² ginilah jadinya...

Mula berkhidmat pada 22/6/2021, setahun lebih jugalah usia perkhidmatannya :D Ini pun simpan lagi, untuk emergency katanya :)

Sementara nak siap spek baru, spek Ummi jadi ganti. Ummi jarang guna spek Ummi unless untuk membaca atau mengisi borang. Tengok phone alhamdulillah masih jelas. Bagi Walid, nak buat kerja di laptop tu kurang selesa jika tidak menggunakan kaca mata. 

14/3 spek baru dah siap. RM249, sama harga dengan spek Ummi. Tempat buat spek juga sama; Samsia Optometry. Kali ni Walid beli tali sekali, senang nak sangkut kat leher katanya 😁



Wednesday, 15 March 2023

Hari Orientasi Darjah 1

Allah, sibuk betul hujung² cuti sekolah ni... 

Semalam (15/3) Adik ada Orientasi Darjah 1. Syukur Walid perasan, tarikhnya bertukar. Info awal kami dapat katanya 18/3, hari Sabtu. 

Alhamdulillah, ceria je dia... Yang lain² pun takde yang meragam. 

Sementara anak² ada aktiviti dalam kelas, ibu ayah diberi taklimat dalam dewan. 

Yuran bulanan makan tengahari dinaikkan dari RM50 ke RM60/seorang. Tambah duit PIBG RM25, jadinya RM85/seorang. Mudah-mudahan Allah Al Razzaq sentiasa meluaskan rezeki 🤲

Selesai taklimat, ambil buku teks untuk Adik. 

Buku² akademik dia dapat banyak yang dah lunyai :( 

Dia peminjam ke 8 kalau ikut rekod pada buku teks ni...

Takpelah dik, ada rezeki tahun depan² dapat buku baru. 

Untuk buku tulis dah beli masa ambil result UPKK Angah minggu lepas. Minggu ni baru start balut buku²-nya sementelah Tok Umi & Tok Ayah pun dah balik Kedah. Baru lapang sikit nak uruskan hal sekolah anak⁴ ni...

Balik dari orientasi Adik semalam, ke sekolah Abang pula. Beli buku tulis dsbnya. 

Memang sibuklah mengadap buku² dan persiapan sekolah depa ni. Nanti free² Ummi bw ye 🤗

Monday, 13 March 2023

Lukisan Digital by Cuya

Alhamdulillah Pemenang Segmen Pencarian Model Lukisan Digital By Cuya dah diumumkan. Tahniah Suria Amanda aka SA!

Ikutkan segmen dah berakhir, tapi Ummi masih berhutang dengan Cuya :D Kebetulan Cuya pun kurang sihat baru² ni, jadi tertangguh jugalah untuk Cuya lukis gambar Ummi bagi. 

Inilah hasil lukisan digital Cuya...

Ummi minta Cuya lukis bunga. Katanya first time dia lukis. Bolehlah tambah dalam portfolio 🤗

Yang kecik tu gambar asal. Cantikkan hasil lukisan Cuya ni? 

Thank you Cuya sudi layan permintaan akak. Semoga Cuya sentiasa sihat dan diluaskan rezeki sentiasa 🤲

Sunday, 12 March 2023

Dinner @ Anjung d Tasik Biru, Kundang

Tok Tam bawa kami sekeluarga ke Anjung d Tasik Biru untuk makan malam. Hujan malam tu...

Pemandangan indah Tasik Biru di waktu malam. 

Kami order set untuk 6-8 orang, RM150/set.

Termasuk dalam set tu juga ikan siakap. Kami pilih Siakap Steam. Meja Tok Tam pilih Siakap 3 Rasa.

Air pula kami pilih air longan. Sedap dan sepadan dengan lauk-pauk 👆

Sedap dan puashati makan di sini. Service pun cepat. Manakala restorannya besar, jadi walaupun ramai pelanggan tak rasa crowded. 

Kalau nak makan steamboat pun ada. Western food  juga disediakan di sini. Tok Tam kata lamb chop sedap. Dari segi harga sangat berpatutan. Portion makanan juga besar. 

Kami pilih duduk berhampiran anjung, sejuk dan cantik pemandangannya. 

Alhamdulillah terima kasih banyak Tok Tam belanja kami sekeluarga. Didoakan agar rezeki sentiasa melimpah ruah, beroleh berkat dan sihat selalu. 

Idola Ummi ni depa dua :D 

Saturday, 11 March 2023

Sabtu yang Kenyang ☺️

Awal pagi Walid hantar Angah tuition. Untuk Tahun 6 ni ambil tuition akademik pula untuk dia. Banyak nak diperbaiki untuk persediaan ke SBP atau sekolah khusus nanti. 

Kemudian balik, ke surau pula dengan Abang. Ada gotong-royong untuk sambut Ramadhan. Ummi pula memasak untuk lunch Tok Umi dan Tok Ayah sebab kami nak makan kenduri di rumah jiran belakang, Cik Zana. 

Ummi cuma masak Asam Pedas Ikan Tenggiri dan Petola Masak Lemak Putih dan Ayam Masywi (ayam bakar)tu Walid beli. 

Pi kenduri makan lauk Ikan Keli Berlada, Rendang Udang Galah dan Sambal Bilis Tempe. 

Gulai Lemak Nenas + Ikan Masin pun ada 😋

Nampak ibu Cik Zana auto teringat arwah Tok. Umur sama, nama pun sama 🤗

Lepas Zohor, Ummi dan Adik ke rumah Cik Aida. Cik Aida amanahkan kami untuk tengok²-kan Shiro & the Gang sebab depa ada urusan keluarga. 

Lepas Asar ke rumah Tok Tam pula. Pertama kali hujan turun mencurah² since Sabtu lepas. 

Tok Tam Rah jamu bakso. Memang ngam dengan cuaca sejuk tu. 

Depa bertiga tak lepas peluang mandi pool. Kalau tak kerana nak Maghrib, maunya nak berendam lagi tu. 

Kecut perut Abang bila Tok Tam suruh jadi imam :D

Untuk dinner, Tok Tam ajak makan di luar. Rezeki jangan ditolak :p

Alhamdulillah, hari yang kenyang :) 


Dinner @ My Dulang Cafe

Tok Umi ajak dinner di luar, nak raikan Angah. Kami pilih My Dulang Cafe

Kali ni pilih satu set dulang untuk dicuba...

Kecil saja dulangnya. Dalam tu ada nasi goreng, sosej, fries, jagung, ayam bakar dan meatballs. Set ni untuk 2-3 orang makan tapi Ummi rasa kalau dewasa tu 2 orang makan bolehlah kot. Ialah, ayam pun seketul je. Tapi harga boleh tahan, RM39.90. Mujur Tok Umi belanja 🤭

Overall sedap, dan service pun laju kali ni. Cuma, certain food dah sejuk bila sampai ke meja :( 

Ramen Abang sejuk betul 😆

AO Kakak ni sedap sangat but again, sejuk. Potong selera :( 

Yang lain² sedap, cuma air jug tu kecik. Tak berapa nak cukup. Syukurlah Ummi & gegirls order air gelas. 

Apapun alhamdulillah kenyang. 


Friday, 10 March 2023

Result UPKK Angah

Kali ni debaran menanti keputusan UPKK 2022 tidak sekuat menanti keputusan UPKK Abang dulu. Mungkin sebab dah ada pengalaman dengan Abang dulu. Yang Ummi perasan, mak² yg anak pertamanya ambil exam besar macam UPKK ni yang nampak nervous hehe... Ummi dah rasa dulu, jadi kita chill je :D 

Selepas jam 4 petang baru boleh check keputusan melalui SMS atau portal JAKIM. Awal tu macam biasalah, website hang sebab trafik tinggi. Ummi cuba kaedah SMS. Sampai hari ni masih belum dibalas 😁

Alhamdulillah, rezeki Angah dapat straight A. Masa trial dapat 4A 1B (trial 5 subjek bertulis shj). B tu Ulum Syariah yang rata² kata susah. Alhamdulillah dalam exam sebenar senang pulak, sampai ramai yang siap awal dan tidur 😂 

Banyak dugaan anak² UPKK tahun lepas
; tarikh periksa yang bertukar, cuti peristiwa GE-15 dan tambahan untuk kami ujian rumah terbakar. Ummi memang banyak ambil kesempatan berdoa semasa diuji Allah tu, agar dengan 'ketidakselesaan' menyewa sana sini tu digantikan dengan kejayaan besar buat Angah, khusus dalam UPKK ni. Alhamdulillah Allah makbulkan. 


W/bagaimanapun, ada juga keputusannya tak seperti diharapkan. Ada yang kecewa tak dapat 8A. Ummi faham perasaan tu sebab pernah alami masa result UPKK Abang keluar dulu. Alhamdulillah berkat sabar, Abang dapat 8A juga. Jadi, jika rasa tak puashati, boleh buat semakan dengan pihak JAIS. Usaha selagi boleh. Setahu Ummi ada 2-3 orang pelajar harapan yang kurang 1A, jadi cubalah buat semakan. 


Tahniah untuk semua! Terima kasih yang mendoakan Angah 😘 Moga ada kejayaan juga buat anak² yang buat semakan keputusan nanti 🤲