Sunday 28 April 2019

Rezeki Kakak di FIFAZ 2019



Betullah kata orang kalau dah rezeki tak ke mana. Ceritanya semalam kami ke Festival Ittihad Fatimah Az Zahra (FIFAZ 2019). Festival ni anjuran Maahad Tahfiz Fatimah Az Zahra Sri Gombak. Tujuan utama sebab Kakak nak masuk pertandingan mewarna. Ikut info dalam bunting yang digantung di tiang-tiang lampu di tepi jalan acaranya dari jam 10-10.40. Kami sampai around 9.30 nampak dah ramai di khemah utama, venue mewarna. Tengah que nak regi Kakak, dalam pukul 9.45 tu dengar announcement katanya pertandingan dah mula. Takpelah, pasrah je. Dalam hati Ummi, kalau Kakak tak sempat siapkan pun takpe, simpan je lukisan tu. At least dia happy masuk pertandingan.

Pertandingan mewarna ni terbuka untuk anak-anak Maahad dan orang luar. Sebab tu ramai pesertanya. 

Dia ajak juga bff dia, Zahra. Tapi Zahra lupa bawa color. Kalut sangat memang tak sempat communicate dengan ibu Zahra. Kalau tak boleh je share color dengan Kakak. Lepas acara baru tahu cerita. 

BFF sorang ni memang tak berenggang dengan Kakak. Sibuk minta nak color je haha. 

Baru 10 minit gitu Kakak mewarna, emcee announced masa tinggal lagi 10 minit. Cepatnya! Takpelah Kakak, mana yang sempat je. Elok masa berbaki 5 minit, Kakak cakap siap dah Ummi. Eh, cepat pula dia warnakan. Ada apa2 nak tambah tak Ummi tanya before dia submit lukisan tu. Dia kata taknak, dah OK dah. OK setel. Merayap kejap dengan booth yang disediakan. 


Bila dengar emcee announced nak umumkan keputusan barulah ke main canopy semula. Niatnya nak lepak bawah kipas sebab panas berjalan dari booth ke booth haha... Sambil-sambil tu nak dengarlah keputusannya walaupun tak menaruh harapan pun untuk Kakak dapat hadiah. Tapi itulah dah katanya rezeki Kakak, tiba2 nama dia di panggil. Dapat tempat kedua. Ummi memang tak expect, so tak sempat nak keluarkan phone. Kakak pun naik ke pentas berkaki ayam je sebab kasutnya di belakang. Kami pula duduk di tengah-tengah. 

Ada CD Upin Ipin, note book dan buku puisi. 


Juga ada hadiah wang tunai. Bila tahu je Kakak dapat duit, excitedlah Abang dengan Angah. Hah tu lah. Tadi jual mahal tak nak masuk sekali haha... Si Angah tu ada hati nak masuk acara tarik 😆😆😆 Abang pula tak habis-habis nak masuk pertandingan Beyblade. Yang ada orang jual Beyblade je. Sudahnya, dua-dua kempunan. Bodek Kakaklah jawabnya 😅

Apapun tahniah Kakak. Alhamdulillah atas rezeki yang diberi. Terima kasih penganjur dan sponsors. 

Thursday 25 April 2019

Cerita Abam Chef, burung kenek-kenek dan family portrait


Seronok pula Ummi ikuti proses pembelajaran anak-anak sekarang. Bukan setakat 3M (membaca, menulis, mengira) tapi bermacam-macam kemahiran yang diajar.


Contohnya semalam Abang (dan classmates dia) kena memasak untuk subjek RBT. RBT stands for Reka Bentuk & Teknologi. Celah mana terselit bab memasak tak tahulah 😁 tapi Abang dengan classmates dia dapat tugasan menyediakan makanan bertemakan sarapan pagi. Last week girls. This week turn boys pulak. Group Abang termasuk Wafi, Uzayr, Izu & Abang. Depa pilih Western style breakie; sosej, baked bean, telur and French toast. French toast ni lah Abang buat. A day before tu Ummi ajar dia from A to Z. Risau juga nak bagi dia 'main api. Kalau masak air, masak nasi guna kettle/rice cooker tu Abang dah expert haha...


Kata Abang, ada kawan-kawan dia yang masak nasi goreng. Fuhh hebat tu. Bagus sebenarnya kalau bagi exposure macam ni kan. Sekarang ni lelaki pun ramai yang pandai memasak kan? Ummi bukan taknak ajar Abang memasak ni tapi bila ajar sorang, yang lagi tiga tu pun nak join sama. Risau pula reramai kat dapur tu; dengan api, dengan minyak panas dsbnya. Itu yang boleh ajar sikit2 dulu. Slowly but surely. Ummi memang nak ajar Abang memasak sebab dia minat. Tak rugi ada kemahiran asas, nanti ke depan boleh digunakan. 

Seingat Ummi dulu kali pertama memasak di sekolah time camping. Ada pertandingan memasak. Group kami buat bihun goreng. Tapi bukan Ummi yang masak pun. Memang tak pernah ke dapur kecik-kecik dulu. Tapi group kami menang. Ummi tumpang happy je lah. Then waktu sekolah menengah, adalah juga kami ke asrama putera untuk belajar memasak dalam subjek Ekonomi Rumah Tangga (ERT). Itupun buat sandwich je kot 😆


Ini pula hasil kerja Angah. Buat topeng burung kenek-kenek. Kreatif juga hasil kerjanya walaupun ada jugalah sumbangan Ummi hihi... Bab gunting menggunting Ummi lah tolong. Kat sekolah cikgu suruh hias je. Risau jugakan budak2 kecik main gunting dsbnya. Tapi Ummi dulu masa tahap 1 pun dah kena gunting menggunting sendiri. Bila cikgu suruh gunting dan tampal gambar dalam buku tulis, memang buat sendiri je dalam kelas. Ingat lagi terkial-kial Ummi nak guna hunting. Sekali dengan mulut ikut terherot-herot ikut tangan menggunting 😆😆😆 Kalau bawa balik ke rumah pun, memang parents tak campur tangan. Pandai-pandailah siapkan sendiri. Yelah, zaman dah berubah.

Hi! Sayalah burung kenek-kenek 😉

Last but not least, ni hah hasil kerja anak dara sorang tu. Dia memang suka bab mewarna ni. Biasalah, girl kan. Suruh Ummi snap gambar hasil kerjanya lagi 😊

Ummi, Adik, Walid & Kakak.
Abang dengan Angah takde, depa pi sekolah kata Kakak 😁

Tuesday 23 April 2019

Keris Siamang Tunggal... katanya


Entah mana dia belajar, balik dari sekolah je pulun buat keris, guna kertas. Habis 2-3 buah buku tulis lama jadi mangsa. Kakak dengan Adik pun jadi mangsa juga, jadi sparing partner dia main keris. Keris Siamang Tunggal katanya 😅


Ingatkan takat tu je, rupanya dia buat jual kat kawan-kawan sekolah. Alahai Angah. Satu 10 sen. Nasib baik 10 sen je. Tapi Ummi dah nasihatkan jangan buat jual. Tolong buat je untuk kawan-kawan. 
 Abang dulu buat shuriken kertas jual 50 sen dekat kawan-kawan. Ada sekali tu dia ambik order dari Faathimah 4. Total 2 ringgit. Ummi dapat tahu je, terus Ummi suruh pulang balik duit Faathimah. Banyak tu dua ringgit. Nanti tak pasal-pasal kena marah dengan Uncle Idham hihi.

Depa dua ni minat meniaga. Dah berapa kali dah ajak Ummi ni jual nasi lemak. Sanggup depa nak tolong jual, Ummi cuma tolong buat je. Inspired by Upin & Ipin lah ni. Ummi pun nak juga bagi depa rasa pengalaman berniaga... Tapi itulah tak cukup semangat lagi nak berniaga hatta kecil-kecilan pun.

Tapi tengoklah, bulan puasa ni kalau rajin nak buat kuih raya bagi depa jual. Tiba-tiba je haha. Ala, yang simple macam popia nestum ke, popia cheese ke Ummi pamdailah 😊 nak raikan semangat keusahawanan depa tu.

Sunday 21 April 2019

Birthday Treat @ Red Wok Bangi.


Bila birthday Ummi?
Bulan dua.
Bila pi celebrate?
Bulan tiga.
Bila up entry?
Bulan 4
😆😆😆

Oklah kan. Better late than never. 



Actually kami singgah di sini on the way balik dari  Pilahdhelphia tempohari. Actually Walid dengan member ofis di Syarikat D dulu suka sangat makan kat sini. Time farewell Walid hari tu pun pakat mai makan kat sini. Makan ramai-ramai, bayar pun ramai-ramai haha... 

Walid cakap food kat sini sedap. Dah banyak kali pergi makan, tapi rasa food tetap sama dan sedap. Its either the same cook or they have a QC  yang menjaga kualiti makanan yang disediakan.

Tau siapa kami jumpa? Ex-officemate Walid lah. Kan dah cakap, Red Wok ni port makan favourite depa. 

Di sini, makanan dihidangkan secara ala-carte. Itu yang jadi tarikan sebab dapat makan food yang dihidangkan panas-panas. Restoran ni dibuka jam 11 pg - 3 pm. Tutup sekejap, buka semula jam 5 ptg hingga 11 malam. Kalau tak silap, sebelah malam ada steamboat. 


Untuk order, done by Walid. Dia nak belanja menu yang depa selalu makan. Ummi OK je. Orang nak belanja kita dok diam-diam dah :D 

Tomyam Soup with Milk (M) RM22. 00

Walaupun portion kami ambil tu medium tapi portion besar. Tomyam tu adalah kot udang besar 6-7 ekor. Dapat sorang sekor, tak payah berebut haha... 

Ayam Kung Poh (M) RM 20.00

Tomyam dengan lauk ayam ni kami tapau bawak balik. Nak habiskan tapi masing-masing dah kenyang. 

Telur dadar +isi udang (Fu Yong Egg) ramai orang order katanya. Takde gambar, sori. Sedap tapi Ummi lagi suka telur dadar plain. Baru rasa telurnya. Citarasa masing-masing...

Squid Salted Egg (S) RM22.00
Sotong telur masin ni the best bagi Ummi. Sedap sangat sebab sotongnya lembut dan tak liat. Ada rezeki datang makan sini lagi, nak repeat order. 

Sementara menunggu food tu, Walid sempat gi solat. Bersih, luas dan selesa suraunya. Ummi pula ke bilik air, pun bersih. Siap ada aircond lagi hah... Macam kat hotel tu. Tapi, boleh dipertingkatkan lagi dengan wangi-wangian dan deco. Hamboi kemain Ummi ni kan haha... 

Total semua ni RM120 plus.
Average rm20 sorang Adik exclude hihi) 

Overall food memang sedap. 
Staff friendly and very helpful.
Restoran luas, bersih. 
Parking space banyak sebab restoran ni ada own compound. 
Kalau tak takkan masuk dalam senarai 25 tempat makan best di Bangi kan? 

Jangan lupa terjah ye! 

Restoran Red Wok 
Lot PT 70550, Jalan Kajang Impian 1/2 
Taman Kajang Impian 
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan 
Tel: 03 8927 4100

Thanks Walid 😘

Saturday 20 April 2019

Nasi Tumis Pandan seenak Nasi Lemak 😋


Resepi 14/2019 
Nasi Tumis Pandan 

Jom Ummi nak belanja resepi 'adik beradik' nasi lemak. Namanya Nasi Tumis Pandan. Rasanya seenak nasi lemak. Guna semua bahan seperti nak masak nasi lemak kecuali santan. Gunakan sedikit minyak masak untuk menumis. Nak lagi sihat, guna minyak zaitun.

Ummi pun dah 2x masak nasi ni. Sebab tak perlu guna santan, cepat sikitlah kerjanya. Tak perlu nak perah santan bagai... Ummi tak suka guna santan kotak kecuali terdesak.

Hah, ini resepinya.

Kredit: Karangkraf
Ummi sertakan link Karangkraf untuk rujukan. Esok hari minggu sesuai sangatlah nak try resepi ni. 

Selamat mencuba.

Thursday 18 April 2019

Tips Jadi Ahli Sedekah


Menarik pula tips yang di kongsi oleh Ust Hamizul Abdul Hamid (pegawai Lembaga Zakat Selangor) dalam majalah Anis keluaran Feb, 2013. Yes, Ummi masih simpan koleksi majalah Anis dari keluaran pertama sekitar tahun 2002. Majalah ni Ummi akan baca semula dari masa ke semasa. Salah satu sebab Ummi suka baca Anis kerana isi kandungannya sentiasa relevan dan boleh di jadikan rujukan. 


Contohnya tips yang dikongsikan oleh Ust Hamizul ni. Tips jadi ahli sedekah:

  • Niatkan dalam hati setiap pagi ketika bangun dari tidur; 'saya mahu bersedekah'. 

  • Lakukan sedekah walaupun hanya bermula dengan jumlah yang kecil. Mungkin RM1 kecil bagi kita terapi besar ertinya bagi yang menerima. Contohnya anak-anak sekolah yang kehabisan belanja di akhir sesi persekolahan. Kadang tu dahaga, teringin nak beli air tapi takde duit. Moga dengan sedekah kita mampu menghilangkan dahaga mereka sementara ibubapa datang jemput.
  • Letakkan tabung sedekah di rumah ~ setiap hari masukkan RM1 dsbnya. Genap sebulan/setahun, kira dan sedekahkan kepada yang memerlukan.

  • Sentiasa sediakan wang kecil dalam saku baju/seluar. Jika singgah di masjid/surau boleh disedekahkan dalam tabung yang disediakan. Begitu juga wang baki, masukkan syiling atau ringgit kecil ke dalam tabung yang disediakan di kaunter

  • Melazimi mendengar dan membaca sejarah dan kisah ahli sedekah zaman silam untuk mengambil iktibar, menambah motivasi juga meneladani amalan sedekah mereka. 

  • Istiqomah dalam bersedekah 

  • Berazam untuk memberi lebih lagi pada tahun berikutnya. 

Jom kita praktiskan 🤗

Wednesday 17 April 2019

Ujian Kelayakan Tahun Satu SRAI 2019



Bermula 1 - 30 April ni bagi yang berminat nak daftarkan anak-anak untuk Ujian Kelayakan Tahun Satu SRAI (UKS) bolehlah berbuat demikian di pejabat sekolah SRAI seluruh Selangor. Waktu operasi pejabat sekolah tu standardlah.


Kalau cukup syaratnya, bolehlah pohon. Caranya seperti di bawah;

1. Ambil borang di pejabat sekolah. Balik rumah isi sebab ada beberapa dokumen perlu diisi, dibuat salinan (fotokopi) dan disahkan. Antaranya borang pemastautin bagi ibubapa yang bukan anak kelahiran Selangor. Satu untuk ibu, satu untuk ayah. Syaratnya kena menetap di Selangor sekurang-kurangnya 7 tahun. 

Senarai SRAI 

2. Untuk pengesahan borang, boleh dibuat dengan JKKK, penghulu mahupun nazir masjid. Boleh rujuk pada senarai yang diberi nanti. Kami biasanya berurusan dengan nazir masjid. Tinggalkan borang di pejabat masjid kemudian datang semula ambil. 

For info. 

3. Once semua dokumen dah ready, hantar semula ke pejabat sekolah. Bayar RM15 untuk bayaran pengurusan. Kalau nak beli buku latihan (sample exam) harganya RM12.

4. Slip pengesahan akan diberi beserta butiran selanjutnya termasuk TARIKH UKS. Untuk tahun ni telah ditetapkan pada 29 Jun 2019. "datang je hari kejadian, kami tak akan call/mesej/remind" pesan kerani sekolah. Jadi parents kena alert ye.


5. Balik rumah atau ofis, key-in pula butiran di portal yang diberi. Ini syarat baru. Time Abang dan Angah dulu takde. Kegagalan mengisi borang secara online akan menyebabkan permohonan di tolak secara automatik.


Inilah secara ringkas procedures pendaftaran UKS. Kalau berjaya nanti adalah beberapa steps lagi perlu dibuat. 

Peluang ke sekolah berasrama penuh, SMKA, SAM dsbnya kini dah terbuka untuk graduan SRAI alhamdulillah. 


Good luck semua. 
Doakan Kakak  juga ye 🤗🤗🤗

Tuesday 16 April 2019

Restoran Nur, Sri Gombak


Restoran Nur ni dah lama wujud di Sri Gombak ni. Tauke pun nampak macam orang pencen hihi... Sebab tu agaknya restoran ni ramai geng pakcik-pakcik suka lepak. Yang berkeluarga pun ramai. Yang jarang nampak orang muda. Depa lepak kedai mamak or cafe hipster la kot. Letaknya sebaris dengan Dobi Queen dengan Pharmacy Multicare (kot). Tak ingat namanya tapi farmasi lah. Nun di hujung ada Mr DIY. Dah bagi clue baik punya, mesti jumpalah kedai ni. 

Sempoi je kedainya; macam kedai makan dolu-dolu. Dibuka dari jam 7.30 pagi sampai malam kalau tak silap. Kami biasanya datang untuk breakfast atau pun beli lauk untuk lunch. Pernah juga datang minum petang. Untuk dinner katanya ala carte style. 

Macam-macam menu; roti canai, nasi lemak, bihun/mee goreng semualah standard menu breakfast rakyat Malaysia. Tapi menu must-try is Mee Jawa. Sangat berbaloi untuk dicuba. Lagi satu, Ummi kalau nak makan roti canai, suka makan kat sini sebab rotinya lembut dan kuahnya 'kuah melayu'. Tak pekat or masam or terlalu berempah macam kuah roti canai mamak.




Inilah mee jawa. Very generous with condiments. Kena 'kais' dulu baru nampak meenya. Telur rebus tu sebijik dia bagi. Memang puas makan. Tauge pulak fresh memang sedap gigit krup krap krup krap. Cili hijau tu pun sama, fresh. 


Restoran Nur
16 Jalan SG1/4
Sri Gombak 
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan

Nanti pi terjah naa 🤗

Sunday 14 April 2019

Sukan SRAI 2019


Minggu lepas KAMIL, minggu ni Sukan SRAI. Back to back events. Untuk edisi sukan SRAI tahun ni Abang terpilih untuk mewakili sekolah dalam acara lontar peluru. Tengok badanlah kan 😅


Tahun ni SRAI Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) jadi tuan rumah. Tapi acaranya diadakan di Stadium Mini Majlis Petbandaran Sepang yang terletak di BBST.

Tumpang Arif ke sekolah sebab Walid ada dinner malam tu. 


Jumaat malam kontinjen sekolah Abang (juga SRAI lain) dah berangkat ke BBST. Mereka bermalam di SRA BBST yang terletak berhampiran stadium. Bawaklah kelengkapan tidur; bantal, toto, selimut dan tikar hihi... Sebab SRA ni sekolah harian, bukan sekolah berasrama jadi terpaksalah para peserta dan guru tidur dalam bilik darjah je. Takpelah, pengalaman untuk Abang juga kawan-kawannya. Tapi malam tu susah jugalah Ummi nak lena, teringat kat Abang 🤭 

Tengah bersiap nak tidur. 

SRA BBST tempat penginapan peserta. 

Itu yang esok pagi lepas solat subuh terus bergerak ke BBST haha... Tak sabar nak jumpa anak; nak tanya tidur lena tak, makan macamana, dah mandi ke... Kecoh betul Ummi dia 😜




Rupanya hari Sabtu tu baru saringan bagi sesetengah acara seperti 100m, 200m, 4x100 dsbnya. Patutlah tak ramai parents yang datang. Kemuncak semalam mungkin ramai. 






Sementara nak tunggu Abang beraksi, jadi tukang sorak. dan camerawoman Ummi ni. Nampak je geng baju merah (kontinjen sekolah Abang) terus bersorak bagi semangat. YDP PIBG pun sama naik. Dah kami je penyokong selain cikgu2 hihi... Lepas tu merayau ke khemah peserta. Mak-mak depa pesan suruh ambik gambar. Layan je :D Faham sangat peel mak-mak ni sebab Ummi pun sama. Nak juga tengok gambar anak beraksi. 




Medic team on stand by. 

Abang in action.
Gaya dah ada tu 🤗

Abang dan Ammar, sorang lagi wakil darjah 5 tak berjaya ke pusingan seterusnya. In fact, Ummi rasa lontaran Ammar lagi baik dari Abang. Sekali je lontaran Abang melebihi garisan. Lagi 2 dekat border je. Kata Guru, "Dia tak keluarkan semua tenaga tu".  Takpalah Abang, takde rezeki. At least Abang dapat pengalaman. 

Kontinjen sekolah Abang 💪💪💪

Sekolah Abang berjaya kutip 1 pingat emas je. Perak dan gangsa pun ada. Juara keseluruhan SRAI Seksyen 19. Tahniah! 

Kalah menang tu kan adat bertanding. Rasanya anak2 pun dah all out buat yang terbaik. Kita puji dan raikan  usaha mereka. Setiap hari berkorban ponteng 2-3 kelas untuk latihan. Tak menang pingat tapi beroleh pengalaman, exposure semua tu akan jadi bekalan suatu masa nanti. 

Dan untuk guru2 juga pastinya sekalung penghargaan patut diberi untuk mereka. Cikgu2 Abang ni komited teruk! Dedikasi dan komitmen depa is beyond expectation. Setiap hari berpanas melatih anak2. Bila hari pertandingan tiba, berpanas lagi ke sana ke mari menyusun peserta, mengawal anak2 murid, jaga kebajikan dsbnya. Hatta baju sukan budak2 ni pun cikgu bawa ke dobi untuk basuh sebab Ahad tu nak pakai lagi sekali. Sampai begitu sekali cikgu jaga budak2 ni. Of course sebagai ibu, Ummi sangat tersentuh. 

Ini pula malam Sabtu tu. Siang dah penat di padang, malam sempat lagi ajak anak2 murid ke masjid dan bertadarus. Terasa malu dengan diri sendiri, rasa kerdil sangat nak banding dengan cikgu2 yang punya dedikasi yang tinggi sebegini. Jiwa murabbi sejati. Jazakallahu khairal jazak.

Baru nak suruh Abang berlatih sungguh-sungguh untuk tahun depan tapi katanya Sukan SRAI 2 tahun sekali. Pulak 😅