Monday, 30 June 2025

Shopping @ Aeon AU2

Ahad lepas kami ke Aeon AU2 atau kami biasa sebut Aeon Keramat. Tujuan utama semestinya nak beli periuk baru, setelah periuk lama dah tak selamat digunakan akibat coating nya terkopek, tercalar.

Alhamdulillah dapat yang dihajati. 
Periuk lama warna maroon ni tapi kali ni Ummi pilih emerald green. Memang nak yang 2 saiz ni je. Sebab yang lama tu saiz 28 dan 32cm tu jarang sangat guna dan masih elok. Harga saiz 20cm RM39.90 dan yang saiz 24 pula RM49.90. 

Picnic set
Comel je... 
Berkenan dengan tong minuman tu tapi tak beli. Beli tumbler je 2 biji utk gegirls...

Berkenan juga dengan pinggan Luminarc ni... Tapi tak beli. Satu set tu 4 biji je. Kalau 6 ngam la untuk kami 6 beranak. 

Banyak juga sales yang best dekat sini. Minggu gaji agaknya kan...

Produk baru katanya, import dari Indonesia. Ummi belum try, Walid dah. Sedap katanya. 

Sebelum ke sini, kami singgah dulu di Surau Jabal Nur, dropped pakaian terpakai. Sekarang ni asal ada masa lapang buat spring cleaning. Bila ada surau/masjid buat program pengumpulan baju, kami terus hantar. Sekarang Ummi dah mampu buang rasa sayang pada baju² lama 😅 Dulu simpan juga sebab sentimental value la, nak perturunkan kpd Kakak la ...tapi fikir² balik, baiklah derma je. Simpan pun belum tentu Kakak nak pakai pun. Budak² sekarang pun ada taste sendiri. 

Malam tu terus rasmikan piyok baru. 
Bergegarlah pulak gambar pun, excited sangat Ummi ni pun 😆


Sunday, 29 June 2025

Big Breakfast @ Ramly Bistro, Batu Muda

Penat beriadah, marilah kita isi perut. Dah dekat pukul 9, terus saja kami ke Ramly Bistro di Batu Muda. Kedai Ramly ni pukul 9 baru buka. 

Adik makan Nasi Lemak Ayam Goreng, Ummi Nasi Lemak Sambal Sotong. Sambal tumis diletakkan dalam bekas plastik tu, bukan dituang terus atas nasi. 

Setiap set nasi lemak lengkap dengan timun, ikan bilis dan kacang goreng. Ikan bilis sedap, rangup. Telur pula diberi telur mata, bukan telur rebus. 

Kakak pilih Nasi Serai Ayam Grill kot.
Nasi serai ni signature menu depa. Highly recommended. Dah banyak kami datang sini dan bila order nasi serai, rasa sedap tu tetap sama,sedap sokmo. Makan nasi saja pun sedap. Nasi lemak pun sama. Cukup lemak dan aroma serai sangat memikat selera. 

Snackbox ni pun sama, wajib juga order
Keropok lekor tu paling sedap 👍🏻

Adik nak juga cheezy wedges, layan je. 
Sebab banyak sangat makan dan makanan, tapau nasi lemak bahagian Ummi separuh, bahagian Adik separuh. Yang dalam snackbox ni pun bawa balik juga. Alhamdulillah kenyang, lunch pun skipped la kan... 

Total bill.

Contact number kedai. 
Ada lunch buffet RM25 (dewasa) dan RM15 (kanak²). Bolehlah contact kalau nak buat reservation. Nak walk in pun boleh.

Morning Walk @ Taman Metropolitan Kepong

Lama dah tak mai sini... 
Pagi ni morning walk almost separuh tasik jugalah. Tak rekod pula berapa step atau jarak tapi dalam 45 minit jugalah berjalan tu. 

Taman² dibawah DBKL cantik dan bersih. 


Bertentangan dengan tempat kami mula tadi... Sayup je nampak seberang sana, maknanya dah jauh la jalan kan...

Patah balik tu Ummi jalan² atas batu² tajam tu, exercise sikit guna peralatan² yg disediakan di situ sementara anak² main kat playground

Kami parked kereta dekat parking bertingkat ni. 

Dekat basement ni banyak gerai jual; makanan, minuman, mainan, layang² semua tu la... Nak sewa basikal pun dekat sini juga. 

Datang sebelum² ni belum ada parking bertingkat ni. Kiranya lama betullah kami tak ke sini. 

Bayaran parking pakai T& G and other cashless methods la... Parking bertingkat ni ada lift

View taman dari bangunan parkir bertingkat tu.

Masa nak keluar tu bayar RM3. Tak sure pulak flat rate ke ikut hour rate tu. 


Saturday, 28 June 2025

Kaw Kaw Deals@ Watsons

Jumaat Ummi singgah Watsons nak beli hair care products. Since few months ago Ummi pakai hair serum Watsons. It works for me. Awal² dulu beli harga tak sampai RM10 pun, well it might be promo price la kot that time. Latest buying last month, dlm RM14-15 ringgit rasanya. 

Tapi beli kelmarin tu ada kejutan...

Wah kena grab ni! 
Beli 1 RM17.50
Beli 2 RM17.60 (10 sen je utk yg 2nd tu) 

Bila tengok dekat resit, 2nd item ni supposedly harga RM15.90 tapi depa diskaun RM15.80 jadilah RM0.10. 

Hari ni singgah beli lagi. Sebab rasa rugi pulak tak grab this offer kan... Plus kita memang guna produk ni better simpan stok siap² kan... Semalam baca blog Cie, pun shopping di Watsons. Kebetulan sama pulak :) 

Hand wash pun ada offer ...
Lain² produk brand Watsons ada offer 2nd@10sen ni. Ummi tak belek yang lain sebab beli yang kita pakai je. Tapi rasa macam nak singgah lagi hari ni, kot² jumpa barang lain yang best boleh beli, sementara ada offer ni. 

Sampai 30/6 je... 
Cepat² 🤗

Friday, 27 June 2025

Recap ~ Week 25, 2025

Week 24 ✅
Week 25: 18/6-24/6/2025

RABU Sekolah Abang minta parents isi survey ni. Keputusan masih belum diumumkan. Kalau jadi, kena beli tab la untuk Abang. 

KHAMIS Menikmati tepung bungkus 😋
Lama tak jumpa kuih ni, sekali jumpa terus beli. Satu pek 3 ketul, RM4.50 tak silap. 

JUMAAT Sesi makan² Halaqah Warsy. 
Shukran Ustaz, selalu raikan anak² 👍🏻

SABTU Meraikan pencapaian Abang.

AHAD Urusan Kancil Kakak pulak.
Ada pula mak² yang PM Ummi sebab tak nampak kelibat Kakak masa KAMIL Zon Sabtu tu. Kita up status WA la bagitau haha... 

ISNIN 23.6 Sekolah sementara utk SRA mula beroperasi. 

SELASA Kakak ada friendly match hari ni. Alhamdulillah kali ni menang besar :D 






 


Ahlan Ya Muharram 1447H

1 Muharram 1447H = 27 Jun 2025


Ada beberapa program masjid dan surau buat tapi Ummi tak sihat tak dapatlah join. Dah beberapa hari deman selsema dan sakit tekak. Suara pun hilang ni 😅 Ini pun seboleh mungkin taknak get close dengan gegirls, tak bagi diorang kiss Ummi takut berjangkit sbb nx week depa start PPT. Selasa Kakak ada UTH - Ujian Tasmik & Hafazan dan Imlak utk PSRA. Tapi dah namanya duduk satu rumah, dah mula bersin² dan berhingus si Adik tu. Syafakillah dik 🤲🏻

Gegirls cuti 2 hari ye Awal Muharram ni. Sekolah JAIS selalu ambil cuti lebih untuk hari² kebesaran Islam. Bolehlah buat revision utk exam.

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun ni Ummi baca dengan gegirls je. Walid pergi surau. 

Majis bacaan Yasin F5 mingguan ni Ummi join la sebab online je. Kali ni majlis dipimpin oleh ayah Zack. 

Nun di sekolah Abang, ada pelbagai program yang diatur. Ikut itinerary tu Barisan Kepimpinan dah bertukar, diambil alih oleh F4. Eloklah tu boleh abang kakak F5 fokus untuk SPM. 

Buah hati Ummi 🤗
Abang kalau dalam ramai² senang Ummi nak cam tapi kalau Angah jenuh nak teropong sbb dia kecik dan saiz standard dgn kawan² :) 

Ada fire drill juga. Padat aktiviti depa hari ni.







Thursday, 26 June 2025

Peah ~ Bengkak Susu

Kenalkan anak³ Peah; Emon, Gupi & Tabby. 
Favourite diorang main/cakar selipar 😇

Rupanya ada sebab Peah demam hari tu. Sabtu tu kami perasan ada luka bawah perut dia. Mulanya kami sangka digigit sesuatu and sebab luka tu dia demam. Teruk lukanya, tak berani Ummi nak belek. Terus bawa pergi vet. Bila doc check bengkak susu katanya. 

Terkejut ye sebab tak sangka kucing pun boleh kena bengkak susu. Keduanya Ummi tak sangka boleh luka sampai begitu. Sebesar 2 jari juga luka Peah tu. Jadi, kena buat minor surgery dan warded

Estimated cost 🫣
Agaknya sebab ni Allah tak gerakkan hati Ummi beli set teko cantik atau pun meja kopi kayu jati sehari sebelum. Rezeki Peah rupanya duit tu. 

Ini gambar hari ke-6. Bayangkan hari sebelum² tu, lagi merah dan teruk lukanya. 

Warded Ahad - Selasa. 

Lega bila Doc update tentang Peah hari Isnin tu. Untuk surgery ni kena sign consent form ye, macam orang juga. Bila ada consent form ni Ummi jadi overthinking pulak 😅 Dok fikir macam² sampailah klinik hantar gambar ni baru lega hati :) 

Hari Selasa Peah dah boleh discharged.

Demi seekor Peah 😌

Anak³ terus serbu Peah 🥹
Masa Peah warded, malam² bawa depa tidur dalam rumah. Siap dodoikan bagi tidur haha... 

Since Peah kena dressing hari², jadinya setiap hari Ummi kenalah bawa ke klinik. Ummi tak reti dan tak berani nak buat sendiri. Selain dressing, Peah kena makan ubat juga. 


Dressing cost; 
Rabu-Khamis, Sabtu & Ahad: RM10x4 = 40
Isnin: RM5 

Banyak berhabis ni bukan sebab terlalu sayang atau beria² ke apa tapi lebih kepada rasa tanggungjawab dan kesian. Tambah² Peah ada anak³ kecil. Sedih pula kalau jadi apa² pada dia kan. Nak tak nak bawa juga ke klinik. 

Peah ni lasak, bandage asyik terbuka je, Doc suruh pakai baju. Dah macam romper baby rupanya 😆

Sekarang lukanya dah bertambah baik jadi Ummi dan gegirls cuci dan sapu ubat di rumah saja. Dah tak perlu bandage, senanglah sikit kerja kami. Lagi 2 minggu Doc suruh datang semula. 

Sihat² selalu ye Peah ❤️

Wednesday, 25 June 2025

Kakak ~KSC 2025

Ahad lepas Kakak sat for Kancil exam

Yang tudung hitam belakang Kakak tu Khai, anak Cik Ita. Dok belek gambar baru perasan. Kakak pun tak tegur, segan katanya padahal Khai ni satu batch dgn Angah dulu. 

Tahun² sebelum ni exam Kancil ni sijilnya peringkat kebangsaan jadi harapnya tahun ni pun samalah. Tinggi sikitlah markah PAJSK kalau ada event peringkat kebangsaan. Sekarang ni tak susah nak dapat sijil sebab banyak program secara atas talian yang dianjurkan termasuk oleh sekolah² juga. Pastikan acara tu diiktiraf oleh KPM, boleh masukkan dalam rekod PAJSK. 

Exam di KAFA Al Firdaus, Selayang. Duration 1 jam 15 minit je, tak berbaloi nak balik rumah jadi kami lepak di PPAS Gombak. 

Adik guna PC, bayar RM1 utk 1 jam. 

Ummi baca paper... 

Dalam sejam gitu, Cik Ita Kancil texted Ummi katanya Kakak dah siap and ready to be picked up. Alhamdulillah setel satu urusan.