Monday 31 December 2018

Coretan akhir tahun 2018


Asar, 31 Disember 2018 

Hujan turun mencurah-curah membasahi bumi alhamdulillah. Moga setiap titik hujan yang menimpa bumi membawa seribu rahmat dan berkat buat penghuni bumi, terutamanya menuju tahun baru. 

Ada satu peristiwa di hujung tahun ni yang menyentap hati nurani Ummi. Our neighbour, tiba-tiba sesak nafas dan terkulai tak sedarkan diri seterusnya berada dalam keadaan koma sehingga hari ini. Beliau yang paginya riang ceria bergurau senda dengan Tok, berselera makan tiba-tiba terbaring kaku menyedarkan Ummi bahawa hidup kita sangat 'fragile'. Sekelip mata sahaja Allah boleh tarik apa saja nikmat yang dipinjamkan kepada kita. Menatap wajah sedih isterinya Ummi seolah dapat menyelami perasaannya. Pastinya beliau mengharapkan suaminya kembali sedar. Mungkin ada kata yang ingin ditutur, kemaafan yang ingin diungkap atau sekadar lafaz sayang yang tak sempat diucap menambah sebak didada Ummi. Bayangkan pasangan kita yang sihat ceria tiba-tiba rebah tak sedarkan diri. Allahu... Bukan seminit dua tapi sudah hampir 2 minggu lamanya. 

Namun begitu, untungnya jiran Ummi ni diuji dalam keadaan beribadat, sedang menyebut kalimah mulia; lailaha illahlah dalam majlis tahlil, di surau sebelum tiba-tiba tak sedarkan diri. Allahu... Moga bahagian Ummi nanti juga semulia ini.

Apa yang berlaku ni sebenarnya memberi Ummi pengajaran; untuk sentiasa menghargai insan-insan tersayang yang ada disekeliling kita pada setiap masa. Sometimes we take things for granted. Until its too late :(

Cukuplah selama ni kita mencari kekurangan. Kita buka buka baru dengan melihat kepada kebaikan seseorang. Bak kata kawan Ummi, Teacher Asmin di dalam bukunya Mawaddah yang Istimewa; jika keburukan yang kita cari, keburukanlah yang kita nampak. Begitulah sebaliknya, jika kebaikan yang kita cari, pasti yang kita nampak hanya kebaikan dan kebaikanlah yang akan hadir. 

Ummi doakan jiran Ummi diberi kesembuhan serta dipermudahkan urusan buat mereka sekeluarga aamiin.

Buat semua, moga 2019 membawa lebih kebaikan, kemudahan dan keceriaan untuk kita semua aamiin.

Credit source. 


Ke Laman Zarlith... sekali lagi


"Cikgu dah dapat kad?" 
Haha... Ini kali pertama Ummi dengar orang panggil Walid cikgu... Selalu Ummi yang dapat gelaran cikgu tu 😁

Undangan kali ni datangnya dari Tn Hj J. Jodoh anak Tn Hj ni dengan orang Bali. Jauhkan? Malam sebelum mereka sekeluarga berangkat ke Bali untuk majlis akad nikah dan persandingan sebelah pengantin perempuan, Tn Hj ni ada buat majlis doa selamat di surau. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar di sana. 

Kakak yang setia jadi model Ummi :) 

Kenduri diadakan di Laman Zarlith.Kali pertama kami makan kenduri di sini tahun lepas. Kendurinya belah malam. Kali ni merasa pula makan kenduri di Laman Zarlith ni waktu siang. 

Memang cantik venue ni tak kira siang atau malam. Ummi suka deco majlis yang nampak sangat elegant. 




Selain dari makan minum yang meriah dengan pelbagai pilihan, majlis juga dimeriahkan dengan persembahan Kompang 5 Beradik dan tarian tradisional dari penari-penari cilik. Ummi lupa pulak nama group depa ni. Persembahan Kompang 5 Beradik ni memang menghiburkan. Walid kata glamour depa ni. Dekat YouTube banyak video depa. Entahlah... Tapi personally Ummi lebih suka paluan kompang cara lama. Nampak nau Ummi ni 'old skool' πŸ˜…




Dapat bunga telur yang cantik. Ummi suka 😍😍😍


Sayang nak buang bunga telur yang cantik ni. Ummi buat hiasan meja makan. 

Apapun terima kasih daun keladi ye Tn Hj atas jemputannya. Moga bertambah rezeki Tn Hj sekeluarga aamiin. 
Selamat pengantin baru!

Kenduri yang diadakan pada 29 Disember ni menjadi penutup kenduri untuk 2018. Alhamdulillah murah rezeki kami tahun ni. Entry Ummi pun banyak tentang kenduri ni. Saja abadikan di blog untuk kenangan di kemudian hari. Jangan ada yang bosan ye dengan cerita makan kenduri Ummi 🀭 undangan untuk tahun depan pun dah ye 😜

Sunday 30 December 2018

Majlis Penutup Program Tarbiyah Anak-Anak Remaja Masjid Sg Chinchin 2018


Sepanjang cuti sekolah ni Ummi masukkan Abang dan Angah dalam program Tarbiyah Anak-Anak Remaja anjuran Masjid Sg Chinchin ni. Program ni dianjurkan dengan kerjasama Maahad Tahfiz Sheikh Muhammad Nur yang terletak bersebelahan masjid. Dalam banyak-banyak program cuti sekolah yang ditawarkan ini yang paling sesuai dari segi bajet dan had umur. Bayaran cuma rm50 seorang dan anak-anak berusia 6 tahun ke atas boleh sertai program ni. Dapatlah Angah join sekali.


Dari segi pengisian Ummi tengok kebanyakannya sama sahaja; ada kelas hafazan, solat, fardhu ain, dll. Adalah sekali tu diberi peluang untuk peserta buat aktiviti memanah. Trial session 3x bidik. Nak extra kena join kelas memanah, rm50 sebulan kalau tak silap. Aktiviti berkuda pula tak dapat dilaksanakan sebab kekangan dari segi logistics.

Alhamdulillah terisi juga masa cuti anak2 w/pun program ni half day je. Abang misalnya dapatlah polish hafalan juz 30 tu. Disamping tu dapat juga hafal 10 ayat terawal dan terakhir Surah Al Kahfi. Angah pula dapat juga hafal surah-surah lazim dan 3-4 ayat awal Surah Al Kahfi alhamdulillah. Angah ni bukan tak boleh menghafal tapi suka main-main. Dengan Ummi asyik bergaduh je kalau suruh hafal :(



Last day program ada aktiviti mewarna dan hafazan. Angah masuk pertandingan mewarna tapi tak menang. Abang pula zero masuk pertandingan hafazan, dapat no 3 kategori bawah 12 tahun dan remaja. Kategori remaja Ustaz calonkan dia sebab dia paling banyak hafal among the group members w/pun tak cukup umur hehe... 



Hadiah hafazan. 

Malam penutup tu ada penyampaian sijil, hadiah peserta terbaik dan jamuan. Abang dapat hadiah peserta terbaik dalam kumpulan alhamdulillah.


Parents ramai juga yang hadir. Termasuk jemaah masjid memang meriah juga sambutannya. Yang bestnya masjid ni mesra kanak-kanak. Anak-anak kecil bebas ke sana ke mari sebab majlisnya pun di luar dewan solat. 


Alhamdulillah 'ala kulli hal. 

Thursday 27 December 2018

Makan kenduri di hari Krismas



Alhamdulillah tak putus-putus jemputan kenduri yang kami terima. Rezeki berkawan dengan orang-orang yang lebih berusia hikhik...

Jemputan kali ni datangnya dari ex-officemate Walid. Terharu Walid bila dijemput. Almaklumlah dah 2 tahun pun berhijrah ke tempat kerja sekarang. Yang masih berkhidmat pun tak semua dijemput. Itulah namanya rezeki kan...

Pertama kali kami sampai di Bandar Rinching, Semenyih ni. KL lengang je walaupun hari selasa sebab cuti Krismas kan. Dalam sejam je kot sampailah kami di rumah kenduri.


Meriah sungguh kendurinya. Nasi putih, nasi Arab, mee sup, kuih muih semua ada. Yang best kuih muih macam cucur badak dan goreng pisang dihidang panas-panas πŸ‘πŸ‘πŸ‘ semangat kerjasama dan gotong royong penduduk taman ni sangat tinggi membolehkan majlis perkahwinan ni berjalan dengan lancar dan meriah. Sepanjang kami di situ boleh nampaklah jiran-jiran sepakat membantu dengan tugasan masing-masing. 

Petik bunga selit kat telinga. Maaf ye tuan tanah πŸ˜‡

Sebelum balik kami singgah solat zohor di Masjid Bandar Rinching berhampiran lokasi majlis. Masjidnya bersih terjaga termasuk tandas dan tempat wudhuk. Selesa untuk beribadah. 

Ingatkan balik tu nak singgah Aeon cuci mata tapi masing-masing dah 'belayar' terus balik rumah je lah. Jangan dikejut anak-anak harimau yang sedang tidur, nanti huru-hara jadinya πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† 

Tapi sempatlah singgah dekat kedai perabot Couch tepi MRR2 tu. Walid je turun kereta, survey dulu. 

"Ummi nak yang mana?" 
"Dua-dua" 😜
Terus Walid tak jadi beli haha... 



Sebelum sampai rumah, menyinggah lagi. Beli stand fan untuk bilik Tok, ganti yang lama. Tok tak berani on kipas syiling, takut fan tu jatuh 🀭🀭🀭 

Brand ni je yang suit dengan bajet :(


Terima kasih Tn Hj H IO atas undangan. Selamat menyambut menantu. 
Moga kedua mempelai beroleh berkat dan berbahagia selalu. Selamat pengantin baruπŸ’πŸ’πŸ’ 


Wednesday 26 December 2018

Jom pi Kedai Eco Jalan Gombak πŸ€—


Siapa suka pergi Kedai Eco? Ummi baru sekali je jejak kaki di Kedai Eco tapi dah jatuh hati dengan Kedai Eco ni. Macam kena sawan hah, semua benda nak beli. Almaklumlah kebanyakan barang harganya serendah rm2.10.  Susun atur barang kemas, kedai bersih, berhawa dingin serta sistem bayaran pun sistematik berbanding kedai rm2 yang biasa Ummi pergi. 

Jumaat start bukak, Sabtu kami terus pi serbu πŸ˜…

Dipendekkan cerita, sekarang ni Eco Shop dah tambah cawangan baru. Dibuka di KL Trader Square, Jalan Gombak. Ala dekat simpang 3 dari Padang Balang tu kan ada newly built condo. In one of the shoplots depan kondo tu berdirinya Eco Shop yang baru je buka jumaat lepas, 21/12/2018. Kiranya orang Gombak boleh ke sini kalau taknak ke Aeon Big (dulu Carrefour) Wangsa Maju atau Selayang Mall. Sengaja Ummi selitkan info ni sebab selama ni Ummi pun mencari-cari juga Eco Shop yang dekat dengan area Gombak ni.

Full address. 

Luas dan selesa. 


Dah masuk wishlist 😜

Nicely wrap. Boleh buat gift 



Jom πŸ€—πŸ€—πŸ€—

Eco Shop Jalan Gombak 
KL Traders Square, No 99
Jalan Gombak, Setapak
53300 Kuala Lumpur 


Tuesday 25 December 2018

"Kak Ikan panggil kenduri"


Kak Mas atau kami gelar Kak Ikan ni penjual ikan. Saban minggu kalau ke market jumpalah Kak Ikan ni. Kami saling bertegur sapa dan bertanya khabar gitu je sewaktu berurusan. 

Last week Walid balik dari market bersama sekeping kad jemputan. I was pleasantly surprised; Kak Ikan kirimkan kad jemputan untuk wedding anaknya. Terharu rasanya bila termasuk dalam guest list dia ☺️ 


Alhamdulillah meriah sangat majlisnya. Mak pengantin pun nampak sangat vogue di hari bahagia anaknya :) selalu jumpa di market pakai T-shirt je sekali member bersolek dah macam mak datin hah πŸ˜…



Pelamin yang cantik. Pasangan mempelai pun ibarat pinang dibelah dua. Ummi admire sangat dengan wedding dress yang dipakai pengantin. Lawa sangat 😍😍😍

Adik dan Kakak pun tak kalah berposing haha... 



Terkejut juga anak bujang ni nak berposing, minta Ummi snap gambar dia. 

Hancus diet Ummi melayan lauk pauk yang sedap semuanya. Selalu pergi kenduri Ummi ambik nasi putih je w/pun ada nasi minyak/beriani/tomato a dll tapi kali ni nasinya nampak sedap sangat. Tergoda I :p 



Elok habis sepinggan nasi, tiba-tiba 'landing' sepinggan lauk dari meja pengantin. Rupanya teman semeja kami tu ahli keluarga pengantin lelaki. Orang Kedah rupanya πŸ˜„ Ummi sempat snap gambar sebab comel je tengok deco lauk tu hehe...

Door gift;


Terima kasih ye Kak atas jemputan ni. Buat mempelai, moga berkekalan hendaknya ikatan perkahwinan yang dibina. Selamat pengantin baru πŸ’πŸ’πŸ’

Sunday 23 December 2018

Raikan tetamu


Paksu sekeluarga datang bertandang kelmarin. Sibuk lah Ummi buat persiapan  sampaikan tak sempat nak update blog. Sibuk kemas rumah, sibuk ke pasar, masak dsbnya. Bila kita balik kampung, beria depa raikan. So it's our turn to return their kindness & hospitality.

Maksu ni rajin. Dibuatnya kek pisang dan popia cheese sorang sebalang untuk anak-anak buah dia. Yang dok di uitm, upnm, gombak, sentul semua dapat bahagian πŸ€—.

Into the oven... 



Jumaat tu Mak Kodiang dan Maklong Ida, ibu dan kakak Maksu pun joined sekali. Meriah (baca:kecoh/bising/hingaq) teratak kecil kami dengan suara dan gelagat anak-anak kecil.

Menu dah macam open house raya! Depa bawak sate, nasi impit, ketupat palas, serunding, kerepek dll. Ummi masak nasi, telur itik masak lemak, ikan goreng, ayam masak kicap, rendang pucuk ubi, ulam dan sambal belacan tu wajiblah ada. Seronok bila tengok tetamu makan berselera. Hilang penat memasak dari pagi 😜


Daun palas import dari Jitra πŸ˜„


Kakak berkepit je dengan K. Una sebab nak tumpang main tab.


Depa dah puas berjalan-jalan dengan Maklong Ida jadi mai rumah kami lepak-lepak je lah. Petang tu Paksu Maksu bawak Abang & Co pergi pasar malam. Seronoklah depa. Bertambah seronok bila Paksu Maksu belanja padahal Ummi dah bagi sorang 5 ringgit buat belanja. Maksu tak bagi guna kata Abang :)



Malamnya Uda joined sekali. Umi masak tomyam je. Lauk siang masih berbaki. Walid top-up ayam Masywi (ayam golek). Lepas setel dinner Ummi tumis rencah masak daging kurma merah pulak untuk breakfast besak pagi. Masak siap-siap supaya tak kelam-kabut. Ummi macam ni lah, suka prepare awal-awal. Sangat tak suka kerja last minute.


Paginya Ummi cuma tanak nasi dan goreng ayam. Before 8 am sarapan dah ready. Depa pun nak balik awal sebab nak singgah makan kenduri di Balik Pulau. Entah sempat ke tidak tak tahulah.

Safe journey lalings πŸ’πŸ’πŸ’

Saturday 22 December 2018

Terima kasih Makcik 😘😘😘


Entah bila makcik janji nak bagi tudung kat Kakak kalau dia dapat no 1 pun Ummi taktau. Tapi Kakak adalah suruh Umi bagitau makcik result periksa dia. Rupanya betul makcik tunaikan janji dia. 


Semalam lepas Uda balik, makcik pula datang belah petang. Depa balik bercuti dari Melaka, singgahlah sekejap. 

Seronok Kakak bila makcik bagi dia 2 helai tudung Hello Kitty. Siap ada nama lagi kat belakang tudung. Custom made gitu. 

Kakak dapat 2 lai tudung. Adik satu alhamdulillah. 

Comel tudung ni. Ummi pun geram. Apatah lagi bila tengok budak bolat tu pakai 😁


Terima kasih makcik 😘😘😘
Lepas ni belajar rajin-rajin lagi ye Kakak. Makcik dah janji nak bagi hadiah lagi haha.