Sebelum tu hantar anak² ke sekolah dulu...
Bertabahlah semua 💪🏻
Jaringan ECRL ni rupanya dah 'masuk' ke MRR2.
Ni gambar Sabtu lepas masa balik dari Sukan SRAI. Ummi jarang lalu sini, prefer jalan dalam kalau drive sendiri.
Petak parking pula ditanda dgn tulisan Arab juga, terasa vibe Islamic gitewww.
Teh Tarik, Nasi Goreng & Ayam Goreng ni RM10.00. Banyak nasinya, tak habis pun.
Dah selesai makan, gerak lepak di Century Bru Coffee dekat main lobby plak. Sini ada aircond 🫣
1 cup 12oz matcha tea ni RM11.50. Boleh dapat sepinggan nasi goreng & lauk ayam 👆🏻 Harga utk lifestyle dan keselesaan gitewww :D
Ada ceramah Syawal dari Ustaz Hanafiah, bolehlah Ummi kopi² sambil dengar ceramah sementara Walid jumpa Doc.
Tajuk ceramah Ibrah dari Ujian. Sempatlah Ummi jotted down some inputs dari ceramah Ustaz;
Ustaz Hanafiah ni cancer survivor. Antara amalan Ustaz istighfar dan selawat 1000x setiap hari sebagai ikhtiar utk sembuh. Selain tu Ustaz pesan supaya kita rajin ziarah orang sakit, sebab 70000 malaikat akan doakan kita. Besar tu fadhilatnya.
Pusrawi sebelah PNM tu kan kak.. Owh, ada parking rupanya.. Cantik dah.. Cafe dia pun lawa ya.. Lama tak ke sini.. Selalu kalau ke PNM, kami ke sini cari makan.. 🤣🤣🤣
ReplyDeleteYe Sha sebelah PNM tu.
DeleteSekarang nampak lebih bergaya dan moden Pusrawi ni.
Alhamdulillah.. Sementara menunggu dapat ilmu.. tq kak berkongsi disini juga..
ReplyDeleteSama² kasih 🫶🏻
Deletesaya tak pernah lagi sampai kat pusrawi tu..anyway, PH tak sihat ker? shafakillah
ReplyDeleteRoutine check up je MZ. Alhamdulillah everything was good 🤲🏻
DeleteEH pi follow up ke PH...semoga yang baik2 aje ye...bonus tu sambil tunggu dapat dengar ceramah dan dapat list kan point2 penting
ReplyDeleteAah SA. Alhamdulillah result cantik 😄
Deletebetul, dengar ada org sakit..nak ziarah, tp kena tanya dulu...org tu nak terima pelawat ke tak.
ReplyDeleteBetul, kena minta izin dulu sbb ada orang tak selesa diziarahi waktu sakit. Ada yang nak berehat, ada yang nak privacy kan
Deletesambil tunggu turn sempat dgr ceramah tu bgs...tq for sharing ..btul tu ziarah org sakit byk pahala..smoga dipermudahkan segala urusan di pusrawi...wah parking dh cantik ada color2...lama juga tk pi pusrawi
ReplyDeletePH pun last time pergi 2020 mmg nampak ketara perubahannya, makin lawa.
DeleteIkan mati tanpa air
ReplyDeleteHati mati tanpa zikir
nice.. tq perkongsiannya PH
Sama² kasih 🫶🏻
DeleteTq kongsi ilmu daripada Ustaz Hanafiah.
ReplyDeleteSemoga bermanfaat
DeleteBegitu perbezaan harga antara makanan dan minuman. Kadang rasa macam tak masuk akal. Bagus jugak tu ada pengisian ilmu sambil menunggu.
ReplyDeleteBegitulah SK huhu
DeleteTerima kasih atas perkongsian...mari kita usahakan...
ReplyDeleteYe, sama² kita amalkan
DeleteBagusnya, ada ceramah agama di hospital. Boleh juga dengar sambil menunggu. Saya bab zikir tu kena perbaiki lagi, selalu lupa dan tak cukup. Terima kasih atas perkongsian, PH.
ReplyDeleteKebetulan, rezeki Sy juga takdelah melangut je tunggu husband selesai urusannya :)
DeleteWah first time tengok tiang2 kat basement yg ada tulisan arab camtu. Barulah islamic giteww.
ReplyDeleteAmboi mahalnya air matcha tu, dah level2 zus harganya. Tpi ayaq ceroi kalau tgok dari gambar huhu
Itulah terasa vibe Islamic tu ...
DeleteEntahlah PH bukan penggemar air² gini, beli tu pun sbb nak tumpang duduk situ hihi
Terima kasih berkongsi tazkirah.
ReplyDeleteSama² kasih 🫶🏻
Deletedulu selalu gak ke pusrawi ni..dah lain sgt dah ni
ReplyDeleteDah banyak perubahannya MA. Doc yg sambut my kids pun semua dah pencen ahahaha. How time flies
DeleteSemoga walid baik2 sahaja keputusannya
ReplyDeleteAlhamdulillah everything is good Wak :,D
DeleteHahahaha LBH mahal si matcha drpd nasi goreng dan teh tarik ya kak 🤣🤣.
ReplyDeleteTrimakasih sharingnya. Sedang berusaha sangat nak bisa zikir sampai shalawat 1000x. So far palingan hanya 700.
Same here, belum mampu 1k hanya ratusan aja 🥺
DeleteThanks for sharing PH semua input dari ceramah Ustaz.
ReplyDeleteSama² kasih Kak 🫶🏻
DeletePernah pergi Pusrawi ni teman encik suami buat medical checkup. Ohh cafe dia dah cantik eh. Kalau dulu kecil je di belakang ke tepi entah. Lupa sudah. Dok lepak kat lobby tempat ceramah tu selesa. Bagus juga duduk di situ dapat ilmu agama sekali dengar ceramah.
ReplyDeleteKafe di belakang tu masih ada. Yg coffee shop ni depan tangga besar tu, dulu koperasi tmpt ni.
DeleteItulah rezeki berjodohan pulak dgn ceramah tu. Duduk dengar je la kan dari melangut je :)