Checked out dari Damai Homestay, Meru kami checked in pula di D'Splash Garden Homestay, Baling. Lokasinya di Batu 42, atau sekarang dipanggil Kota Baling Jaya. Homestay ni belakang Kompleks Rakan Muda tu je. Dulu kawasan ni kebun getah, sekarang dah naik perumahan, kedai²... Begitulah, arus kemodenan melanda setiap ceruk dan pelusuk.
Tak kurang cantik juga homestay ni pun, alhamdulillah. Rumah Semi-D setingkat, ada 4 bilik tidur dan 2 bilik air. 3 bilik tidur tu dilengkapi aircond. Satu lagi aircond di ruang tamu. Sewa RM250/semalam.
Bantal, selimut extra banyak ye disediakan. Ummi suka owner yang tak berkira macam ni, kita pun rasa seronok.
Bilik air pun luas.
Air laju itu yang best tu....
Ada mesin basuh juga.
Beras Ummi packed siap²; sebungkus sekali masak. Petang tu jalan kaki je ke Speedmart seberang jalan, beli barang dapur. Saudara Ummi tanya juga kenapa tak book homestay di kampung. Kampung kami tu ada masalah air, bila time raya lagilah kritikal. Masalah yang dah berlaku sejak Ummi lahir sampai sekarang, Ummi dah 40-an masih tak selesai 😇
Lagipun, D'Splash Garden Homestay ni lokasinya sangat strategik; tengah² antara kampung Ummi dan pekan Baling. Senang kami nak berulang-alik ke kampung atau ke pekan. Di Kota Baling Jaya ni juga sekarang ada pasaraya Billion, butik, restoran dan pelbagai kemudahan lain. Semuanya walking distance je, termasuklah self service laundry. Bazar Aidilfitri pun dekat KBJ ni juga.
Meriah betul malam tu, sampai dalam taman ni depa parked kereta. Mostly owner balik kampung, nak senang depa parked je kereta sini dan jalan kaki ke Bazar Aidilfitri, yang nampak lampu terang² tu...
Alhamdulillah selesa dan puashati bermalam di sini. Owner pun sangat professional, mudah berurusan. In Sha Allah ada rezeki kami singgah lagi sini.
Seperti mana kita masuk, seperti itulah kita tinggalkan. Mudahkan urusan orang, Allah permudahkan urusan kita In Sha Allah.
Terima kasih daun keladi En Faizal 👍🏻
# Boleh hubungi D'Splash Garden Homestay di FB.
Alhamdulillah, kita permudahkan urusan orang, Allah akan permudahkan urusan kita pula
ReplyDeleteBersih kemas cantik homestay ni. Thanks for sharing PH.
ReplyDeleteSepatutnya begitu lah, macamana kita masuk, begitu lah kita keluar, kan.
Alhamdulillah... Teringin nak buat homestay juga.. Pelan2 kayuh... Insya-Allah...
ReplyDeletewaahhhh bestnya puas hati bila owner jenis tak berkira & air pun laju & yg penting dkt dgn semua bazar etc hehehe
ReplyDeletenampak spacious dan cantik la homestay ni. bagus ratenya
ReplyDeleteBesar, ada 4 bilik. Bagus sewa homestay, lengkap segala barang rumah. Harga pun berpatutan. 👍
ReplyDeleteSelesa nampak.
ReplyDeleteBetul itu jangan susagkan orang lain, mudahkan urusan.
Air yang laju tu penting.. baru puas hati nak bersihkan diri dan masak. Lokasi pun strategik.
ReplyDeletenot bad juga homestay tu..besar dan luas
ReplyDeletealhamdulillah.. tuan homestay mesti suka perangai penghuni yang macam ni..
ReplyDeleteOwner yang baik pun rezeki juga kan...pasti tetamu pun repeat menginap kat sini juga.
ReplyDeleteSA kalau tiap kali raya kat kampung dulu memang ada masalah air..terpaksa lah kami mandi di jeram...kadang sampai raya ke 3 baru ada air...
ReplyDeleteMasalah air memang kritikal. Saya pun pasti akan berpikir panjang utk stay di tempat yg susah air. Lebih memilih kawasan yg airnya lancar.
ReplyDeleteBaguuus tempatnya kak. Luas juga, apalagi 4 bilik. Sesuai jika ramai kan