Monday 29 June 2015

Ketupat Palas Sambal Bilis



Semalam Mak buat ketupat palas. Katanya teringin nak berbuka dgn ketupat. Tapi sebenarnya saya tahu Mak buat tu utk kami, bukan utk Mak pun. Raya ni Mak tak beraya dgn kami jadi dia buat siap2 utk anak cucu makan. Beberapa hari sebelum puasa Mak dah buat ketupat di rumah Abang. Itulah kasih sayang seorang ibu. Sentiasa mendahulukan dan menggembirakan anak2.

Ketupat ni kami regukan dgn sambal bilis petai. Mungkin pelik bagi orang lain, tapi biasa bagi kami, ketupat palas dicicah dengan sambal ikan bilis. Inilah juga juadah hari raya yg saya nikmati waktu kanak2 dulu. Dulu tak kenal pun rendang ayam/daging. Biasanya ayam/daging dimasak gulai serai lengkuas. Itupun dinikmati oleh ahli keluarga sahaja, bukan utk dijamu kpd tetamu. Maklumlah ayam/daging adalah makanan mewah bagi zaman tu... utk tetamu biasanya ketupat dihidang bersama sambal ikan bilis. Malah ada juga diregukan dgn gula. Ikut kemampuan tuan rumah. 

Setiap kali Mak membalut ketupat saya juga turut sama. Dah beberapa tahun belajar semalam dapat jugalah menghasilkan ketupat yg cantik dan kemas balutannya. Ada la improvement dari tahun ke tahun :) rasa menyesal pulak kecik2 dulu tak belajar. Dah jadi Mak orang baru teringin nak belajar. He he... 

Thursday 25 June 2015

Jualan Gudang The Store laaagi.....


Angah  happy dapat lori Bomba sebijik :)

Psst... dah beli baju raya anak2 ke? Sana sini memang ada sale kan. The Store pun tengah sale kat dewan beringin, sri Gombak. Starts today till July 5. Business hours 10 am to 10 pm. Tapi jangan datang on the dot kul 10, time tu staff dia baru nak report duty. Dah terkena hari tu konon nak avoid crowd sudahnya dekat 1/2 jam lepak dlm keta tunggu depa siap set up cash machine etc. 

Nak amik Abang kat school tadi sempat mokcik shopping jap :) tak beli apa sangat pun cuma toys utk kids. Then T-shirt sorang selai utk anak2 buah, souvenir raya. 

Utk my kids saya dah beli masa diorang buat sale kat keramat AU bulan lepas. Sekali tu nampak T-shirt yang saya beli utk Angah  last month dah turun harga rm5. Ish ish rugi den...

Happy weekend!

Wednesday 24 June 2015

Alarm



So what time do you wake up far sahur? 

As for me, I set the alarm at 3.50 am for the first wake up call :) do I wake up then? It depends but normally I would ignore it. Hahaha.. The 3.50 am alarm is actually set as a reminder for me to get ready to wake up. I will wait until 4.00 to wake up in case I need to cook a fresh meal. If I just need to reheat the food then  4.15 am is ideal for me to wake up.  

The rest of the family would wake up at 5.00 and by 5.15 we will have our sahur. So far we have no problem in waking up Abang for sahur. He is very cooperative when it comes to eating hahaha... 

Monday 22 June 2015

Bergayut :)



Alhamdulillah rancak sungguh pokok peria katak & kacang panjang berbuah. Seronok tengok buah peria bergayut2 di pagar dan kacang panjang bergayut di pokok kari. 

Selain utk makan sendiri dapat juga berkongsi rezeki dgn jiran2 especially buah peria tu. Sekali petik dapat dalam 2-3 biji then kumpul2 dah banyak sedekah kat jiran. Nak makan semua x habis pun sbb saya sorang je makan. He he... 

Another reason is that saya suka tanam pokok agar boleh jadi natural curtain. Memandangkan dapur mengadap rumah jiran belakang bila ada pokok2 ni xdelah direct facing their house. Awal2 masuk rumah ni dulu pun saya dah tanam serumpun lengkuas utk tujuan yg sama. Yelah bila nak memasak tu nak jugak pintu tingkap dibuka agar fresh air boleh masuk. Taklah berasap sampai ke ruang tamu bila menggoreng. Kessahnya...

Friday 19 June 2015

Of Being Positive


Credit source

My friend Nowwa the Dessert Queen recently posted a good thing to ponder in her blog.

Nowwa, as she is fondly known is a homebaker who made a name for herself. She has thousands of followers in her media social and hundreds of people took her cooking classes. She even takes the advantage of advanced technology to conduct online classes for baking. 

Apart from a successful home-based entrepreneur she is also an avid traveller. According to her, she is an avid traveller first then a homebaker :) she has been to many places in the world, from middle east to the Europe. Since she works for her own, she has freedom to travel anytime anywhere, supported by the strong financial support owing to her successful business ventures. Thus, she remains humble and grounded.

What I love most in her recent blog post is her tips on how to deal with negative people. Since she chose her own path in shaping her life she was critised. Some didn't believe that she could one day succeed in pursuing her dreams. But she was determined and resilient.

She is quoted as saying,"avoid, not hate. Stay away (from the negative people) but not cutting off the relationship". As simple as that! Bravo Nowwa!

Let us take this opportunity in this bountiful Ramadhan to forgive and forget those who hurt us, and becoming more positive in our daily life. Stop all negative feeling towards others and count our blessing. Each and everyone of us has what it takes to become a successful person, in our own way. Insha Allah.


Wednesday 17 June 2015

Ahlan ya Ramadhan!


Credit photo

Baru pukul 11.30 pagi tapi Abang dah beberapa kali mengadu lapar/dahaga. Hahaha... puasa tahun ni agak mencabar bagi saya sebab Abang dah bersekolah. Tahun lepas sekolah Pasti sampai pukul 12.30 t/hr je. Lagipun banyak main dari belajar he he. Sekarang dia sekolah sampai petang, tak tau la macam mana keadaannya nanti. Hari ni cuti, esok half day je sbb jumaat. The real challenge would be on Monday onwards. Baru dapat access the real situation. 

Secondly, Balqis is now setahun 8 bulan, at her active phase of growing up. Last year she was a baby, asyik tido je most of the time. Today dah ikut saya bangun siapkan sahur. Quite kelam kabut jugak pagi tadi, mana nak prepare meal, nak tidurkan dia semula etc.... at the end she stayed with us for sahur & slept back only after azan subuh. Meanwhile Angah  was sleeping like a baby :) 

Expecting more challenges, cat & mouse wars between me & Abang, but hoping for a blessed & meaningful Ramadhan. All these challenges nak mengajar kita erti sabar sebenarnya so sabo je lah :)

Ramadhan Mubarak everyone.

Tuesday 16 June 2015

Hi-Tea @ Atmosphere 360°, Menara KL



Dulu namanya Restoran Berputar Seri Angkasa. Sekarang namanya Atmosphere 360°. Memang high betullah tempat kami hi-tea Ahad lepas. 

Sebenarnya kami ke sana sebab menang lucky draw family day hari tu. Since the voucher tu valid sampai early July ni so kami ambil kesempatan utk redeem before puasa. Umi & ayah pun nak ikut so kami beli dua lagi ticket. Harga rm68 termasuk entry ke blue coral aquarium yg terletak dikaki menara KL & menara tinjau. Harga ticket Abang rm49. Utk kids 4 y/o & below free admission to the places. Hi-tea starts at 3.30 till 5.30 pm. 


Kami masuk ke blue coral aquarium dulu sementara tunggu hi-tea starts. Kecik je tempatnya. Ada lebih kurang 10 buah aquarium je. Admission fee utk adults rm18. Utk kids tak perasan pulak :)

Kemudian kami ke menara semula. Ramainya orang memang crowded sangat. Ada wedding, ada clown, mascot minion dll. Kami tak dibenarkan naik selagi belum pukul 3.30. Terpaksalah merayau2 di tingkat 1 tu...

Akhirnya merasalah jugak saya naik kl tower. Dah berbelas tahun bermastautin di ibukota, ini baru pertama kali naik menara kl ini, yg siap dibina pada tahun 1994 (kalau x silap). 


As for the hi-tea memang menarik. Selain variety of food offered, the ambience pun very interesting. Ye la tinggi di awan kan. Yg lebih best, the kids were all well behaved, so mokcik bole makan dgn selesa. Penting ni :) 




On the menu were nasi ayam Hainan, mee goreng mamak, yong tau fu (must try), rojak kangkung (must try jugak), bihun goreng, murtabak, roti jala, fruits, ABC, aiskrim, kuih muih segala macam. Berbaloi la utk hi-tea kat sini, if you don't mind the price. Beli direct lagi murah kalau x silap sbb voucher lucky draw yg kami dpt tu dibeli dari Groupon was more expensive compared to the price yg dibayar utk Umi & ayah.

All in all memang enjoy the food and the experience we had there. Alhamdulillah. 

Monday 15 June 2015

Murah Rezeki


Murah betul rezeki kami semalam... 

Disebelah pagi, sedang saya membelek2 pokok peria katak dan kacang panjang yg sedang rancak berbuah, k.aya jiran belakang rumah menegur. Borak2 sekejap diberinya saya seplastik buah mangga. Alhamdulillah rezeki. Buat kerabu yg muda dan potong bagi anak2 makan yg mana dah masak. 

Petangnya pula, Tuan K jiran rumah hujung sedekahkan 2 biji kelapa muda. Alhamdulillah rezeki lagi... :)


Hidangan tengahari semalam. Seronok tengok Umi & ayah makan bertambah.

Finally, may we all have a chance to welcome another edition of Ramadhan, insha Allah.