Wednesday 29 November 2023

Pasar Nelayan @ Pantai Puteri Melaka

Seronok juga berjalan tanpa itinerary ni sebenarnya. Redah² jumpa tempat yang mengujakan. 

Contohnya, pagi Ahad tu kami ke Pantai Puteri untuk bagi peluang anak³ mandi pantai. Sampai di pantai Ummi nampak ada pasar, Pasar Nelayan Pantai Puteri. Petang semalam tak perasan, excited nampak pantai :D 

Bila dah nampak pasar ni, laju je Ummi ke arah sini, sementara Walid bawa anak³ ke pantai. Boleh pulak depa lepak makan aiskrim pagi² ni :D 

Nampak macam jeti untuk pendaratan ikan dan banyak bot nelayan berlabuh. 

Gerai sayur. 
Bunga kantan, daun kesum semua Ummi beli, sebab dah terbayang nak buat asam pedas :D 

Barang² jualan lain. Kedai ni lebih kurang kedai runcitlah, jual bahan² masakan kering dan basah, kecuali ikan dan ayam. 
Buah labu bersaiz kecil ala buah gelugor ni pun Ummi beli juga. Mak² dah masuk pasar kan... 🤭
Udang pun juga, di gerai ikan sebelah ni...

Seterusnya Ummi masuk ke gerai ikan. Sebelum membeli, Ummi tanya dulu boleh pack ke tidak untuk dibawa pulang ke KL, katanya boleh. Depa caj tong polistrine tu RM5, beserta ais. Tong tu depa sini panggil gabus :D 


Kak Amie LD pandailah masak ikan ni. Ummi tak beli sebab tak pernah makan @ masak. 

Dari segi harga, murah sikitlah dari Pasar SG tu. Dan lebih seronok, segar² belaka ikan dan seafood di sini. Dah pilih ikan, timbang dan bayar siap². Sementara depa siang dan potong ikan, kita diberi nombor gunakan alat yang berbunyi & berkelip² tu. Canggih alatnya, sebijik macam dekat Richiamo Cafe :) 

Ada satu lagi gerai ikan dan selebihnya ada yang buka meja, mungkin nelayan yang menjual sendiri hasil tangkapan mereka. 

Alhamdulillah, inilah antara hasil pancingan Ummi yang dah bertukar menjadi lauk; 

 Asam Pedas Ikan Pari 

Kari Sembilang Laut. 
Kacang dan terung pun beli di pasar ni :) 

Sup Kepala Ikan Jenahak. 

Alhamdulillah rezeki. 


Tuesday 28 November 2023

Klebang Street, Pantai Klebang, Melaka

Otw nak ke rumah Uncle Husin tu, kami ke sini dulu. Ayah Rizqy bagitau tempat ni happening. Macam-macam aktiviti dan tadikan ada. 

Yang bertutup tu booth jualan. Ke dalam sikit nampak patung Kong, watak filem box office tu. Ada juga nampak patung dinosaur. Saiznya besar, boleh nampak dari luar walaupun sekelilingnya ditutup dengan kanvas. Rasanya sebelah lewat petang atau malam baru tempat ni dibuka. Tempat hiburan untuk kanak² la agaknya. 

Kami tak berhasrat untuk berhenti awalnya tapi makin ke dalam makin meriah pulak dengan gerai² jualan. Kebanyakannya makanan dan minumanlah kan... Gerai yang sediakan masakan panas dan goreng² pun ada. Kiranya nak lunch kat sini pun boleh. 

Tak lengkaplah sampai Melaka tak makan keria gula Melaka ni kan ... 

Dekat rumah Uncle Husin tu nanti, akak² geng taman kami sibuk order kuih keria ni nak bawa balik ke Gombak. Adalah saudara tuan rumah nak tolong belikan. Ummi senyum je sebab kami dah pekena dalam kereta :D 

Coconut shake,  pun wajib beli jugak kan... Tak kisahlah bukan tempat viral pun takpa, janji dapat merasa. 


Cantik pantainya tapi sayang, hakisan teruk. Cerita adik kuih keria tu, kalau malam air naik hingga ke jalan. Adalah dia tunjuk jalan raya rosak akibat dihempas ombak. Macam reporter pulak Ummi 😂

Tak boleh mandi di pantai ni, khuatir pasir jerlus. Tapi ada juga nampak pengunjung yang main di gigi air. Kena hati² lah, papan tanda amaran tu bukan sesaje diletak disitukan... 

Acah² healing :D

Tak pastilah kerusi yang disediakan ni perlu disewa atau percuma, Walid dengan Adik tumpang duduk sat 🤭 

Dua puluh tahun kot sejak Ummi pertama kali datang ke sini, memang banyak sangatlah perubahannya. Sedangkan Ummi pun dulu bujang, sekarang anak empat haha... That's life, changes happen everyday :) 

Monday 27 November 2023

Roti Canai

Semalam lepas hantar Kakak ke sekolah Ummi singgah isi minyak dan ke pasar beli ayam. Sunyi je pasar sebab Isnin mostly peniaga cuti. 

Nak beli nasi lemak singgit, pun tutup juga. Masuk je la kedai mamak Restoran Al Sarina sebelah market tu. Order roti kosong 3 dan Ummi minta kuah dhal lebih. Nampak sedap...

Kuah dhal tu ada kacang kuda dan kentang, sedap sangat sebab boleh kunyah kacang kuda dan kentangnya. Kebanyakan kuah dhal dikisar lumat bahan-bahannya hingga tak rasa tekstur kacangnya. Yang ni menepati citarasa Ummi. Rotinya pun lembut sampai ke petang. Boleh repeat 👍


Sunday 26 November 2023

Meriahnya Hari Kanak² SRAI 2023!

Tema Sambutan Hari Kanak² peringkat SRAI kali ni Melayu Tradisional

Tema sambutan tahun 2022: Retro
Tema sambutan tahun 2021: Kerjaya Impian 

Kain batik yang Kakak pakai tu +- 20 thn usianya, tersimpan elok dalam plastik sebab Ummi sayang nak pakai. Selamba ja Kakak rembat huhu... Kain tu Ummi beli masa bercuti di Langkawi bersama kawan-kawan rapat di U dulu. Habis final exam kami 6 org ke sana, sebelum masing-masing bawa haluan sendiri. Songket di bahu tu Ummi rasa peninggalan arwah Tok Wan. Lupa pasal songket tu, kalau tak Angah dah boleh pakai buat samping, taklah besar sangat dengan dia. Angah ni pakai selempang kain pelikat tu sebab ada persembahan Dikir Barat. Adik pula Ummi pakaikan dia ala Puteri Perak. 

Kali ni juga sekolah mohon sumbangan kek dari parents yang sudi menaja... 3 biji kek untuk satu kelas. Selain tu, jika ada tambahan goodies/gift /food ibu ayah diminta pek secara individu untuk memudahkan agihan. Agihan dan makan ikut kelas masing-masing. 

Angah

Menang tempat ketiga acara Baling Selipar bersama Zahin, Mirul & Isaac. 

Tq Amani, Adam A & Rania 

Parents 6 Ino tong² duit untuk order food dan gift. Alhamdulillah walaupun quite last minute arrangement yang dibuat, we made it. 

Extra goodies dari Mama Amani, Ummi Zafar dan Ummi Nawfal ☺️

Kakak 

Tq Nuha & Naurah. Kek RV Mamasab tu Kakak bawa. Naurah potong kek birthday kelmarin 🥳

Goodies dan makanan dari parents kelas Kakak. Kelas Kakak tak buat kutipan, sumbangan atas inisiatif sendiri. 

Personally, Ummi rasa buat collection lebih mudah untuk parents menyumbang. Almaklumlah hujung² bulan, faham sajalah. Kalau sorang nak kena prepare 30 goodies/food berpeluh jugakkan? 

Adik 
Atas cadangan guru kelas, parents setuju buat collection duit dan cikgu uruskan semuanya dari A-Z. Lagi senang begitu... 

Kek Pisang tu sedap, moist sangattttt 😋
Selain 2 kek ni Cg Tika juga order brownies untuk lengkapkan 3 biji kek/kelas. 

Alhamdulillah, ada rezeki kali ni. Adik menang tempat ketiga pertandingan mewarna 👍

Seronok sambutan kali ni sebab ada penglibatan ibu ayah, walaupun secara tidak langsung. Sebelum² ni sekolah sediakan makanan semua tapi kali ni parents dijemput menyumbang. Dapatlah juga parents tumpang sekaki meraikan Hari Kanak-Kanak. 



Saturday 25 November 2023

Facial Time!

Seronok dan kagum Ummi dengan anak² muda sekarang, ramai yang berminat untuk bekerja sendiri. Zaman Ummi dulu keluar U target nak kerja makan gaji sama ada dengan kerajaan atau swasta. Top rating spots masa tu nak jadi PTD atau kerja dengan PETRONAS. Then, masa tu juga kerajaan perkenalkan KPLI dan mencari guru BI. Alhamdulillah kawan-kawan Ummi ramai juga yang berjaya dilantik sebagai guru. 

Zaman sekarang pula ramai yang meniaga sendiri, jadi usahawan... Salah seorangnya Kak Tiqa. Sabtu lepas dia invited Ummi untuk sharing session di Prima, tapi kami ke Melaka. Jadi, hari ni dia datang rumah buat product demo. 

Apalagi, ber-facial la Ummi hari ni...

Berkenan dengan produk Artistry ni tapi itulah masih berbelah bagi sebab Ummi ni bukannya rajin sangat nak commit dengan skincare routine 🤭 Lagipun banyak juga komitmen kewangan akhir² ni. Sayang pula nak keluarkan duit untuk "kehendak".

Produk lain. 
Mesti tahu Kak Tiqa ni meniaga apa kan :p

Gegirls pun sibuk nak join... Kak Iqa pun layannnn :D 

Demo punya demo, dari lepas Asar hingga ngam² orang Azan Maghrib baru selesai. 

Tq Tiqa. Flawless la muka Ummi hari ni 😂 




Thursday 23 November 2023

Karnival Sukan SRAI 2023

Padat betul jadual anak³ Ummi minggu ni. Kakak tu bila la nak hilang sunburn dekat muka tu, back to back main BoJa. Angah pun sama, dulu cerah sekarang gelap sikit 🤭 Dua² wakil rumah biru untuk main BoJa dan BoBa untuk karnival sukan kali ni. 

Ahli baru; Adik pun terpilih untuk wakil rumah biru juga, main BoJa juga. 

Baling selipar yang Angah masuk tu acara Hari Kanak-Kanak, tapi sekolah buat serentak minggu ni. Kemuncaknya nanti hanya penyampaian hadiah kepada para pemenang. 

Format perlawanan secara liga. 

Hasilnya; 

Adik dan Kakak menuai pingat perak dan pingat gangsa. Masa games Adik reserve player je, tapi oklah, dapat juga pengalaman dan exposure masa latihan. Yang penting Adik tetap dapat medal :D

Angah pun sama, dapat pingat perak... 

Secara keseluruhan, rumah biru jadi naib juara. Alhamdulillah, good job anak³. Semua berjaya sumbang sorang sikit mata untuk rumah 💙 Ummi bangga sebab Ummi dulu pun dari sekolah rendah hingga sekolah menengah rumah biru gaks :D 




Wednesday 22 November 2023

Rambutan & Manggis

Malam kelmarin Lili datang hantar seplastik buah rambutan dan manggis.

Rezeki di malam hari alhamdulillah. 
Manggis tu manis dan fresh, rambutan pun lekang elok. 

Sebelum tu Angah bawa balik 3 biji rambutan dari surau. Sebiji Ummi dah ngap :D 

Ahad hari tu Ummi beli seikat rambutan ni, RM10 di Pantai Puteri. Buahnya segar² tapi sedikit kecil. Buah hujung musim barangkali. 

Batuk Ummi baru nak baik, buat pasal pergi makan rambutan pulak 😅 

Tuesday 21 November 2023

Housewarming Uncle Husin @ Klebang

Kata pergi Melaka makan kenduri, tapi cerita kendurinya tak muncul² pun 😆
Kendurinya Ahad, jadi Ummi cerita apa yang berlaku Sabtu tu dulu. Ikut turutan :p

Tujuan utama kami ke Melaka untuk memenuhi jemputan Uncle Husin aka Atok Rizqy untuk ke kenduri kesyukuran sempena masuk rumah baru. Alhamdulillah rumah mereka di kampung dah siap. Ummi letak "housewarming" as the keyword. Senang nak refer kendian hari. 


Kami sampai waktu orang sedang berdoa. Selain ahli keluarga, majlis dimeriahkan oleh geng surau kami. Ada yang berkonvoi motorsikal dan ada juga berkereta macam kami. Kiranya walaupun kenduri di Melaka tapi jemputan jiran-jiran setaman di SG ni juga. Pi mai pi mai tang tu 😁

Semua nak rasa; sayur kobis, Kari Ayam, ikan masin, ayam goreng, asam pedas ikan dan acar telur puyuh. Ambil serba sikit dan share² kami anak beranak. Kuih-muih pun banyak, tak daya Ummi nak makan. Sebab sebelum sampai sini kami dan balun Keria Gula Melaka :D 

Acar Telur Puyuh. 
Ummi ingat masak kurma tapi Aunty Sopiah kata ini acar, airtangan mak mertuanya (moyang Rizqy). Patutlah ada timun, bukan kentang dan carrots. 

Macam kenal mangkuk tu kan? 

Iye, Aunty Sopiah tapaukan lauk dan kuih bakar untuk kami! Bukan kami je yang dapat, geng surau pun pakat bawa balik asam pedas sorang sebekas. Allah, baiknya hati Uncle Husin suami isteri ni. 

Tak cukup lagi tu, semalam depa dah balik SG, ada lagi buah tangan untuk kami ☺️

Kuih Bakar Berlauk.
Sedappp 😋 
Entah berapa ketul Ummi makan... 
Yang Kuih Bakar biasa 👆 tu Ummi tak berapa suka, sebab rasanya lain sikit dari yang biasa dimakan. Rasanya depa guna minyak sapi. Angah penggemar kuih bakar tapi yang ni dia pun tak nak. Ummi jugaklah tukang perabih 😅

Alhamdulillah syukur atas segala nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan. 

Dinner @ Tomyam Husna

Menjelang Maghrib kami beredar dari Pantai Puteri dan mula mencari tempat untuk makan malam. Mula tu kami singgah di Medan Ikan Bakar Komuniti di belakang Pusat Korektional Jabatan Penjara, dekat Makam Hang Tuah. Tapi, belum buka :( 

Makanya pencarian diteruskan hinggalah nampak sebuah kedai tomyam yang dah dibuka; Tomyam Husna. Lokasi tak tau sebab tak familiar dengan area sini. Tapi kedainya di jalan utama yang agak sibuk. 

Tauke dia :D 

Kami pilih Set B, RM75. 

Set B sudah mariiiiii...
Set ni disertakan dengan 4 pinggan nasi dan 4 gelas air.

First time order meal set camni, dapat air tembikai dan air epal hijau. Selalunya satu jenis air je kan, itupun yang biashe-biashe macam teh O ais atau sirap... Alhamdulillah puashati. 

Adik nak nasi goreng, layannnn...

Nasi Goreng Kampung 

Makanan sedap, servis pun cepat dan kedainya bersih. 

Sebelum balik, owner tanya datang dari mana... Bila bagitau dari SG, terus dia buka cerita. Dulu dia cook dekat Jees Seafood, Sri Gombak. Patutlah sedap makanannya 👍