Thursday 30 April 2020

7 Ramadhan & Resepi Ayam Berempah Simple


I was waiting for my turn to enter a supermarket. I checked my phone to kill the time when I saw this on the Notepad: 

[Assalamualaikum semua, Selamat Berpuasa. semasa Perintah Kawalan Pergerakan Kawan-kawan kena duduk rumah. Tak boleh keluar rumah. Keluar bila ada keperluan sahaja. Langkah  langkah untuk mengelakkan daripada terkena dari Covid-19 ialah: Kerap cuci tangan menggunakan sabun atau Handsenitizer, Tutup mulut atau hidung ketika batuk atau bersin, jangan sentuh muka tau]

Ladies and gentlemen, please welcome our guest writer,  Kakak! 


Kakak suka menulis, macam Ummi juga :) Setiap kali kitorang travel or balik kampung dia akan buat karangan. Ummi tulis dalam blog, dia tulis dalam buku. One day she can take over my blog I guess 😁

Semalam Ummi masak asam pedas daging tetel ikut resepi mommy blogger, Aida. Sedap betul hasilnya. Memang terbaiklah resepi orang Melaka ni :) Tq Aida 😘 
Boleh cek resepinya di SINI.


Menu Iftar 7 Ramadhan 1441H

Nasi Putih 
Asam Pedas Daging Tetel 
Ayam Rempah 
Sup Sayur
Dadih Susu 
Murtabak Kulit Popia 
Kuih Muih  Wak
Bubur Lambuk Hj Man 
Mango Lassi / Teh O


Inilah bubur lambuk Hj Man yang jadi kesukaan Walid tu. Hj Man ni setiap tahun masak bubur lambuk untuk agihan berbuka. Sesiapa sahaja boleh ambil. Bayaran seikhlas hati. Moga bertambah rezeki Hj Man sekeluarga. 

Mango Lassi 

Resepi yang Ummi nak kongsi hari ini ialah Ayam Berempah yang sangat mudah sebab hanya gunakan perencah Adabi sebagai bahan perapan.

Nampak garing tapi sedap tau! 

Ayam Berempah Simple
Sumber: Majalah Pa&Ma

Bahan-bahan
1 ekor ayam
2 bungkus Perencah Nasi Goreng Ayam Adabi
2 bungkus Perencah Tomyam Adabi
2 s/b gula
1 s/b garam

# Boleh tambah/kurang kan2bahan ikut kuantiti ayam. 

Cara-cara
1. Campur semua bahan ini dan perap sekurang-kurangnya 30 minit. Lagi lama perap, lagi sedap.


Dah perap, Ummi letak dalam zip lock bag then simpan dalam chiller. Perap belah pagi, petang tu bakar je. Meresap rempahnya dalam ayam.



2. Ayam yang diperap tadi, dibakar di dalam ketuhar selama 60 minit pada suhu 180°C. Boleh juga digoreng atau di panggang di atas api. 

Ummi masukkan dalam air fryer selama 20 minit dengan suhu 200°C. 10 minit kedua tu kalau garing sangat, kurangkan suhu ke 180°C.

Selamat mencuba!

Wednesday 29 April 2020

6 Ramadhan & Resepi ikan Masak Lemak Cili Padi


Hari ni lambat sikit update blog. Mengantuk sangat, lepas Subuh tidur sekejap. Lepas tu seawal pukul 9 bagi laluan untuk anak-anak buat homework dulu. Segala kerja yang cikgu inform thru WA group dah setel alhamdulillah.

Sekarang ni dah kurang stress Ummi sebab Ummi dah pandai guna WhatsApp Web. Senang cerita, boleh tengok WhatsApp dekat laptop. Lagi mudah anak-anak nak salin homework/nota cikgu bagi. Tak payah nak jegil mata or zoom satu-satu words. Skrin laptop kan besaq :) Lega banyak Ummi sebab my phone tak kena hijack lagi dengan anak-anak haha...

Tadi pun, buka WA Web untuk depa and at the same time Ummi buat dessert ("sambil refer resepi di phone) untuk iftar petang ni. Takde masalah untuk guna phone simultaneously while the WA Web is running on the laptop.

Macamana nak guna ni? Senang je... On laptop/PC, cari WhatsApp Web. Klik situ nanti dia minta kita scan code. 


Active conversations are study related belaka 😂

Ambik phone, buka WA and klik atas kanan yang ada 3 titik tu. Klik situ, pilih WhatsApp Web. Hala phone ke laptop tadi utk scan QR code. Sekelip mata apoearlah WhatsApp kita kat laptop/PC. Kalau ada secret messages baik delete siap-siap haha... Satgi anak-anak baca 😂😂😂 klik la pada message yang dikehendaki. Nanti keluarlah, macam inbox kat email tu.

Abang with her favourite teacher; 

Nak log out, klik dekat 3 titik yg Ummi bulatkan tu. 

Senang kan? 
Jangan lupa log out bila dah setel kerja. Actually after few minutes of inactivity, kita kena scan QR code semula utk activekan WhatsApp Web ni. For security reason I guess.

Eh, hari ni dah hari ke-44 kan kita berada dalam PKP? Kalau berpantang tu dah last day :D Tapi PKP masih di sambung hingga 12 Mei untuk Fasa 4. Walaubagaimanapun nampaknya ada beberapa perkembangan baik sekarang ni. Antaranya dari aspek ekonomi, beberapa sektor terpilih telah dibenarkan beroperasi secara menyeluruh. Dek kerana itu, Walid pun dah dapat arahan untuk kembali bertugas bermula minggu hadapan. Ummi lebih suka Walid duduk di rumah especially during Ramadhan ni tapi empunya badan excited pula nak back to office haha... Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.

Menu Iftar 6 Ramadhan 1441H

Nasi Putih 

Ikan Kacang Masak Lemak Cili Padi
Paru Goreng Bersambal 
Sayur Kacang Buncis & Hati 
Bubur Lambuk Hj Man 
Popia Carbonara 
Air Soda Herbs / Nescafe Tarik
Mangga


Popia Carbonara ni intinya dari leftover butter chicken tempohari. Ummi panaskan dan tambah kentang, carrot, cendawan shitake dan 3 keping cheese. Kentang tu Ummi rebus dulu dan potong dadu supaya cepat empuk. Lepas tu Ummi perisakan dengan kiub ayam dan sedikit garam. Jadilah inti Popia Carbonara

Untuk perkongsian resepi, Ummi pilih Resepi ikan Masak Lemak Cili Padi dari dapur Kak Amie (AMIE'S LITTLE KITCHEN). Tergoda Ummi tengok ikan alu-alu masak lemak cili padi di dapur Kak Amie, terus Ummi cuba di dapur sendiri. Hah gitu!

Uniknya resepi ni, ikan digoreng hingga masak terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam kuah. Dan rencahnya juga menggunakan sedikit belacan. Ini kali pertama Ummi masak lemak letak belacan. Teruja nak menunggu waktu berbuka semalaman; nak tahu rasanya. 
Alhamdulillah sedap bangat. Terima kasih Kak Amie for the recipe 🌹🌹🌹

Ikan Masak Lemak Cili Padi


Bahan-bahan

5 kepingan ikan alu-alu - lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit - goreng hingga masak - ketepikan (Ummi guna 2 ekor ikan kacang) 
200 ml santan pekat campur dengan 200ml air

7 biji kacang bendi - bersihkan dan potong dua (Ummi tak letak) 
1 batang serai - dititik
2 keping asam gelugur 
1/2  sudu teh serbuk kunyit
garam / perasa pilihan secukupnya


Bahan tumbuk
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
12 biji cili padi
1 cm belacan


Cara-cara
1. Campurkan santan, serai, asam gelugur, serbuk kunyit dan bahan tumbuk di dalam periuk.
2. Jerang di atas api sederhana.
3. Apabila kuah santan mula mendidih, masukkan ikan goreng tadi bersama kacang bendi. 
4. Kacau sekali-sekala supaya tidak pecah santan.
5. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
6. Padamkan api dapur. Siap! 


Tuesday 28 April 2020

5 Ramadhan dan Nostalgia Sup Tulang


Sebelum tu, Ummi nak share gambar benih serai yang Ummi dah tanam semalam. Ada yang keliru serai ke halia sebab dalam gambar SEMALAM tu ada sekali halia kan? 


Ada benih serai (1), halia (2) dan ubi kayu hasil kebun depan rumah (3) dalam gambar semalam; 


Maaf ye 😊

Berbalik kepada tajuk, sepatutnya sambut puasa hari tu kami makan sup tulang. Tapi dah tertulis bukan rezeki kami hari tu redha je. Termasuk order dari jiran, berkilo-kilo juga tulang rusuk dan tulang biasa kami order dari seorang hamba Allah ni. Yang sampai hanya 1/2 kilo limpa! Pesan Ummi, kalau nak berniaga jujurlah. Kalau barangnya takde, bagi tahu saja takde. Tidaklah kita berharap dan ternanti-nanti.

Dah jadi kebiasaan keluarga Ummi sejak dulu bila nak sambut puasa arwah Tok Wan akan berbelanja lebih sikit; beli tulang, hati, limpa, paru dll. Hari biasa, bulan biasa nasi kami hanya berlaukkan ikan kembung, sardin, ikan masin ataupun telur jadi bila sesekali dapat makan ayam/daging dah dikira mewah waktu tu.
Sehari sebelum Ramadhan biasanya arwah Tok Wan akan ke Parit Panjang untuk mendapatkan daging/tulang lembu segar. Kena awal jika tidak akan kehabisan. Selain untuk kami sekeluarga, Tok Wan kadang tu tolong belikan juga untuk jiran-jiran. Bila Tok Wan meninggal, Wan Teh pula ambil alih tugasan ni :)

Balik ke rumah, Tok Wan mula memproses tulang/perut dll yang dibeli. Waktu tu semua kita kena buat sendiri. Beli ikan takde service siang. Ayam pula sembelih sendiri, bersih sendiri. Serba serbi sendiri. Perkara pertama yang Ummi ingat Tok Wan akan sediakan kayu api dan letak tungku untuk jerang air dalam periuk besar. Air panas ni gunanya untuk mencuci perut lembu ataupun untuk merebus tulang kelak. Tempat memasak pula di luar rumah, kawasan terbuka.

Bila Tok balik dari menoreh, Tok akan membersihkan perut dan mula menyiapkan bahan-bahan untuk sup tulang. Part bersihkan perut lembu tu paling payah Ummi tengok. Kena cuci sampai putih bersih. Perut lembu pun ada pelbagai jenis/bahagian; perut kitab, perut tebal, perut muda dll. Ummi dah lupa sebab sejak arwah Tok Wan takde, kami jarang dah beli perut lembu. Yang paling susah dicuci ialah perut kitab sebab ianya berlapis-lapis macam helaian buku (kitab) 😁

Tok Wan sendiri yang akan memasak sup tulang ni. Hanya menggunakan bahan-bahan asas seperti serai, lengkuas, halia, bawang-bawang serta rempah 4 sekawan, terhasillah sup tulang yang sangat sedap. Namun, prosesnya bukan sekejap, memakan masa berjam-jam untuk menyiapkannya kerana menggunakan dapur kayu. Bila daging mula lekang dari tulang, nampak senyuman kepuasan di wajah arwah. Allah, rindunya pada seraut wajah itu 😭😭😭

Tugas Ummi bila sup sudah masak ialah menjemput Wan Lang, Maklang Di dan anak-anak mereka ke rumah untuk sama-sama menjamah sup tersebut. Kami yang kanak-kanak ni berkongsilah 3-4 orang  semangkuk sup. Masa tu dapat rasa kuah sup pun dah seribu nikmat. Tak dapat daging, dapat kuah pun jadilah 😂

Itulah antara kenangan menyambut Ramadhan Ummi. Seronok bila diimbas kembali zaman kanak-kanak dulu. Hidup susah tapi masing-masing tak berkira.


Ini sup tulang Ummi semalam. Resepi campak-campak je. Cuma kali ni Ummi tumis bawang bersama Perencah Sup Adabi. Terasa kelainannya tapi sedap walaupun tak setanding dengan sup tulang airtangan Tok Wan.

Menu Iftar 5 Ramadhan 1441H
Nasi putih

Sup Tulang 
Sayur kobis + telur 
Cili kicap
Ayam percik by Man Black 
Murtabak by Al Hasib
Bubur Lambuk by Hj Man 
Roti John from Arif
Laksa from Kak Leha 
Fresh oren & teh O


Yang 'by' tu beli, yang 'from' tu jiran bagi. Alhamdulillah penuh meja. 

Ayam percik 

Tq jiran-jiran ❤️

Syukur sangat walaupun dalam PKP tapi rezeki terutamanya di bulan Ramadhan ni sentiasa melimpah. Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Di Jitra, depa berbuka dengan nasi Arab. Order dengan Akhmal Rizsl, ex-player team Hijau Kuning. Sedap juga katanya. 

Nasi Arab Lauk Ayam rm8

Orang Kubang Pasu bolehlah cuba :)

Monday 27 April 2020

4 Ramadhan dan Resepi Kuih Lapis Mudah


Alhamdulillah sejak Ramadhan hujan sentiasa turun membasahi bumi. Bila hujan, selain seronok 'tarik selimut', berkebun pun seronok juga. Tanam pokok senang hidup, dengan izin-Nya.

Ummi pun semalam bercucuk tanam juga. Kemain, bercucuk tanam padahal tanam 2 pokok serai je 😁 Ummi baru tahu cara lebih baik untuk tanam serai. Jadi, Ummi nak kongsikan di sini. Selama ni Ummi kalau nak tanam serai, Ummi rendam serai dalam air hingga tumbuh akar. Potong bahagian atas (daun/pucuk) dan sebahagian besar batangnya diambil untuk ditanam. Rupanya tak perlu buat begitu. Rugi batang serai tu kita tak guna.

Apa yang perlu kita buat hanyalah potong sikit sahaja bahagian bawah batang serai dan rendam dengan sedikit air. Kalau tak nak rendam dengan air pun boleh katanya. Jadi, bahagian selebihnya boleh kita gunakan untuk memasak tanpa perlu korbankan sebatang serai. Boleh rujuk SINI untuk lebih faham.

Ini yang Ummi dah buat...

1 Ramadhan Ummi rendam dalam air. 
2 Ramadhan dah mula keluar pucuk dalam 1/2 inci. 
3 Ramadhan pucuknya hampir 1 inci. 
4 Ramadhan Ummi transfer ke dalam pasu.

 Takjub Ummi dengan kebesaran Allah. Bila hari-hari Ummi tengok progress daun serai tu, Ummi jadi kagum. Dari zero, dalam masa 3-4 hari ianya berpucuk. Subhanallah!

Cerita pasal berkebun ni, semalam jiran Ummi bagi daun kari. 


Ummi memang dah plan nak masak Ayam Masak Kicap ala 3 Budak Gemok. Alhamdulillah dapat daun kari segar, makin 'kick-lah' lauk ayam Ummi tu. Untuk resepi Ayam Masak Kicap ala 3 Budak Gemok boleh rujuk SINI. . Resepi ni dah jadi keeper recipe untuk Ummi sebab anak-anak suka sangat menu ni. Penggunaan cili padi sebanyak 7 biji yang dicadangkan tu sesuai untuk anak-anak kecil. Taklah pedas sangat sebab nanti rasa manis kicap akan 'cover' rasa pedas cili.


Menu Iftar 4 Ramadhan 1441H

Nasi putih
Ayam Masak Kicap ala 3 Budak Gemok
Sayur Tumis Sawi Cameron
Ikan Pelaling Goreng 
Kuih Lapis 
Roti John - Jiran bagi
Buah Oren 
Air jagung & Teh O

Untuk perkongsian resepi, jom kita buat Kuih Lapis yang mudah tapi sedap ni.



Resepi Kuih Lapis Mudah 
Sumber : Majalah Pa&Ma.

Bahan-bahan
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula
1 cawan santan kotak kecil - Ummi guna santan segar
3 cawan air
Garam
Sedikit pewarna merah

Cara-cara
1. Kisar sebati semua bahan.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian; 1 bahagian diletakkan sedikit pewarna merah dan 1 bahagian lagi biarkan putih.
3. Panaskan kukusan. Oles acuan dengan sedikit minyak untuk mudahkan kuih dikeluarkan bila masak nanti. (Ummi basahkan acuan dengan air).
4. Tuang adunan putih dan kukus sekitar 7-10 minit. Pastikan adunan tersebut keras baru masukkan adunan pink pula. Kukus 7-10 minit lagi dan buat hingga adunan habis secara berselang-seli. 
6. Tunggu sejuk baru dipotong. Oles pisau dengan sedikit minyak untuk mudah potong kuih.

Tips;
1. Balut penutup periuk kukus dengan kain untuk elakkan air menitis keatas kuih. 

Ummi pakai table napkin pastu ikat dengan tali getah. Janji bahagian bawah penutup berbalut. 


2. Kalau boleh, pastikan adunan tersebut mencukupi untuk 6 layer. Bawah sekali putih, atas sekali pink. Baru cantik 😍


Sunday 26 April 2020

3 Ramadhan & Resepi Apam Balik


Semalam hujan lebat di tempat kami. Ummi tengah solat zohor, hujan mula turun. Mujur juga kain baju dah di kutip, kalau tak mesti solat tak kusyuk asyik teringat kain baju di ampaian. Dalam sejam gitu, hujan berhenti. Panas sekejap. Tapi, menjelang Asar sekali lagi hujan turun, mencurah-curah. Lebat sungguh. Berterusan hingga ke malam.

Usai berbuka, Walid buka phone. Rupanya ada jiran yang rumahnya banjir! Mereka di lorong belakang paling hampir dengan monsoon drain. Air melimpah dari longkang tersebut hingga memenuhi jalan dan masuk ke dalam rumah. Longkang tu patut dibersihkan sebab Ummi perasan banyak dahan dan ranting pokok yang berjuntai ke dalam longkang di samping daun-daun kering yang berkumpul di dalamnya. Sebab tu tersumbat :(

Itulah cerita 3 Ramadhan. Masuk bab iftar, inilah menunya;

Menu Iftar 3 Ramadhan 1441H 

Spaghetti with Butter Chicken
Nasi Beriani Syed Nabi
Murtabak Syed Nabi
Apam Balik
Kuih Seri Muka - Jiran bagi
Jus tembikai dan Teh Tarik

Spaghetti with Butter Chicken. Senang je. Masak butter chicken lepas tu rebus spaghetti. Masa nak makan, gaulkan bersama. Resepi Butter Chicken Ummi ambil dari blog Kak Azie Kitchen.


Kuih Seri Muka dari Ustazah. Sedap. 

Manakala resepi yang Ummi nak kongsi hari ni ialah Resepi Apam Balik (adunan tak perlu perap). Ummi buat separuh saja dari adunan sebenar. Guna senduk besar kalau nak apam balik kita besar macam di pasar malam. Kalau nak comel, guna senduk kecil. Ummi semalam mula tu senduk 1 1/2 adunan, tapi tebal apamnya. Untuk kali kedua dan seterusnya, Ummi ambil 1 senduk adunan sahaja. Dengan mengurangkan separuh dari sukatan asal, Ummi dapat 4 keping apam baik (1 besar/tebal + 3 sederhana). 


Apam Balik
Sumber: Majalah Pa&Ma

Bahan-bahan
4 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
2 biji telur gred B
1 sk soda bikarbonat
2 sk baking powder
2 cawan air
Sedikit pewarna kuning
(Semua sukatan ni Ummi kurangkan separuh ie tepung 2 cawan, telur 1 dsbnya.)

Bahan tabur
Jagung manis (tin)
Kacang tanah - sangai dan tumbuk/kisar halus
Gula
Chocolate rice - Ummi tambah
Marjerin untuk sapuan

Cara-cara
1. Dengan menggunakan mixer, pukul telur dan gula hingga gebu (warna putih).
2. Masukkan soda bikarbonat, pewarna kuning dan air. Pukul sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder. Pukul sebati. Hasilnya adunan tidak terlalu cair atau terlalu pekat; seperti adunan lempeng/roti jala. Kalau kental, tambah sedikit air. 
4. Panaskan kuali non-stick. Ummi lenserkan dengan sedikit butter. Guna api sederhana.
5. Ambil 1 1/2 senduk adunan dan tuang ke dalam pan yang telah dipanaskan tadi.
Bila berbuih/berbintik-bintik di permukaan adunan, tabur gula, jagung, kacang tanah dan chocolate rice. 


6. Bila nampak kering, lipat dua.
7. Sapu marjerin di permukaan apam tadi. Siap!

Awat tak nampak jagung pun apam balik Ummi ni? Ni hah sebabnya... 

Ummi nampak je perkataan jagung terus grabbed 😁

Resepi kata jagung dalam tin, Ummi pi beli krimer jagung 🙆‍♀️ Frust juga tapi sebab salah sendiri kita diam je lah. Kalau Walid yang beli maunya Ummi pot pet pot pet nyanyi lagu rap 😂😂😂

Saturday 25 April 2020

2 Ramadhan & Resepi Bubur Lambuk (Noxxa)


Kalau 1 Ramadhan Ummi keluar ber-shopping, 2 Ramadhan Ummi berkebun pula :) Kemaskan pokok-pokok di luar pagar. Sambil tu, alihkan anak-anak pokok ke dalam bekas baru.


Balik kampung bulan lepas, Ummi bawa balik anak pokok harum manis. Nak minta Tok Ayah atau Paksu tanam di dusun. Masa balik sini, Tok Ayah bagi pokok nenas dengan pokok bunga. Macam sistem barter pulak 😁 Tok Ayah memang rajin berkebun. Tangan sejuk pula tu, apa saja yang ditanam menjadi. Sama juga dengan Paksu.
Harapnya hidup suburlah pokok-pokok Ummi pun. 


Pokok belalai gajah ni pun
benihnya dari Tok Ayah 

Pokok kaduk benih dari kampung. Lama dah Tok bawa dan tanam di sini. Di kebun depan rumah dah merimba pokok ni.


Dah dapat baja buah ni, Ummi terus tabur di pokok betik belakang rumah. Dah banyak kali berputik tapi separuh jalan gugur. Tak sempat besar pun. Kalau dkira, dah lebih 10 biji pokok ni berputik. Ummi cuba letak baja buah sebab kata Makcik pokok betik dia dulu pun macam ni juga. Lepas letak baja, alhamdulillah lekat buah.



Ahli baru di kebun belakang rumah 😍
Dah berputik pun. Alhamdulillah.



Berbuka apa semalam? Menu iftar kami semalam;


Nasi Ayam Thai
Nasi Goreng (Leftover version) 
Bubur Lambuk
Puding Karamel
Tembikai
Kuih Tepung Pelita - Jiran bagi
Air Sirap &. Nescafe 

Simple je kan? Tahun ni memang niat nak bersederhana je. Dalam keadaan sekarang elok juga berjimat. Asalkan kenyang dan anak-anak pun happy alhamdulillah dah cukup baik bagi Ummi. Ada masa lebih, boleh perbanyakkan amalan. Insha Allah.


Resepi Bubur Lambuk (Noxxa)
Sumber: RASA.

Bahan-bahan
2 cawan beras - direndam 20 minit
Daging - direbus dan dihiris nipis
2 cawan stok daging - air rebusan daging tadi
6 cawan air
1 bungkus kecil serbuk sup - Ummi letak 3 s/m rempah kurma
250 ml santan
2 kiub pati lembu
Kentang - dipotong dadu
Carrot - dipotong dadu
Daun sup & bawang goreng untuk hiasan
Bahan kisar
3 biji bawang merah
8 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara-cara (Noxxa Style)
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar (SF mode) hingga wangi.
2. Masukkan rempah kurma beserta sedikit air. Tumis hingga masak.
3. Masukkan beras. Goreng sebentar. (Off button SF).
4. Masukkan 4 cawan air dan 2 cawan stok daging dan kiub daging. Tutup periuk. Tekan button HP 25x. Bila dah siap, matikan suis. 


5. Masukkan kentang, carrot, santan dan hirisan daging yang telah direbus. Jika daging belum direbus, masukkan sekali bersama beras (step #4). HP 5 minit lagi.
6. Bila dah siap, perisakan dengan garam. Kalau bubur pekat, tambahkan air panas. Sesuaikan rasa.
7. Hidangkan bersama daun sup dan bawang goreng.



Friday 24 April 2020

1 Ramadhan & Resepi Lemon Chicken


1 Ramadhan 1441H Kakak mula baca Al Quran alhamdulillah. Quran tu hadiah istimewa dari Ibu Fatimah.

Ummi pula setelah lebih sebulan berkurung, semalam Ummi memberanikan diri keluar membeli barang keperluan rumah. Pertama kali ke pasaraya semasa PKP. Biasanya Walid hanya beli di kedai runcit dan kedai serbaneka di kejiranan kami sahaja.

Ummi sampai di TMG sekitar jam 8.15. Ramai dah yang beratur. Ummi orang ke-15. Beratur dalam 15 minit baru dapat masuk. Kena ambil suhu dan sanitize tangan dulu. Ada guard yang bertugas.


Alhamdulillah Ummi berjaya shopping dengan jayanya 😂. Kebanyakan barang tu ada termasuk ikan - ikan segar. Ikan siakap 9.00/pcs. Di kedai runcit dekat rumah ni ikut kilo. Cuma Ummi tak minta sianglah, ramai orang. Ingat, avoid 3Cs yang Datuk DG Hisham pesan? Crowded space, confined space and close conversation.

Cuma, sayur terutamanya cili takde stok. Sejak Pasar Selayang ditutup ni, terjejas sikit bekalan sayuran dan ikan segar di tempat Ummi sebab peniaga kedai runcit ambil supply dari sana. Di TMG, katanya ikan dibawa segar dari Kuala Selangor.
Itulah cerita hari pertama puasa semalam.

Berkenaan menu iftar, ini hidangan berbuka kami semalam. Nasi masak masa sahur ada banyak lagi, jadi Ummi goreng je. Rendang Daging pun sama, panaskan je.


Nasi Goreng Telur Masin
Rendang Daging 
Chicken Lemon Chinese Style 

Telur Mata Kicap Murtabak Kulit Popia 
Oren Sunkist 
Air Soda Herbs 
Teh Tarik 
Bihun Goreng - jiran bagi



Resepi Lemon Chicken Chinese Style
Sumber: Dari Dapur Aida 

Bahan-bahan
1 keping dada ayam - beberapa ketul ayam (bahagian isi)
1 sudu kicap cair - 3 s/m kicap manis
Garam
Lada sulah
1 biji telur
3 sudu tepung jagung - 5 s/m tepung jagung
Gaulkan semua bahan ni hingga sebati dan goreng. Ketepikan.

Bahan Sos
1 sudu minyak
1 cawan stok ayam - 1/2 kiub ayam dibancuh bersama 1 cawan air
1/4 cawan jus lemon - jus dari 1/2 biji lemon
2 sudu gula - 3 s/m gula
2 keping lemon
Bancuhan tepung (tepung jagung + air)

Bahan Hiasan
Daun bawang - hiris
Bijan - sangai
# kedua-dua bahan takde, Ummi tak letak.

Cara-cara
1. Panaskan minyak, masukkan stok ayam, jus lemon, gula dan hirisan lemon.
2.Bila dah sebati, rasa dulu sos ni. 
(Puasa, jangan rasa pula Agak-agaklah ye) 
 Kalau dah cukup rasa keluarkan lemon 
3. Masukkan bancuhan tepung tadi sikit-sikit hingga dapat kepekatan yang diingini.
Biarkan kuah memekat. 
4. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati hingga semua ayam bersalut dengan sos.
5. Angkat dan taburkan hirisan daun bawang dan bijan yang telah disangai.


Kurma sponsored; 


Ini pula special request from Kakak. 
Telur mata 

Dia terliur tengok Adik makan time lunch. Dia nak berbuka dengan telur kata juga 😁 Ummi raikan permintaan dia sebab tahun ni dia mula belajar puasa penuh. Kakak boleh! 

Ahkan Ya Ramadhan (1441H)


Credit source. 

Selamat berpuasa buat semua. Walaupun tahun ni kita menyambut kehadiran Ramadhan dalam PKP tapi raikanlah kedatangannya dengan penuh syukur. Syukur kerana kita diberi umur untuk menghirup udara bulan mulia ini. Terlalu banyak keberkatan, kemuliaan dan pahala yang boleh kita raih dalam bulan mulia ini.

Kedatangan Ramadhan 2020 ni disambut dengan hujan lebat di tempat Ummi. Alhamdulillah moga rahmat-Nya juga mencurah-curah untuk kita semua di dalam bulan mulia ni. 

Sahur pagi tadi, rendang daging.


Ramai rupanya yang bersahur dengan rendang pagi tadi ye :) 

Wednesday 22 April 2020

Serangan bertubi-tubi 😅


Ingatkan bila UPSR dibatalkan ni, bolehlah slow down sikit belajar. Rupanya cikgu-cikgu makin agresif bagi homework. Bak kata Cg F, cikgu kelas Abang semalam, "cikgu-cikgu sudah memulakan serangan bertubi-tubi". Haha... 

PSRA pun dibatalkan. 

Bukan setakat Abang, Angah dengan Kakak pun sama. Cikgu-cikgu yang selama ni senyap je, mula muncul di group wasap kelas 🤭 Macam-macam assignment yang cikgu-cikgu bagi. Ada yang kena jawab kuiz online, ada yang buat latihan di buku tulis, ada yang kena ikut online class, ada yang minta anak murid buat video, dan pelbagai lagi medium. Bila nak submit assignment nanti, phone Ummilah juga :) 






Ummi OK ja. Lagi pun anak-anak rasa connected dengan guru-guru dan kawan-kawan. Depa pun bukan main bersemangat kalau cikgu bagi homework. Berdesup ambik pencil dengan buku. Masalahnya semua info tu masuk phone Ummi. Kecuali untuk GC (Google Classroom) pergi ke email Walid. Jadinya my phone was bombarded with messages/info related to kids school. Since di rumah ni no printer, certain latihan tu kena salin dari phone. Bagi kat Angah phone ni semalam, dari pukul 10 sampai 11 dia dok salin soalan tak siap-siap 😇😇😇 Dalam phone tu jugalah segala macam resepi Umminya simpan haha... Nak juga tengok phone tu time-time nak masak. Lastly, Ummi decided untuk tolong salin. Bukan setakat salin soalan, lukis pun boleh. Serba boleh lah Ummi time PKP ni hihi...

Not bad kan? 

Pastu bila dah siap tugasan, kena update pula markah anak. Hat ni lagi tension 😂. Bukan pasal score, tapi bila nampak ramai dah siap, anak kita belum mulalah gelabah :D Padahal deadline 2-3 hari lagi. Nampaknya bukan anak-anak je bersemangat, ibu ayah pun 2x5 :D


Tapi, itulah. Ini dari kasut Ummi,  ada 3 orang anak bersekolah. Bayangkan cikgu-cikgu yang satu kelas tu 30 orang anak murid, boleh 'pecah' phone cikgu-cikgu kan? Sebab tu penting untuk kita berlapang dada. Kalau cikgu bagi homework, buatlah. Kalau takde, bersabarlah. Ummi tulis post ni pun bukan bermaksud nak komplen, sekadar nak coretkan kenangan PKP ni. 


Stay safe everyone!