Tuesday 26 March 2019

Zaini Salai House, Kuala Pilah



Kedai ni dah famous sangat. Tak perlu nak diperkenalkan pun. Kalau Google tempat makan best di Kuala Pilah, confirm kedai ni on top of the list. Teringin lah juga nak try... 
Walaupun perut tak berapa lapar, tapi bila nampak kedai ni sanggup buat u-turn hihi... Kalau menghala ke Pilah tu, kedainya sebelah kanan. Tak jauh dari air terjun Ulu Bendul.

Time kami sampai tu dah ramai orang. Terus Ummi chop meja. Parking lot banyak belakang kedai, takde masalah. Ada signage self-service jadinya Ummi pun bangun lah pi order Ais Kepal Milo untuk Angah dengan Kakak. Tup-tup adik waiter tu cakap "akak duduk dulu ye, nanti kami ambik order" Pulak!

Agaknya makanan je kot yang self-service. Minuman tak. Jomlah tengok apa yang ada...

Harga setiap makanan dah dipamerkan.
Pilih je mana yang berkenan. 



Ada satu menu yang Ummi teringin sangat nak tengok rupanya. Jangek namanya. Dalam gambar ni sebelah udang galah tu. Katanya jangek ni kulit lembu. Ummi dah senduk, tapi letak balik hihi... Nampak perut masak lemak tu dok lambai-lambai kat Ummi haha... 


Ummi kalau makan lauk kampung suka makan simple gini je. Nak betul betul menikmati sesuatu masakan instead of pelbagai jenis. Walid pulak suka ambik itu sikit ini sikit, rasa semua kalau boleh.  Abang takyah cakap; ketam masak lemak favourite dia, tambah ayam goreng lagi, sosej pun dia rembat hihi... 

Mula suap tu Ummi rasa biasa je masak lomak cili api perut dengan rebung tu. Makin lama makin sodap rasanya. Dia punya podaih takyah cakap, sampai nak keluaq ayaq mata ceq. Tapi kenalah control macho haha... 


Angah dengan Kakak masih kenyang makan bihun, depa nak dessert je. 

Ada juga itik salai yang dijual di sini. 




Alhamdulillah puas hati, makanan memang sodap belaka. Tempat luas dan selesa, service pun cekap. Bab harga tu takleh nak komen sebab serba serbi mahal sekarang ni :( lagipun makanan sedap jadi takyah nak komplen 😆😆😆

Zaini Salai House 
Tel: 013 4288 491

12 comments:

  1. kak.. kitorang klau daging salai memg menu favorite. abh selalu beli daging pastu salai.. kang bila2 nak masak tinggal amik je. mmg sedap daging salai lemak kuning

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, daging salai memang sinonim dgn Nogori kan. Sedap!

      Delete
  2. sedapnya masak lemak kan.
    lebih-lebih lagi letak yang salai-salai ni :)

    ReplyDelete
  3. Jarang pi hala Pilah.... makanya mmg lambat lagilah sampainya hahhaha. Sedapnya PH. Dah banyak kali telan air liur ni tau... Rugilah datang situ cuma dapat rasa 2 lauk je... Ulam tu pulak banyak je kat KL hahahhaa...nak dtg lagi tak tau bila tau! Kalau mak sure sama naik dengan your hubby ambik lauknya hihi.... Lupakan sekejap pasal darah tinggi

    ReplyDelete
  4. Tengok makanan kampung ni memang menyelerakan! =)

    ReplyDelete
  5. menggoda betul itik salai tu punya posing...hahahhaha

    ReplyDelete
  6. Dia kalau dr Kuala Pilah , kedai ni lepas or sebelum Ulu Bendul ?

    ReplyDelete
  7. memang sedap2 makanan sini dan pedas berbaloi2
    sudi2 view dan share video ini

    https://www.youtube.com/watch?v=FQPRiCBdC1Q

    https://chedin2020.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. MasyaAllah.. Teringat arwah nenek masak macam ni.. Tak sangka masih ada lauk kampung ori N9. Bukan sedap dah ni.. Boleh nangis teringat arwah dgn suasana kampung makan sini tepi bendang sawah padi tengok pulak bukit depan kedai Zaini Salai House ni memang teringat nostalgia betul. Makanan tak yah cakap lah.. Betul betul kampung.

    ReplyDelete
  9. Mmg sodap,2 kali dh mkn sini,walaupun saya duduk di kerteh Terengganu

    ReplyDelete
  10. kedai seberang dari zaini salai tu la kedai Sarapan Di Sawah yang SA selalu pergi PH..SA jarang makan kat Zaini Salai ni, sesekali boleh sebab mahal kat sini..hehehe...next time PH cuba plak jangek..sodapppp

    ReplyDelete