Wednesday 30 June 2021

#kitasapot ~ Edisi Jun

Dalam keadaan sekarang ni, bila ada kawan-kawan atau kenalan berusaha menambah pendapatan, #kitasapot lah setakat termampu.

Beli frozen food dari Baek Enterprise. Baru-baru ni kedai Uncle Apai ni yang terletak berhampiran Dewan Raja Sehari di Batu Muda terpaksa ditutup kerana PKPD. Terhenti jugalah operasi kedai +-2 minggu. Dekat-dekat nak raya kalau tak silap masa tu. Dugaan betul kan? 

Beli sekali Martabak Make' Doh Ko keluaran syarikat Abe. 

2x dah repeat order roti gebu dan pau Nur Iman ni. Kami sekeluarga suka sangat dengan roti gebu ni. Sedap, lembut, manis... 

Ummi panaskan sedikit marjerin atas pan, kemudian goreng roti gebu sekejap. Selain cicah dengan kuah durian, roti gebu ni boleh dicicah dengan pelbagai kuah.

Keropok lekor nipis dan keropok lekor hujung beli dengan CikSu.

Credit: En Syafik. 

Menggoda betul tengok gambar ni kan? Ummi belilah 2 bekas. Memang sedap. 

Credit: Mila

Rendang ayam ni Mama Qaseh yang jual. Sedap dan banyak juga ayamnya dengan harga sepuluh ringgit ni. Selain tu, ada juga ketupat palas yang dijualnya. Raya Haji ni kalau malas nak 'merendang' boleh order lagi. 

Peniaga ni datang rumah ke rumah. Ummi beli cucur badak frozen ni. Kata CikAs, sardin roll dia sedap. Next time انشاء الله 

Tart nenas ni PakSu SA jual. Sedap saaaangat... 

U: Berapa tu (Harga) B?
W: 37...
U: Ish, mahalnya!
W: Dia hantaq pakai Lalamove... 
U: ooo...
W: tadi nak transfer duit. Paksu kata tak payah. Hang rasa dulu, sedap baru beli 
😁
Terus rasa murah ja :p 

Ikutkan hati nak beli lagi macam-macam. Tapi, itulah kena kawal nafsu dan tanya poket juga 🤭 Asyik membeli pun, lari juga bajet huhu... 

Apapun, Allah dah janji rezeki bagi setiap makhluk-Nya. Dalam pada menyokong perniagaan kawan-kawan, terselit rezeki untuk kami :)

Tq Cik As

Tq Cik Leha

Tq Abg Azim

Tq Cik Ana
Sayang nak makan pulut ni, comel sangat. 

الحمد لله على نعمة 💚



Tuesday 29 June 2021

Resepi ~ Bingka Roti Pandan

Resepi Bingka Roti Pandan ni Ummi buat bersama Angah untuk tugasan Gerko. Bersempena Hari Bapa, murid diminta membantu ayah membasuh kereta ataupun menyediakan hidangan minum petang. Angah pilih sediakan minum petang. Abang pun pernah buat tugasan minum petang tahun lepas.


Pemilik resepi menggunakan pemanggang ajaib tapi Ummi steamed dengan Noxxa PC. Cara penyediaannya pun Ummi olah sedikit supaya senang Angah nak buat. Ummi kisar semua bahan kecuali roti kemudian tapis adunan ke atas roti yang telah dipanggang dan dicarik-carikkan. Panggang roti tu nak bagi nampak brownish dan berkerak sikit. 


Bahan-bahan sedia ada di dapur je... 


Resepi: BINGKA ROTI PANDAN

Sumber: https://www.rasa.my/resipi-bingka-roti-sedap-masak-guna-pemanggang-ajaib/

Bahan-bahan

5 keping roti – panggang hingga keperangan sebentar

2 biji telur

1 cawan tepung gandum

½ cawan gula

2 s/b susu pekat manis – Ummi tambah

400 ml santan & air (200ml santan kotak + 200ml air)

100 ml susu cair/susu segar

1 s/k esen vanilla

1 s/k esen pandan

 Cara-cara

1. Carik-carikkan roti yang telah dipanggang. Ketepikan

2. Kisar bahan-bahan lain hingga halus

3. Tapis dan tuang ke atas roti tadi


4. Biarkan 15-20 minit hingga roti kembang


5Oleskan minyak pada inner pot Noxxa

6. Tuang adunan ke dalam inner pot. Tutup periuk Noxxa.


7. Steam mode: 26x. Bila beep, biarkan 10-15 minit hingga wap habis keluar. #Next time Ummi nak steam 30x supaya Bingka lebih keras. 

8. Angkat inner pot dan sejukkan sebelum bengkang dikeluarkan.

9. Potong sebelum hidang. 

Sedap airtangan Angah ☺️

Kalau tugasannya Ummi tahu dan boleh bantu, cepatlah siapnya. Kalau yang Ummi tak reti, alamatnya tak submit pada cikgulah. Sekali tu cikgu suruh buat e-card sempena Aidilfitri. Memang tak siaplah jawabnya hehe... Lepas tu, ada juga tugasan bab ikatan.. Ummi mana tau... Abang pun di asrama masa tu. Buat-buat lupa je lah tugasan tu 😅

Ini pula hadiah Hari Bapa untuk Walid tahun ni :D 


Sunday 27 June 2021

Durian Kampung Kahwin 🤔

Ada dua jenis durian yang Ummi biasa makan di waktu kecil iaitu durian kampung dan durian kahwin.

Pokok durian kampung ada kira-kira 10 batang di dalam dusun Tok Wan. Walaupun tak banyak tapi lebih dari cukup untuk makan sekeluarga dan jiran-jiran. Siap boleh jual lagi. Manakala durian kahwin pula sesekali dapat merasa bila Tok Malik, besan Tok Wan kirimkan untuk kami. Beliau juga punya dusun durian yang luas di kampungnya. 

Tapi, semalam Ummi & Walid jumpa peniaga yang jual durian kampung kahwin.  First time ni Ummi jumpa. Tapi, itulah lupa pulak nak dapatkan lebih info sebab asyik memilih durian. 

Yang kuning ulas besar ni macam durian kahwin. Yang kecik sikit ulasnya tu macam durian kampung. Ke dia maksudkan durian kampung dan durian kahwin? Senang nak sebut, sekalikan je... durian kampung kahwin :D Entahlah Labu :p 

3 biji RM50.  Harga kayangan bagi golongan marhaen macam Ummi ni. Tapi, sebab anak-anak request nak makan durian, tak sampai hati pulak nak tolak. Sementelah Ummi pun hantu durian 😁 Alhamdulillah isi semua elok. 

 Durian ni dari Jelebu, Nismilan. Teringat pergi Pilah hari tu... Banyak juga pokok-pokok durian di tepi-tepi jalan. Kalau musim durian mesti lagi meriah area ni.. Dekat area tempat tinggal Ummi ni durian kampung sekilo RM18. Di kampung Ummi harganya RM8-12. Untung depa, dapat makan durian murah dan fresh. 

Dapat makan mentah, makan dengan pulut dan kuah durian. 3-in-1 kira berbaloilah.. Alhamdulillah, satisfied our durian craving, at least for now haha :D  







Friday 25 June 2021

Bagi Telekung, Dapat Kaftan 💖




Cantik tak kaftan ni :p

Sebenarnya dua tiga minggu lepas rasanya Ummi kirimkan telekung kain cotton seorang sepasang untuk Beloved Biras; Maklong & Maksu. 

Nur Iman Marketing (NIM) ada buat promosi jadi Ummi grabbed untuk kami bertiga sorang satu. 

Credit: Nur Iman Marketing

Dusty pink
(Maklong), Succi White (Ummi) dan Sweet Purple (Maksu). Bila tengok gambar Maklong share, lagi cantik sebenarnya. Alhamdulillah depa suka. 

Urusan postage pihak NIM uruskan.  Alhamdulillah rezeki Ummi juga, Cik Azie, taukenya belanja postage cost. Ummi memang selalu berurusan dengan Cik Azie ni. Baik, ramah dan jujur orangnya. Macam-macam dah barang Ummi beli dengan dia; tudung, periuk Dessini, durian pun pernah haha... 

Ini telekung kanak-kanak; beli untuk Kakak and her besties sebelum raya hari tu. Sepasang RM11 je, harga borong. Sebab tu Ummi suka beli dengan NIM, selalu offer harga borong. 

Hari ni pula Ummi dapat kiriman balas dari Maksu. I is terharu 🤗 Tak expect pun apa-apa tapi of course super happy bila dapat hadiahkan... Alhamdulillah 💚

Direct dari Kelate kaftan ni. Tq dear 🌹

Bila berjauhan dan dah lama tak bersua muka ni, dapat barang sebegini rasa happy tak sangga kata orang Kedah. Jadilah buat pengikat kasih dan pengubat rindu. 

الحمد لله على كل نعمة 💚


Thursday 24 June 2021

Rezeki Pokok 🌱🌱🌱

Sementara anak-anak sibuk dengan PdPR, Ummi berkebun di luar rumah pagi tadi. Me-time 😉 

Re-potting pokok paku ni...

Bila Google, naik seram pula. Sebab namanya pokok paku langsuir! Mengintai di Lazada, ada harga rupanya pokok paku ni. 

Ummi dapat free je. Kontraktor rumah buat kerja perpaipan atas bumbung, tolong bersihkan sekali bumbung porch. Jumpa anak pokok paku ni. Entah macamana anak pokok paku langsuir ni tumbuh atas bumbung rumah tak tahulah. Ummi ambik tanam dalam pasu. Hidup elok dia...

Tengah kusyuk berkebun, jiran hulurkan sepasu pokok ros 😍 Besar hati Ummi terima pemberiannya. First time ni nak bela pokok ros. Harapnya subur dan berbungalah nanti. 

Sejak kebelakangan ni episod berkongsi rezeki kami dah next level 😆 Bukan setakat berkongsi makanan, now berkongsi pokok pulak :)

Bawah ni anak-anak pokok Kak Farah bagi...

Anak betik. Ummi dah transfer ke tanah. 

Anak durian Belanda. Belum transfer lagi. 

Anak cili. Kata Kak Farah dia nak buat chili garden kat depan rumah. Entah apa perkembangannya sebab since PKP 3.0 masing-masing berkurung :( 

Dua tiga hari lepas Kak Ana offer pokok sirih puteri. Esok-esoklah ambil sebab dah ada pasu kosong. 

Ini pula time jiran-jiran buat tut dekat jambu batu kampung Ummi, bulan 4 hari tu  Tak sangka, pokok jambu ni jadi asbab menambah kenalan dan medium bersilaturrahim dengan jiran-jiran. Ramai peminat buah jambu Ummi ni. Seronok dapat kongsi buahnya dengan jiran-jiran. Sekarang pun tengah lebat berputik. Ada juga yang minta pucuk jambu ni untuk buat ubat sakit perut. 

Akar dah banyak tapi belum transfer ke pasu lagi. Depa kata nak buat bonsai,  tanam dalam pasu Ummi dengan Kak Minah senyum je. Sebab kami anak kampung, tak pernah tengok pokok jambu batu kampung ni ditanam dalam pasu :D Tapi, excited juga nak tengok hasilnya. 

Petang tadi pula Mak Bee minta pokok keladi bintik-bintik belakang rumah Ummi tu. 
.
Benih Ummi ambil di tepi jalan di kampung Ummi lama dah... Sengaja Ummi biar merimba di belakang tu sebab takde pasu cantik. Lagipun katanya pokok keladi ni bahaya kalau kanak-kanak termakan daunnya. Sepanjang Ummi membesar di kampung, tak pernah pula ada kes pasal pokok keladi ni. Tapi itulah, bila jadi mak ni terlebih risau pulak! 

Happy gardening! 

Wednesday 23 June 2021

Umbut Kelapa

Hujung minggu baru ni, pekerja bandaran trimmed pokok-pokok di sekitar perumahan kami ni. Adalah jiran-jiran ambil kesempatan upah mereka tebang/trim pokok masing-masing. Salah seorangnya Kak A. Nampaklah pekerja-pekerja tu tebang pokok kelapa. Ingat habis di situ je ceritanya... 
3-4 hari lepas Kak Leha tanya Ummi makan tak umbut kelapa. Of course-lah...  Kak A bagi umbut kelapa katanya. Nanti dia share dengan Ummi. Tunggu punya tunggu, petang tadi barulah dapat haha... Ingatkan Kak Leha dah lupa :D 


Ya Allah sedapnya kerabu umbut nyioq ni! 
Sebelum ni Ummi pernah makan umbut kelapa masak lemak putih. Itupun dah berbelas tahun rasanya. Masa wedding Misah di Tg Karang dulu. Masa kecik dulu, pernah juga nampak orang kampung tebang pokok kelapa kemudian belah batangnya untuk ambil umbut. 

Ini pula asam rebus keladi. Makanan special juga di sebelah Utara. 

Dalam tu ada ubi keladi sekali. Marvelous!

Ummi ni tak berapa pandai masak menu sebegini, berbeza dengan Kak Leha. Alhamdulillah rezeki berjiran dengan orang sekampung, terubat juga rindu dengan juadah sebegini. 

الحمد لله على كل نعمة 💚

Tuesday 22 June 2021

Pasang Unifi

Kebetulan, hari ni Kak Ana Jingga ada share cara-cara nak detect orang curi WiFi Unifi kita jadi Ummi pun nak share jugalah pengalaman kami pasang Unifi di rumah. Memandangkan peningkatan penggunaan data Internet di rumah kami terutamanya selepas MCO 3.0 diwartakan, maka Walid ambil inisiatif untuk pasang Unifi. 

Ummi ingatkan straight forward je apply Unifi ni. Maksudnya kita apply depa mai pasanglah kan. Rupanya kena tengok ada port kosong ke tidak di sesuatu kawasan. Port tu  dalam bahasa mudahnya 'lubang' untuk cucuk kabel fiber optic ke rumah bagi mendapatkan sambungan Internet. Port ni ada pada Distribution Point (kotak warna hitam) di tiang telefon, kalau perasanlah... Setiap DP tu ada 8 port. 

Macam kami, +- 3 minggu jugalah the whole process ni. 17/5 Walid regi secara online di Chat Box Unifi untuk pasang Unifi. Mulanya kami dimaklumkan takde vacant port di kawasan kami ni. Jadi, kami diminta untuk walk in ke mana-mana TM Point buat request untuk tambah port. Makanya pada 4/6 Walid ke TM Point Batu Caves untuk request port. Rupanya boleh je buat secara online 😬 

Yang best-nya Ahad 6/6 terus dapat mesej maklumkan esoknya 7/6 depa nak mai install Unifi. Terkejut kami. Satunya sebab 7/6 tu cuti umum sempena birthday YDP Agong. Lagi satu sebab selama ni kami dimaklumkan takde port kosong tup-tup ada pula :D Katanya ada orang cancel langganan... Tiber je 😉 Takpelah, rezeki kamilah sebenarnya tu...

Kerja pemasangan...

Sedih tengok dinding kena tebuk :( 

Cost incurred: RM80 untuk fiber optics cable. Kemudian, dapat email requesting advanced payment amounting to RM100. Pakej kami ambil 100Mbps/RM129 sebulan (unlimited data). 

Alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan lancar walaupun masa awal-awal hari tu lag juga terutama bila anak-anak ada kelas online serentak. Sekarang dah OK alhamdulillah.