Tuesday 31 May 2022

28 Syawal ~ Open House MTM Mart & Uncle Akmal


Berkongsi rezeki, kata Abe sambil menjemput Walid ke rumah terbuka MTM Mart miliknya. Sebenarnya setiap pagi Ahad pun MTM Mart belanja sarapan di kedainya; sekitar jam 8.00 -10.30 pagi. Yang berdekatan, bolehlah datang. 

Pihak MTM Mart bekerjasama dengan para pembekal menjayakan majlis ni. Takde rezeki nak jumpa Cik Ani sekeluarga sebab depa sampai awal. Kami pula tunggu Angah habis tuition baru ke sini. 

Suasana sekitar majlis...

 Uncle Abe bagi Jus Munira sorang satu pek. 

Nasi Putih Kari Daging ada, spaghetti ada...

Laksa pun ada... 

Makanan Korea ni jangan tanya Ummi apa namanya... Memang tak tau 🤭 

Dari Taman Samudera, kami ke Shah Alam pula...

Kenyang lagi... Tapi jamah juga soto dan kuih-muih... Antara yang special, sebab pertama kali Ummi makan ialah rempeyek kuaci. Pernah makan? Kacang tu diganti dengan biji kuaci. Sedaplah Ummi mengunyah :) 

Sedap dan pelbagai makanannya tapi itulah perut dah penuh. Apapun terima kasih daun keladi Uncle Akmal :p

Dah hujung Syawal pun anak3 ni dapat juga duit raya dari Mak Uncle Akmal. 

Alhamdulillah, kali ni memang raya sakan :D 


Monday 30 May 2022

Raya 6

Semalam bawa lemang sebatang dan rendang sebekas untuk Abang. Dia Raya 6 semalam. 

Ikutkan boleh outing tapi dia tak nak outing. Nak teman kawan-kawan yang parents depa tak datang. Takpelah, Jumaat ni dah boleh balik. 

Angah pun Raya 6 semalam juga. Lepas tuition bawa dia ke open house. 

Dia makan ni je..  😁

Ni pula masa Ummi habis puasa 6 hari tu. Teringin nak breakfast di luar. Makan sorang-sorang je... Walid kerja, anak3 sekolah... 

Walid pula Raya 6 dengan menghadiri open house syarikat di HQ, seminggu selepas jamuan raya office di Shah Alam. Kena pakai baju Melayu lengkap, jadi ambil baju Melayu warna mint green ((baju raya 2018) dalam almari sebab baju dan seluarnya dah bergosok. Senang kerja :)

Tahun ni puasa 6 tak seragam, itu yang raya pun asing-asing :D Apapun, syukur berjaya juga menyempurnakan puasa enam ni. 

Sunday 29 May 2022

27 Syawal ~ Open House Cik Aida

Cik Aida dah pindah 😔

Kenangan dari Cik Aida. 
Cat play house ni Cik Aida bagi untuk Tya dan anak3-nya. Play house ni kepunyaan Simba dan anak2-nya; Shiro & Ichigo (kucing3 Cik Aida) Depa bertiga dah dewasa, dah taknak main dah :) 

Cik Aida pindah dekat je sebenarnya, dalam perumahan yang sama juga ☺️ Tapi, tak dapatlah hari-hari nak bertegur sapa macam selalu :( 

Semalam kami dijemput ke rumah barunya. Cik Aida buat open house... Sebelum melawat Abang, singgah sat di kedai kek viral tu beli kek sebagai buah tangan.

Ada nasi tomato, bihun sup, bubur pulut hitam ... Paling sedap, ketupat palas Kelantan versi manis yang ada inti serunding dalamnya tu. Enak sungguh. Rugi pulak makan sebiji je :p Sebabnya tak boleh berlama-lama, nak kena ambik Angah di tuition. 

Buah tangan dari puan rumah :) 
Kuih cakar ayam Ummi kenal, lagi satu tak tahu namanya. Rasa-rasa pernah jumpa kuih ni dulu-dulu... 

Terima kasih daun keladi ye Cik Aida 😘

Macam Ustazah juga, Cik Aida ni pun baik sangat orangnya. Moga ukhuwah kami berpanjangan aamin. 


Saturday 28 May 2022

KAMIL Peringkat Sekolah 2022


Anakanda seorang ni suka buat kejutan untuk Ummi. Sebab dia jenis reserved, kadang tu macam sukar diramal. 

Minggu lepas dia bagitau nak masuk acara nasyid solo dalam pertandingan KAMIL Peringkat Sekolah. Biar betul Angah ni :D Jarang sekali dengar dia menyanyi di rumah. Yang selalu buat performance of course Kakak & Adik :)

Hari Rabu dia jumpa cikgu minta lagu, ada miscommunication pula. Rupanya Cikgu AZ lupa nak masukkan nama Angah. Memandangkan acara Syarahan B.Arab belum ada peserta Rumah Biru, cikgu cadangkan namanya sebagai peserta. Mujurlah syarahan tak perlu hafal, baca je teks yang cikgu bagi. Abang dulu Ustazah Mashitah handpicked untuk acara ni juga, sebagai wakil sekolah. Tapi, sebab PKP KAMIL tahun tu dibatalkan. Kena hafal teks syarahan tu. 

Jadual pertandingan... 

Ummi doakan kejayaan Angah 💪

Dan kelmarin, dia bawa balik sijil 😍

Alhamdulillah, dapat tempat ketiga. Dapatlah menyumbang markah untuk rumah sukannya. Lawan ikut darjah; setiap darjah 4 orang peserta lelaki dan 4 peserta perempuan (mewakili rumah sukan masing-masing tapi ada acara seperti azan utk peserta lelaki shj). Tempat pertama Isaac (rumah kuning), no 2 Zahin (rumah hijau) dan keempat Khalid (rumah merah). Depa ni semua kawan-kawan Angah juga.  Setiap penyertaan ni dapat mata untuk rumah sukan masing-masing. Bagus untuk kumpul markah PAJSK juga. 

Proud of you Angah 👍




Friday 27 May 2022

Mudahnya Tukar Kad Debit (Kad ATM)

Alahai, senangnya nak tukar kad debit atau dulunya dipanggil kad ATM :) Tak sampai 5 minit pun prosesnya. 

Mula tu cuak juga sebab ramai orang beratur di pintu bank. Rupanya depa nak berurusan di kaunter. Untuk penukaran kad debit di mesin, ada ruang khas. Memang Ummi terus masuk je ...

Cari mesin tukar kad debit ni... Rupa dia lain sikit dari ATM machine. 

Standby IC dan debit card yang lama siap-siap. Pilih bahasa then keluarlah instructions-nya. Ikut langkah yang diberi satu persatu... 


Satu ni je design yang ada di kiosk ni. Kiosk lain tak tau... 

Pengesahan cap ibu jari diperlukan ye... 

Tunggu sat...dia tengah proses...

Ikutlah nak resit ke tidak ye ... Tapi soalan ni kena jawab, kalau tak kad baru tak keluar :D Kena ikut process flow dia... 

Credit source. 

Alhamdulillah dapat kad baru 🤩

Cuma, kiosk ni tak ada di semua branch. Boleh rujuk gambar atas untuk pastikan cawangan mana yang sediakan kemudahan ni. Alternatively, boleh buat secara (online). 






Thursday 26 May 2022

Kedai Kek Batu Caves

Bila Google kedai kek Batu Caves, terus keluar nama kedai ni "Kedai Kek Batu Caves" on the top of the list. Pandai owner letak nama kedai :) 

Apa yang best di sini? 

Ummi cari kek viral 20 ringgit ni hah ... Untuk Adik makan dengan kawan-kawan di Pasti  birthday dia tempohari. 

Macam-macam perisa dan pilihan yang ada...

Ummi ambil blueberry satu, strawberry satu...

Kalau nak kek premium pun ada...

Selain tu ada choc bouquet, decorative items untuk birthday dsbnya. Kiranya boleh cari di sinilah kalau nak sambut birthday tu :) 

Sementara Ummi shopping kek, Walid bawa anak2 ke playground bersebelahan Surau Al Ikhwan Taman Samudera tu. Cantik depa ubahsuai tanah lapang bersebelahan surau ni, dijadikan tempat riadah yang agak proper dan lengkap. Ada jogging track, alat bersenam selain playground. 

Alamat dan no tel kedai kek ni kat atas tu ye ☝️ 
Belakang MTM je sebenarnya :)


Tuesday 24 May 2022

Sarapan di Ramly Bistro

Ahad lepas...

Jom, roti canai.. ajak Walid :D 

Since kami ada di area Batu Muda, beli barang dapur di Ramly Halal Mart, terus decided to go to Ramly Bistro.  Agaknya sebab 'admire' dengan Ramly ni, Allah temukan kami dengan Dato' Ramly, owner Ramly Burger tanpa disangka. 

Masa tu Ummi dekat kaunter bayaran, nampak seorang 'pakcik' ni dok sembang-sembang dengan sorang  staff ni ... Ingatkan customer dok sembang pasal harga ayam 🤭

Bila Ummi ke kereta, Dato' pun ikut kereta beliau. Terlintas dalam hati, "gaya macam Dato'Ramly" ni... Terus Google gambar, memang sah Dato 'Ramly! Humble sungguh orangnya. 

Ini pula menu sarapan kami di Ramly Bistro...

Kakak teringin roti tisu...

Snack box untuk Adik. Dia nak keropok lekor :) 

Ummi depa tekak Melayu, tetap nak nasi ☺️

Set Nasi Serai & Sambal Sotong. 

Walid makan roti canai kari kambing...ish, kenyang ka? :P 

Sedap dan selesa makan di sini. Service tiptop 👍 Nanti nak cuba lunch buffet sebab sekarang weekend pun ada lunch buffet.
انشاء الله 



Kuih Tiram

Ada orang bagi ke, beli sendiri ke tak ingat dah 😅 Bulan puasa hari tu lagi kuih tiram ni menghuni dalam bakul makanan tu. Tapi Ummi eksyen, buka kerepek, maruku semua dulu. Dah takde apa yang tinggal untuk dikunyah baru nak buka plastik kuih tiram ni. 

Ingatkan tak sedap. Rupanya sedap sangat;  rangupnya, manisnya seimbang. Bukan tak pernah makan sebelum ni tapi selalu Ummi dapat yang keras atau dah hapak! Pernah sekali tu Ummi nampak 2 orang kanak-kanak baya-baya Angah jual kuih tiram ni depan dobi, Ummi belilah. Kuihnya keras! 

Ini kalau tak stop ni habis sebungkus! 

Sambil dok layan English Vinglish kunyah lagi kuih tiram ni 😆

Suka movie ni, inspirational...


Monday 23 May 2022

Adik Turns 6y/o 🥳🥳🥳

Cepat pulak besar anak sorang ni :D 

Bawa kek dan makanan sikit untuk celebrate dengan Abang di asrama. Mula tu plan nak bawa Abang keluar, tapi silap haribulan! Minggu depan rupanya boleh outing 😅 Ummi terlebih excited :D 

Kek dan choc bouquet tu ordered dengan Mamarose, ejen Mamasab. 

Semalam celebrate dengan kawan-kawan pula... Ummi bawa kek, nugget, fries dan ayaq sirap bandung je. Lagipun semalam menu nasi lemak di Pasti. 

Goodies untuk kawan-kawan Pasti... 

Untuk geng main .. 

Ini dari Aisyah, kembar selang sehari dengan Adik :p 

Ummi doakan Adik, Aisyah dan semua anak-anak Ummi sentiasa dalam lindungan-Nya, membesar dengan sihat, aman dan sentiasa menjadi penyejuk mata keluarga aamin.