Sunday 30 November 2014

Makan Kenduri: Edisi Muharram 1436H


Sekarang ni kenduri kendara dah tak kira musim. Asal weekend ada je kenduri. Macam2 jenis pulak tu ~ kenduri kawin, akad nikah, bertunang, housewarming, aqiqah, kesyukuran, tahlil dll. 

Sepanjang bulan muharram lalu, banyak kenduri yg kami hadiri. Sengaja saya rekodkan utk kenangan di hari2 mendatang.

2 Muh/261014 ~ Walimah @ Masjid al Khairiyah


Dewan kuliah masjid bertukar wajah, dihias cantik utk majlis ini.

22 Muh/151114 ~ Walimah anak Pn Fajar


Gambar kek ni sekadar hiasan je sbb gambar majlis kenduri dah terdelete agaknya. Aduyai...
15 Muh/081114 ~ Walimah Alif 


Selamat berbahagia Alif & pasangan. Till jannah, bak kata orang sekarang :)

30 Muh/23112014 ~ Wedding anak Makjah & Housewarming EA


Seronok kenduri ni sbb ada orang sponsor ice cream. Suka bebeno Angah  sampai dah x nak makan nasi.


Buah tangan utk EA, hasil kerastangan sendiri :) ada juga yg datang bawa pokok orkid utk hiasan rumah baru EA. Idea yg menarikkan?

Happy weekend!

Thursday 27 November 2014

Azeezah Al-Ansar Steakhouse


Semalam hari istimewa bg kami suami isteri, wedding anniversary. So we decided utk makan di luar. Mula tu plan nak makan area melawati atau prima je. Last2 end up dekat keramat, kedai member. Tapi kami difahamkan kawan saya tu dah lama x menjenguk kedai. Tak dapatlah harga kawan2. Hahaha...

Meh kita layan....

 Nasi Goreng al Ansar, special menu depa.  Saja order utk try taste. So-so je la. Saya prefer nasi goreng kampung than this one. 

 Nasi goreng kampung pilihan Abang
 Saya suka  nasi goreng ni sbb pedas. But for kids maybe boleh request jgn letak chili padi kot.

 Black pepper beef steak
Sedap bagi saya esp sos lada hitam tu. Resipinya dah diolah ikut tekak rang kita agaknya sbb tu rasa smooth je bila dimakan, takde rasa pijar di lidah. 

Chicken chop - a must-try menu. 
Memang sedap. Berebut jugaklah dgn anak2. Hahaha.. nak order extra takut x habis makan. 

Menu lain yang kami order mee goreng dan fries. Air sirap bandung satu jug. Mee goreng pun sedap. Total kos rm52. Berbaloi bagi saya. 

Mungkin sbb food dia yg lazat, maka kedai ni jadi tumpuan ramai. Malam tu ramai yg dtg bersama keluarga. Mostly small & young family like us. Service pun OK . Kedai bersih so for sure kami akan dtg lagi. Thanks B for the treat. Eventhough it was  simple & modest but it was a meaningful one. Muwah!!!

Skodeng sket;
Anniversary card utk dear hubby :)



Sunday 23 November 2014

Diari Abang: Jamuan Perpisahan


Terima kasih semua!

28 Muharram 1436H / 21 Nov 2014

Up cerita Abang lagi.. biarlah, utk kenangan bila dia besar nanti boleh tengok. Hehe...

Jumaat lepas was the last day for Abang at Pasti. Macam biasa ada jamuan akhir tahun dan murid2 diminta bawak sedikit juadah utk dimakan bersama kawan2. Saya sediakan dadih resepi Umi utk jamuan ni.


Sebenarnya saya rasa sedih pula bila Abang dah habis sekolah tadika ni. Sayang pulak dgn cikgu2 & kawan2 dia di Pasti ni. Dgn parents pun kami dah ada bonding. Lepas ni masing2 bawa haluan masing2. Huhu. Abang & geng dia semuanya sekolah berasingan, berpisah ikut hala tuju masing2.


 "Cikgu kata boleh pakai baju biasa tapi kn tutup aurat"... so Abang pilih jubah utk hari terakhir di Pasti


Adam, Hakimi, Aslam, Ibrahim, Hafizul, Danish, Nabil, Ady dll ~ sebahagian dari kawan2 Abang yg telah mewarnai hidupnya. Selamat berjaya anak2!



Monday 17 November 2014

Main masak masak :)


Sebagai suri rumah sepenuh masa, memasak adalah salah satu job scope saya. Tapi saya bukannya pandai sangat pun memasak, cukup sekadar mengenyangkan perut ahli keluarga. Menu harian kami biasa2 je. Kalau teringin nak cuba resepi2 baru, saya google je. Terima kasih byk pada blogger2 masakan ni sbb kebanyakan resepi yg diberi memang menjadi bila di cuba. Kalau x jadi tu mungkin teknik yg x betul. Hehe... saya ada experience camni sbb tu berani cakap. 

Sepanjang minggu lepas saya cuba beberapa resepi. Lets check it out!


Bila tengok K.Noor jamu homemade roti canai di dapurnya (blog) saya pun teringin nak cuba. Tapi k.noor guna 1kg tepung. Banyak sgt bg first timer macam saya. Takut x jadi nanti rugi pulakkan. Lagipun family saya kecik je. Saya combined resepi k.noor dgn resepi Arah kurniaanmu. Beliau cuma guna 3 cawan tepung je. Alhamdulillah menjadilah jugak homemade roti canai saya. Cuma bab menebar tu yg saya x pandai. Habis koyak rabak doh tu saya tebar sana tebar sini. Sebab tu pic tu separuh je gambar roti canainya. He he.. utk kuah saya follow resepi k.noor juga tp saya guna ayam yg masih berkhidmat, bukan ayam pencen. Jgn marah k.noor...


Semasa di Mekah lagi saya dok teringin nak makan laksa johor air tangan sendiri. Minggu lepas saya berpeluang utk mencubanya. Terus saya jengah ke dapur k.azie utk dapatkan resepinya. Alhamdulillah menjadi. Terima kasih k.Azie. Pastinya akan jadi 'keeper recipe' utk saya.


Cucur bawang ni saya olah dari resepi cucur manis mudah malatop kak noor. Amboi kemain panjang namanya. Tapi utk cucur bawang ni saya x letak susu pekat la kan. Saya regukan dgn resepi kuah kacang dari dapur cik lina.  Versi asal cucur manis saya dah try juga tapi lupa snap pic. 


Ini pula soto yg juga menjadi idaman hati semasa di tanah suci. Saya pakai perencah soto yg di beli di pasar. Tapi utk penyediaan pengiring2nya spt begedel dan sambal kicap saya jengok dapur sifu saya, k.Azie.  sambal kicap ni memang marvelous. Tak perlu letak bwg jd xde kesan after-taste.  


Resepi nasi ayam jumaat lepas juga hasil 'intipan' di dapur k.Azie, yang bermurah hati berkongsi resepi nasi ayam milik adiknya, cik Su. Memang sedap set nasi ayam ni, esp kuah sup tu. Nasi juga lembut. Cuma kuah sambal tu saya masak sebentar di atas api sbb takut ianya pedas sgt bg anak2 jika dihidangkan terus. 


Ribuan terima kasih utk mereka. Moga terus istiqamah dlm berblog, boleh juga saya tumpang belajar masak :) Bagi yg nak mencuba, silalah ke blog mereka yg sy dah link kan. Happy cooking k! 

Saturday 15 November 2014

Diari Abang: Convo Pasti Gombak 2014


22 Muharram 1436H / 15 Nov 2014

Semalam Abang ada majlis konvokesyen Pasti. Tahun lepas saya tak dapat menyertai abang sbb masih berpantang. Jadi awal2 lagi sewaktu dia nak exam saya dah bagi motivasi suruh dia buat betul2 exam sbb umi nak tengok abang naik pentas. "Kesian umi x dapat tgk Abang terima hadiah tahun lepas". Itulah ayat psycho yg saya guna :). Terbukti berkesan. Hehe... Alhamdulillah hajat saya tercapai. Tahun ni Abang dapat naik pentas lagi, malah bukan sekali tp 3 kali! Amek ko... hikhik


Mula2 Abang naik pentas utk persembahan nasyid rasmi Pasti. Abang x inform kami pulak dia buat persembahan. Mujur di depan sekali sbb tu kami perasan.


Suka sgt pic ni sbb Abang nampak menyerlah dgn rob merah tu. Ini hadiah utk tempat ke-2 exam hari tu. Alhamdulillah.


Time ni Abang dgn schoolmates dia tgh que utk naik pentas amik sijil tamat sekolah. Dapat juga hadiah beg sandang sorang satu. Masa ni pakai rob biru pulak. Ini 3 sbb kenapa abang naik stage 3x. He he...

Umi dia mmg drama queen, anak konvo tadika pun boleh nanges. Sebak sbb dok pikir jauh lagi perjalanan abang, byk dugaan dan ujian hidup yg akan dia lalui. Hanya doa, sokongan dan dorongan yg Umi boleh bagi utk Abang. Selebihnya Abang kena usaha dan kerja keras utk berjaya.

Moga kejayaan sentiasa mengiringi hidup Abang. Juga utk kawan2 Abang. Masing2 akan membawa haluan masing2. Ada yg ke sekolah kebangsaan, ada yg ke sri al huda, ada yg ke al amin juga SRAI spt Abang. Juga ada yg memilih utk ke sekolah tahfiz. 

Thursday 13 November 2014

Diari Abang: Melawat Kilang Roti


20 Muharram 1436H / 13 Nov 2014

Semalam sekolah Abang buat lawatan ke kilang roti high-5 di shah alam. Bayaran yg dikenakan RM 50 termasuk b/fast, lunch dan hadiah. Last year Abang ke kilang choc Berry's di Seri kembangan dan muzium tudm sg besi. Saya x buat entry tentang tu sbb masa tu 'dalam hari'. 

Bila balik Abang excited cerita tentang pembuatan roti. "Umi, nak buat roti kena guna tepung, air & yis" katanya. Kami yg menunggu pula excited nak tengok buah tangan yg high-5 bagi :) 

Sedap roti yg Abang bawa balik. Freshly baked agaknya
Sebab semuanya lembut & gebu je
Esok Abang ada majlis ihtifal pula. Sekejap je masa berjalan. Dah nak masuk darjah 1 anak Umi sorang ni. 

Wednesday 12 November 2014

Tsunami di Hati


Jujurnya kebelakangan ini saya terasa hati dgn tingkahlaku dan perbuatan mereka yg dekat dgn saya. Ada yg cuba memutuskan silaturrahim sesama ahli keluarga, ada yg mungkir janji juga ada yg mengkhianati amanah yg diberi. Sama ada mereka sengaja atau tidak, sedar atau tidak tindakan mereka telah mengguris hati saya. Mungkin kerana saya tidak pernah bersuara selama ini, mereka fikir saya tidak punya perasaan! Bukan jenis saya mencari gaduh. Malah dlm banyak keadaan saya banyak mengalah. 

Saya cuba bersikap positif namun tidak dinafikan emosi saya telah tercedera dek perbuatan mereka. Jika diikutkan hati ingin saya menjauhkan diri dari mereka, biarpun hanya sementara. Bukan bermaksud memutuskan silaturrahim, sekadar merawat luka. Mungkin itu jalan terbaik buat waktu ini. 

Namun dalam masa yg masa saya sedar Allah sedang menguji saya, "liyabluwakum ayyukum ahsanu 'amala". 

"Yang menciptakan hidup dan mati, untuk menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya..." (al Mulk:2)

Punca masalah ini bagi saya ialah tiadanya komunikasi secara langsung, sikap bermuka2 juga hilangnya rasa kasih sayang dan hormat menghormati. Sikap suka memendam perasaan dan hasad debgki juga membawa kpd ketidaksefahaman ini. Moga ada sinar dihujung terowong... saya masih mengharap. 


Tuhan, berilah aku kekuatan untuk membalas kejahatan dgn kebaikan.


Saturday 8 November 2014

Happy Bday Abang (6y/o)


Dialah madu, dialah racun. Dialah 'musuh ketat', dialah bff saya. Kejap baik kejap gaduh. Gitulah hubungan saya dgn dia. At one point dialah anak paling taat dan menyenangkan. Tetiba jadi 'monster' pulak.  Aduyai... Gaduh dgn Umi, berebut mainan dgn Angah, kacau Balqis... begitulah warna warni hubungan yg sgt unik & istimewa dgn Abang. Namun hakikatnya dialah anugerah terindah dalam hidup kami. Hadirnya melengkapkan rumahtangga kami serta melenyapkan segala kata nista dan tohmahan orang sekeliling.

Alhamdulillah semalam genap usia Abang 6 tahun. Kami celebrate kecil-kecilan di rumah. Minggu lepas bday Balqis kami makan KFC di Aeon Keramat. Kali ni pun makan KFC juga tapi di rumah. Saya masak nasi goreng kampung makan dgn ayam kfc . Then beli kek choc moist di Bakeri Ria Taman Melawati. Kek Balqis tempohari pun beli di kedai ni. Kedai ni milik org kita, letaknya bersebelahan balai polis tmn melawati.



Ini pula gambar bday Balqis.



Hari tu beli yg set 9-pcs tak berapa nak cukup so kali ini beli set 15-pcs. Makan sampai malam le...

Moga Abang dilindungi Allah selalu, berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat. Harapan Umi & Walid moga Abang jadi anak yg soleh dan Abang yg penyayang. 

Friday 7 November 2014

Nasi Impit Goreng


Sejak 2-3 hari ni hujan petang2 di tempat saya. Aktiviti paling best hujan2 ni tido dan makan kan? Asal petang je adalah juadah minum petang yg saya sediakan. Simple2 je pun. 

Hari ni saya sediakan nasi impit goreng. Dua hari lepas saya rebus nasi impit makan dgn kuah kacang. Memandangkan nasi impit masih berbaki, rugi pulak kalau dibiarkan. Simpan lama2 dalam fridge pun nanti x sedap. 

Bila dah ada idea tu, saya pun Google ler resepi. Jenguk dapur Izah muffin lover, tengok bahan, tengok cara penyediaannya. Simple je. Macam menggoreng mee je kekdahnya. Cuma saya tambah +- 3 s/b kuah kacang. Resepi ni saya dapat dari mak senior saya, orang johor. 


Inilah hasilnya. Alhamdulillah kenyang perut sukahati :)