Sunday 30 April 2023

Open House Rumah Aisyah @ Raya ke -9

Sehari dua lagi mungkin baru berkesempatan nak ziarah rumah kawan-kawan maya agaknya. Tahu sajalah bila seminggu balik kampung, ada sajalah urusan yang perlu diselesaikan. Urusan kain baju, stock up bahan mentah dsbnya. Abang pun nak balik ke asrama dah... Ummi dia dah mula syahdu πŸ˜…

Ikutkan nak bermalas-malasan di rumah hari ni tapi dapat jemputan open house dari ibu bff Kakak, Aisyah. 

3 sekawan; Kakak, Aisyah & Adell. 

Rezeki jangan ditolak :D 

Lalu depan homestay kami sewa masa kebakaran tahun lepas. Sekarang owner sendiri yang manage homestay ni. Kenangan betul..

Balik rumah teringin pulak nak masak nasi impit+ kuah lodeh. Dah siap rebus nasi impit segera, rebus telur, dengan masak sambal tumis ikan bilis Abang cakap dia nak masak spaghetti carbonara esok pagi. Chewah :D 

Ummi guna resepi Khairul Aming. Dua kali cuba, dua kali jadi :D 

Sebahagian sambal ni Ummi simpan, sebahagian lagi Ummi campur petai Cameron Highland

Segar dan elok petainya. Setiap papan tu pun panjang, hampir sekali ganda dengan petai yang biasa dijual di pasar/tepi jalan. Ada orang masukkan sebiji-sebiji petainya tapi Ummi suka hiris gini. Tak terasa sangat bila disuap bersama nasi. Maklumlah, dah tua² baru belajar makan petai πŸ˜‚

Dapat lauk sebegini, regu dengan ikan masin pun makan bertambah² Ummi ni :p 

Kembali ke Sarang @ Raya ke-8

Alhamdulillah Allah bagi rezeki dapat berlama-lama di kampung dan dapat short vacay Aidil Fitri kali ni. Cuti raya paling lama rasanya kali ni. Berkembar dengan cuti sekolah, jadi dapatlah balik kampung dan jalan-jalan.  
Awal pagi kami dah ke kafe hotel untuk bersarapan, to beat the crowd. Weekend ramai orang... 

Gegirls nak main di playground... layan...

While the boys pilih pergi gym...

Then pukul 9 gitu kami checked out. Kali ni ikut Jalan Ringlet-Tapah. Kenderaan nak naik banyak, nak turun macam kami pun ada juga.

Singgah Cameron Valley Tea 2 pula...We can't get enough of the scones 🀩 Kali ni try juga strawberry scones... Dulu datang mampu minum teh je, alhamdulillah sekarang mampu repeat makan scones :D  

Samaada jalan Simpang Pulai atau Tapah, kita akan temui orang Asli menjual hasil hutan di tepi-tepi jalan. 

 
Ummi beli rebung yang dah disiang ni. Harganya antara RM10-RM12. Rebung yang belum siang tu RM25. 

Selain rebung, Ummi beli juga petai. Seikat 5 papan RM13. 

Hasil kraf. 
Angah beli bola takraw, RM15/sebiji. Ummi letak harga untuk info ye, sebab sebelum ni Ummi tertanya² juga murah ke beli jualan orang Asli ni... Kesimpulannya lebih kurang je dengan harga pasaran :) Tapi, produk lebih segar ✌️

Abang² dan Kakak dah lena, Adik layan angin tanah tinggi... Main kipas Doraemon Ayel bagi :D 

Alhamdulillah perjalanan kami lancar. Keadaan rumah yang ditinggalkan selama seminggu juga selamat. Pokok-pokok Ummi pun segar sebab setiap petang hujan kata Cik Ana. Moq-Tot pun sihat. Cuma, ada juga khabar sedih tapi biar disimpan sendiri. Dalam suka ada duka. Dalam gembira ada sedih. Itulah kehidupan yang fana. 

Apapun alhamdulillah atas rezeki dan nikmat-Nya. 
 

Saturday 29 April 2023

CH Day 2 @ Raya ke-7

Hari kedua di Cameron Highland...

Nampak tak titisan air di tingkap sebelah kanan tu? Walaupun CH dah tak sesejuk dulu tapi malam tadi hujan, memang sejuklah... 

Sebelum keluar berjalan, isi perut dulu...

Hentian pertama, Kea Farm. 

Pukul 9 pagi kereta dah banyak menuju ke sini. Kami parked berhampiran jalan masuk ke Copthorne, senang nak turun semula ke Tanah Rata nanti. 

Kemudian singgah pula di Agro Market. Kata salah seorang peniaga, baru saja dibuka tempat ni. 

Bahagian atas ni ada tempat bergambar, dari bawah nampak ada taman bunga. Ada bayaran dikenakan untuk masuk. Manakala di bahagian bawah ni ada gerai jualan yang proper untuk para peniaga. Tempat letak kereta juga luas. Untuk 20 minit pertama, tiada bayaran dikenakan. 

Ummi hanya borong sayur di bawah ni saja. Sebakul ada 7 jenis sayur ni hanya RM10, berbanding di Kea Farm, 5 jenis RM10. 

Ummi berkenan dengan zucchini kuning ni sebab tak pernah tengokkan ... minta peniaga tukarkan dengan sebatang lobak putih di bakul sebelah (Ummi ambil yang tu) tapi dia ambil yang baru. Dia pun nampaknya seronok sebab Ummi berkenan dengan zucchini kuning tu :D Katanya masak tumis dengan udang sedap. Mujur Ummi tanya, ingatkan makan mentah macam zucchini hijau πŸ˜…

Seterusnya kami ke Kg Sedia untuk memetik strawberry. 

Last but not least, singgah di Taman Agroteknologi MARDI

Seronok bersiar-siar di sini, banyak tarikan... Cuaca pun nyaman walaupun dah tengahari. Ada taman bunga, kebun sayur, nurseri pokok, petting zoo... 

Usai makan tengahari, Walid & the boys pergi solat Jumaat manakala Ummi & gegirls melepak di bilik. Layan telemovie Saat Hilang Cintamu. Viewing rate tinggi hari tu kan, itu agaknya replay cerita ni.

Depa solat Jumaat di sini πŸ‘†Tak jauh pun dari hotel. 

Petang jalan² dengan Kakak di Pekan Tanah Rata. 

Pejabat Pos ni dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman sebelum merdeka lagi...

Cafe di sini semua cantik-cantik... 

Bharat Tea Shop. 
Berkenan dengan tea hamper ni tapi dah banyak beli tea di Kea Farm tadi :( 

Order room service untuk minum petang kononnya... Alang-alang dah pukul 7, dinner teruslah :D  

Datang pun untuk santai-santai jadi tak banyak sangat pun tempat yang dilawati. Tapi ianya tetap meninggalkan kenangan manis untuk kami sekeluarga :)



Friday 28 April 2023

Beraya di Ipoh & Makan Angin Lagi @ Raya ke-6

Singgah di rumah Makcik, raya ke 6. Siap ada banner raya, beli di Shoppee haha... 

Gegirls apa lagi, terus posing ler....


Makcik raya di Ipoh tahun ni sebab keretanya masih di bengkel. Accident sebelum berangkat ke tanah suci bulan Feb lepas. 

Angah bawa bunga api, nak main dengan Ayel & Daniel. 

Adik pulak angkut mainan Ayel bawak balik :D Ayel darjah 2 dah, tak main dah pun kipas Doraemon dengan tubes lights tu... 

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Cameron Highland 🀩

Pertama kali naik CH ikut Simpang Pulai. Jalan lebih luas berbanding ikut Tapah. Tapi, tanah runtuh yang berlaku tahun lepas (?) masih nampak lagi kesannya. 

Tiada itinerary khusus sepanjang di CH ni, lebih kepada santai-santai saja. Asal dapat ke ladang teh, petik strawberry, beli sayur ok dah tu... Kali terakhir kami jejak kaki ke sini Angah masih dalam perut. Sekarang dia dah ada IC pun 😁

Our first stop Green View Garden.

Nampak Cameron Valley Tea di Kuala Terla, terus berhenti. Seronok juga berjalan tanpa terikat dengan itinerary ni...

 Scones tu sedapnya lahai... 

Akhirnya turun ke Tanah Rata, cari nasi la pulak πŸ˜… Pukul 4 lebih dah, rancak perut bergurindam :D 

Teringin nak makan tomyam... Ingatkan di CH ni banyak sayur, jadi meriahlah tomyam dengan sayurannya. Tetaplah bawang dan serai saja aksesorinya huhu...

Dah kenyang tu mata pun auto layu jadi jom la kita check in dan berehat dulu. 

Malamnya hujan, malas nak berkereta dan hadap jamm... Mujurlah depan hotel ada food court jadi keluar makan di situ saja...

#Maaf ye, belum berkesempatan ziarah kawan-kawan maya. Masih berziarah secara fizikal :D 


Thursday 27 April 2023

Raya di Baling @ Raya ke-5

Setelah 4 HARI beraya di Jitra, hari ke-5 baru kami balik ke kampung Ummi. Rekod baru ni :) Ialah, di Jitra masih ada mak ayah manakala di kampung Ummi hanya tinggal saudara-mara selain Makngah. Priority kepada mak ayah la kan...

Sebelum tu, beraya di rumah Maklong dulu. Kari ikan tu untuk cicah roti canai frozen. 

Jumpa lagi πŸ€—

Sampai di Baling, terus ke rumah Maklang Di.  'Jumpa' kuih ni...

Selain Kuih Siput, Coq Peneram juga punya nostalgia tersendiri. Setiap kali raya, Arwah Tok akan bawa bahan mentah seperti tepung, gula merah dll ke rumah seorang jiran ni (Ummi lupa sungguh siapa orangnya) untuk minta jiran tu bancuhkan adunan Coq Peneram ni. Setelah beberapa kali diberi tunjuk ajar, baru Tok confident untuk buat sendiri. Alhamdulillah, bila Tok dah mahir Maklang Di pula datang belajar dengan Tok. Kadang tu depa dua bergilir² buat kuih ni menjelang raya; hari ni di rumah Tok, esok atau lusa di rumah Maklang Di pula. 

Singgah di rumah Tok Long Dah. 7/5 akan diadakan kenduri kawin cucunya tapi kami tak dapat hadir, begitu juga family Jitra. Katanya ada gulai batang pisang πŸ˜‹

Kemudian ke rumah Makngah...

My latest cucu 😍
Sorang lagi, Ean dah balik KL. Yang tu lahir 14/2, 4 hari lepas Wan (datuknya) meninggal dunia. 

Usai lunch dan solat, kami bergerak meninggalkan Baling. 

Cuaca di sana hot giler :D 

Bukan setakat Baling, di Jitra laaaaagi panas. Sementelah kita di rumah mertua; bertudung, berstoking... Berkicaplah jadinya πŸ˜‚

Beraya di atas highway pula... Standard-lah, dari Kuala Kangsar ke Terowong Menora merangkak-rangkaklah sikit...

Alhamdulillah akhirnya sampai ke destinasi :D 

Sebelum dinner dan laundry baju, cuci mata sekejap di Mydin Mall. Walking distance je dari T Hotel, tempat penginapan kami malam tu. 



Tuesday 25 April 2023

Makan Kenduri & Makan Angin @ Raya Ke-4


Hari ni beraya di rumah Maksu...

Nasi lemak, rendang itik, sambal sotong dan dendeng daging. 

Biskut dan kekacang dari Siam (Thailand). Maksu dan Maklong Ida pi Big Field (baca: Padang Besar πŸ˜‚) semalam. 

Tengahari kami ke Lubuk Kawah, makan nasi minyak kawan sekolah rendah Walid. 

  
Ada juga Mee Goreng...

Paling sedap apam balik. Sedap sangat sampai lupa ambil gambar :D 

Kemudian kami bergerak ke Perlis. Impromptu trip...

Know-know sampai Kuala Perlis :D 
Nasib baik malam, kalau siang lepaih ke Langkawi dah agaknya 🀭