Showing posts with label Gardening. Show all posts
Showing posts with label Gardening. Show all posts

Sunday, 6 September 2026

Lebat!

Jumaat lepas, Ummi sempat belek tanaman depan rumah. 

Tu dia, lebat dan gemoks 😍

Beberapa hari sebelum, Cik Ana datang ambil daun lengkuas untuk buat air mandian anak saudaranya yang baru bersalin. Cik Ana ambil juga daun belimbing buloh ni untuk ubat demam kuning (jaundice) bayi kpd anak saudaranya ni. Ini kali kedua Cik Ana ambil. Alhamdulillah turun kuningnya. Ummi baru tahu rupanya daun belimbing buloh ni boleh buat ubat kuning baby. Kalau daun mambu/semambu (neem) tu biasalah dengar digunakan untuk mandikan baby yang demam kuning ni. Bik Yatie pula ambil daun belimbing buloh ni untuk buat gosok badan. Macam-macam rupanya khasiat daun belimbing buloh ni. Ummi cuma ambil manfaat buahnya saja. 

Buah di pangkal dahan. 

Buah kali ni kebanyakannya rendah, boleh dicapai dengan tangan. Jadi Ummi pun suruh anak² ambilkan plastik. Post dekat status WA, Cik Isma berkenan. Alhamdulillah ada yang nak. Kalau takde yang berminat Ummi nak suruh Angah bawa ke surau, sedekah pada jemaah surau. Sayang jika dibiarkan, baik kita sedekah.  


Hasil tuaian yang lumayan alhamdulillah.
Satu plastik besar untuk Cik Isma, Cik Ana dan dalam tapis merah tu Mak Bee punya. 

Sambil-sambil tu petik juga pucuk ubi,serai dan daun belalai gajah. Kena rajin petik supaya pokoknya rimbun.

Kemudian jenguk pula pokok nangka. 

Aduh, bukan rezeki :(
Buah dah terlebih masak, dah mula busuk. Cuti sekolah sibuk dalam rumah, tak sempat nak jenguk tanaman. Akhirnya buah nangka ni terlebih masak. Bukan rezeki, takpelah. 

Mungkin Allah nak bagi rezeki mangga pula nanti ... Pokok ni dah lama, arwah Tok juga yang tanam. More than 6 years la umurnya sebab Tok passed away in 2020. Ini kali pertama ianya berbunga. Ada beberapa tangkai juga alhamdulillah. 





Thursday, 7 May 2026

Tanam Bawang

Blogger LM ada sebut pasal nak tanam bawang beberapa hari lepas. Ummi pun baru teringat, Ummi ada tanam bawang weekend hari tu. Walid beli bawang guni (net merah) tu, banyak pula yang bertunas. Selalu Ummi beli bawang di pasar, pilih sendiri dan timbang. Ini nak guna cepat, beli je dekat mini market yang dah siap packed. 

Nampak subur alhamdulillah 

Yang ni tumpang pasu pokok Belalai Gajah. 

Ni pula sepasu dengan pokok Lidah MIL aka Lidah Mak Mertua 😁

Alang² tu jenguk juga tanaman lain...

Alhamdulillah ada sepokok nenas sedang berbuah 

Nangka ni dah besar alhamdulillah.
Abang tak reti nak balut sebab buah ni tersepit antara dahan, jadi dia sarungkan je baju tu pada buah. 

Ada putik di pangkal pokok. Ummi dah pakaikan baju :) 
Putik yang hijau tu tunggu besar sikit baru balut. 

Ikutkan ada putik Durian Belanda sebiji tapi masa checked, dah gugur buahnya. Belum rezeki dapat menuai hasil dari pokok Durian Belanda tanam sendiri. 

Monday, 23 February 2026

Bunga Pokok Belalai Gajah


Mulanya terkejut, sebab tak pernah tahu yang pokok Belalai Gajah ni jenis pokok yang mengeluarkan bunga. Selama ni Ummi tanam pokok ni melalui keratan batang. 
 
Jadi, bila nampak merah² dekat hujung ranting, cepat² Ummi mendekat. Perasaan terkejut tadi bertukar teruja pula bila kali pertama nampak bunganya. Subhanallah tak sangka sungguh sebab selama ni nampak daun je pokok ni. 

Ambil gambar banyak² buat simpanan dan kenangan serta tatapan kita semua. 

Inilah pokok Belalai Gajah. 
Banyak khasiat perubatan katanya...

"Khasiat daun belalai gajah dikatakan mampu membantu mengatasi masalah seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan."
 (Wikipedia)

Ummi belajar makan daun Belalai Gajah ni dari Tok Umi. Daunnya dibuat sayur goreng belacan boleh, masak lemak boleh, ulam rebus pun boleh. 

Senang nak tanam pokok ni. Cucuk² je batangnya atas tanah/dalam pasu. Rajin² juga siram baru daunnya cantik. Pokok yang berbunga 👆🏻 jarang dibelai, sebab di luar rumah. Daunnya jarang Ummi petik. Yang dalam pasu ni rajin dipetik, tak sempat nak berbunga agaknya :)  
Lagi satu, pokok yang berbunga tu pokok yang dah matang. Batang dan daunnya  warna hijau pekat, berbanding pokok dalam pasu ni. 



Sunday, 18 January 2026

Penyeri Laman

Alhamdulillah si cantik jelita ni sedang berkembang mekar di laman.

Ini pun sama, batch kedua. 
Satu kuntum dah layu. 

Ini 3 kuntum pertama yang mekar di tahun baru. Bunga ros Ummi ni jenis wangi. Nanti bila bunga² ni dah kering, potong kira² sejengkal dari tangkai bunga. In Sha Allah nanti akan keluar cabang baru dan dari cabang tu keluar bunga baru. Kena rajin trim supaya pokok rajin berbunga. 

Bunga Sepit Udang pun meriah berbunga. 

Putik Timun Tikus. 
Pernah rasa sekali, pahit. Tumbuh sendiri pokoknya, Ummi biar je pokoknya tumbuh meliar di luar pagar. 

Bunga Telang yang tak pernah jemu berbunga. 

Bunga cili. Kira bunga jugalah kan? 
Kalau perati ada beberapa tangkai bunga tu, tapi selalunya buah lekat sebiji dua je. Takpelah kan, benih campak² je pokoknya tu. 




Thursday, 18 December 2025

Layu di Hujung Mekar


Nak cerita pasal bunga ros Ummi ni sebenarnya... 
Pagi tadi keluar rumah hantar diorang ke kereta nampak sekuntum tu kelopaknya dah gugur ke bumi... Layu di hujung mekar... Begitulah kan; kecantikan, kemegahan semuanya tak kekal. Dari alam kita belajar dan ambil iktibar. 

Walaupun dah jatuh ke tanah, tetap nampak cantik kan ... 

Bergegau pulak gambar yang ni 😅
Simpan juga sini sebab lawa pulak bila nampak titisan air tu. 

Have a nice day semua! 

Wednesday, 26 November 2025

Serai

Serai serumpun di tepi bangsal
Di padang tandus tiada lalang
Hujan berpohon panas berasal
Mengapa kabus belum menghilang

Jom la Ummi bawa melawat kebun serai Ummi. Kebunlah sangat ahaha... 

Pasu #1 

Pasu #2

Atas tanah. Yang ini Ummi selalu ambil sebab senang nak cabut/potong dan subur rumpunnya alhamdulillah. Masak Nasi Serai kelmarin tu ambil dari rumpun ni la... 



 
Tiga² rumpun ni tak membiak sangat. Pagi ni Ummi gembur² dan tambah tanah sekelilingnya. Harapnya gemuk merimbun macam yang 👆🏻

Ini yang baru tanam minggu lepas dan 3-4 hari lepas. Semoga tumbuh subur hendaknya 🤲🏻 


Wednesday, 12 November 2025

Mawarku

Alhamdulillah berbunga² hati bila pokok² bunga ros Ummi kembali berbunga, setelah sekian lama tak berbunga. 

Terang warnanya tapi tak sepekat warna ros atas bukit.

Kuntuman kedua di luar pagar. 

Yang ketiga ni kembang selepas kuntuman kedua layu.

Pokok ros Ummi ni bukan saja cantik warnanya, tapi baunya pun harum. Dengan warnanya yang sangat menyerlah tu, menambat hati sesiapa saja yang melihat. Alhamdulillah. 

Thursday, 6 November 2025

Bukit & Bunga II

Ada sesuatu yang mengganggu fikiran, kita tengok bunga je la sebagai terapi 😌
Selebihnya kita serahkan kepada Yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkehendak.  

Part I Bukit & Bunga Ummi ambil awal Oktober. Part II ni awal bulan November. Jom kita jamu mata 🤗

Bunga Balong Ayam 
Sering menghiasi rumah² kampung. 
Dulu rumah Tok Wan pun ada pokok Bunga Balong Ayam ni. 

Bunga Roselle 
Ummi teringin nak cari benih pokok roselle ni, tanam dalam pasu pun boleh kan. Pernah beli dulu tapi tak hidup :( 

Bunga Kangkung
Tak kurang menariknya kan? 

Bunga Ulam Raja 
Menawan! 

Indah! 

Bunga Pokok Bendi 
Bila memandang bunga hati bukan setakat jadi tenang tapi sering membuatkan Ummi terfikir. Dari bentuk bunga yang begini, keluar buah yang bentuknya langsung tak sama dengan bentuk bunga. Tengoklah apa saja bunga yang menghasilkan buah pasti hati jadi terpana dan terpaut dengan kekuasaan Allah SWT. 

Bunga Kacang Buncis
Dari bunga seindah ni, akan keluar kacang buncis. Subhanallah! 

Bunga Petola 
Dekat tangkai bunga tu dah ada bentuk buah petola. 

Buah Peria Katak 
Bagi yang tak kenal, inilah buah Peria Katak. Boleh dimakan mentah atau rebus untuk ulam, digoreng bersama telur, dimasak lemak dsbnya. Banyak khasiat buah Peria Katak ni. 

Jom la turun... Penat dah ambik gambar :p
Otw turun tu sempat lagi kamera buat kerja 👇🏻 

Bunga Terung Ceweng atau Terung Pipit. 
Buah terung ni dulu² kami buat peluru senapang kayu :) 

Hi jelita! 
Tak tahu nama bunganya tapi sangat lawa. 

Bunga Pokok Ati²

Dengan pelbagai bentuk, pelbagai warna, fungsi semuanya menunjukkan berapa besarnya kekuasaan Allah SWT.