Thursday 30 August 2018

Beraya di Balik Pulau



Alhamdulillah akhirnya dapat juga Umi menjejak kaki ke rumah saudara mara (sepupu-sepupu) Tok Umi di Balik Pulau, Penang. Bayangkan dah berbelas tahun Umi kahwin dengan Walid tapi baru ada rezeki nak ziarah mereka. Pernah jumpa sekali sekala time kenduri keluarga tapi tak sempat nak berborak panjang dan berkenal mesra. 

Kami singgah di SP dulu sementara mereka yang lain (Anak Cucu Tok Ayah - ACTA) straight to Penang. Ambik kunci homestay dan simpan barang-barang basah dulu.  
Jumpa semula lepas zohor di rumah Tok & Wan Teh di Bukit Penara. Terus kami dipelawa makan nasi :) 

Umi pun ambik lah kesempatan berborak dengan Tokteh. Rupanya Tokteh ni adik kepada Tokngah Jamiah. Tokngah ni Umi kenal baik sebab dah 2-3 kali ke rumahnya. Maklumlah orang 'keyel' juga w/pun tinggal di Pulau Indah :D  Disebut satu-satu nama adik beradiknya barulah Umi faham susur galur keturunan sebelah Tok Umi ni. W/pun Umi ni menantu Tok Umi je, tapi penting untuk Umi ambik tahu untuk dimaklumkan kepada anak2. Maklumlah bila tanya Walid dia pun tak tau 😅 

Dah puas bersantai dan berborak barulah bergerak ke rumah Toklang, adik Tokteh di Padang Tengah. Tokteh hidang bihun goreng. Berebut pulak makan padahal baru lepas makan nasi. Sedap air tangan Toklang. Siap tapaukan rempeyek lagi untuk kami. 

Berhampiran dengan rumah Toklang ialah rumah Tokchaq. Janjinya nak dinner di rumah Tokchaq ni tapi kami sampai awal. Terkejut kami tengok hidangan yang disediakan oleh mereka sekeluarga. Macam kenduri! Nasi, mee, roti jala kuah durian, kuih muih, buah dll... Dengan perut yang penuh, rasa terkilan pula tak mampu nak makan banyak. Masing-masing hanya mampu jamah sikit-sikit je. 

Setting ala kenduri/kedai makan menambah rasa bersalah kami :( memang well prepared Tokchaq sekeluarga menanti kami. 

Rumah terakhir ialah rumah Wansu Mail, saudara bongsu keluarga ni. Tapi Wansu takde, keluar menjerat burung. Toksu dan anak2 merekalah melayan kami. Sedap kek yang disediakan oleh anak Toksu ni. Tak lama pun kami disini. Masing-masing dah penat dan pakat nampak katil je haha... Dah sehariankan berjalan jom la kita balik homestay. 

Ingatkan terus balik ke homestay. Menyinggah la pulak ambik angin di Gertak Samggul, pantai nelayan. Takde apa pun yang menarik kat sini tapi bolehlah nak melepak sambil layan anak2 main pasir. 

Rumah first. 

Rumah second.

Rumah third.

4th house.
Letih dah muka Kakak :D 

Akhirnya sampai juga ke homestay. Lega 😀

Sakan depa main ayaq.

Kat mana ni? Tunggu..... 

Wednesday 29 August 2018

Al-Fatihah ~ Ustazah Azizah


Credit source.

Pagi ni Umi dikejutkan dengan berita pemergian Ustazah Azizah, guru yang pernah mengajar Umi di kelas agama waktu sekolah rendah dulu. Rupanya dah seminggu Ustazah dijemput pulang. Berita sedih ni dikongsi di FB Ustaz Zainol, anak Ustazah yang juga teman sekelas Umi. Ustazah kembali pada hari wukuf yang berkat (20//8/2018), tanda husnul khatimah mungkin. DOA Umi moga diampunkan segala dosa arwah, dirahmati dan ditempatkan di kalangan para solihin. Bukan calang-calang legasi yang arwah tinggalkan. Yang paling utama tentulah anak2 yang soleh. Boleh dikatakan semua anak2 Ustazah ustaz-ustaz belaka. Ada yang hafiz, alhamdulillah. Beberapa tahun kebelakangan ni, anak2 ustazahlah yang bergilir menjadi imam solat raya di masjid kampung kami. Sejuk perut Ustazah yang mengandungkan mereka. 

Arwah ni yang paling diingati waktu kami belajar dengannya dulu ialah kegarangannya dengan rotan yang sentiasa di tangan serta suaranya yang kuat. Sekali Ustazah bertempik, bertempiaran lari tak cukup tanah :) pernah kami kena sound dengan Ustazah. Antara kata-kata yang masih melekat di hati Umi ialah " ampa ni tak malu ka? Terlompat terkangkang main dengan budak jantan?" Time tu kami (girls) main getah (zero point) lawan dengan boys. Pi kelas agama of course lah pakai baju kurungkan. Time nak lompat getah tu confirmlah kain terselak ke terangkat ke kan... Gelihati pulak bila diingat balik. Wpun ustazah garang, tapi sekali itu je kot Umi kena marah dengan Ustazah sebab Umi budak baik haha.. Itupun kena marah berjemaah. Tapi itulah marah-marah Ustazah pun hatinya baik. Mungkin sebab suaranya kuat, itu yang semua kecut perut. 

Kali pertama Umi jumpa semula arwah lepas tamat sekolah maybe 4-5 tahun lepas. Usai solat raya terus Umi mendekati arwah, menyalami dan memeluk arwah. Sebak Umi tengok arwah yang kurus cengkung dan solat di atas kerusi. Sangat berbeza dengan Ustazah yang Umi kenali sebelum ni. Rupanya arwah menanggung derita diabetes. Dek kerana kalut dan ramai jemaah ingin bertemu arwah, Umi tak sempat memperkenalkan diri. Rupanya arwah terkesan dengan pertemuan tersebut. Lalu arwah memberitahu suaminya "taktau sapa mai salam, cium tangan zah tadi". Akhirnya cerita tersebut sampai ke telinga Tok lalu Tok memaklumkan bahawa umilah orangnya. Alhamdulillah Ustazah masih kenal Umi. 

Moga segala jasa, ilmu dan bakti yang Ustazah tabur dulu menjadi ladang pahala untuk Ustazah di sana. Terima kasih dan selamat berehat Ustazah. 


Tuesday 28 August 2018

Cerita Aidiladha 2018



Jangankan nak update, nak buka blog pun Umi malas :( maklumlah lama sangat cuti. Tapi nak tak nak kenalah coret juga sebab banyak cerita yang nak dikongsi. Untuk kenangan sendiri juga. 

Cerita raya haji baru ni dululah...

Kasut raya Kakak. 

Plan asal Umi nak beraya di kampung Umi. Tapi bila fikir balik tak effective pula berulang alik baling-jitra. Selasa hari balik kampung tu dah singgah Baling, dropped Tok kat rumah makngah, sabtu nak jemput semula. Last-last raya jitra je la. Lagipun Tok Umi kurang sihat. Few days before raya haji tu kena mild stroke. But alhamdulillah after several physhio sessions, she recovered. Quite a miracle to see her back in shape in a short period of time. Alhamdulillah. Tok Umi nampak sihat elok kata orang Kedah. Tapi itulah, bab lutut tu masih sakit. Bertongkat jugaklah time raya hari tu. Supposed dah scheduled buat knee ops tapi sebab kena stroke tu terpaksa dahulukan treatment utk stroke dulu.

Bekal dalam kereta.

Umi masak siap-siap apa yang nak dimakan pagi raya; ketupat palas, kambing masak hitam & begedil tauhu viral tu. Frozenkan then panaskan time nak makan pagi raya tu.  Maksu pulak masak nasi beriani dengan gulai ayam. Maklong buat sup ekor untuk lunch. Simple je. Tak meriah sangat macam raya puasa.

Cantik ketupat ni sebab  Tok balut :)





Pergi beraya pun 1-2 rumah je. Rumah sepupu Walid yang tak jumpa raya puasa hari tu. Menu wajib of course nasi tomato. Air tangan maknjang cik memang terbaik!

Cicit dan piut Wan Mat tengah main "ABC Haiwan' :D 



Ini pula masa kat rumah paksu shukri. Lemang cicah susu dengan buah jentik-jentik jadi rebutan. Buah jentik-jentik tu isinya macam buah rambai tapi warna oren. Rasa pun lebih kurang je, masam-masam manis. Umi tak pernah tengok pokoknya macam mana. Tapi yang special nya buah ni, bila nak makan jentik je kulitnya. Terburai kulitnya tinggal isi je di tangkai. Tapi Umi buat tak jadi haha...

Itu je cerita raya pertama. Raya kedua kami pi jalan-jalan. Kat mana tu? Tunggu....

Saturday 18 August 2018

Yeah Malaysia menang!



Dah lama Umi tak layan bola. World cup hari tu pun tengok gitu-gitu je. Tetiba semalam ada pulak mood nak tengok Malaysia main, lawan Korea Selatan. Bukan sebab Umi minat K-Pop ke apa tapi sebab main pukul 8. Kalau 10 onwards memang malas nak tengok. Umikan level atas sikit dari Cinderella. Kalau Cinderella pukul 12 kena balik, Umi pukul 10 kena tidoq dah. Petua awet muda :D 

Dalam skuad Korea Selatan tu ada player Spurs, Son Hyeung-Min. Handallah mamat ni. Main EPL, main world cup hari tu. Son ni dah 26 tahun. Ini last chance dia untuk skip their mandatory 2-year national service negara provided that their team won gold medal in this tournament. Each able bodied Korean male kena undergo the training before age 28. Ikut info yang Umi baca kat The Star lah. 

Sebelum lawan Malaysia Korea dah 'bubuh' Bahrain 6-0. Gerun je nak fikirkan nasib Harimau Malaya. Depa dahlah main world cup, ada superstar lagi dalam team tu. Juara bertahan pulak tu. That's made the game last night was super entertaining. 

First half Malaysia led 2-0. Thanks to Safawi Rasid. Son ni mula tu sub je tapi at the 57th minute coach dia bawak masuk. Agaknya dah buntu nak score tak masuk-masuk... Banyak try tapi asyiklah tersasar. 

Minit 88 tu tetiba gawang Malaysia bolos. Cuak giler time tu. Extra time pulak ref bagi 4 minit. Memang tak duduk lah Umi, takut tetiba Korea score 😅 dah lama tak rasa the adrenaline rush macam ni. Bila ref tiup wisel je melompat! W/pun main peringkat kumpulan je pun tapi masing-masing celebrate macam dah menang final. Dari players, official, commentator, sampailah penonton kat rumah ni semuanya bersorak sakan. Team Korea pun sama, macam kalah final 😁

Tahniah Harimau Malaya!
This is historic win. Keep it up. 

Thursday 16 August 2018

Cerita udang galah viral, allergic & demam campak


Sekarang ni viral pasal udang galah seringgit kan. Dekat area rumah kami ni pun ada juga orang menjual udang galah singgit ni. Teringin juga nak try. Maklumlah singgit je sekor kan. Selalu kat pasar mahal udang galah ni. 

Jumaat lepas Walid beli 10 ekor. Beli sikit sebab nak try je. Patutlah singgit je, kecik rupanya. Yang besar sikit RM1.50. Udang tu Umi masak sambal. Kakak makan 2-3 ekor juga. Abang memang taknak sebab dia tak suka udang galah. 

Esoknya kakak macam tak sihat. Ada bintik-bintik merah bawah kulit. Tapi dia OK, cergas macam biasa. Ahad tu bintik makin banyak dan bila pegang terasa kasar kulit Kakak. Malam tu dia demam. Umi suspect allergic sebab makan udang tu. Kebetulan sabtu/Ahad tu KKM ada keluar statement pasal udang galah viral ni. W/pun tak disebut mudarat dsbnya tapi pihak KKM nak pantau lambakan udang galah viral ni. Takut dibawa masuk secara illegal. Ada juga heboh di Twitter kononnya udang ni rupanya dibawa dari negara jiran. Yang tak tahan tu katanya diawet dengan kandungan formalin (bahan awet mayat) yang tinggi. Kalau betul, memang kena tipulah Walid sebab peniaga tu kata udang tu dibela dalam sangkar. Bawak mai dari Terengganu. 

Isnin tu Umi terus bawa Kakak ke klinik. Siap bagitau doc allergic kot doc sebab makan udang galah viral tu :D Tapi doc kata bukan allergic. Doc suspect measles (campak). Pulak! Doc bagi mc 3 hari untuk Kakak. Umi ni doklah tunggu campak tu keluar biji besar macam berair tu. Tapi Tok kata itu cacar, bukan campak. Aduh, jahil sungguh Umi ni :( 


 First time anak kena demam campak gelabah juga. Risau takut berjangkit dengan anak2 lain. Lagi pula Umi dengar classmates Angah ada 2 orang kena admit sebab sorang kena demam Kawasaki. Lagi sorang AA kena Scarlet fever. First time pula Umi tahu pasal kedua-dua demam ni.
Sungguh Umi cuak, sebab takde knowledge/experience.  Kebetulan simptom awal sama macam Kakak. Keluar bintik merah, kasar macam kertas pasir bak kata mama A. Tapi kakak tak demam kecuali 2 hari pertama je. Demam malam. A & AA dua-dua demam dan suhu tinggi sampai kena admit di hospital. 

Selasa tu bintik-bintik dah surut. Dah kering. Orang kata kalau campak peaknya akan keluar dekat tapak tangan/tapak kaki. Tapi Kakak takde pulak. Dia pun sihat dan cergas je. Kalau gatal tergaru-garu pun belah malam je. Yang lain semua normal. Makan minum macam biasa. Itu yang sampai sekarang Umi masih tak sure betul ke dia demam campak. Bukan nak 'lawan' doc tapi Umi tengok dia sangat OK. Hehe... 

Semalam pun dia dah merengek nak pergi school tapi Umi tak benarkan. Tunggu sampai habis mc. Takut nanti berjangkit dekat kawan-kawan pulak kalau betul dia demam campak. 

Alhamdulillah hari ni dah OK. Back to normal but as a precaution, Umi still sapu ubat dan bagi antibiotics. 

Tuesday 14 August 2018

Kenduri #18/18 ~ Fatin's Beautiful Wedding @ Bizmilla Garden Hall 💝




Teruja sungguh Umi bila melihat wedding venue yang tertera di kad jemputan perkahwinan Fatin. Dah lama Umi menyimpan hasrat nak melihat dan merasai sendiri pengalaman makan kenduri di Bizmilla Wedding Center,  kepunyaan Mila Jirin @ Mila AF5. Kagum Umi dengan kejayaan yang diraih Mila hasil kerja kerasnya selama ini. W/pun rezeki Mila dalam industri hiburan kurang menyerlah, rezeki Mila lebat dalam business. Dengarnya dah bergelar jutawan sekarang, alhamdulillah. 




Sangka Umi satu je tempat wedding yang diuruskan oleh Bizmilla (syarikat Mila). Rupanya dalam satu bangunan tu (The Place, One City) ada beberapa wedding venues termasuk royal ballroom, city hall, dan wedding hall. Patutlah namanya Bizmilla Wedding Center.

Lovely sangat pelamin ni. Super love! 



Majlis Fatin di adakan di Garden Hall. Sesuai dengan tema majlisnya, garden wedding. W/pun indoor tapi dekorasi sangat mempesona. Seolahnya berada di dalam taman. Seronok makan sambil berborak dengan tuan rumah dan tetamu lain. Makanan memang sedap. Umi bagi 5 bintang! 





Food dihidangkan di balkoni. Jadi tak crowded dalam dewan tu. Very nice setting. 





Adik tetap layan kerepek :D 

Segak aih kumpulan kompang ni :) 

Tengok pengantin. 

Sama cantik sama padan. 


Layan aiskrim dulu sebelum balik. 

Selamat pengantin baru Fatin & suami. Semoga kekal hinggal ke jannah.  Barakallahu lakuma. 



Terima kasih atas jemputan dan layanan super mesra dari k.ani sekeluarga. Rasa macam berada di majlis perkahwinan saudara mara sendiri. Enjoy sangat.  

Thursday 9 August 2018

Tasik Sri Gombak yang...


Masa berdua dengan Walid (belum ada anak) kami selalu beriadah di sini. Berjogging keliling tasik. Seronok sebab banyak pokok, redup je trek jogging tu. Air tasik tu taklah jernih tapi oklah. Banyak pokok teratai & kiambang. 

Playful kids. Love them so much 😘😘😘

Bila dah ada anak, sekali sekala singgah juga main di playground. Tapi jarang sebab tasik ni too close to the pedestrian paths. Kalau budak2 berlari tu memang boleh terus masuk tasik! Itu yang Umi risau. Last time Umi bawak depa ke sini w/out Walid 2 years ago. Adik dalam perut lagi time tu. Memang dah lama tak singgah.

Tapi hari tu lepas jamuan raya masjid tu singgah lah juga sebab Walid ada sekali. Alahai, sedih tengok tasiknya. Penuh dengan sampah! Bukan lagi sedap mata memandang, sakit mata adalah :(  Nak melepak makan goreng pisang tepi tasik pun tak selera huhu... 

Sana sini sampah. Menyampah! 




Bukan Tasik Sri Gombak ni je yang berkeadaan begini, banyak tempat riadah lain juga mengalami nasib yang sama. Pernah juga baca tempat hiking macam Bukit Broga, Bukit Gasing semua nak kena tutup juga sebab terlalu banyak sampah or overused. 

Umi memang anti dengan orang yang suka buang sampah sesuka hati ni. Hangin satu badan kalau nampak depan mata. Geram! 
Salah satu alasannya "ala, cleaner/tukang sapu kan ada"... C'mon lah. Ubah mentality tu, sama-samalah kita jaga kebersihan persekitaran. Nanti kita sama-sama dapat manfaatnya. Tak rugi buat benda baik, nanti kebaikan juga yang kita dapat. 


Wednesday 8 August 2018

Selamat berangkat Atok Kasim & Uncle Alam


Atok Kasim (AK) dan Uncle Alam (UA) ni 'member surau' Abang dan Angah. Kedua-duanya rajin melayan Abang & Angah. Balik dari surau ada-ada je cerita tentang AK & UA. 

Sejak penghujung tahun lepas depa dua bersama pasangan masing-masing rajin je dok hiking di bukit berhampiran tangki air. That time kami tak tahu lagi mereka akan ke tanah suci. Cuma dengarnya adalah AK buat rayuan untuk pergi haji bersama isterinya. Alhamdulillah dapat jemputan sebagai tetamu-Nya. Dah pun berangkat Ahad lepas. 

Sedap air tangan UA. Kenduri kesyukuran 21/7. 

Kenduri kesyukuran AK. Pun sedap juga nasi lemak & rendang air tangan menantunya. 

Side dishes yang pelbagai. Ambik serba sikit share dengan Walid & anak2. Sedap semuanya. 

 Yang bestnya bulan 3 hari tu AK dan isterinya dah ke tanah suci mengerjakan umrah bersama anak menantu bongsu. Selang beberapa bulan sekali lagi ke tanah suci untuk menunaikan haji pula.Alhamdulillah rezeki depa dua.
 Seperti biasalah jika ada rakan/keluarga/kenalan/jiran yang ke tanah suci pastilah kami akan titipkan DOA agar dapat ke sana lagi. Aamiin.

Mekar sejambak mengiringi tuannya ke tanah suci

Malam tadi Angah balik dari surau. Saja Umi tanya "AK dengan UA ada tak?" Selamba je dia jawab "UA ada... Dia tukar flight kot" 😁😁😁 ada-ada je budak bertuah ni tau. Orang tu dah selamat sampai di mekah pun :) Tok pun sunyi lah juga, teman berborak dia takde sebulan lebih. Kalau tak, Tok rajin melepak bersembang dengan AK dan isterinya sambil depa berkebun. Balik dari kebun AK je penuh tangan dengan ulam-ulaman. 

Moga dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik serta beroleh haji yang mabrur buat mereka. Aamiin. 




Monday 6 August 2018

Buah hati tak sihat 😟


2-3 minggu lepas Umi, Kakak, Angah & Adik pakat tak sihat. Masing-masing demam, selsema & batuk. Complete package. Lepas pergi klinik ambik ubat, habiskan antibiotics semua oklah. 

Time tu Abang steady je. Sihat walafiat. Walid batuk sikit -sikit je. On off. Mula-mula tu batuk manja je...uhuk uhuk...lama-lama makin kasar bunyinya. Pergi klinik still tak OK. Berlanjutan sampai 3 minggu hah...  Finally minta referral letter bawak ke Pusrawi. Jumpa pakar respiratory terus. Siap kena x-ray semua. 



Sementara nak jumpa doc lepas x-ray tu Umi mintalah nak tengok result. Memang tengok je lah sebab tak tahu pun OK ke tak. Medical terms manalah kita fahamkan... Tapi Walid confident je cakap ok semua. Cuba Umi tengok summary x-ray tu katanya. Kita pun tengok lah...aahlah ada well defined, ada yang clear. Lega haha :D 

Sekali masuk bilik doc explain pasal x-ray tu. Ada jangkitan kuman dekat paru-paru. Sebab batuk dah lama sangat huhu... Jauh panggang dari api tafsiran kami 😁😁😁Doc bagi options; Masuk wad & neb and cucuk antibiotics. Cepat lega. But Walid pilih yang 2nd, balik rumah makan ubat & antibiotics (less powerful and takes longer time to heal). Punyalah baik Walid ni, ambik mc for that day je. Kalau umi mau request sampai hari jumaat :D that day pun half day was spent there sebab doc almost 11 am baru ada and half way terpaksa tinggalkan klinik ada patient dia dekat ICU tak stabil. Dari pukul 9-3 kami kat Pusrawi. Balik rumah nak jemput anak2 sekolah dsbnya dah gone satu hari. Tak rehat pun. 

Lepak kat cafe sementara tunggu turn.
Lunch pun kat Pusrawi juga. Dah cantik cafenya 👍👍👍

Surau baru pun dah siap. Time bersalinkan Adik 2 years ago, surau ni tengah under renovation. Luas dan selesa alhamdulillah. 


Next day pergi ofis boss 'halau' balik haha... Terus continue mc sampai jumaat. Kan Umi dah cakap?. Kena rehat betul-betul. Now he is getting better and hopefully recovered soon. 

Kisah Abang pula...hari khamis pejabat sekolah call. Umi dah cuak ingatkan anak jatuh ke, bergaduh ke... Tapi the caller (tak sure cikgu or kerani) cakap Abang demam. Depa minta bawak balik. Dia siap tanya "Puan aware tak Fawwaz demam?" Memang taklah sebab pagi tadi OK je. Tanya juga Walid, pun Abang nampak OK je time Walid dropped off dekat sekolah tadi. 


Terus Umi bawa Abang ke klinik. Rupanya tonsil dia bengkak and bernanah. Patutlah dia tak sihat. Doc bagi antibiotics juga untuk rawat tonsil tu. Alhamdulillah now nampak dah kecut. Nanah pun dah takde alhamdulillah. Kalau tak OK Umi nak refer ke Pusrawi juga. Dulu masa dia 5-6 tahun pernah jumpa but doc kata tak perlu buang sebab dia sihat selalu. Demam or selsema jarang sangat. Aktif pulak tu. Hopefully everything goes well with you Abang! 

Syafakallah both of you 😘😘😘