Showing posts with label Abang. Show all posts
Showing posts with label Abang. Show all posts

Friday, 27 November 2026

Happy 18th Birthday Abang 🎈


Alhamdulillah genap 18 tahun dah umur anak sulong kesayangan Ummi Walid ni. Next PRU boleh mengundi :D 

Kiranya Cuti-Cuti Ganu baru ni bukan sekadar pergi makan kenduri dan ziarah Abang, tapi nak spend time dengan Abang sempena birthday-nya. 

Adik bagi hadiah buku pasal duit.
Buku Abang pilih dan order sendiri di Shopee ke TT, Ummi tak ingat. 

Angah belanja burger. 

Sanah helwah Abang 🎈
Ummi doakan yang terbaik utk Abang dunia dan akhirat. Terus jadi anak yang taat dan beradab, abang yang penyayang dan pelindung untuk adik-adik serta cemerlang selalu aamin 🀲🏻 🀲🏻 🀲🏻 

Wednesday, 4 November 2026

Winter Time


Ibu (Pengarah Asasi) pesan pada anak-anak Asasinya supaya bersedia menghadapi 'winter' aka musim tengkujuh. 

Antara pesanan Ibu, bawa payung dan baju hujan. Walid beli payung ni dekat Decathlon, RM49 sekaki. 

"Pakai sampai habis degree nanti"  
🀭

Wind breaker Abang beli online je. Tapi pendek sikit, bukan jenis labuh. Dia dah test pakai pergi kedai time hujan, tak basah katanya. 
Okay, good πŸ‘πŸ» 

Cuma kasut je masalah sikit. Ikutkan nak beli kasut jenis getah tapi saiz kaki Abang ni susah cari kasut. Jadi dia beli plastic shoe cover. Teringat pulak zaman Ummi sekolah dulu. Kalau hari hujan kami ambil plastik balut kasut sekolah. Tak basahlah kasut sekolah. Zaman sekarang ada item khusus yang dipanggil show cover yang fungsinya sama iaitu melindungi kasut dari basah dek hujan. 

Setakat hampir seminggu balik ke kampus, takde hujan lebat lagi Abang kata. Hujan sikit-sikit, sekejap-sekejap  tu adalah. 
Takpe kita sediakan payung sebelum hujan :D 

Sunday, 1 November 2026

Bye Abang!

Alhamdulillah anak sulong kesayangan Ummi Walid dah selamat sampai ke Ganu awal pagi Sabtu. 

Kali ni bawa luggage.
Sebelum ni bawa beg jenis tali sandang di bahu tu. Lepas tu bawak 2 beg galas, jenuh nak handle kiri kanan depan belakang ada beg πŸ˜… bawa luggage ni senang, sorong je. 

Ada budak nak ikut ke Ganu :D 

Boarding passs.
Kali ni naik bas Express Adik Beradik juga. Abang belum install apps depa jadi boarding pass kena print dekat kiosk. Caj RM2, bayar guna TNG e wallet. Kalau ada apps, terus scan je phone pada mesin pengimbas sebelum turun ke platform menunggu. 

Yang Ummi bulat merah tu info untuk beli tiket bas online direct with TBG. Baru-baru ni kan keluar memo dari Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang katanya mulai 1 Nov 2026 ni pembelian beli tiket bas hanya melalui terminal bas. Take note ye Abang. 

Kali ni bas lewat 15 minit je. 
Last time sejam lebih bas delay. 

Sampai sana sebelum Subuh.

Lepak di masjid dulu tunggu orang Azan. 
Lepas solat barulah order e-hailing balik ke kampus. Senang sekarang, order e-hailing je. Ummi dulu usung bas dari Puduraya ke Bangkok Bank atau ke CM (Central Market) dulu untuk solat di suraunya tu. Kemudian berebut pulak naik bas Metro atau Bas Mini warna pink tu balik ke kampus. Dulu rasa penat, sekarang bila dikenang balik seronok juga merasa pengalaman begitu, menjadikan kita lebih berani, berdikari dan kental. 

Begitulah nak, bukan senang nak senang. Gunakan dan nikmati masa muda remaja ni untuk belajar ilmu kehidupan juga, bukan setakat ilmu dalam kelas ❣️

Saturday, 31 October 2026

Sarapan Nasi Berlauk @ Nora Seafood, Prima Sri Gombak

Ummi pernah beli nasi lemak di restoran Nora Seafood ni beberapa bulan lepas. Jadi, Jumaat semalam Ummi ajaklah Abang sarapan di restoran ni. Kami sampai di sini sekitar jam 8.35 pagi. 

Rupanya dah tak jual nasi lemak dan menu sarapan lain; nasi goreng, mee goreng dsbnya tu. Yang ada nasi putih dan pelbagai pilihan lauk yang telah siap dihidang. Deretan tray tu penuh dengan pelbagai lauk pauk. Tanya staff tu, betul sekarang takde nasi lemak semua tu. 

Okay ke Abang? 
Onz 

Customers selepas kami, bila tahu takde pilihan lain mereka keluar dari kedai. Ummi pula malas nak alih kereta, dapat parking depan kedai kira bertuah sangat la kalau area Prima ni. Tapi ni awal pagi lagi, banyak lagi parking kosong.  

Ummi pilih keli belado dan ulam timun dan daun salad. Abang ambil lauk lemak goreng dan sayur bendi. Kenyang, lunch tu memang skipped la. Malam baru makan semula. 

Pening dia lepas makan lemak tu, melekat di gusi/gigi rasa berlemak tu πŸ˜…
Gen Z yang tak pernah makan lemak goreng, begitulah... 


Kedai kosong je... Mungkin belum waktu bekerja. 

Harga nasi kami masing-masing RM10 dan air pulak RM2.50 masing-masing untuk 1 gelas limau suam dan 1 gelas limau ais. 


Langit yang biru dan awal kepul-kepul petang semalam. Masha Allah tabarakallah, cantik sangat πŸ’™

Tuesday, 20 October 2026

Abang | Main Bola di UIA

 Hari Rabu pergi sekolah ambil sijil Tahfiz tu, ada cikgu ajak Abang dan kawan-kawan main bola dengan geng cikgu-cikgu. Cikgu-cikgu depa ada team bola. Aktif main, at least seminggu sekali. 

Makanya Khamis malam kami pun temanlah Abang ke Padang Bola Sintetik UIA. Takde kenderaan nak pergi sendiri. Nak bawak kereta tak berapa confident lagi sebab lepas lulus P, terud masuk Asasi. Sampai sekarang tak pernah bawak kereta. Motor pula dah uzur, tak berani nak bagi dia bawak. 

Kenangan Abang dan guru/ustaz dari team JKFC. Kawan Abang yang dapat joined cuma Wakeel dan Zack je. 

Team lawan. 
Dari segi umur tu nampak baya-baya team cikgu-cikgu juga. Sekufu hehe .. 

Jerebu! 
Ingatkan malam reda sikit jerebunya, rupanya sama je. 


Pom pom girl Abang :p
Esoknya tu kan PDPR, boleh la tidur lewat dari biasa. Kalau Adik sekolah Jumaat tu, memang Ummi dan Adik tak ikutlah. 

Tengah main hujan pulak. Best jugak sesekali dibasahi air hujan. 

Ummi dan Walid... 
Kita bikin romantis 🎢🎡🎡🎼
Gitewww... 

Alamak, Abang injured! 
Kaki melecet. Boot bola tu Zack punya, dia pinjam sebab boot bola dia tinggal di hostel. Main sekejap je la. 

Kami tunggu jugalah sampai habis game. 
Keputusan seri 1-1.

11.30 malam gerak balik. Hujan lebat. Ummi ni risaukan Wakeel sebab dia naik motor. Zack bawak kereta, tak risau sangat. Suruh Abang text si Wakeel ni, alhamdulillah dia selamat sampai rumah 🀲🏻
Siap ajak Abang main game lagi. Budak-budak muda, energetic. Ummi ni nampak bantal dan tilam je dah πŸ₯±






Monday, 19 October 2026

Abang | Sijil Tahfiz DQ JAKIM

Alhamdulillah Sijil Tahfiz JAKIM dah boleh diambil di sekolah. Makanya Rabu lepas Abang ke sekolah menengahnya bersama beberapa orang kawan yang juga sedang bercuti. Sijil SPM Abang dah ambil Ogos lepas. 

Abang lepasan sekolah SMKA TMUA (Tahfiz Model Ulul Albab). Selain Sijil SPM, pelajar SMKA TMUA juga layak mendapat sijil Tahfiz DQ JAKIM. Untuk melayakkan pelajar dapat sijil Tahfiz ni, kena habiskan hafazan 30 Juzuk Al Quran sepanjang 5 tahun di sekolah. Alhamdulillah Abang berjaya khatam hafazan di Tingkatan 4. 

Gred digunakan ialah Band 1-6. 

Selepas selesai urusan di sekolah, pakat outing pula. Ada kawan bawak kereta jadi panjanglah langkah depa. 

Lunch makan di Richeese. 
Kemudian berpindah ke food court pulak, ada kawan baru sampai. 

Pasrah je la Ummi dengan gambar yang Abang share ni 🀭

Alhamdulillah tahniah Abang. Dari segi pengiktirafan, dah ada sijilnya. Tapi nak kekalkan hafazan tu yang mencabar. Jangan biar permata berharga dunia dan akhirat tu hilang dari dada ye Abang❣️


Wednesday, 14 October 2026

Yeay Abang Balik!

Abang selamat tiba di Terminal Bersepadu Gombak (TBG) awal pagi Isnin. Bas dari Ganu pukul 10.30 mlm. 

Kali ni naik bas Express Adik Beradik. 
Abang ambil single seat, harga tiket RM70++. 
Balik sebelum ni nak Sani Express. Antara dua ni Abang kata Express Adik Beradik legging lagi luas. Lagi selesa untuk Abang. 

Ini kali kedua Abang balik Gombak naik bas dengan kawan-kawan. Balik kali pertama dulu hampir tak tidur malam Umminya, risau 🀭 Macam-macam yang difikirkan :) 
Kali ni Abang bagitau dia dah naik bas, Ummi pun masuk tidur. DOA yang baik-baik aja untuk Abang dan kawan-kawannya. 

Abang singgah di Gambang ni Ummi tak sedar pun. Terjaga pukul 4.30 tu baru track location, dah nak sampai TBG dah. Kejutkan Walid, terus ke TBG. 

Buah tangan dari Abang.
Kerepek ubi tu Mak AF bagi. 


Nak dijadikan cerita, Maghrib tu Abang diziarahi tetamu. Siapa lagi, kakak blogger kesayangan kita la, Kak Faiza. KF ke Ganu sempena Convo Abg Imi. Sempat lagi tu singgah jenguk Abang. Allah sajalah mampu balas budi baik KF sekeluarga ❣️


Saturday, 19 September 2026

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan SRAI


Jumaat lepas sekolah Adik buat majlis Sambutan Penutupan Bulan Kemerdekaan. 

Boleh pakai pakaian bertemakan Merdeka. 
Ada juga pertandingan pakaian tercantik bertemakan Merdeka tapi Adik tak nak masuk. Ummi tengok gambar pemenang² pakaian tercantik ni memang all out semuanya. Kreatif dan cantik belaka. Tahniah semua! 

Gambar dengan kawan-kawan sekelas. 
Kebanyakannya memang pakai pakaian kebangsaan. Bagus anak² ni. Semoga sikit sebanyak bila diadakan majlis begini dapatlah menjentik rasa kecintaan kepada mereka, generasi pewaris negara πŸ‡²πŸ‡Ύ.

Abang pun ada juga program Merdeka. 
Group dia kena pakai baju kuning katanya. Sempatlah keluar ke bandar cari baju. Jumpa jersey Harimau Malaya RM30 kot, okaylah tu. Dapat saguhati rasanya untuk Pertandingan Perbarisan Merdeka ni. Satu lagi acara Sayembara Puisi. Abang jadi penonton je. 




Tuesday, 15 September 2026

Pagi Senin

Senin = Isnin 
Kalau orang tua-tua di kampung Ummi, dema (loghat Baling dema, loghat Kedah depa) sebut seney/seneng. 

Masjid Besi Putrajaya 
Menjelang Subuh Walid dah sampai di masjid ni. Solat Subuh kemudian memulakan kerja lapangan di sana. 

Greenwood 
Tugas Ummi la hantar Adik ke sekolah hari ni. Alhamdulillah smooth perjalanan pergi balik. 

Abang ada Speaking Test pagi ni juga. Patutnya Sabtu lepas tapi salah seorang ahli group tak sihat, terpaksa tangguh ke hari ni. Dekat sana ramai tak sihat. Influenza. Ada yang kena kuarantin. Risau betul sebab dah nak final exam awal bulan depan. Sekejap je Abang belajar, dah nak habis Sem 1. Kita yang tengok ni rasa sekejap tapi yang menghadap tu rasa lama kot 🀭


Wednesday, 9 September 2026

Hujan, Jerebu, Hujan

Lepas Subuh Abang kongsi gambar ni ... 

Hujan lebat... 
Nak ke kelas pun tunggu reda sikit hujannya. 
Payung takde, baju hujan pun takde :(
Sudahnya bila hujan reda sikit redah jugalah hujan. Pakai sandal ke kelas hari ni, takut kasut basah katanya. Kelas sejam je, 8-9 pg. Sepatutnya ada lagi kelas selepas tu tapi lecturers ada program. Masih hujan, jadi terus ke library buat ulangkaji. 

Tengahari dia kirim gambar ni...
NDAT ke Abang? 
"Bukan, ada booth jual makanan depan library"  katanya.

Ini cerita Abang. 
Cerita Ummi pula... Keluar awal pagi atas suatu urusan. 

Jerebu teruk ye pagi ni!
KLCC, TRX, Merdeka 118, KL Tower semua 'hilang' :( 
Selalu kalau lalu sini, nampak bangunan² ikonik dari kejauhan. 

Matahari merah menyala tapi sinarannya tertutup dek jerebu tebal. 

Ku sangka jerebu hingga ke petang, rupanya hujan selepas Zohor. Ni dekat area Greenwood, seram tengok air bertakung tu... Masih trauma kalau hujan lebat area sini, takut banjir kilat macam few years ago. Tengah menunggu hujung² traffic light merah ni bertukar ke hijau tiba² petir menyambar! Dari merah, tukar ke kuning pulak πŸ˜… Mujurlah sekejap je, sebelum hijau semula. Tapi traffic light lagi satu, depan Sifu Durian tu, padam terus. Ummi sempat la nampak hijaunya dan jalan. Kereta-kereta belakang macam pakat berhenti sebab tak sure la kot siapa patut jalan masa tu. 

Dekat sekolah macam biasa, air naiklah di sesetengah tempat kalau hujan lebat begini. Syukur Ummi sampai on time, belum jammed lagi dan air pun belum tinggi. Harapnya tak sampai banjirlah. Semoga dipermudahkan urusan semua dan hujan lebat ni dapat membersihkan udara. 

#Blog Ummi ada problem. Bloglist tak auto update jadi kena klik blog satu satu untuk tengok kalau ada entry terkini. Thus, ambil masa sikit dan slow blog walking πŸ™πŸ» 

Tuesday, 11 August 2026

Abang | Lesen Kereta ✅

10/6 Abang ambil ujian JPJ untuk lesen kereta, gagal bahagian litar (parking failed, terlanggar kon). Masa ni Abang dah start minggu orientasi Asasi (online) dan dah dapat tarikh untuk regi fizikal di Pusat Asasi. Jadi, terpaksa tangguh dulu nak repeat test JPJ ni sebab nak dapat tarikh untuk repeat test pun kena que juga. 

Jadi Abang minta surat pelepasan supaya dapat repeat test di tempat lain. Dalam perancangan, mungkin ambil di Ganu nanti. Tapi dalam masa yang sama, cari juga driving school lain; survey harga, tarikh dsbnya. 

Alhamdulillah, dapat reasonable price dari IMKL Driving School. Untuk kelas tu kami ambil 2 jam. Total RM237. Quotation lain yang kami dapat >RM300-500. 

IMKL ni dekat Jalan Gombak, area Masjid Sg Mulia. Belakang² situlah. Baru tahu pasal driving school ni, which is much better dari driving school Abang yang first dulu. Staff are very professional dan helpful dan tempatnya pun lebih teratur dan luas. Highly recommended. Dekat IMKL ni test JPJ setiap hari Khamis. 

Sebulan sebelum test, setelkan payment dan terus booked tarikh untuk test JPJ, bersesuaian dengan tarikh Abang cuti mid sem. 

Alhamdulillah, 6.8 Abang lulus ujian memandu. Dapat Lesen P yeay ! 
Untuk lesen digital tu, dalam masa 30 hari siap. Ikut pengalaman buat lesen P motor hari tu seminggu dah siap dah digital license tu. 

Alhamdulillah tahniah Abang, setel dah bab ambil  lesen motor dan lesen kereta. Terima kasih banyak kepada instructors Abang. 

Banyak kami belajar sepanjang proses Abang ambil lesen memandu ni. Tak apalah, yang baik kita simpan sebagai kenangan dan bagi kredit. Yang kurang baik tu kita jadikan sempadan dan anggap sebagai proses untuk mematangkan diri dan kenal kehidupan.