Tuesday 27 January 2015

Pulut Kuning Pisang Raja



Assalamualaikum
 Salah satu perkara yg best bila jadi surirumah ni bila terasa je nak makan apa2 boleh terus je ke dapur buat apa yg patut. Provided that bahan yg nak dimasak tu ada di dapur :)

Hari ni saya teringin nak makan pulut kuning. Beras pulut memang ada. Biasanya kalau Mak datang rajinlah beliau masak pulut. Beras pulut yg ada tu pun lebihan Mak masak tempohari. Saya baru first time masak pulut ni. Kalau pulut tanak yg ala2 masak nasi tu pernahlah. 

Pagi sebelum majlis akad nikah Anas tempohari Mak masak pulut utk sarapan. Saya observe cara Mak dan try hari ni. Mak saya takde resepi/sukatan2 tertentu. Semuanya main agak2 je. Alhamdulillah it turns out so well. Di samping pisang raja yg hanya tinggal 3 biji je saya juga buat rendang ayam. Bang-aji tak makan pulut dgn pisang macam saya :)


Sewaktu saya belajar mengaji (muqaddam & al Quran) dengan Makteh sewaktu kecik2 dulu, ibubapa kami akan sedekahkan pulut pisang jika ada antara kami (anak2 murid) yang khatam muqaddam dan mula membaca al Quran. Sekali sekala ada yg hantar pulut bersama sambal bilis. Kami makan sepinggan 3-4 orang. Hidangan special bila ada yg khatam quran. Biasanya pulut bersama ayam bakar. Nikmat betul menjamahnya.

Saya cuma kepilkan disini nota utk diri sendiri, for future reference.
1. Bersih dan rendamkan beras pulut selama +-1 jam.
2. Panaskan kukusan. Kukus pulut tadi sehingga lembut.
3. Satukan santan, garam & serbuk kunyit. Gaulkan sebati dengan pulut tadi.
4. Kukus semula hingga masak.

Al fatihah utk Makteh yg telah kembali ke rahmatullah bulan puasa lepas. 

Monday 26 January 2015

Super Crispy Fried Chicken


Assalamualaikum
 Sekejap tenggelam sekejap timbul puan blog ni :) sibuk menguruskan battalion tentera kecik saya :)

Hari ni saya nak share resepi best yg saya cuba semalam. Sumber resepi saya copy dari akhbar the star, ahad lepas. 

 Saya tambah sedikit maggi cukup rasa dlm bahan perapan.

Untuk coating, saya guna 4 sudu makan tepung gandum, 2 sudu makan tepung beras dan 1 sudu teh baking powder. Sebabnya saya takde stok all-purpose flour. 

Keadah menggoreng spt di bawah;


Notes for self: goreng dulu till golden brown. Toskan and check bahagian dlm dah masak belum. Jika belum goreng semula dgn mengenepikan (selak) sedikit bahagian yg crispy tu. 

Hasilnya tadaa.....


Yang bestnya dah tinggal seketul Bang-aji tanya "Ayamas ke Umi?"
Hello! 
Homemade la B :)

Selamat mencuba!

Wednesday 21 January 2015

Cara mudah susun buku sekolah anak...


Bila Abang dapat buku teks minggu lepas, saya sangat teruja untuk 'mengerjakan' buku-buku tersebut - balut, tulis nama dsbnya. Ada beberapa buah buku yg masih elok berbalut jadi mudah sikit kerja saya. Cuma bab menulis nama tu yg lotih den! Bukan sekadar buku teks (akademik & agama) yg berbelas2 buah, dgn buku latihan lagi utk hampir setiap subjek juga buku kerja dan buku tulis. Lenguh tangan mokcik. Tahun depan saya dah usulkan dekat Bang-aji utk buat cop nama Abang. Senang & cepat gitu.

Sedang elok saya bertungkus lumus dgn buku2 Abang tu, kawan baik saya, Shad wasap satu gambar cara mudah utk susun buku anak2 ke sekolah. 


Alang2 dah ada good idea macam tu terus saya follow. Tapi saya upgrade sikit dgn menambah label (numbering) mengikut aturan subjek setiap hari. Tidaklah nanti Abang terkial-kial mencari buku dlm beg sekolahnya. 

Macamana nak buat tu?
1. Balut buku dgn wrapper plastik spt biasa
2. Ambil kertas warna/sticker berlainan warna (5 warna). Satu hari satu warna (isnin - jumaat)
3. Potong kecil2 dan lekatkan di atas wrapper plastik tadi dgn menggunakan double-sided tape. Labelkan mengikut subjek. Contoh hari isnin color codenya warna pink. Subjek pertama BM. Tulislah 1. Saya bahagikan pula buku teks (a) dan buku latihan (b). Saya tak lekatkan terus di kulit buku bimbang buku akan rosak jika ditanggalkan label tersebut. Maklumlah buku pinjaman. Tahun depan murid lain pula akan guna buku tersebut. Jadualnya pasti berbeza dari tahun ke tahun.
4. Lekatkan tape lutsinar (selotep) di atas sticker/label tadi agar ia kemas & tidak tertanggal. 
5. Setiap hari ambil buku mengikut kod warna yg sama sahaja. Susun dalam beg ikut numbering yg diberi berpandukan jadual sekolah. 



Sticker saya tak sama size... hantam sajalah labu..itu je yg ada. Huhu 


Akhir sekali lekatkan lebihan sticker tu pada jadual sekolah anak, takut lupa / keliru waktu nak susun buku.

Saya dah praktis method ni sepanjang minggu ni. Alhamdulillah sangat praktikal. 
 Jutaan terima kasih kpd pencetus idea ni. Moga Allah mudahkan urusan anda atas asbab anda telah mudahkan urusan saya :)
Barakallahu fik.

Tuesday 20 January 2015

Logo Baru Pos Malaysia


Perasan tak pos malaysia dah ada logo baru? Saya tahu pun sebab Khamis minggu lepas Bang-aji ke majlis pelancaran logo baru Pos Malaysia di dayabumi. 

Bukan nak share pasal majlis tu sbb saya tak pergi pun...he he.. cumanya nak share souvenir yg Bang-aji bawak balik :) masa saya kerja dulu saya selalu bawak balik souvenirs utk Bang-aji. Maklumlah saya dlm line event management. Macam2 souvenirs yg saya dapat - pen, keychain, notepad, diari, pen drive dsbnya. Kebanyakannya masih tersimpan elok. 

Jom tengok apa yg ada dalam goodie bag Pos Malaysia hari tu; 

Saya dapat pen, T-shirt, cupcake, mineral water & bag.
Yang paling istimewa setem hari pertama...
Alhamdulillah rezeki saya.
Inilah logo baru depa
 Tak lama lagi dapatlah tengok postmen hantar surat dgn kenderaan berlogo baru serta uniform baru :)



Tahniah!

Monday 19 January 2015

Makan Kenduri: Edisi Safar 1436H



Tersentak sekejap bila dengar deejay radio IKIM sebut tarikh bulan Islam semalam. Dah di penghujung bulan rabiul awal rupanya. Nak tak nak kenalah rajinkan diri up cerita kawin bulan safar tempohari, sebelum up cerita kawin bulan rabiul awal. Busy mokcik mengalahkan menteri :)

Pada bulan tersebut kami banyak keluar daerah utk makan kenduri. Bermula dengan kenduri Atun di trolak, (6 Safar) diikuti pula dgn kenduri Anas pada 13 Safar di sg petani kemudiannya kenduri Ali di Lunas pada 27 Safar. Makan kenduri edisi safar akhirnya dinoktahkan pada 28 safar. Satu majlis di bangunan tnb bangsar dan satu lagi di kejiranan kami. Kami rasa berbesar hati utk meraikan dan berkongsi kegembiraan di hari bahagia mereka.

Namun, ada juga majlis yg terpaksa kami let go, majlis kenduri Atim, bekas teman sepejabat. Ralat juga tapi sbb bertembung dgn kenduri Anas terpaksalah menguzurkan diri.

Semoga rumahtangga mereka diberkati oleh-Nya. Dilimpahkan rezeki yg berkat & zuriat yg soleh/solehah. Amin.

Akhir kalam;


Senyum.

Saturday 17 January 2015

Nasi Lemak Kuning, Ayam Goreng Berempah



Assalamualaikum
 Dah seminggu tak bersiaran... bukan Apa, sibuk membiasakan diri dgn rutin harian Abang yg dah masuk sekolah. Nanti kita citer lain kali ye.

Dah lama teringin nak makan nasi lemak buatan sendiri. Tapi sebab Abang & hubby dah tak sempat sarapan di rumah, saya tunggu weekend baru masak nasi lemak ni. 

Saya buat nasi lemak kuning resepi cikpuan zalinah. Harum nasinya gabungan serai, daun land an juga halba. I like! 

Nasi ni saya gandingkan dgn ayam goreng berempah resepi k.amie. Dah berkali- kali saya guna resepi ni utk ayam goreng berempah. Utk sambal tumis, saya ikut respi k.sha masterchef.  Rindu dgn blog k.sha... sibuk menulis agaknya sbb tu dah lama beliau tak update blog. Jangan lupa telur rebus sama itu timun ye. Baru ngam. Regukan dgn teh o perisa strawberry dari Cameron Highlands yg ex-boss bagi. Memang terangkat :)

Selamat mencuba!

Monday 12 January 2015

Abang Darjah Satu


Encem tak Abang?
Ramai cakap nampak macam budak darjah 4@5...hehe

Ini pula gambar dalam kelas...
Curi2 tangkap gambar dia dalam kelas.
Nampak steady je sampai Umi jengok pun dia tak perasan

Alhamdulillah bermula fasa baru dalam hidup Abang. Hari ni Abang mendaftar sebagai pelajar tahun satu. Semuanya mudah bagi Abang. Bangun awal, terus mandi dan solat subuh. Harap ianya berpanjangan menjadi tabiat baik utk Abang. 

Abang ditempatkan di kelas kedua. Untuk minggu orientasi ni pelajar dibahagikan mengikut abjad pangkal nama. Sudahnya kelas Abang hanya mempunyai tiga 'kuntum' bunga! Kebanyakan pelajar lelaki berpangkal nama Muhammad/ Mohd... huruf M... sebab tu majoriti pelajar lelaki :) rabu ni akan diadakan ujian utk tentukan kelas. Saya tak kisah je kelas mana pun... Abang pun baru darjah satu.

Stationary set ni hadiah dari maksu dia. Saya hanya beli pencil box je.

Memandangkan Abang anak sulung, kebanyakan peralatan dan pakaian sekolahnya semua yg baru. Rezeki dia.... harapan saya semoga dia menggunakan segala kemudahan yg kami sediakan dgn baik dan rajin belajar. Macam Umi dan Walid dulu2...:)


Alhamdulillah yuran dan buku-buku latihan semua dah setel. Buku teks je belum diperoleh. Insha Allah dalam minggu ni juga. 

Good luck Abang!

Tuesday 6 January 2015

Resepi Minggu Ini (01/2015)


Assalamualaikum...
Tetiba blank sekejap, tak reti nak letak tajuk utk entry kali ni. Petang2 gini dgn hujan pulak di luar tu... rasa nak sambung tidur je :)

Seperti biasa, ini adalah entry tribute utk bloggers yg saya 'pinjam' resepi mereka di alam maya. Terima kasih daun keladi semua! 


Kerabu ulam raja ni resepi diela craft. First time saya cuba dan menjadi. Aroma ikan bilis goreng tanpa minyak sgt menggoda.


Ini pula daging masak lemak cili padi. Resepi dari cikpuan dorina delight. Saya rebus dulu daging dlm slow cooker utk lembutkannya. Mula2 tu I was a bit sceptical sbb kena tumis dulu bahan kisarnya. Selalunya saya masak lemak takde tumis2 ni. Tapi bila dah masak tu memang meletops! Tapi next time kena kurangkan chili sikit. Abang asyik komplen pedas. Tapi makan asyik bertambah je. Siap hirup kuah lagi. He he... 


Bawal putih masak kicap bijan, olahan k.Azie. Ini kali pertama saya beli ikan bawal putih. Maklumlah mahal katanya. Tapi mungkin rezeki saya hari tu murah. Saya beli ikan bawal ni, siakap size sederhana dan beberapa ekor ikan kerisi harganya cuma rm24. Alhamdulillah dapat juga saya merasa keenakan isi ikan ni. 


Ayam goreng berempah resepi k.amie little kitchen ni memang berhantu! Dalam minggu ni saja dah 3 kali saya buat! Memang umph. Lagi lama perap lagi umph. Cuba tau!


Ini salsa, saya gabungkan resepi phong hong dan  blogger mylittlehabib. Gabungkan tu bukan apa, saya tak cukup bahan! Jangan marah ye puan empunya resepi. 

PH baked the tomatoes in the oven tapi saya
guna non-stick pan je. Malas nak keluarkan oven :)
Sekali lagi terima kasih kpd semua pemilik resepi. Minta halal ye resepi ni... Kepada yg nak mencuba silalah follow link yg saya bagi tu ye.

Last but not least, 


Take care.



Monday 5 January 2015

Tetamu datang bawa rezeki :)


Hujung minggu kelmarin, k.long BM berkunjung ke teratak kami. Mereka tumpang bermalam di rumah sbb anak bongsunya dapat masuk kolej. 

Setiap kali berkunjung k.long ni tak pernah datang dgn tangan kosong. Saya salute betul dgn sifat pemurah k.long ni. Dan berazam utk mencontohi beliau. Azam tahun baru beb!

Jom tengok apa yg k.long bawa kali ni;

Betik, ulam raja, mangga & jambu madu

"Betik ni betik sulung, tak tau la manis ka dak. PH peram la dulu..."

"Ulam raja ni k.long tanam, merimbun kat rumah..." Gitulah k.long. 

Jambu madu sama serbuk asam boi. Walah!
Mangga tu pulak manis sungguh. Bijinya saya simpan, nak semai.




Mengancam tak kerabu ulam raja ni? Dah puas makan mentah (ulam) saya buat kerabu. Maklumlah satu plastik besar k. long bagi. Resepi saya ambil dari dapur diela craft. Thanks honey!

Terima kasih k.long...moga murah rezeki sokmo. 

Daa...

Yuran SRAI Sesi 2015


 Mula2 yang ini..

 Kemudian yang ini... 

Akhirnya yang ini...

Untuk pengesahan hubby call sekolah. Confirm sekolah dibuka 12 Januari. Petangnya dapat SMS yg sekolah dibuka utk urusan pembayaran yuran juga pembelian buku. 

So hari ini, kami ke sekolah menyelesaikan urusan tersebut. Exited sebenarnya ummi & Walid. Maklumlah anak sulung... itu belum lagi cerita uniform sekolah yg dah siap digosok. Hikhik...


Alhamdulillah selesai sudah bab yuran dan buku. Yuran bulanan rm85 (rm50 utk makan & rm35 yuran pibg). Utk kelas optional spot iqra', sempoa dll akan dimaklumkan kelak. 

Till then. 


Saturday 3 January 2015

Ani Sup Utara, Prima Sri Gombak


Cerita ni pun dah lama sebenarnya... dah basi pun... kita layan je la ye..

It was a dinner treat for our family actually. Lagipun kebetulan ummi malas nak masak, suruhlah Walid belanja :)

Set tomyam pilihan inche' Walid :)

Set nasi ayam panggang utk Abang encem

Set nasi & sup campur utk mokcik gojes :)
Jus kedondong tu biasa2 je... didn't meet my expectation.
 Mokcik set target ala2 jus segar di Bandung. LOL!

 Food dan service bagi saya tiptop. 
Portion makanan juga besar. Utk semangkuk sup/tomyam tu kami boleh kongsi satu family. Tomyam & sup pun banyak isi dan rencahnya. Berbaloi.
Next time maybe boleh order sup/tomyam sahaja. Nasi boleh di order secara berasingan, set atau nasi kosong sahaja.

 
Fya B dearie :)

Tatatititutu...

Friday 2 January 2015

Jualan Gudang The Store....kembali!



Sebenarnya agak terlewat saya up story ni. Saya hilang mood dek musibah banjir dan kemalangan qz8501. Tapi mungkin story ni berguna, jadi saya share, especially bagi 'bargain hunter' macam saya.  Masih ada masa utk  ke jualan gudang the store ni. Ianya akan berakhir ahad ni, 4/1. Keperluan sekolah anak2 juga dijual di warehouse sale ni. 

First time saya ke sini saya jadi rambang mata. Sebabnya banyak sangat baju cantik2 especially utk girls. Baju jenama Anakku yg biasa harga rm30-40 tu ditawarkan dgn harga serendah rm10 sepasang. Saya borong 6 pasang utk Balqis. Legging pula hanya rm5 sehelai. Mana nak dapat dik! 



Semua tu saya yang punya!

Ini untuk cucu baru saya. RM10 jugak
Dah bercucu mokcik :)

Second time pergi dah tak banyak pilihan. Baju Anakku yg rm10 tu pun dah habis kot, sbb saya tengok mostly rm15 sepasang. Tak sure pulak kalau diorang up harga. Saya hanya beli jeans utk Abang brand Pencil dan classic polo utk Angah  dgn harga rm25 dan rm15 setiap satu. Harga mampu milik utk saya. 

Selain kids, men & women apparels, stationery, home appliances, toiletories dan biskut jenama Julie's dlm pakej yg menarik  juga ada dijual. Jika nak beli and sedekahkan kpd mangsa banjir pun sesuai. Begitu juga jika nak dijadikan buah tangan.

My newborn cucu, lahir hari krismas lepas.

Happy weekend!