Sunday 29 May 2016

Nadeen Sufya



Introducing our new family member, Nadeen Sufya. Patutnya 'keluar' 27/5 tapi Nadeen dah tak sabar nak jumpa Umi Walid agaknya maka bersalin awal 3-4 hari.  Hari ni dah seminggu usia Nadeen. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

May 20th, it was supposed to be the final antenatal check up tapi Umi kena admit sbb high BP. Lepas jumpa nurse ambik BP, berat & urine test tu Umi rilek je makan nasi lemak & teh tarik ngan Walid & Kakak. Padahal bacaan BP Umi 140+/90+. For me it's 'normal' especially bila dekat due. Umi ni ada penyakit risau & takut bersalin, sampai takleh tido malam. Ssshh jangan habaq kat orang :p 

Bila jumpa Dr S, Umi perasan airmuka dia menunjukkan something is bothering him. Bacaan BP Umi time ni 157/99. Tengok angka 99 tu Umi pun terkejut hehe. Dia cakap Umi kena admit, dia nak monitor BP Umi for 48hrs. Terus mata Umi masuk habuk, pelan2 ambik tisu lap ayaq mata. In my mind I'll be in labor anytime itu yg touching. Teringat sempat ke nak peluk cium Abang & Angah, nak call Tok, Tok Umi semua, nak solat taubat, solat hajat huhuhu. 


So start petang tu Umi admitted. Satu family kita berkampung di Pusrawi hinggalah Nadeen selamat dilahirkan isnin lepas. Syukur alhamdulillah both Umi & Nadeen are doing well. 

Monday 16 May 2016

Hari Guru 2016


Wah! Meriah sungguh sambutan hari guru di sana sini ye... Tadi buka FB penuh dgn gambar sambutan hari guru. Jasa guru memang tak terbalaskan? 

Credit source

Minggu lepas Abang minta saya bantu dia buatkan kad hari guru. Ada pertandingan kad tercantik katanya. Since ini utk pertandingan saya suruh dia buat sendiri, cuma tolong buatkan reben je. Biar dia usaha sendiri ikut kreativiti dia. 

Munga2 la pulak kad Abang :)

Diiringi kata2 yg sweet

Semalam saya joint mommies kelas Abang yg free utk tolong siapkan Abang & classmates dia sebab depa ada perbarisan hari guru. Actually this was a last minute plan. Jumaat malam tu baru kami tau ada pertandingan perbarisan. Cikgu inform last minute to mama Aisyah. Alhamdulillah mommies kelas Abang ni semuanya supportive & creative. Macam2 idea yg diberi. Finally we agreed utk buat benda yg senang, jimat kos masa & tenaga. Dah last minute kan... Special thanks to mama afiq yg sponsor & buatkan selempang, mama iman yg sediakan sepanduk, bunga manggar & reben kepala juga mama muiz yg sponsor smiley pin. Memang all out la... Juga kpd mama abdullah, mama ainun, mama aqil yg hadir membantu semalam. Gojes mommies yg lain pun thanks a lot for your support. Bak kata mama Khalid, anak ceria ibu gembira :) 

Berkat sokongan semua, 2 Bijak menang kontinjen terbaik utk perbarisan. Dah jangka sbb tengok kelas lain ada yg tak buat apa2 pun hehe. Semalam pun mommies (plus 1 daddy) 2 Bijak je yg sibuk buat preparation di kantin sekolah :) 


Bab hadiah pulak mama Aisyah took charge. Kagum betul dgn Zila ni, tengah preggy pun boleh jahit pencil case & buat mini tasbih utk setiap guru yg mengajar 2 Bijak. Jazakallahu khairan kathira utk mereka. 


On personal capacity, Abang beli kek utk cikgu pilihan dia. 


Angah pun sambut hari guru jugak di sekolah dia semalam. Awal2 dia dah bagitau nak bawak kek utk cikgu. Meriah sambutannya. Lebih manis, cikgu Angah menang anugerah cikgu terbaik peringkat Pasti kawasan Gombak. Tahniah cikgu! 



Terima kasih cikgu!