Showing posts with label Photodump. Show all posts
Showing posts with label Photodump. Show all posts

Friday, 23 October 2026

Rezeki Goodies, Makanan & Minuman

Goodies dari majlis kahwin makcik bestie Adik, Syirah. Majlisnya di Terengganu, tiada jemputan pun untuk kami tapi Syirah bawa balik goodies untuk kawan-kawan rapatnya. Ada senduk plastik, set sudu garfu dan jajan serta tisu. 

Abang beli burger crispy. Harga RM4 je tapi sedap burgernya. Ayam pun besar. Dalam mangkuk Mamee Chef Lontong, dia simpan untuk Ummi berbuka. 

Kali ni Ummi hidang ikan bekok bersama cili dan bawang, seperti yang dicadang/diajar oleh kawan-kawan blogger. Limau je takde. Ternyata lebih sedap. 

Abang bawa balik dari surau. Ada jemaah sedekahkan serai dan buah amra (kedondong). 

Buah amra Ummi hiris dan tabur serbuk asam. Sedap, masam-masam manis. 

Roti bakar kaya Walid beli. 
Ummi potong 4 setiap ketul tu. Ummi makan 1 potong je. Kenyang, banyak makanan malam tu alhamdulillah. 

Sambal sardin. Makan tengahari dan malam tak habis juga. Rumah ni Ummi je peminat sardin. Abang makanlah juga. Walid tak berapa. Esok pagi tu Ummi goreng nasi + sardin.

Nak masak kuah buttermilk, cili pulak habis. Keluar rumah, intai-intai ada 2 biji cili dalam pasu. Boleh la dari takde kan? 

Suka Apam Balik tebal macam ni, baru puas makan. Beli di jambatan, otw ke sekolah Adik. 

Happy Birthday Ifah 21/10 🎈
Classmate Adik bagi Dubai Chewy cookie ni. Ummi first time  rasa, sedap juga rupanya. 

Loaded Potato ni sedap 👍🏻 
Walid beli. 

Rezeki di pagar rumah :) 
Cg Jas sangkut seplastik bunga kantan dan beberapa biji limau nipis. Alhamdulillah tq Cg. 

Cakoi dan jemput-jemput bawang.
Abang bawa balik dari surau juga.
Macam-macam yang jemaah surau kami ni sedekahkan... 

Ni menu pagi tadi. Dari surau juga. 
Lepas solat Subuh, Abang ambil sebekas. 

Alhamdulillah.
Mewah selalu hendaknya rezeki mereka semua 🤲🏻 



Friday, 18 September 2026

Random Photos This Week

Up dulu sini, sebelum delete :) 

Angah pergi pasar malam.
Beli nasi goreng kuali dan yong tau fu. 

Sesekali layan kenangan 😌 

Credit Mama Syirah

Demam sushi 😅
Airtangan Mama Syirah, terbaik 👍🏻 
Menjadi sushi dia. Ada beras sushi extra, dia simpan 1kg, bagi Ummi 1kg. Ingatkan Ummi yang akan buat dulu sebab dia awal-awal dah cakap malas, tup² jadi dan sushinya. 

Berguna betul plastik sampah mini (antara barang  yang Linda bagi) masa tukar-tukar hadiah Geng Blogger Gombak tu. Akak dah rasmi ye Linda :D 

Beli takoyaki buat bekal dalam kereta. Hari ni anak² asrama balik rumah. 

Jumaat DM (Dewan Makan) jamu aiskrim. 
Ummi duduk asrama dulu pun hari jumaat selalu DM bagi aiskrim jugak.

Breakfast.
Telur rebus tu telur ayam Lehmann Brown. Suka telur kuningnya, warna cantik. 

Sedap keledek ungu rebus cicah kelapa parut ni. Ubi ni manis. Saiz pun comel, 1-2x suap je seketul.

Masak lauk ikan tenggiri masak asam. Kesukaan Ummi, tapi kurang sambutan dari Walid dan Adik. 

Telur puyuh dan masak belado Adik suka. Tapi bila Ummi masak belado telur puyuh +  kentang dan terung dia tak nak pulak. Ummi masak ni gara-gara teringin tengok blogger Nieza masak hari tu. 

DeFaza ada promo set nasi ayam dan nasi berlauk (pilihan lauk tertentu). Jumaat singgah sini beli set promo depa. 

Selamat berhujung minggu! 


Saturday, 13 June 2026

Photodump Week 23, 2026

Repeat. 
Kali ni Ummi sendiri singgah beli. Depa meniaga setiap hari katanya. Tapi, Ummi biasa nampak hari Jumaat je. 

Makin lasak budak berdua ni 😇

Lama dah tak ke Thaqwa. 
Balik market ajak Walid breakfast sini. 

Greenwood, 6.45 pagi 9 Jun.

Hijau dan manis belaka kuih Walid beli kali ni :D 

Buah setoi/setol/sentul dan rambutan pemberian Cik Leha. Buah setoi tu sedap cicah dengan kicap + gula. Dulu favorite, sekarang tak pasti... Gigi sensitive dengan buah² masam gini. Tapi buah ni ada yang manis esp setoi kahwin (baka hybrid). 

Pemandangan waktu pagi, Masjid Al Shariff.


 

Friday, 5 June 2026

Photodump Week 22, 2026

Bunga Kemboja Putih berhampiran rumah Ustaz Mohd Rozie ni menarik perhatian Ummi. Lalu, kita abadikan di blog untuk simpanan. 

Musim kuinin agaknya sekarang. Selepas Cik Azie, Uncle Alam pula bagi kuinin. Alhamdulillah. 

Kemboja Cina di halaman kembali berbunga setelah sekian lama. Sayang pokok ni, pemberian Tok Ayah. 

Kek Batik airtangan Angah dan Kakak.
Depa nak makan depa buat sendiri. Ummi cuma tolong beli barang. Lega 😁




Saturday, 30 May 2026

Photodump Week 21, 2026

Spotted Belalang Kunyit masa belek² pokok. 

Terkejut tengok Kakak pakai baju sukan hijau (dia rumah kuning). Rupanya untuk sambutan Hari Guru tempohari setiap form pakai baju ikut warna name tag. Pinjam meminjam dan bertukar² baju dengan form lainlah nampaknya :) 

Alhamdulillah selesai UPSA Adik. Boleh bercuti dan beraya dengan tenang 😁

Joined bacaan Yasin anjuran Biro Kebajikan alumni batch Ummi. 

Breakfast berdua dengan Walid di Tu Dok Ko ... 

Yeay cuti sekolah!
Balik kampung kejap 3D2N awal cuti sekolah ni. 

Otw balik KL, singgah Dhia Cotton. 
Walid beli kurta, Ummi beli jubah. 

Khemah agihan daging korban disediakan di tapak parkir Giant SG ni. Korban ni sumbangan Giant ni la. Agihan berdasarkan kupon, yang diberi kepada pihak Masjid Al Khairiyyah untuk diagihkan. Masa solat Jumaat 22/5 tu ada dimaklumkan kepada para jemaah tentang urusan ni.






 

Saturday, 23 May 2026

Photodump Week 20, 2026

Melayan nostalgia sambil bersarapan ☺️
Dulu tingkap bilik Ummi di rumah kampung gini la. Tingkap kayu yang boleh dibuka kiri dan kanan. Paling best waktu hujan, duduk tepi tingkap tengok air hujan membasahi bumi. Btw, ni di Restoran Jemuju Kasih, Sri Gombak je :D 

Apam kampung. 
Ini pun membangkitkan nostalgia juga. Apam kampung antara kuih yang Tok selalu masak untuk sarapan. Kelapa patut dikukur sendiri, guna pengukur kelapa. 

Pagi² makan nasi putih. 
Kisahnya Ummi dan Abang singgah dekat satu kedai ni, awal pagi. Ingatkan ada nasi lemak, rupanya baru tengah masak. Ada rice cooker atas meja lauk, angkat penutup nampak nasi lemak tengah mendidih. Pilihan yang ada, nasi putih. Onz...

Walid bawa balik daging masak hitam 😋

Meeting KSIB 16/5. Ummi pakai baju tak ikut tema, sebab lepas meeting terus ke Kajang, makan kenduri di Alam Maya. Nak pakai baju hijau yang sesuai untuk kenduri tu, Ummi dah pakai masa kenduri Pn Halina last year. Dan mujur tak ulang tayang baju tu, sebab tuan rumah pun pakai warna hijau (sage green ) untuk wedding anaknya kali ni 😁

My outfit of the day 💜🤍

Bunga Semarak Api, meriah berbunga dan berguguran di atas rumput. Cantik menghiasi tempat letak kereta tetamu Alam Maya. 

Sijil pertama Kakak sebagai Pengawas Sekolah, selesai kursus kempimpinan.