Wednesday 25 March 2015

I thought I was prepared but I'm not!


It is an honor for the host to see guests attending their events turn up in appropriate and decent dress. On the other hand, it is the guests way of expressing their gratitude to the host for being invited to the functions. Therefore I pick the best baju kurung that I have, a lace baju kurung which also my last year baju raya  to attend a friend's wedding last week. The wedding was held at the bride's kampung in Jerantut. In anticipating a long journey to the kenduri I prepared a standby baju for each of us. Mine was a simple & cutting-free (loose) black jubah which I normally wear for a simple outing like going to sundry shop or while receiving unexpected guests at home. I chose the jubah because I was expecting a smooth journey to the kenduri.  It was really meant for emergency case, if any, which I expect to be occurred on the way back home because the kids might be tired after a long journey. 

Nak dijadikan cerita, belum pun sampai ke genting sempah my dear lil Balqis muntah! Maybe coz the jalan quite bengkang bengkok ataupun berada di high latitude she feels uncomfortable so she vomit. 

As i was holding her, habis kena kain my lovely baju kurung. Baju & tudung selamat tapi i nak pakai dgn apakan... Nak tak nak terpaksa le tukar dgn baju standby. 

Though the wedding was held at her house in kampung but obviously I felt a little uncomfortable with the jubah because I was underdress. I feel sorry for the host. nak pulak her parents knew that we were from KL. Jatuh standard mokcik :) huhu...

Next time I need to be more prepared. Maybe standby another pair of baju kurung is better. Lesson learned.

To Atirah & Shamsuddin; 
Selamat Pengantin Baru
The journey just begun. Moga beroleh bahagia yang dicita.




Sunday 22 March 2015

Syoknya Berkebun Pt1


Lega rasanya dapat berkebun semalam. Alihkan anak pokok cili dan tomato ke dalam bekas yang sesuai utk tumbesaran mereka. Dah lama geram nak alihkan tapi takde stock tanah. Semalam pergi nursery beli tanah 7 bekas rm10. Kalau di pasar tani melawati tu 4 bekas rm10. Selain tu beli juga 2 pasu pokok bunga tahi ayam (lantana camara). Saje nak try test tanam sbb gerammmm je tengok kat laman kengkawan maya. Sepasu rm5. Bole la utk jadi eksperiment. Now fokus dulu tanaman dapur sambil selit2 sikit bunga-bungaan sebagai penyeri.

So far tak ambik pun gambar anak pokok2 tu sebab hari tu snap gambar pokok chili berbuah. Tetiba besoknya pokok tu terus layu. Huhu... this batch bagi depa besaq dulu no... kita tunggu la apa hasilnya nanti. He he...

Setakat ni di backyard garden tu ada pokok kesum, pokok kari, pudina, ubi kayu, daun bawang dan kacang panjang. Ini yang dah bagi hasil alhamdulillah. Yang baby lagi selain chili & tomato ada anak pucuk manis, labu, peria katak, betik, limau kasturi, serai juga kunyit. Harapnya semua tumbuh segar elok. Boleh juga jimat belanja dapur selain sebagai hobi berkebun ni. 


Buah sulung kacang panjang.
Benih kacang panjang kampung Mak ambik di rumah Kak.

Jumpa lagi!

Tuesday 17 March 2015

Eei Ular!


Abang is still down with diarrhea. Dah masuk hari ke-3. Since he refuses to eat/drink lembiklah jadinya. B tried to find bubur at the food court nearby tapi takde. So I decided to cook the porridge for him. Lepas basuh beras and masukkan dlm rice cooker saya ajak B dinner. Nak tunggu nasi jadi bubur takes time kan... kita soru dulu la..

Tetiba B jerit, ular Umi! Saya kat dapur. Diorang semua kat living room. The snake kat atas carpet, in between the living room and dapur. Cepat2 B keluarkan anak2. Saya capai penyapu dan melompat ke living room. Kecik je besar ibu jari je tapi kalau dah penakut tu xleh kata apa ler... he he.. dalam takut2 tu sempat juga baca doa2 minta perlindungan dari Allah. Manalah tahu kan...

B masukkan kids dlm keta and call 999. Dalam 1/2 jam team JPAM sampai. Bila ditanya ular apa dgn confident mokcik jawab "ular sawa kot sbb panjang". Bila diorang tangkap rupanya ular sampah! First time dengar ni.. ular ni x patuk tapi dia sembur air liur. Hat ni bisa. Baunya pun busuk. Sebab tu dipanggil ular sampah agaknya. Diorang siap ambik gambar. Buat bukti kot.

Apapun thanks a lot to them. W/pun kena gelak (saya suspect je) sbb ular tu kecik je... he he he.. hari tu kat rumah jiran lagi kecik.. saja nak cover malu :) hahaha 


Kata2 semangat untuk diri sendiri :)

Thursday 12 March 2015

Asia's Got Talent!


Siapa tengok Asia's Got Talent Ep 1 malam tadi? Mesti dah jadi trending since last nite. Tak sangka kakjah & bang-aji pun boleh terjebak tengok. Tutup muka. He he...

Mula tu saja nak tengok suka2 je tapi ended up sampai habis show. Luckily Abang pun dah habis exam so bolehlah stay up tengok TV sampai kul 10. 

Sebelum ni saya tengok jugak America's Got Talent tapi idaklah hook macam malam tadi. Itupun kadang2 dan tak pernah sampai habis show. Their contestants normally will sing or perform a stand up comedy. Tau la omputeh ni kan semua benda dia buat lawak termasuklah hal2 18SX. Itu yang malas nak nonton tu. But it is a different story for the Asia's GT. Mungkin culture kita lebih kurang sama so most of the performances are acceptable. 

Those who made it to the next round include a 10-y/o Gwyn who sing her heart out with a remarkable voice, a shy guy from India who sang an opera song with a superb voice and several group dancers and performers. None from Malaysia though. However the show stealer was Gonzo, a tambourine master from Japan. Wait. Have you ever heard such thing as a tambourine master? Ha ha... this guy is really hilarious. I don't know how hard it is to play a tambourine but it seems that this guy has a big talent. Even David Foster gave him a nod. One team named Time Machine performed a robotic dance and got a golden buzz from one of the judges, the super-hot Van Ness Wu. Where's on earth this guy come from? Never heard about him before but surely he is amazing. But sorry dude, i am married. Hahaha. LOL please.

 Other judges include a timeless beautiful Anggun and Mel C of Spice Girl. They are  soooo real!Mel even went on stage to try a skipping dance with her miniskirt! I bet Anggun also wished to do so but being an Asian she hold herself. 

Can't wait for the next episodes. Hope to see more Malaysian talents in the coming shows. 


Have a HILARIOUS weekend! 


Wednesday 11 March 2015

Throwback #1 : Pucuk Ceperai



Ahad lepas saya bawa mak ke pasar pagi di greenwood. Sampai di sana kami berpecah, membeli keperluan masing2. Mak memang suka bila dibawa ke pasar. Misi utama beliau biasanya mencari ulam-ulaman dan sayur kampung. Tiba dirumah mak bagitau saya katanya dia beli pucuk ceperai. Terkejut juga saya, tak sangka sayur kampung yang dah jarang dijumpai ni ada dijual di sini.

Saya tak pasti apakah nama rasmi bagi tumbuhan renek ini. Yang pasti penduduk kampung saya di Berlin menamakannya pucuk ceperai. Kalau ada yang tahu sila tinggalkan komen ye. 

Sewaktu kecil saya sering mengikut Mak mencari dan mengutip pucuk ceperai untuk dijadikan sayur. Pokok ceperai ialah sejenis pokok renek yang berketinggian sekitar 1-2 meter. Pokok ini biasanya ditemui di kawasan bukit dan semak. Tumbuhnya dicelah-celah pokok hutan yang lain, menumpang redup pokok getah yang merimbun. Orang kampung saya kebanyakannya menjadikan tanah mereka di kawasan bukit yang terletak di hujung kampung sebagai kebun getah. Kebun getah ni pun tidaklah kemas dan terjaga seperti di ladang atau estet. Sesuailah dgn letaknya di bukit. Tanah bukit ni diteroka oleh generasi datuk nenek kami. Kami pun selesa merujuk kebun getah sbg bukit. 

Jadi setiap kali nak memetik daun ceperai ni kami akan ke bukit. Dulu Mak ambil upah menoreh di kebun Paklang. Terdapat beberapa batang pokok ceperai disitu. W/pun pokok ini jarang ditemui, jika kena musim ia berpucuk memang banyak. Cukup dgn hanya mengutip daun dari 1-2 pokok sahaja. Buahnya berwarna hijau dan bila matang berwarna oren pinang masak juga boleh dimakan. Saiznya kecil ala2 buah malinja. 

Pucuk ceperai ni biasanya dimasak lemak putih. Dicampur dengan suhun, fucuk juga keledek manis untuk menambah rasa. Rasanya ala2 pucuk manis, lebih kurang.

Sekarang jarang benar menikmati sayur ni. Tidak pasti samaada pokok ceperai di bukit masih ada atau sudah pupus. Menurut Mak pernah juga arwah Pak cuba menyemai biji benih pokok ni tapi gagal. Anak pokok yang diambil dari induk juga tidak mahu hidup di kawasan kampung!

Malangnya terlupa pula nak snap gambar bila dah dimasak. Excited sebab dah lama tak makan:)


Monday 9 March 2015

Mencari Hala Tuju



Membaca coretan sahabat saya, di laman blognya membuatkan saya terfikir arah tuju hidup saya sendiri. Bukanlah selama ini tiada hala tuju cuma kadang-kadang perlu muhasabah, menilai dan menyemak semula keputusan dan perancangan yang telah dan akan dilakukan. 

Saya 'cemburu' kerana beliau punya perancangan dan matlamat yang jelas. Sedang saya rasanya masih tercari-cari ruang untuk memperbaiki kehidupan, menambah nilai diri juga memanfaatkan secebis ilmu dan pengalaman yang ada. 

Bukanlah saya tidak gembira dengan kehidupan sekarang. Malah saya sangat bersyukur diberi peluang mengabdikan diri pada suami dan anak-anak. Ini satu nikmat yang amat besar bagi saya. Saya juga tidak berhasrat untuk kembali bekerja.

Namun kadang-kadang  saya berasa masih ada ruang kosong dalam hidup saya. Ruang yang boleh dimanfaatkan sekurang-kurangnya untuk diri sendiri. Melalui pembacaan saya, minda kita perlu sentiasa dirangsang agar tidak tepu. Sekiranya rutin harian kita statik sepanjang masa kemungkinan besar otak kita tidak lagi menerima ransangan. Keberangkalian untuk menghidap penyakit Alzheimer di usia tua adalah tinggi. Malah dicadangkan agar sekali sekala kita berjalan mengundur (backward) untuk mencetuskan rangsangan baru terhadap otak. 

Jadi itulah yang saya fikirkan sekarang ini. Melibatkan diri dalam sesuatu perkara baru untuk menambah keceriaan dalam hidup. Matlamat saya untuk belajar dan menguasai satu kemahiran baru tahun ini harapnya akan terlaksana.

Insha Allah.