Sekejap je dah raya ke-4...
Sarapan pagi nasi goreng dan sosej lebihan BBQ malam tadi serta ketupat dan Sambal Pahang.
Kemudian kami keluar ke market Jitra, lajak ke Batu 13 beli lemang. Harga lemang di sini RM15-17. Di SG, Lemang Tok Perak harganya RM20-22. Bila la nak boleh pindah dok Kedah ni 😄
Balik rumah Tok Umi, mendapat la hahaha... Ada tetamu nak datang beraya, belas² orang juga katanya. Kerahan tenaga la kita...
Ummi assist je. Maklong dgn Tok Umi la tukang masaknya.
Sapa la nak kemas dan cuci segala periuk belanga ni haha...
Dok tahan mata (mengantuk) je sebenarnya time ni, sementara tunggu tetamu #2 sampai. Banyak sangat makan pulut (ketupat & lemang) itu yang mengantuk kot :D
Lepas Asar, ajak anak soleh ni keluar ronda². Singgah beli Nasi Lemak Bundle, depan SMK Mahawangsa.
Ingatkan dah boleh leha², pukul 7 mlm cucu² penakan Tok Ayah sampai, 3 family. Mujurlah pangkat anak² sedara Walid, santai² je la...
Alhamdulillah.
Full aktiviti raya ni.
ReplyDeleteSekali sekala balik kampung Cie... Penuh la jadual :D
DeleteSeronok adat kunjung mengunjungi masih hebat diamalkan...seronok baca..mcm sebelah SA..salah seorang dh meninggal mmg susah sedara mara nak mai...kalau ada pun adik beradik mak dan PZ je la..sepupu sepapat jangan harap la nak menjengah...
ReplyDeleteAlhamdulillah belah PH dan EH masih ada yg berhubungan. Yang dah lama tak berhubungan pun ada juga SA. Dulu ada arwah mak rajin juga pergi rumah² yg tak biasa tu tapi bila mak takde segan juga sbb tak berapa kenal
DeleteSeronok bila balik kampung.. Boleh kenal saudara mara..
ReplyDeleteBetul²...
Deletepart basuh periuk tu yg paling stress heheheh
ReplyDeleteKan...
DeleteTapi alhamdulillah my mil Ada helper. Lega hahaha 😂
Padat betul aktivitinya ya.. Meriah raya puan..
ReplyDeletenasi lemak tu mengancam betul.. Sha ini belum berjumpa lagi nasi lemak.. Eh.. rindu pula nak makan.. kikiki..
Saya drooling sangat lihat menu2 nya kak 😍😍. Aisssh rindu nak mudik memang. THN ini tak bisa.
ReplyDeleteNasi lemak nya pun mengancam sangat 😄❤️❤️. Rindu makan nasi lemak
Seru yaaa masih ramai tetamu yg datang. 👍