Showing posts with label Home. Show all posts
Showing posts with label Home. Show all posts

Saturday, 26 September 2026

Kemas Bilik Girls

Khamis. 

Tiba-tiba rasa nak kemas bilik Adik Kakak. Parenting coach pesan kalau anak buat sepah biar mereka kemas. Kita as parents jangan kemas supaya diorang belajar bertanggungjawab atas tindakan mereka sendiri. Memang begitulah selalunya Ummi ajar depa, dari kecik lagi. Ada perkara yang depa ikut tapi ada juga yang tak buat. Contohnya kemas bilik. Kita mak-mak ni pantanglah bilik bersepah kan... Ayat Ummi yang depa takut "jangan sampai Ummi yang kemas".
Sebab satgi semua barang Ummi buang 🤭

Hari ni pula mood rajin Ummi mai, jadi bilik Adik Kakaklah sasaran Ummi mengemas hari ni. Di luar hujan dari Subuh lagi. Nak keluar belek tanaman tak boleh, jadi ambil peluang kemas bilik depa. 

Otak pun tengah serabut sebenarnya, angin meroyan kata Blogger Tot :)
Jadi nak alih perhatian tu baik mengemas. Kita lepas geram dengan cuci sawang di siling, alih perabot/katil, angkat kotak, sorting barang dsbnya.... 

Katil Adik penuh dengan bantal/kusyen. 
Buka semua cadar, sarung bantal dan selimut, basuh. 

Kalau mood rajin tu mai, tengah sakit pinggang pun boleh angkat ye kotak-kotak buku ni 🫣

Antara khazanah yang Ummi jumpa atas katil Adik. Banyak juga komik Lawak Kampus yang Adik dan Angah ada. Tak silap kawan Angah yang bagi. 

Ummi ubah posisi katil juga. Ada banyaklah ruang bila ubah tu. Kotak-kotak buku pindah sementara ke bilik Angah. Tunggu Abang balik cuti nanti nak kemas bilik tu pulak sebab ada few barang besar macam luggage bag nak diangkat dan mungkin pindahkan ke belakang. Tengok macamana nanti. 

Malam tu Adik ajak lepak bilik dia. Siap buat dan ajak Ummi makan ramen. Selalu minta Kakak buatkan, now dia dah pandai buat sendiri. Siap letak cheese slice dan microwave-kan sekejap bagi cheese cair. 

Layan je la kan... 









Wednesday, 19 August 2026

Beli Skirting Cabinet


Tiba-tiba datang idea nak pasang curtain untuk rak terbuka yang bahagian atasnya Ummi letak rice cooker dan microwave. Rak terbuka ni ada 2 tingkat. Ummi letak periuk, blender, pressure cooker dsbnya. Yang tak lawanya rak ni terbuka. Boleh nampak dari ruang tamu kalau duduk di sofa bawah tangga tu. 

Inilah rupa curtain tu...
Lekat guna velcro tape je. Material kain jersey, mudah cuci dan cepat kering. Ummi pilih warna champagne, match dengan warna kabinet dapur dan tiles di dinding. 

Mula² lekat dulu velcro tape keliling meja. Untuk meja ni Ummi beli yang saiz 150x75cm. Ngam elok dengan saiz meja/rak ni. 


Ada beberapa saiz yang dijual, pilih je yang sesuai dengan keperluan kita. 

Dekat curtain ni dah dijahit pelekat velcro juga jadi lekatkan saja pada velcro tape tadi. 

Nak lebih cantik dan kemas gosoklah dulu curtain ni. Ummi tak sabar nak try, jadi tak gosoklah lagi. Dengan adanya curtain ni, terlindunglah segala aib bawah meja tu 🤭

Harga dalam RM40. Beli di TT. 

Tu je nak share 🫰🏻


Monday, 6 July 2026

Perihal Rice Cooker

Awal tahun hari tu Walid ada beli rice cooker jenama x ni dekat kedai letrik favorite-nya di Sri Gombak tu. Jenama x popular juga atas talian. Ada macam² produk/gajet masakan yang dijual atas namanya. Tapi kami tak pernah beli jenama ni. Cuma kali ni beli sebab sesuai dengan bajet masa tu dan saiz pun kena dengan kehendak kami. Plus, disertakan dengan tray kukus sekali. Ummi selalu kukus telur atau panaskan lauk sekali dengan masak nasi. 

Kira² 2-3 bulan lepas guna, rice cooker ni mula buat hal. Ada bau hangit dekat kabel dan button on tu tak menyala. Hantar balik ke kedai sebab masih ada warranty. Lepas 2 minggu, Walid follow up dia suruh datang ambil. Diberi set baru yang masih berbalut plastik. Seronoklah kita pun... 

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Baru pakai dalam seminggu, terjadi lagi perkara yang sama :( 
Nak kata soket/suis yang bermasalah,  peralatan lain macam blender, pressure cooker, microwave semua okay bila guna. Hantar sekali lagi ke kedai. 

Ummi dah mula fed up. Bayangkan elok kita nak masak nasi, tak nyala pulak butang on tu. Kena tukar periuk masak dalam pressure cooker pulak. Pressure cooker tu dah la kuat makan letrik huhu ... Kalau nak masak banyak okay la, ini 2-3 cawan tak berbaloi masak guna PC. Kadang tu Ummi masak atas dapur gas je. Tapi nasi tak sesedap masak guna rice cooker. Banyak songeh Ummi ni 🤭

Masa Ummi pergi Giant dengan Abang tu, Ummi nampak rice cooker jenama Elba ni. Harga dalam RM75, terus beli je la. Malas dah nak fikir pasal rice cooker jenama x yang dah dihantar semula ke kedai tu. Cuma saiz lebih besar dan takde tray kukuslah yang Elba ni. Takpelah janji boleh buat masak nasi dan Elba ni pun trusted brand. Dah sebulan lebih pakai alhamdulillah takde apa² masalah. Harapnya panjang usia macam rice cooker sebelum ni (sebelum jenama x). Beli masa arwah Tok ada lagi (Tok meninggal 2020) sampai awal 2026 masih berjasa. Beli rice cooker tu pun dengan Tok, di Giant Batu Caves. 

Untuk kali ketiga ni, kedai minta RM50 kalau nak repair. Dia pun pelik kenapa asyik rosak je 😅
Ummi cakap dengan Walid, tak payah repair la, buang duit je nanti. 

Sunday, 12 April 2026

Cukup Korum

Khamis lepas Ummi ajak Abang cuci beranda. Dia nak ajak kawan² datang beraya. Abang basuh lantai, meja dan kerusi. Bersih berkilatlah, berbanding dengan mop dan lap seperti selalu. 

Bila dah kemas dan bersih tu, ramailah yang melepak...

Peah menunggu hari...
Doakan rezeki Ummi luas, nak sunat (mandulkan) dia. Dia ada kes sebelum ni, jadi Ummi rasa cukuplah dia beranak. 

Emon, satu²nya anak Peah yang survive selepas 2x dia beranak. 

Loyo, bapak tiri kesayangan Emon :D 
Bulan puasa hari tu duduk di surau. Abang Angah selalulah nampak dia. Dah raya ni baru rajin balik rumah kami. Lepas makan, menghilang. Dia dah tua, dah ada kucing jantan lain yang dominan, terpaksalah bawa diri. Ni kira cukuplah korum. Bahagia hati Ummi 😁


Tuesday, 7 April 2026

Unifi Problem

Pagi Ahad tu tiba² Unifi lost signal. Ada satu button dekat router tu merah & blinking. Biasa kalau gitu adalah something wrong. Ahad malam barulah Walid called Unifi. Siangnya dibuka beraya :) Katanya takde masalah pada connection, tunggakan bil etc. Dia dah restart dekat sana tapi still merah. Bila case gini depa kena hantar technician la untuk inspect. Mungkin ada kerosakan pada kabel. 

Isnin technician datang. 
Setelah diperiksa semua kabel dalam rumah elok. Jadi kena tengok kabel luar rumah, kena panjat tiang kata adik tu. Ada kabel luar rosak. Sekejap je dia betulkan/ganti. 

Back to normal alhamdulillah. 

Ummi:  Berapa (caj) dik? 
Technician: Free Kak. Kalau kabel luar kita tak caj. Kalau kabel dalam baru caj. 

Baru tahu... Sebelum ni pernah jadi kabel dalam pecah memang kena bayar. Mungkin dikira kecuaian kitalah tapi bila di luar tu, tanggungjawab Unifi la. 

Bagus technician Unifi ni, mesej bagitau nak datang pukul 1030-1130 gitu alhamdulillah pukul 1100 dia sampai. Takdelah kita tertunggu². 

Thursday, 22 January 2026

Cuci Freezer

Alhamdulillah kita dah masuk bulan Syaaban. Makna kata, tak sampai sebulan Ramadhan akan menjelma. Mudah-mudahan ada rezeki kita semua bertemu dengan bulan penuh barakah ni 🤲🏻

1 Syaaban kelmarin Ummi minta Abang tolong cuci chest freezer. Banyak ais berkumpul di dinding freezer, jadi sempit pulak freezer tu. 

Selam² Abang jumpa ketupat palas frozen. Ummi ingat ada seplastik je, rupanya berplastik² juga.

Cantik lagi warna daunnya tu...

Kumpul² dapat 2 bekas tipuware bulat ni. 
Cukuplah stok untuk raya nanti, tak perlu Ummi buat lagi. 

Alang² tu, kukus 6-7 biji yang dalam plastik kecik. Takde rendang pun onz, cicah je dengan susu pekat 😋

Simpan semula dalam freezer. 


Hari ni pergi market top up barang basah.
Mas Tauke Ikan kata harga ikan dah mula naik, menjelang CNY.  Sampai la puasa, raya gitulah trend-nya. 

Apa yang tak naik harga sekarang ni? 






Monday, 5 January 2026

Tukar Decoder Astro


3.1 technician Astro (3rd party) datang tukar Astro Box yang lama (4 segi) tu dengan Astro Box baru jenis bulat ni. Namanya Ultra Box @ Astro Ulti Box. Astro Box lama tu dah tak boleh guna katanya lepas 31/12/2025. 

Remote Astro yang baru. 
So far Ummi tak sempat explore lagi, tunggulah sekolah buka nanti barulah Ummi boleh conquer TV :p 

Sunday, 12 October 2025

Rezeki dari Kebun

Bukan dari kebun sendiri, tapi dari kebun jiran ☺️

Mula² Bik bagi Pisang Tanduk 2 biji. 

Kemudian esoknya Bik hantar pula kacang botor dan limau kasturi. Segar² ye, buah baru dipetik. Juicy. 

Kacang botor ni Ummi buat kerabu, campur bersama pucuk ulam raja. Tumbuk bawang merah, cili merah/padi, biji lada hitam dan isi ikan rebus hingga lumat. Masukkan kelapa sangai dan tumbuk lagi serta perasakan dengan garam. Masukkan bahan tumbuk ke dalam bekas dan gaul bersama hirisan ulam raja dan kacang botor. Dah sebati semuanya, cukup rasanya perah limau kasturi dan gaul sebati. Seronok dapat manfaatkan pemberian jiran. 

Hasil kebun Ummi pun ada ye... 

2 biji cili merah benih campak² :) 

Sebut pasal jiran ni, semalam kami ada mesyuarat jiran². Tahniah kepada Pengerusi dan AJK yang baru dilantik. Terima kasih kepada AJK lama yang telah berkhidmat dengan cemerlang. 


Kami suami isteri tak dapat hadir, ada program lain di sekolah Abang. Apapun kami support mana yang perlu dan patut. 



Sunday, 24 August 2025

Karpet Mur Je :)

Bahana scroll TikTok pepagi lepas selesai breakfast tu, terjebak dengan iklan jualan murah 😇

Tengok vtt ni macam meriahnya... Tapi bila sampai di sana biasa je. Takdelah menarik sangat bagi Ummi. Lain orang lain taste kan. Yang murah ada, yang mahal pun ada. Yang berkualiti ada, yang kurang berkualiti pun ada. Terpulang kpd bajet, keperluan dan pilihan masing². 

Ummi cadangnya nak beli cadar, buat salin² tapi takde yang berkenan. Ada karpet yang mur² angkatlah satu. 

RM39 je, bolehlah buat raso² :3 
Masa beli plan-nya nak letak sudut tepi/bawah tangga tapi ubah fikiran, letak dekat ruang tamu. Karpet ruang tamu alih ke sudut tu. 

Just enjoy every little thing in life, In Sha Allah kita akan rasa happy selalu 🫰🏻

Wednesday, 20 August 2025

Tangkap Ular

Baru je petang semalam up entry Petting Zoo @ SRAI yang ada ular tu... Tup² malam tadi kejiranan kami kecoh dengan kehadiran Sang Batik aka Ular Sawa. 

Mula tu ada jiran lorong belakang maklumkan dia nampak ular sawa masuk ke longkang depan rumah jiran² selorongnya. Sekitar jam 8.45 mlm dan ular tu anggaran sebesar lengan dia katanya. Dan dia kata lagi, lengan dia tak besar, lebih kurang besar kucing. Lega sikit dengar tapi tetaplah suruh Adik tutup segala tingkap² bilik semua.

Tak lama kemudian dapat ditangkap ular tu! 

Dia masuk dalam enjin kereta Uncle Jepp. 

Panjang adalah 2-3 meter. 
Ummi yang lurus bendol ni dok ingat kecik je la bila kata saiz kucing tu 😓 

Besar! 

Sempat lagi nak belit lengan En M yang tangkap dia. Berani EM ni. Ummi tengok video ni pun serammmmm . 

Selamat masuk dalam guni. 

Diserahkan kepada APM untuk tindakah seterusnya. Katanya akan dilepaskan di habitat semulajadi yang selamat. 

Terima kasih dan tahniah jiran² yang sepakat dan berani 👍🏻👍🏻👍🏻 
Walaupun masing² sibuk dengan urusan harian tapi bila ada musibah begini semua turun padang. Semoga semangat kejiranan kita sentiasa utuh. Jiran sepakat membawa berkat In Sha Allah. 

Friday, 15 August 2025

Sales @ Karcher Batu Caves

Ahad balik dari melawat Abang di asrama tu kami ke Batu Caves. 


Walidlah nak ke outlet Karcher Batu Caves tu. Ummi puncanya haha ... Share info dengan Walid, Karcher ada buat sale, 10.8 tu last day. Itu yang member nak juga pergi :D 


Walid sorang je masuk dalam kedai tu. Ummi takde nak beli apa², plus gegirls tidur dalam kereta. Jadi Ummi temankan diorang la dalam kereta. 

Antara yang ada sale... 

Tak keluar tangan kosong ye, ada juga yang ikut balik 👇🏻

Handheld vacuum. 
Sesuailah nak vacuum sofa, seat kereta....Harga RM149. Suction tak kuat sangat sebab ianya rechargeable/cordless. Kalau vacuum jenis kabel cucuk dekat soket tu lagi kuatlah power-nya kan. Tapi, berkesan jugalah untuk bersihkan habuk² atau pun bulu kucing esp dekat sofa tu... Kawasan kecik² dan light duty tu bolehlah guna vacuum jenis ni. Ianya ringan dan mudah nak digunakan. Sambil² tengok TV pun tangan tu boleh je men-vacuum karpet ke sofa ke. Ada warranty juga setahun. 

Cuma Ummi mengharapkan ianya lebih power sebab jenama ni bukan kaleng². Supposedly performance dia mantap tapi itulah, so-so je untuk item ni. Apapun useful juga sebab senang nak bawa or simpan dalam kereta.  

Dapat juga free gift; windshield, pen 2 batang  dan 3 pcs microfiber towels. 
Freebies ni Ummi suka 😁


Sunday, 10 August 2025

Bergegas > Breakfast > Bunga Segar

Sabtu, lepas solat Subuh terus bergegas hantar gegirls ke sekolah. Perlu berada di sekolah by 6.30 am. Keduanya ada program di Rawang. 

Nampak nau kalut, sampai snapped gambar pun 'bergegau' 😅

Selesai bab gegirls, jom la breakfast. 
Sekali sekala dapat dating, best :) 

Makan dekat Jemuju Kasih, untuk ke sekian kalinya. 

Selesai makan, balik rumah semula. Sambung kemas rumah. Ada tetamu yang nak tumpang bermalam. Ummi potong bunga pokok pisang ni buat hiasan. Nak bagi bunganya kekal segar, campur bahan² 👇🏻

Air, gula, baking soda dan cuka. 
Petua ni dapat bila tengok TT Natasha Hudson. Sukatan tu agak² je cuma nisbahnya ±  2:1:2 (gula, baking soda dan cuka). 

Dah larut bahan² tu, masukkan bunga. 
Bunganya nampak kekal segar tapi daun layu :D