Monday 21 October 2013

Jualan Gudang Hytex



Assalam...

Entah siapa la 'gatal tangan' letak flyer pasal warehouse sale ni kat tong post saya... tak pasal-pasal habis duit mokcik..hahaha... actually hytex garment ni pengeluar branded items for kids includes Tenderly, Disney, Pooh dan yang sewaktu dengannya. 

Ahad lepas ada satu warehouse sale yang diorg buat di Dewan MPS, Taman Gombak. Apalagi, sempatlah saya buat last round shopping before bersalin next week, insha Allah. Doakan ye... Masa last check-up hari tu minta Doc check skali lagi betul tak jantinanya. Dah confirm boleh la beli sikit untuk baby nanti. Disamping tu nak beli baju kat Abang, sebab baju-baju dia mostly dah ketat. Cepat betul membesar. Umur 5 tahun tapi baju kena pakai untuk budak 8-10 tahun. Kalau tak sendat je baju dia. Opal pun saya belikan juga 2-3 helai baju, maklumlah asyik pakai baju-baju lama Abang je... 

Ramai jugak orang hari tu, maklumlah kami pegi dah last day kan. Harga memang memberangsangkan dan sungguh 'menarik' duit keluar dari dompet. Hahaha... dari serendah RM4 untuk seluar baby.. pyjama untuk toddler pun dalam RM15 je. Saya pun sempat sambar seluar track Puma satu, RM20 je. Boleh le mokcik pakai dok umah...:) 



Hasil tangkapan hari tu... yang paling baju untuk orang baru ler...:)

Harga asal ada yang RM40 plus, dapatlah RM12 sepasang


Upah sebab depa well behaved...:)
 Till then, take care...:)


Thursday 17 October 2013

Eidul Adha 1434H



Allahu akbar... Allahu akbar... Allahu akbar...
Allahu akbar walillahilham

Hari ini hari Tasyrik yang ke-3, hari terakhir untuk kita bertakbir raya. Semoga kita masih diberi kesempatan untuk bertemu lagi dengan hari mulia ini. 

Tahun ini kami menyambut hari raya qurban di KL sahaja. Sementelah hari raya tahun ini jatuh pada hari Selasa selain keadaan saya yang semakin sarat. Ini pun dah masuk minggu ke-37, memang tak larat nak balik kampung nun jauh di utara...:) 

Mak juga ada bersama kami. Jadi bagi saya raya saya tetap istimewa. Dapat juga makan ketupat palas dan gulai daging serai lengkuas air tangan mak. Abg Cik dan keluarga juga turun ke KL untuk menyambut raya bersama mak. Anak-anak buah saya (Anas & Aqim) juga berkumpul di sini. Juga Aida yang juga tengah sarat, sempat datang beraya. Haf & rakannya juga sempat berkunjung ke rumah. 

Menu untuk raya ni saya buat laksa, kek coklat dan ketupat palas mak. Itu je... dah x larat nak ke dapur...:) 

Ketupat ready untuk di rebus. Tahun ni saya berjaya 'cucuk' 23 biji...:)
Mula tu saya ingat dah tak larat nak ke surau, tetapi bila Hubby volunteer untuk bawak kids bersama dia, terus saya bersemangat untuk ke surau. Bukan apa, budak2 tu kalau dengan saya, lain macam sikit manjanya, susah nak control. Hehehe...

Abang and the gang, saf paling belakang. Tapi suara dia paling kuat masa takbir raya...:)
Selepas solat raya, Hubby ke surau semula untuk melaksanakan gotong royong qurban. Mak ambil satu bahagian qurban. Jadi kami yang lain pun turut serta ke surau sekali lagi. Nak tengok orang sembelih lembu. Semua sekali 10 ekor untuk tahun ni. Alhamdulillah, sempurna hajat mak nak buat qurban. 

Lembu mak sedang ditumbangkan untuk disembelih
 Lepas Zohor sekali lagi kami anak beranak ke surau untuk makan tengahari. Nasib baik rumah belakang surau je, senang nak berulang alik. 

Itu je cerita raya saya untuk tahun nie... take care! 

Tahun ni para petugas berpakaian merah - sedang sibuk membahagikan daging korban
 
Sup tulang - menu istimewa disediakan pihak surau

Monday 7 October 2013

Bukit Fraser... disini chentaku tertumpah... :)



 

Amboi tajuk sikit punya jiwang... hahaha..

Alhamdulillah, minggu lepas kami sekeluarga sempat bercuti di Bukit Fraser (BF). Third time for me, Walid & Abang but 1st time for Angah. Sebenarnya saya memang suka dengan environment di Bukit Fraser. Cuma yang tak tahannya jalan nak ke sana memang berbengkang-bengkoklah.. dah namanya bukit kan.. mana ada jalan lurus...:) Baru half way, Opal dah muntah.. kebetulan pulak saya pakai t-shirt putih hari tu.. amek ko.. konon nak posing2 lawa ngan baju import dari Bandung tu.. niat tak betul kan.. kami stop sekejap dekat dam (Empangan Sungai Selangor, milik Splash) sebelum meneruskan perjalanan. Berehat sekejap, tukar baju dan bersihkan muntah.

Last time, air dam ni penuh.. lagi cantik but this time air tinggal suku je kot.. so berjimat cermat ye guna air tu...:)
Last time we went to Bukit Fraser we stayed at rumah rehat kakitangan NUB. Sewa semalam RM10 je. But since hubby already left the company so we booked an apartment for this time. Lagipun bawak Mak sekali, sesuailah dok apartment 2 bilik tu. Booking kami buat thru Puncak Inn, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser but kami ditempatkan di Silverpark Resort. Puncak Inn hanya menyediakan bilik hotel sahaja.

Puncak Inn
Sebelum ni juga ada jadual naik-turun dari Bukit Fraser but now dah ada different route untuk naik dan turun. One way up and one way down. So bila sampai kat Gap (ala2 pit stop) u boleh terus naik ke BF, x perlu tunggu macam sebelum nie. Jarak dari sini ke puncak BF lebih kurang 8km je. Tapi kami berenti sekejap minum teh kat gerai di situ sambil makan bekal. 

 


Gap - dulu kena stop kat sini before naik ke BF. But now dah jadi 1-way.. boleh naik & turun anytime
Masa ni Opal dah tak berbaju. Dia asyik muntah je... around 11.30 kami sampai di BF. Nak check-in bilik belum ready so we just lepak-lepak dulu kat Taman Awam BF. Then we had our lunch at a nearby wakaf. Home-cook lunch sebab food kat sini memang mahal. Maklumlah, atas bukit kan... lori ikan or kedai runcit memang takde. Anything kena beli kat Kuala Kubu Baru, which is the nearest town. Petrol pun uols isi siap2 kat KKB ye kalau nak naik ke BF. Atas ni takde stesen minyak.


 


Then we check-in at the Silverpark Apartment around 1 gitew. Solat & rehat la... Fasiliti yang disediakan di sini - dapur elektrik, fridge, kettle & fully furnished perabot. Pinggan mangku & cutlery set uols bawak la sendir. Aircond & fan memang takde ye, sebab suhu kat sini memang sejuk & breezy je. Memang sedaplah nak lepak & bermalas-malasan... zzzzz!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

 

 

Master bedroom
 
 
2nd bedroom
Petang kami just lepak kat public area depan BF's landmark, the clock tower. Sempat jugaklah beli baju sorang selai & sikit souvenir.  Seronok lepak kat sini, it was so relaxed and cool. Feeling2 dok oversea gitew...

Tempat wajib amik gambar

 

Lepak depan Fraser's Hill Golf Club
Malamnya konon nak BBQ tapi pemanggang ajaib yang saya bawa tu x compatible plak dengan dapur elektrik yang disediakan. So terpaksalah goreng seafood yang saya dah bawa dari rumah tu. But alhamdulillah, it was a fun & happening night for us. Nak-nak pulak layan bola masa tu. Tapi channel tv kat sini hanya tv1, tv2 & tv3.. so old school..hahahaah.. 

Mehlah kita layan gambar... Opal dah bangun tido, nak kena layan dia pulak. Till then, take care!

Subhanallah.. what a breathtaking view right?


Geram!

Cantikkan? Kebanyakan bangunan kat sini memang ala-ala kolonial...