Saturday 30 May 2020

Khatam Al Quran - Tahniah Abang


Antara hikmah PKP yang terbesar bagi kami adalah bila Abang dapat khatam Al Quran di musim PKP ni. Alhamdulillah syukur. Mula baca Al Quran dari darjah satu, darjah enam baru khatam sebab tak konsisten. Kadang tu dah masuk juzuk baru, dia lupa. Ulang semula juz awal... Itulah prosesnya, biar ulang banyak kali, biar lambat asal bacaannya lancar dan betul tajwidnya. Khatam Al Quran sebelum masuk sekolah menengah ni memang syarat yang Ummi tetapkan untuk anak-anak. Nak masuk asrama biarlah dah khatam Quran.

Status WA Ummi malam
29 Ramadhan 1441H yang lepas.

Abang ni terang hati alhamdulillah. Kenal ا ب ث hanya melalui subjek Nurul Quran di Pasti. Tak belajar iqra' tapi boleh baca Al Quran terus. Sejak darjah 1 dah mula baca Al Quran. Bila darjah 3 Ummi masukkan dia dalam kelas Aulad Huffaz di sekolah. Alhamdulillah hafaz juz 'Amma dan beberapa surah amalan. Sekarang ni nak cari guru untuk dia mantapkan hafazan sebagai persediaan masuk SMKA/SMA ataupun Ulul Albab. Kalau ada pengalaman, share dengan Ummi ye (tinggalkan komen please 🤗).

Tahniah Abang. Ummi Walid bangga dengan Abang ❤️❤️❤️. Sentiasa jadikan Al Quran sebagai teman akrab Abang ye. Hari-hari WAJIB baca Al Quran ye, walaupun satu helai. Ingat ye Abang. 

Thursday 28 May 2020

Menu Raya 2020 - Nasi Carrot Mudah & Daging Masak Hitam


Walaupun hanya untuk makan anak beranak, Ummi pilih menu special hari pertama hingga ke 3 Syawal. At least feel beraya tu ada walaupun sekadar #stayathome. Ini juadah dan resepi untuk 1 Syawal; Nasi Carrot & Daging Masak Hitam.



NASI CARROT
(Sumber: Keluarga

Bahan-Bahan
3 cawan beras Basmathi – dibasuh dan rendam 15 minit.
(Toskan dan masukkan ke dalam rie cooker)
1 batang lobak merah – direbus & dikisar
1 biji tomato – direbus & dikisar bersama carrot
1 kiub ayam
Bawang besar – dihiris
Halia - dihiris
2 helai daun pandan - disimpul
Rempah 3 sekawan – buah pelaga, bunga lawang & kulit kayu manis
Garam  & gula (1 sudu gula)
Air (1 cawan beras Basmathi = 2 cawan air)
1 sudu marjerin

Cara-cara
1- Di dalam kuali, panaskan minyak dan marjerin. Tumis 3 sekawan, bawang besar dan halia hingga layu.
2- Masukkan daun pandan. Tumis seketika.
3- Masukkan carrot & tomato. Gaul sebati.
4- Masukkan kiub ayam, garam & sesudu gula. Pindahkan ke dalam rice cooker berisi beras tadi. Tekan suis dan masak seperti biasa.





DAGING MASAK HITAM
(Sumber: The Star)

Ingredients
500 gm beef –sliced to about 1cm thick
4 s/b cooking oil
1 stalk curry leaves
3 cm cinnamon stick
5 buds cloves
5 pods cardamom
1 s/b ground fennel
1 s/k ground cumin
5 s/b kicap manis (secukupnya - > ¼ cawan)*
Kicap pekat (secukupnya - for color)*
20 gm tamarind pulp – ¼ cawan 
½ cup cold water
Salt & Sugar to taste
*olahan penulis

Spice Blend
5 bulbs shallots
3 cloves garlic
3 cm ginger
10 g dried chilies
½ cup hot water

Method
1- Grind the spice blend into a fine paste.
2- Heat oil in saucepan and temper the curry leaves, cinnamon, cloves and cardamom until fragrant.
3- Add the spice blend, fennel, cumin and tamarind pulp and sauté further until fragrant.
4- Add the beef and sauté until lightly cooked.
5- Stir in kicap manis, kicap pekat, water and salt & sugar to taste.
6- Lower the heat and simmer for about 2-hrs until gravy thickens

Noxxa Style
1- SF button for #1-5.
2- HP 45’.


Nasi carrot tu memang sedap. Ummi dah 2x buat tau since 1 Syawal sebab tak puas makan on the first raya tu :D

Daging Masak Hitam tu pula seeloknya dimasak sehari awal untuk rasa yang lebih sedap dan sebati segala rencahnya.

Selamat mencuba 🤗

Monday 25 May 2020

Raya 2020 ~ Raya Yang Berbeza


1 Syawal 1441H / 24 Mei 2020
(Ahad) 
🌙⭐🌙⭐

Eid Mubarak everyone!

Raya paling simple rasanya tahun ni. Raya dalam PKPB. Raya di perantauan tanpa ibu ayah sanak saudara disisi. Pastinya jadi kenangan yang tak akan dilupakan.

Sarapan kami simple je. Ummi goreng nasi butter bersama ayam KFC (leftover celebrate birthday Adik semalam).


Lemang dan rendang pelengkap juadah raya.

Tongkat, teks khurbah dan mimbar. Mahal kenangan raya kali ni :)


Usai solat, sesi bermaafan sesama anak beranak.  Seronok sebenarnya raya kali ni, tak perlu tergesa-gesa nak ke sana ke sini. Ummi Walid ambil peluang bagi nasihat untuk setiap seorang anak-anak. Sesi bermaafan kali ni lebih intim dan tenang. Kalau raya di kampung tu, sekali lalu je depa salam Ummi Walid. Sebab semua kalut beratur nak duit raya dari Tok Umi dan Tok Ayah.




Video call dengan keluarga di Jitra. Ini pun a new norm celebrating raya this year. Harapnya raya haji ni dapatlah balik kampung 😭😭😭


Biru - tema raya depa. 

Selesai dalam rumah, keluar meronda sekejap di kawasan sekitar. Tak dapat balik kampung, kita tumpang tengok suasana raya di kampung-kampung sekitar. Sama juga seperti di kawasan perumahan, suasananya hambar. Masing-masing beraya dalam rumah sahaja. #stayathome, stay safe.

Untuk lunch, Ummi masak Nasi Carrot diregukan bersama Daging Masak Hitam yang Ummi masak petang 30 Ramadhan. Inilah juga juadah untuk Abg Aqim dan Abg Aiman yang datang beraya. Depa dualah tetamu raya kami tahun ni. Dua-dua pun bujang, merayaplah ke rumah Maksu depa ni :)



Memang lepak sungguh raya kali ni. Makan, minum, tonton TV, tidur.... Bangun tidur, repeat aktiviti sama. 


Dinner! 

Memang berbeza raya kali ni 😁

Saturday 23 May 2020

30 Ramadhan ~ Adik turns 4 y/o 🎂🎂🎂


She was born a week before Ramadhan. Last year she celebrated her birthday on mid-Ramadhan. This year, her birthday falls on the last day of Ramadhan.


Alhamdulillah sepanjang 4 tahun ni Adik membesar dengan baik, sihat dan selamat. Doa Ummi agar Adik sentiasa beroleh perlindungan dari-Nya, dijauhkan dari segala mara bahaya dan sentiasa jadi penyejuk mata seluruh keluarga. Sayang Adik sangat-sangat ❤️❤️❤️


Kek Coklat untuk Adik. Ummi beli pre-mix cake keluaran Nona. Anak-anak kata sedap alhamdulillah.

Goodies untuk anak-anak jiran...




Ummi bagi purse Frozen. Abang re-gift Pooh the Bear. He received the toy when he was 1 year old. Kakak belum bagi hadiah lagi manakala Angah pula hadiahkan Adik movie Ejen Ali, yang kat Astro Ria tu 😂😂😂 Apa-apa ajelah Angah.

Happy 4th birthday Adik 🎂🎂🎂

Friday 22 May 2020

28 & 29 Ramadhan ~Projek Raya III: Kemas Rumah, Hias Rumah


Semalam dan hari ni banyak masa kami habiskan dengan mengemas dan menghias rumah. Almaklumlah tahun ni beraya di rumah sendiri. Jadi nak lebih feel raya, rumah kena lebih kemas dan selesa. Fokusnya of course  ruang tamu sebab inilah tempat lepak kami sekeluarga.

Orang mop dia nak mop, orang vacuum dia nak vacuum 😇

Alhamdulillah stuff from IKEA sampai on time. Kami expect items sampai lepas raya sebab order masa PKPB start awal bulan hari tu. Dengar pula banyak barang online stuck here and there jadi tidaklah mengharap sangat. Tapi, bila barang dah ada depan mata, mestilah teruja nak pasang/gunakan? 


Antara projek kemas & hias rumah kami untuk RAYA 2020...

1. Kemas pantry & labeling botol/bekas simpanan barang-barang dapur


2. Bersih dan repainting lampu pagar

Love this 😍

3. Gantung magnetic board untuk letak fridge magnets

Magnetic Board SVENSAS 

4. Pasang rak TV
Rak LACK.
Sila abaikan model tak berbayar tu ye 🤭

5. Ubah susun atur perabot
Ini standardlah kan... Yang bestnya Angah cakap, "Bestlah Ummi... Nampak (cantik) macam rumah orang lain.." 😂😂😂

6. Buat bunga rampai

Ini tak tahulah nak raya ke nak kawin hahaha... Walid beli daun pandan banyak bukan main, tak habis pun kalau nak buat masak. Ummi ambil beberapa pelepah buat bunga rampai. Wangi ruang tamu kami tau!

Thursday 21 May 2020

27 Ramadhan ~ Projek Raya II: Wajik & Dodol


Comot sikit dodol tu ☺️

Ikut plan asal Ummi nak buat biskut mazola dan biskut makmur untuk raya tahun ni. Tapi disebabkan ada beberapa bahan takde dan Ummi pun malas nak beratur panjang di bakery, Ummi tukar plan. Cuba buat dodol dan wajik atau kami panggil pulut kacau. Atau di sesetengah tempat di Kedah disebut pulut kucai. Kucai tu sama maknanya dengan kacau. Bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah, ada dijual di kedai runcit atau kedai serbaneka berhampiran.

Semalam Ummi buat dodol dengan periuk Noxxa. Dari segi rasa alhamdulillah sedap. Tapi dari segi tekstur, liat kemain. Nak potong pun tak boleh. Kena pakai sudu untuk keluarkan dodol dari bekas. Bila guna sudu, tak cantiklah potongannya. Tak jadi Ummi nak sedekah pada jiran-jiran.

Hari ni pula Ummi buat pulut kacau. Alhamdulillah sedap rasanya, cantik pula hasilnya. Ada rezeki untuk jiran-jiran kali ni. Resepi Ummi ambil dari blog ceriteraibu. Minta dihalalkan resepinya ye Dilah 🌹

Ummi gandakan adunan sebab niat nak berkongsi dengan jiran-jiran. Bila masak air gula, mendidih hampir nak melimpah keluar dari inner Noxxa jadi cepat-cepat Ummi masukkan pulut yang sudah ditanak. Kemudian kacaulah hingga hampir kering air gulanya. Kemudian Ummi off suis dan transfer ke dalam bekas yang sesuai. Sejukkan pada suhu bilik. Dah sejuk betul, barulah tutup bekas dengan penutupnya.


Wajik @ Pulut Kacau

Bahan-bahan untuk pulut
2 cawan beras pulut
2 cawan air
3 ulas isi durian - tak letak 
Sehelai daun pandan - disimpul 

Bahan-bahan untuk air gula 
2 cawan santan 
2 cawan gula merah 
1/2 cawan air
Sedikit garam
Sehelai daun pandan - disimpul 

# Ummi gandakan kuantiti bahan-bahan

Cara-cara
Untuk Pulut 



1. Masukkan beras dan air ke dalam periuk Noxxa. Masukkan juga daun pandan yang telah disimpul

2. Set High Pressure HP03 untuk masak pulut.
3. Bila dah siap masak, releasekan wap air secara perlahan. Ketepikan.

Untuk Air Gula
1. Satukan semua bahan air gula; gula merah, 1/2 cawan air dan santan serta daun pandan. 



2. Tekan butang stir fry dan kacau air gula hingga pekat. 



3. Masukkan pulut yang telah ditanak tadi dan kacau hingga sebati dan air gula kering. Off butang stir fry dan berhenti mengacau sekiranya sudah mencapai tekstur pulut yang dikehendaki  samada hendak pulut yang kering atau basah-basah. Ummi suka basah-basah. 

4. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai. Biarkan sejuk pada suhu bilik. Tutup bekas sekiranya pulut kacau telah benar-benar sejuk.


Semalam Mak Kodiang 'tayang' acar dekat Ummi, hari ni Ummi 'balas' dengan pulut kucai.


Wednesday 20 May 2020

26 Ramadhan ~ Ajaibnya Aturan Rezeki


Usai solat Asar semalam, sambil melipat telekung Kakak bercerita, "Malam tadi Kakak mimpi makan pulut... Nanti Ummi buat pulut ye..."

"OK, raya ni kita beli lemang ye," jawab Ummi. Lagi 2-3 hari nak raya malas nak masak pulut.

Tak lama kemudian, ada orang bagi salam. Cucu Kak Leha, Mel berdiri di luar rumah sambil menjinjing seplastik makanan.
Bila dibuka...

Lemang, kari ayam & spagetti goreng. 

 Allahu akbar! Cepatnya makbul hajat Kakak ☺️

Kali kedua, petang tadi. Ummi nak masak ikan cencaru untuk berbuka. Dalam hati teringin nak makan cencaru sumbat atau cencaru bakar tapi anak-anak lebih suka cencaru goreng di tabur bawang goreng + kicap. Layan je selera anak-anak sebab semalam Ummi masak keli salai masak lemak, kurang sambutan berbanding keli goreng berlada. Jadi, untuk kali ni Ummi masak ikut kesukaan anak-anak. 

Bila Walid balik kerja, dibawa bersama sedikit buah tangan untuk berbuka. Allahu, ada ikan cencaru sumbat. Sungguhlah Allah itu Maha Mendengar. 

الحمدلله على کل حال



Tuesday 19 May 2020

25 Ramadhan ~ Projek Raya I : Hias Balang Kuih


Sabtu lepas ke Mr DIY. Punyalah seronok sebab dah 2 bulan tak ber-shopping. Rasa semua barang nak beli. Bila Walid tegur, banyak beli barang? Cepat je Ummi jawab, "Mestilah, nak raya kan... " Tahun lepas dah beli balang kuih raya, tahun ni pun beli lagi hihi...

Bezanya kali ni Ummi beli bekas plastic, ada lock 4 sisi. Ada offer dekat Mr DIY. Nak letak kerepek/maruku/kekacang dsbnya. Since tahun ni beraya di rumah sahaja #stayathome, jadi Ummi beli banyak stock makanan sebegini untuk kudapan. Selalu balik beraya di kampung, berziarah sana sini makan itu ini jadi untuk tidak merasa sangat kesedihannya, kita sediakanlah banyak food di rumah. Tak boleh ke mana-mana tahu dah mesti nak mengunyah je nanti :D

Tahun lepas bila Ummi nampak Adik angkat balang kuih Ummi, berdebar-debar jantung  Ummi. Takut jatuh pecah sebab balang kaca. Jadi, tahun ni Ummi nak letak dalam balang plastik je. Untuk nampak cantik, Ummi wrap dengan wallpaper. Pun beli di Mr DIY. Nampaklah exclusive sikit kan? Yang geramnya, bila balik ke rumah baru gatal tangan nak Google cari idea. Ada satu tu cantik dia wrap penutup balang plastik ni guna tisu bercorak. Cantik sangat!. Ada kesempatan ke Mr DIY lagi Ummi nak cari bahan untuk buat. For the time being just proceed with what I have and already bought.

Letak sticker utk tutup nama Mr DIY 😁



Inilah projek Ummi sehari dua ni... 

Puding mangga SUSU ni dari Sya untuk berbuka semalaman. Alhamdulillah. 



Banyak 'hutang' ni dengan jiran-jiran. Insha Allah start esok nak mula projek masak memasak pula. Projek biskut raya cancel dah. Malas nak keluar masuk kedai itu ini cari bahan. Paling malas nak kena beratur dan bagi nombor telefon sebelum masuk kedai. Apa boleh buat, new norms :(

Monday 18 May 2020

24 Ramadhan ~ Resepi Nasi Beriani Kambing Pakistan yang super duper sedap


Sejak PKP ini baru kali pertama makan daging kambing. Selalu kalau nak beli daging kambing kami ke Pasar Sri Gombak tapi sejak PKP memang tak pernah ke pasar basah.


Bila jumpa daging kambing frozen keluaran Ramly Burger di Al Iman Mart Sri Gombak Ummi pun belilah. Satu paket ni 1kg, ada 5-6 ketul daging beserta tulang. Yang Ummi beli ni bahagian bahu (lamb shoulder), ada juga neck bone dan lamb cube. Harga RM30 plus /pack.


Asalnya nak buat kari tapi Walid nak makan nasi beriani. Ummi ikut je. Google sana, Google sini akhirnya Ummi berkenan dengan Resepi Nasi Beriani Pakistan oleh Kak Azie (Azie Kitchen). Nampak sangat menyelerakan dan paling penting Ummi rasa mampu buat. Ummi ni tak berapa pandai masak nasi berperisa. Akhir-akhir ni je pandai sikit :)

Walaubagaimanapun ada beberapa steps yang Ummi skip. Ummi gunakan PC Noxxa untuk percepatkan proses memasak. Ummi tak serajin Kak Azie hihi...


Nasi Beriani Kambing Pakistan 
Sumber: Azie Kitchen

Bahan-bahan
5 cawan beras basmathi - rendam & tos (3 cawan beras Basmathi)
9 keping kambing dgn tulang - (6 keping daging + tulang kambing)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 biji buah pelaga
10 tangkai bunga cengkih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 biji bawang besar – potong dadu
5-6 biji buah tomato masak saiz besar – potong dadu [lagi banyak lagi sedap] 
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt - banyak lagi sedap
2 helai bay leave
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning
Garam
Gula

Bahan Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 tangkai cili hidup hijau - potong 1 inci
Daun mint
Badam & kismis -  jika suka

Penyediaan Lauk


1.Perap kambing dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.

2. Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau.
3. Masukkan juga daun pandan jika suka.
4. Masukkan kambing yang diperap dan kacau sehingga rata.
5. Masukkan air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk.
6. Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak. Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit.
7. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.
8. Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.

Untuk step seterusnya serta penyediaan nasi, sila ke Azie Kitchen. 

Untuk cara yang lebih ringkas (dengan menggunakan periuk Noxxa) , boleh rujuk dibawah;
1. Setelah kambing diperap selama 1 jam, panaskan beberapa sudu minyak zaitun di dalam inner dengan mode stir fry (SF).
2. Tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau.
3. Masukkan daun pandan jika suka.
4. Masukkan kambing yang diperap dan kacau sehingga rata.
5. Masukkan air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk.
6. Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak. Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit.
7. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa. Off butang SF. 
8. Tutup periuk Noxxa. Halakan tombol pada laras 'pressure'. Set HP mode selama 25x.
9. Sementara tu, basuh dan rendam seketika beras basmathi.
10. Bila kambing sudah masak, keluarkan daging kambing.
11. Masukkan beras tadi, sesuaikan sukatan air/susu cair dan rasanya. Kemudian masukkan semula daging kambing dan telur rebus. Ummi masukkan juga cili hijau dan akar ketumbar. Tutup periuk. 


12. HP 7x dan tunggu hingga masak.


Tedia, harum mewangi satu rumah bila buka penutup periuk.

Untuk penyedap rasa, Ummi buat sambal ala nasi arab; kisar cili padi + air lemon + tomato + garam + gula. Sesuaikan rasa dan boleh dihidang bersama nasi beriani tadi.

Selain tu, Ummi buat juga dalca ringkas sebab depa kat rumah ni kalau makan nak ada kuah. 



Nasi Beriani Kambing Pakistan ni sangat sesuai untuk dijadikan hidangan istimewa di pagi raya nanti. Ummi sarankan lawat dulu blog Kak Azie untuk dapat gambaran menyeluruh proses penyediaannya. 

 Selamat mencuba!

Sunday 17 May 2020

23 Ramadhan ~ Selamat Hari Guru ❤️


Kali ni hari guru jatuh pada hari Sabtu, di musim PKP pula. Jadi, hanya sekadar ucapan dan doa  diutuskan pada para guru semua.


Ini dari Kakak untuk cikgu-cikgu dia.
Ummi PM cikgu-cikgu dia. Seronok bila cikgu-cikgu balas ucapan dan mendoakan anak-anak Ummi. Doa dan redha para guru yang sangat diharapkan untuk keberkatan dan kejayaan sepanjang hayat.

Kelmarin hantar Walid ke bengkel kereta. On the way balik, nampak ada orang jual petai. Singgah beli sepapan dua makanya berbuka semalaman dengan sambal petai lah. Regu pula dengan masak lemak telur itik. Aduh, masakan kampung sebegini memang membuatkan makan bertambah!


Kek coklat dan brownies dari Ustazah. Alhamdulillah rezeki berbuka semalam.


Saturday 16 May 2020

22 Ramadhan ~ Resepi Ayam Vanggey Ipoh & Resepi Wantan Meatballs


Sekarang ni memasak ikut kerajinan. Ada hari rajin, ada hari malas :D Semalam mood rajin datang, meriahlah sikit meja  makan tu :)


Menu Iftar 23 Ramadhan 1441H

Nasi Putih
Ayam Vanggey Ipoh
Sotong Masak Kicap
Kobis Goreng Telur
Murtabak
Wantan Meatballs
Apple Pie  Teh Tarik / Air Soya

Apple Pie from office mate Walid. 

Hari ni Ummi share 2 resepi. Almaklumlah tengah rajin 😉


Resepi Ayam Vanggey Ipoh
Sumber: Oh Bulan

Bahan-bahan
Ayam - di lumur garam dan serbuk kunyit. Kemudian goreng separa masak. Ketepikan.

Bahan Kisar
6 tangkai cili kering
1 s/b jintan putih
1 s/b jintan manis
2 biji bawang besar
1 labu bawang putih
Halia - tak perlu buang kulit (Ummi buang)
Segenggam cili api (Ummi letak 11 tangkai)

Bahan Tumis
Kulit kayu manis
Serai - diketuk
2 s/b serbuk kari ayam
1 s/b serbuk cili
Daun kari
6 s/b gula merah
1 s/b gula putih (Ummi tambah)

Bahan Sos Lada Hitam
2 s/b susu kotak
1 s/k lada hitam
2 s/b tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Garam
Gula
Perisa
Kicap (untuk warna)

Cara-cara
1. Tumis bahan-bahan tumis; serai, daun kari, kulit kayu manis dan bunga cengkih. Tumis hingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau sebati
4. Masukkan serbuk kari dan serbuk cili.
5. Kemudian masukkan garam dan gula. Gaul sebati dan biarkan hingga ayam masak sepenuhnya.
6. Masukkan lebihan daun kari. Tutup api. Siap.


Resepi Wantan Meatballs
Sumber: Sirap Limau

Bahan-bahan
Sebungkus meatball
Kulit popia secukupnya - dipotong 4 setiap keping (popia besar)
1 biji bawang besar - diketuk
3 ulas bawang putih - diketuk
1 s/k lada hitam
Sedikit tepung gandum

Cara-cara
1. Rebus meatball bersama bawang besar,  bawang putih dan lada hitam. Air cukup hanya separa meatball, tak perlu banyak.
2. Bila mendidih, tutup api dan toskan.
3.  Simpan air rebusan untuk dijadikan sos lada hitam (sos pencicah).
4. Bancuh tepung gandum dengan sedikit air untuk dijadikan pelekat/gam kulit popia.
5. Ambil meatball dan letak atas kulit popia dan bunjutkan. Gamkan dengan tepung gandum. Ummi cucuk dengan lidi. 




6. Panaskan minyak dan goreng keemasan.

Untuk sos lada hitam, satukan semua bahan dan masak di atas api kecil hingga pekat. Kacau sentiasa dan sesuaikan rasa.


Ummi tak sempat buat sos ni, cuma cicah dengan sos cili + mayonis. Pun sedap!.