Ikutkan nak sarapan di luar tapi tak properly planned plus banyak kedai makan tutup Jumaat, kami decided sarapan di rumah je sebelum bertolak balik. Jimat masa pun iye, sebab boleh gerak awal balik ke Gombak.
Lepas sarapan depa layan Makngah ajak buat trend TT bagi duit raya ala² majlis Convo :D Makngah depa ni kadang 'masuk ayaq' jugak 😆
Lambat² nanti makin sesak PLUS highway tu kan...
Nak balik kampung utk beraya feel dia lain, nak balik ke perantauan mulalah lemau haha...
Kerepek Pisang Maksu bagi.
Bahulu Makngah bagi, cekodok pisang dan kerepek tempe Tok Umi bagi as bekal. Memang mengunyah je la Ummi ni nak hilangkan mengantuk.
Awal lagi nak singgah Ipoh utk solat Jumaat jadi kami teruskan perjalanan. Waktu Zohor di Ipoh 1.22 t/hari.
Singgah di layby Simpang Pulai utk toilet break dan quick lunch. Makan bekal nasi lemak bungkus. Malas nak turun kereta, too crowded.
Ummi bertegur sapa dgn Acik Cleaner ni, ucap SHR la kan... Then Acik ni tanya, dari mana? Dari Jitra nak balik Gombak Ummi cakap.
Terus AC ni pegang tangan Ummi, bagitau kampung Makcik dekat Ayer Hitam. Ayer Hitam ni dekat² Jitra juga...
Orang Kedah jumpa orang Kedah tau sajalah kan, auto jadi ramah 😆 Acik ni cakap adik beradik dia ada di Ayer Hitam tu, tapi dia dah lama tak balik kampung sana. Teringin nak makan ketupat palas katanya. Ummi pun offer la daun palas yang Tok Ayah bagi tu. Tapi Acik ni kata dia tak pandai buat ketupat palas.
Ummi pun minta diri, sebab mata dah masuk habuk ni. Rasa sedih dan kesian pulak :(
Nak masuk kereta teringat Tok Umi ada juga bagi bekal ketupat palas dah siap rebus. Rezeki AC ni la... Harapnya tercapai hajat Acik ni nak makan ketupat palas. Berair matanya bila dapat ketupat idamannya tu. Ummi pun cepat² masuk kereta sebab 'hujan' juga 🤭
The boys solat Jumaat di sini. Ramai orang luar macam kami juga, based on kereta² yang parking di tepi main road ni. Sekejap je solat Jumaat di masjid ni, pukul 2 lebih jemaah dah keluar masjid. Ada pengantin nak dinikahkan, mungkin sebab tu Tok Imam tak solat lama² plus ramai musafir macam kami.
Pukul 3 lebih baru masuk highway semula. Ni Tol Tapah. Masuk highway tu memang jammed la sebab 2 lane je dari Tapah ke Sungkai. Sampai Slim River nanti baru 3 lane semula.
Kami singgah di Petron Ulu Bernam ke Behrang ntah. Lupa dah :D
Lepas gegirls solat ni memang tak singgah mana² dah. Alhamdulillah pukul 6 lebih camtu dah selamat sampai di rumah 🤲🏻
Alhamdulillah dia selamat dan sihat.
Makanan dis pun ada banyak berbaki. Masa dekat kampung, risau juga takut anak bulus ni tak cukup makan ahahaha....
Alhamdulillah.
Banyak bekalan tu sedap la mengunyah dalam kereta.
ReplyDeleteKalau tak mengunyah nanti mengantuk Cie 🤭
Delete400km ye...kalau SA mau dh patah pinggang tu..nasib x jammed ye PH..selamat kembali dan selamat berehat..
ReplyDeleteBegitulah pengorbanan nak balik kampung haha...
DeleteSama la kita, Jumaat bertolak balik rumah. PH balik KL, kami pulak balik utara.
ReplyDeleteSaya cuma tahu Ayer Hitam, Johor. Rupanya ada juga di Kedah ya.
Iyaa...kami suami isteri pun rindu dengan anak bulu yang ditinggalkan jauh.
Entah² selisih kot jalan hari tu PU hehe...
DeleteAyer Hitam Kedah ada, Penang pun ada selain Johor
Okay tak si Jojo tu? Mesti rindu dekat tuannya tu
fuhhhh 400km ! Ana kalo bawak Mak & Abah travel sejauh tu fuhhh tak blh nk bayang hehe.. ciannya AC mesti berlinangan air mata bila PH bg ketupat palas tu :( syukur dah selamat tiba ke sarang & anak bulus pun behave je kena tggal hehe
ReplyDeleteApa boleh buat, nasib badan ahahaha 😆
DeleteSeronok je balik kampung tapi bila Raya trafik sesak itu yg lemau tu haha...
Rezeki AC tu, moga² dia happy la kan
Alhamdulillah.. Perjalanannya lancar dan selamat..
ReplyDeleteMengunyah je copilot ye.. kikiki.. Takpe janji setia meneman..
Sy jenis ni la Sha, kena kunyah².
DeleteTak biasa tidur dlm kereta plus kesian suami drive sorang² dah la jammed kan...
Syahdunya bila ada yang tak dapat balik sampai teringatkan ketupat palas di tempatnya kelahirannya 😥
ReplyDeleteTersentuh hati sy Kak 🥹
DeleteKat kg kalu banyak bekalan kan....macam saya dapat mempelam dan kuah rojak dan pisang berangan. Alhamdulilah....ala sedih pulak citer Acik tu PH....:(
ReplyDeletePenuh bonet kereta haha... Dgn barang sedara mara bagi, kita sendiri pun kemain membeli bila balik kampung mmg penuh kereta la haha
DeletePH x tidur langsung ke kedah-kl? Sy beraya dr kch ke kota samarahan, 1 jam je perjalanan pun tido.. ahahaha
ReplyDeleteTak Kakmim, jenis tak suka tidur dalam kereta. Plus sy nak teman suami drive. Kesian pula dia nak hadap jammed sorang², kang mengantuk ke, apa ke risau juga kita
DeleteMemang risau. Ammi tinggalkan 3 ekor anak bulu di dalam rumah. Beli 2 auto feeder 1 siap ada cctv utk pantau. Bila tak nampak dorang nanti ammi panggil nama alhamdulillah. Sambil tu blh juga pantau disaster apa yg dorang buat dlm rumah.
ReplyDeleteSi bujang bulu masa kami keluar dia merayap mana ntah. Jadi terpaksalah letak manual feeder diluar rumah dgn 2 bekas air sbb dia ni minum air mcm berlari marathon.
Bab makan minum utk anak bulus ni mmg lebih dari cukup rasanya PH letak haha ... Risau tak cukup makan sbb dia ni kita tengah panaskan lauk sahur, dia dah setel seround makan. Kita sahur jap gi, dia dah masuk round 2 😆
DeleteIssh saya kalau bisa meninggalkan anak bulus 5 ekor nih, saya dah mudik. Tp memang tak bisa. Krn mereka terbiasa makan wet food pagi malam, dan dry food utk siang. Tp selalunya all the time pasti tersedia. Cuma tuhlah, mereka tak terlalu suka dry food. Sementara wet food tak mungkin disediakan dlm jk waktu lama.
ReplyDeleteNantilah nak mudik saat Asisten saya dah balik. Akhir April nak ke solo, kampung suami.
Bila bela pets macam ni la kan...
DeleteAkk malas nak hantar ke pet hotel sbb kesian kena kurung all the time kan. My cat jenis bebas keluar masuk rumah so kesian la. Plus separation issue lagi dia nak hadap
. That's why tinggal je di rumah, tempat yg dia dah biasa