Saturday 26 December 2015

Cuti-Cuti Malaysia 2015



Credit

Hujung tahun ramai yg mengambil kesempatan utk bercuti. Ada yg balik kampung, bercuti di dlm negara dan x kurang juga yg ke luar negara. Ke mana pun kita bercuti, nikmatilah detik2 manis bersama yg tersayang. Tinggalkan sebentar segala gajet di tangan. Join anak2 mandi pool ke :p 

Kepada yg memandu, pandulah dgn cermat. Tak perlu kalut & gopoh sbb perjalanan itu sendiri adalah satu bahagian dari percutian kita. Basahkan lidah dgn "rabbi yasir..." Moga perjalanan/urusan kita lancar sentiasa. 

Kepada yg bekerja tatkala ramai yg mengambil manfaat long weekend  & menghabiskan cuti tahunan kuatkan semangat. Sekurang2nya jalan tak pack sangat kan? 

Moga selamat semuanya.

Kami bercuti di sini;


Monday 21 December 2015

Yuran Pasti 2016


Jika tidak ada aral, tahun depan Angah akan masuk tadika. Saya pilih Pasti yg sama dgn Abang dulu. Semalam bawak dia ke sekolah utk bayar yuran dan ukur baju. 2/1 ni baru dapat baju.

Malam sebelum tu dia dah merengek2 dekat Walid dia, takmo pegi sekolah esoknya. Risau jugak sebab dia dah terbiasa duduk di rumah since saya berenti keja 2 tahun lepas. Ada geng main pulak tu. Yang bestnya lepas mandi siap pakai baju semua dia turun bawah siap galas beg sekolah lagi! 


Saya beli extra uniform so total RM754. Ada 2 perbezaan ketara yg saya perasan. Masa Abang dulu (sesi 2013-2014), harga uniform dlm RM 25 je sekarang dah naik. Yuran bulanan pun RM120, dulu RM100. Tapi yuran bulanan ni berbeza ikut negeri sbb setiap Pasti diuruskan oleh negeri masing2. Masa tumpangkan Abang di Pasti Mujahid (Kedah) dulu, yurannya hanya RM50. Tak pastilah jika sekarang dah standardized. 

Belajar rajin2 ye Angah! 


Thursday 10 December 2015

Rindu Abang...


Dah 2 minggu lebih Abang di kampung. Rindu sungguh dekat anak bujang nan seorang tu :)


Nampak segak pulak Abang berjubah macam tu :) gambar ni maksu dia ambik di tempat dia belajar tahfiz. So far dia OK. Cuma bila sepupu2 dia balik ke rumah masing2 mulalah dia boring. Kejap2 call Umi. 

Bab makan usah cakap. Dalam gambar tu pun nampak makin berisi. Dah sarapan kat rumah Tok Umi, pergi rumah maksu makan lagi. Time rehat pulak nasi lemak 2 bungkus. Balik rumah lunch pulak. Abang...Abang...

I miss you laling! 

Monday 30 November 2015

Makan kenduri di Penang

Selamat Pengantin Baru Hafiz & Wana

Alhamdulillah dalam tak larat2 ni sempat juga saya menyelit ikut hubby & kids ke Penang, meraikan majlis persandingan Hafiz, sepupu hubby Sabtu lepas. Dah lama asyik berkurung dlm rumah, since jerebu bulan 9 hari tu. Sekali sekala teringin juga nak tukar angin. Lagipun pengantin buat joint kenduri, satu majlis je. 

Jumaat malam tu terpaksa ke Pusrawi utk drip sbb asyik muntah je 2-3 hari sebelum tu. Masuk 2 botol ubat & vitamin baru saya confident nak travel. 

Malangnya, sampai di rumah kenduri saya hanya mampu menjamah 2-3 suap nasi shj. Sedangkan lauknya sedap2 belaka, especially kurma kambing yg mmg feveret saya. Sudahnya saya hanya makan bubur pulut hitam. Licin dua mangkuk! He he...

Usai kenduri kami & family Jitra bergerak ke Sg Dua. Sahabat saya, K. Ninah, owner Zulaikha & Rossa Homestay bermurah hati menumpangkan keluarga besar kami di home stay barunya, Rossa. Terima kasih daun keladi K. Ninah hehe. Malam tu kami pakat pekena mee udang sg dua yang femes tu. Memang sedap :) 

Last time kami berkumpul adik beradik raya puasa hari tu. Dah lama tak jumpa ni mmg havoc jadinya. Anak2 sampai lupa Umi & Walid asyik sangat main dgn sepupu2. Bayangkan 8 org kanak2 berkumpul dlm satu rumah. Yg tua 8 tahun, yg kecik 1+ tahun. Siap mandi kolam lagi. Tapi itulah kebahagiaan, keseronokan bersama keluarga. Moga ada kesempatan lagi utk bersama. 

Esoknya selepas zohor kami bergerak ke destinasi masing2. Abang kami titipkan ke kampung, utk ke kelas tahfiz bersama sepupu2nya. Harapnya terisi jugak cuti sekolahnya dgn aktiviti berfaedah. Abang pun dah 2-3 kali ponteng solat Jumaat sbb Umi sakit. Lepas ni boleh ikut Tok Ayah pi masjid ye. 

Baju team Kedah sponsored by Maksu & Paksu
Mujur Kedah menang malam tu :p

Alhamdulillah 'ala kulli hal. 

Monday 16 November 2015

Khabar semakin baik, alhamdulillah


Credit

Lamanya saya tak update blog. Sebenarnya hari2 saya ke sini, ziarah blog kawan2. Mana2 yg ada entry menarik saya akan baca, cumanya tak meninggalkan jejak. Tak mampu! Itupun saya hanya pilih light & easy topics. Diri rasa tak mampu nak digest heavy & serious things now.

Berbalik kpd keadaaan saya, alhamdulillah kesihatan bertambah baik. Satu dua hari ni kesihatan saya menunjukkan tanda positif. Dah mula mengidam nak makan macam2 sbb selera makan dah kembali. Sebelum ni asyik telan air liur je bila tengok posting pasal food kat blog tukang2 masak ni. He he. 

Credit

Banyak cerita yg nak dikongsi, tapi tak pastilah mampu ke tidak nak buat siaran tertunda :) Stay tuned, jumpa lagi insha Allah. 

Wednesday 30 September 2015

Aidil Adha 1436H/2015


Dah seminggu kita menyambut aidil adha. Kumpulan pertama para tetamu Allah pun dah selamat sampai ke tanah air semalam. Musim haji Kali ini diwarnai dgn dua tragedi, kren tumbang di Masjidil Haram juga kejadian rempuhan jemaah di Mina. Kedua-dua tragedi melibatkan ratusan jemaah terkorban juga tidak kurang yg cedera termasuk jemaah Malaysia. Namun, yakinlah segala yg terjadi pasti ada hikmahnya. Tambahan pula berlaku di tempat yg mulia, saat menunaikan ibadat haji disaat menjadi tetamu Allah. Hatta tertusuk duri pun sudah beroleh pahala, inikan pula tragedi besar seperti ini.

Tahun ni kami memilih beraya di ibukota sahaja. Dapatlah juga melakukan ibadah korban utk Balqis. Alhamdulillah. 


Memandangkan ada 10 ekor lembu yg hendak dikorbankan, maka solat sunat aidil adha diawalkan ke pukul 8.15 pg. Seawal jam 5 saya mula memasak sbb tak mau ketinggalan solat raya. Alhamdulillah semuanya ready by 6.45, sempat kami makan dan bersiap ke surau. 


Menu pilihan saya kali ini. Resepi akan menyusul insha Allah. Flow of work juga detailed tasks saya tulis utk memudahkan kerja. Penting utk kita merancang supaya tidak kelam kabut.


Kumpulan kurban yg diketuai oleh hubby sedang melapah lembu.


Orang sibuk melapah lembu, anak2 sibuk makan aiskrim :) 

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Tuesday 22 September 2015

Memori Haji ~ kenangan di Arafah

Jumaat, 9 Zulhijjah 1435H 

Cuaca di Arafah pagi itu sangat indah. Matahari bersinar terang, tapi tidak garang. Semalam ketibaan kami di sini disambut dengan hujan renyai2, suatu yang agak luarbiasa di bumi Mekah. 

Solat dhuha 2 rakaat sudah, membaca Al  Quran sudah, saya terfikir2 apalagi amalan sunat yg sesuai utk dikerjakan pagi ini. Waktu wukuf hanya akan bermula selepas masuknya waktu Zohor jadi kesempatan yg ada diwaktu pagi ini ingin saya manfaatkan dgn sesuatu yg berfaedah. Saya memilih utk beribadat di luar khemah kerana keadaan di dalam khemah agak panas. 

Mata terpandang kelibat Ustazah Siti Asmah di suatu sudut. Lantas saya menghampiri dan menyapa beliau. Beliau menyarankan saya menunaikan solat dhuha 8 rakaat. Ganjarannya besar, akan didirikan sebuah istana utk kita di syurga kelak. Allahu Akbar, siapa yang tidak mahukan? 

Hari ini, sekali lagi kita bertemu dgn hari Arafah. Dikatakan tidak ada hari yang lebih ramai diampunkan dosa oleh Allah melainkan pada hari Arafah. W/pun tidak berada dibumi Arafah kali ini tapi semangat Arafah tetap bersama. Moga ianya terus hidup dalam jiwa saya hingga ke akhir hayat.

Benar, Arafah telah menyentuh hati saya. Kenangan indah sentiasa bermain di tubir mata. Moga ada kesempatan sekali lagi untuk mengisi hari wukuf di bumi Arafah. 

Credit source

Monday 14 September 2015

Give away ~ pre-loved handbags



Recently I read about a method of arranging clusters in our home called Konmari as it is advocated by Marie Kondo. The Star is organizing a challenge for its readers to de-cluster their homes using this method. I am interested to try this method, at least on my personal level. The article comes at a very right time as I am thinking of de-clustering our home. There are a lot of un-used stuff stuck in boxes, racks, cupboards, wardrobes etc.
I am teaching myself to be moderate, to share more and to own less, in this context. 

The method asks us to gather all the things that we want to get rid of and decide which items to go. It recommends that we do it categorically; books, clothes, bags etc rather than tidying up room by room or a section by section. I couldn't do this at one go. I can't imagine how messy it will be if I were to collect all my stuff and choose them at one go. My main concern are the kids who will definitely give their 'helping hands', which will subsequently delay the process :)

Another idea that came to my mind was to sell those usable items to a bargain shops like Cash Converter. However I discovered from their website clothes & books are not accepted. Ironically clothes topped the chart for me to let go. Second are my handbags which I don't use. There are still in good condition but not used any more. So I decided to give them away.


So one fine day, I took all my handbags and carefully select those I no longer need. I managed to get only 5! Not that I have a small collection but it was rather my unwillingness to let them go (sigh). The essence of Kondo's method is to select items that spark joy to us. Unfortunately I found that many of the handbags are still attractive to me :) I have one particular bag to let go but once I clean her I feel so attached to her. I bought the bag in Singapore 8 years ago and hardly use the bag. But still I love her...huhuhu...

These bags are looking for a new owner :p


The first two bags were taken already. I'm so glad because someone else are interested in them. The red one is never used while the snakeskin alike was used occasionally. 

Now, I am offering another three to you. Yes, you! Whoever interested please leave your email in the comment section. I will contact you. For friends please text me if you are interested to have them. What is the price? I am not selling these items but I am thinking of a book as a reciprocal. Any books preferably non-fiction ones. Deal? Great! 

Good luck! 


Wednesday 2 September 2015

Colorfy... a way to chill!



Though reading is always been my favorite pass time habit, sometimes I find it is difficult for me to read especially when I have a little time to kill. For instance waiting for Abang to finish his school. 

Normally i'll visit blogs of those in my blog list and that's it. It will leave me about 15 minutes of free time. To read a physical book while waiting for him is quite a challenge. This is because Lil' B's present. She'll move around in the car, front to the back and forth. She likes to play with everything in the car; radio buttons, coins box, window button etc. Her favorite is the hazard lamp button :p 

A day before yesterday I read an article about book coloring activities for adults. It is a growing trend among adults to de-stress. I'm not stress but it is about fulfilling my pass time with something of benefits. I love coloring and this activity is very much welcomed. Remember I am a lefthanded person so I'm very good at art OK? As they say... :p


It intrigued me so much. I can't wait to try so I downloaded an app called 'Colorfy' as suggested by the author. Its really amazing! I became an instant artist you. Hahaha... 

These are my pieces; 





Awesome right? 
Try out yourselves. 

If you want a coloring books for adults there are plenty of them. Check it out! 



Tuesday 1 September 2015

Koleksi Bunga Kebun


Jika kita lihat di sekeliling kita, alam ciptaan Allah ni sangat indah. Bunga2 yg Allah jadikan pelbagai rupa dan bentuk sangat indah dipandangkan? Bukan sahaja bunga yg menghiasi pokok bunga tapi juga bunga yg dikeluarkan oleh pokok sayuran/ulaman juga tidak kurang cantiknya.

Jom kita bunga2 di kebun sekangkang kera saya;

Bunga selom

Bunga peria katak

Bunga ulam raja

Bunga kemangi

Bunga cekak/cekur manis @ asin-asin

Selamat menjamu mata :p 


Sunday 30 August 2015

Nasi Lemak Kukus (Amie's)



Here comes a long weekend for us. I took the opportunity to try out making nasi lemak kukus this morning. This time I used a recipe from Amie's Little Kitchen. Tq k.Amie for the recipe. 


Though the rice is not as soft as I wanted it to be, alhamdulillah it turned out to be a worth effort. It seems that 2 pots of rice is not enough to fill our hungry stomach :) 

The nasi lemak was accompanied with ayam goreng berempah, telur rebus, timun and of course sambal tumis, which I prepared last night. 

Happy weekend and selamat hari merdeka everyone! 


Sunday 23 August 2015

Stew Ayam Resepi Tengku Puan Pahang



Resepi stew ayam yg sangat sedap ni saya ambil dari blog Azie Kitchen. Menurut k.Azie, resepinya disalin dari sebuah rancangan di TV yg memaparkan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah memasak stew ayam ini. Memang sangat sedap & mudah menyediakannya. 



Untuk memudahkan kerja, saya masak dlm rice cooker. Selain tu daging ayamnya lebih empuk dan sedap. Utk full resepi, please visit HERE. Tqvm k.Azie for sharing. 

Teknik memasak dlm rice cooker ni semakin menjadi kebiasaan saya kebelakangan ni especially bila masak daging@ayam. Saya suka hasilnya bila masak daging/ayam semuanya empuk elok. Time raya hari tu pun 2-3 kali saya buat rendang guna rice cooker je. Pressure cooker takde, rice cooker pun jadilah. Lagipun rice cooker saya ada function buat bubur so kl nak rendang daging tu empuk elok saya turn je button 'porridge' tu. Memang menjadilah. 

Selain teknik memasak yg semakin mudah, nak copy resepi sekarang ni saya buat screenshot je. Tak payah susah2 salin dlm buku. Of course ada setback nya he he. Tapi syok juga bila nak share dlm blog tak payah type semulakan. Senang keja! 

But I wonder juga semakin malas ke mokcik ni? :p

Thursday 20 August 2015

Memori Haji ~ keperluan harian utk dibawa...


Selain dari keperluan sampingan, keperluan harian tatkala di tanah suci tak perlu dikesampingkan. Saya kongsikan disini berdasarkan pengalaman saya. Namun perlu diingat, setiap individu punya keperluan yg berbeza. Mana yg rasa perlu tu bawalah, yg rasa x perlu sila abaikan. Berat muatan yg dibenarkan hanya 25kg. Pihak airline kita OK tapi disana nanti agent yg dilantik TH utk urusan check-in bag agak fussy. 

OK back to the list;

1. Jubah
Saya hanya bawa 3 helai jubah termasuk satu dipakai semasa berangkat ke Madinah. Selain tu saya bawa sepasang baju kurung pemberian biras saya, KL dan 2 helai blaus beserta seluar dan skirt labuh. Ramai yg menasihatkan agar beli shj jubah ditanah suci, murah2 katanya. Namun saya fikir lebih baik bawa 4-5 helai sbg pakaian harian di sana terutama bg mereka yg biasa pakai jubah dan ada banyak koleksi jubah. Saya rasa ralat terpaksa beli 2 jubah utk di pakai di sana. Harganya tidaklah murah SR30-50 sehelai bg yg biasa2. Ralat sbb saya ada byk jubah di rumah yg boleh dipakai di sana jadi rasa rugi beli. Mujur saya tinggi jadi tidak perlu nak potong @ jahit bahagian bawahnya. Satu kerja pulakkan? Tapi jika nak beli jubah yg cantik2 utk special function mmg berbaloi beli di sana. Lebih murah jika dibandingkan di sini. 

Jika anda tak biasa berjubah boleh saja berbaju kurung. Cuma baju kurung mungkin perlu lebih ruang sbb ianya 2-pcs garment. Utk blaus tu rasanya cukuplah jika bawa sehelai T-shirt lengan panjang utk dipakai sbg basahan. 

2. Telekung
Saya bawa 2 helai telekung putih dan 2 helai telekung berwarna (gold & turquoise) serta sehelai kain sembahyang, utk dipakai bila bersolat di bilik atau surau hotel. Jika nak ke masjid, cukup sekadar bertelekung bersama jubah & stokin. Mudah utk bergerak. Berdasarkan pengalaman saya, telekung putih lebih sesuai utk kita org Malaysia. Selain disangka jemaah haji dari Indonesia @ Thailand, terasa agak ganjil bila saya berada dikalangan jemaah senegara sbb telekung color sgt outstanding warnanya bila bersama mereka yg bertelekung putih. Saya bawa telekung berwarna kononnya supaya mudah suami cari bila ramai2 kan... tapi sekali tu saya tunggu suami di tempat yg dijanjikan sambil tersengih2 melambai kpdnya tapi dia x perasan saya sedangkan saya satu2nya jemaah yg pakai telekung turquoise ketika itu! Mujur juga saya pakai niqab, idaklah malu sangat :p

3. Tuala
W/pun nanti kita ditempatkan di hotel jgn lupa bawa tuala. Pihak hotel tidak menyediakan tuala mahupun toiletries. Saya bawa 2 helai towel sbb dah jadi kebiasaan menukar tuala seminggu sekali sekurang2nya.

4. Kasut
Cerita kasut paling best. Saya bawa 3 pasang kasut; kasut sukan utk melontar, kasut casual utk ziarah dan sandal bertumit utk urusan harian. Sandal ni w/pun bertumit tp sgt comfortable. Sewaktu di Madinah semuanya lancar sbb tinggal dekat dgn masjid (60m) shj. Tapi di Mekah jarak dari hotel ke Masjidil Haram 750m, antara yg terdekat dgn masjid. Seminggu berulang alik ke masjid, tumitnya lekang! Terpaksalah saya beli sandal ala Asadi sbg ganti. Alhamdulillah sandal ni mmg tahan sampai skrg boleh digunakan.

5. Kain batik
Kain batik biasanya dipakai sewaktu bersantai di dlm bilik juga utk kain salin ke bilik air. Juga sbg kain basahan. Saya bawa 3 helai termasuk yg dihadiahkan oleh kerajaan negeri. 2 helai sudah memadai.

 6. Tudung ziarah @ mini telekung
Saya bawa 2 helai, warna hitam & putih dan kedua2-nya ready solat. Kadang2 kalau cuaca terlalu panas, saya pakai tudung ni saja ke masjid. Tudung ni ada dijual dikedai yg menjual keperluan haji & umrah. Ianya juga sesuai dipakai ketika ziarah dan sesi ceramah atau taklimat.

7. Stokin kaki/lengan
Pembimbing ibadah haji yg kebanyakan Ustaz/ustazah sentiasa menekankan kepentingan memakai stokin kaki & lengan agar aurat benar2 terjaga. Hatta ke bilik air semasa di arafah & Mina juga! Jadi elok sediakan stokin utk keperluan ini. Lagipun di sana banyak debu. Elok sediakan sepasang stokin basahan supaya stokin solat kekal bersih.

8. Tudung basahan
Bawa juga sehelai tudung basahan utk pergerakan kita di hotel (ambil makanan, ke ampaian dsbnya) juga sewaktu di dlm khemah di arafah & Mina.

9. Stock makanan/minuman
Kami bawa banyak biskut dan minuman 3-in-1. Kononnya utk bekalan sewaktu di masyaier. Tapi makanan yg dibekalkan oleh pihak muassah memang banyak. Biskut, buah, air kotak, 3-in-1, maggi semua ada. Kedai runcit di sana pun ada menjual keperluan2 ni.

Tak payahlah bawa stock macam kami ni ye :p

10. Ubat
Kami dulu bawa vaselin sorang 2 botol tapi suku botol seorang pun tak habis. Amalan menyapu losyen setiap malam banyak membantu saya mengatasi masalah tumit kering & merekah. Utk mengelakkan bibir kering pula,  saya banyak minum air zamzam. Time ni la nak minum sepuasnya air mukjizat ni. Utk ubatan lain panadol mungkin paling berguna selain herbal candy utk batuk. Klinik disediakan di setiap maktab jadi tak perlu risau bab ni unless u need a specific ubat for yourself.

Strepsil tu mmg perlu. Tisu x payahlah kat sana pun ada :)

Harap dapat membantu, insha Allah.
Jumpa lagi! 

Monday 17 August 2015

Memori Haji ~ Hari ini setahun yang lalu...



2 Zulkaedah 1434H

Awal kami bangun pagi itu. Malah semalaman hampir tak lena tidur krn hati gundah dan sedih nak meninggalkan permata hati kami. Dlm masa yg sama juga rasa tak sabar utk menjejakkan kaki ke tanah suci. 


Selepas menghantar Balqis ke nursery yg baru semalam dikenalinya, saya menolong Umi di dapur sedikit sebanyak. Umi menyediakan nasi lemak utk dijamu kpd jiran tetangga yg akan turut mengucapkan selamat jalan kpd kami. Jadual penerbangan kami ditukar dr jam 9.30 pg ke 4.30 ptg. Tidaklah terlalu kelam kabut. 

Bacaan doa selamat diketuai oleh Ustaz Rahman. Sambil kusyuk mengaminkan doa yg dibaca airmata saya berjuraian. Sebak nak berpisah dgn anak2. 

Perkara yg sama berulang saat bersalaman dgn anak2 dan anggota keluarga yg lain :) bila azan zohor berkumandang baru kami mendaftarkan diri, antara yg terakhir. Kami diberi tag nama, beg sandang juga sticker yg mengandungi info tempat penginapan, no bas dll. Seterusnya kami menimbang bagasi,  melalui pemeriksaan imigresen dan kesihatan. Semuanya lancar lalu kami menunaikan solat di dewan yg disediakan. 

Memandangkan kami adalah kumpulan jemaah pertama dari negeri Kedah, kami diraikan dalam satu majlis istimewa. Tetamu khas adalah YAM Tengku Temenggung Kedah, Tengku Salahuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah adinda kpd SPB Yang diPertuan Agong, bersama isteri. Setiap dari kami dihadiahkan sehelai kain sarung oleh kerajaan negeri. Usai majlis, kami bergerak menaiki bas ke lapangan terbang. Terasa istimewa bila bas kami diiringi oleh polis trafik juga lambaian ahli keluarga jemaah sepanjang perjalanan yg jaraknya hanya sekitar 1 km. 


Jam 4.58 kami berlepas ke Madinah dgn pesawat Boeing 777 diketuai oleh Kapten Datuk Nordin dgn dibantu Kapten Edy. Tidak dinafikan hati terasa cuak krn tragedi MH370 dan MH17 yg berlaku sebelumnya. Namun kami bertawakkal hanya kepada-Nya. 

Sekitar jam 9.30 kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Madinah, direct flight. Urusan imigresen sangat lancar. Begitu juga perjalanan kami dari airport ke hotel. W/pun melalui hari yg panjang kami seolah-olah tidak berasa keletihan. Mungkin kerana rasa teruja & gembira menjadi tetamu Allah mengatasi segalanya. Alhamdulillah.



Kami ditempatkan di Hotel Al-Haram yg terletak hanya 60 meter dari Masjid Nabawi. Saya ditempatkan di suite 2 bilik di hotel tersebut. Saya berkongsi bilik bersama dua org warga emas, Tokyah (75 thn) dan Makcik Intan (65 thn). Bilik satu lagi pula dihuni oleh 4 jemaah dari Pendang. Mereka berenam mempunyai talian kekeluargaan. Suami pula berkongsi bilik dgn 5 jemaah lain di aras yg sama. 

Sebagai menghormati Baginda Rasullah SAW juga krn rasa rindu yg tak tertahan utk mengunjungi Baginda, kami ke masjid Nabawi malam itu juga. Klik di SINI utk catatan seterusnya.



Sebak bila terpaksa membuang susu yg dipam ke dalam sinki. Bagi ibu yg menyusu memang perlu kekuatan mental yg tinggi bila terpaksa berjauhan dgn anak kecilnya. Namun bila difikirkan bahawa kerja haji adalah satu pengorbanan berlapang dadalah. Anak hanyalah pinjaman sedangkan Dia adalah lebih patut dicintai melebihi segalanya.

Jumpa lagi insha Allah.

Tuesday 11 August 2015

Memori Haji ~ sumbangan penaja...


Bermula Ahad ini, mereka yg terpilih menjadi tetamu Allah pada tahun ini akan mula berangkat ke tanah suci. Bagi yg mengambil peberbangan awal pastinya segala kelengkapan sudah disiapkan.  Manakala yg memilih penerbangan akhir masih ada masa utk menyiapkan kelengkapan. 

Sebelum ni saya ada berkongsi tentang keperluan2 yg elok dibawa semasa menunaikan haji. Kali ni saya nak kongsi pula barangan yg disumbang oleh Sahabat Korporat TH. Dulu kami tercari2 juga beberapa barangan spt uncang kasut dan batu (utk melontar) tetapi Alhamdulillah ada yg menaja. 

Cabin luggage, sejadah & uncang dari Maybank Islamic.
Bag ni yg digunakan utk ke Arafah & Mina

Mini fan dr Bank Rakyat. Pakai bateri. Bawalah ke Arafah & Mina.
Elok juga bawa kipas tangan sbb di Arafah panas
terutamanya di dlm khemah

Hadiah dari CCM. Hari2 telan utk stamina.
Balik dari tanah suci masih berbaki :)


Water spray utk wudhuk & torch light dari TM.
Jgn lupa water spray ni, mudah utk berwudhuk ketika dlm masjid
atau sekadar spray dimuka tatkala mengantuk.

Krim kaki, minyak cap lang &  ubat batuk  ( candy).
Saya bawa vaselin & losyen utk kegunaan bibir & kaki merekah

Hand wash, wipes & sabun antabax.
Bag galas tu saya sumbat bantal busuk Balqis sbg peneman tidur :) 
P/s: insha Allah I'll blog about my experience as a BF mom menunaikan haji in the next entry.

Uncang kasut & uncang batu tajaan Nationwide

Buah tangan dari Colgate


Simcard Mobily. Simcard ni hanya boleh digunakan di tanah suci.
Try kat Jitra be4 berangkat ke tanah suci langsung tak function. Sampai di Madinah sekali on je dah function.
Sumbangan Takaful Malaysia. 

Face towel from Exim Bank.

Selain tu ada juga sumbangan dari Bank Muamalat, goodie bag berisi majalah dan makanan ringan di atas flight.

Bagi yg ada ibubapa atau datuk nenek yg dah berusia, jika ada masa buka & tunjukkan kpd mereka apa yg ada dlm cabin bag tu. Ada dikalangan warga emas ni yg tak tahu apa kegunaan brg2 yg disumbangkan tu. Ada yg mengangka hand wash tu krim muka, juga ada yg hampir menelan myk cap lang kerana disangka ubat batuk! Juga kalau rasa ada benda yg x perlu dibawa, keluarkan dari bag. Sekurang2nya tidak terlalu berat utk mereka mengusung ke sana ke mari.