Showing posts with label 1448H. Show all posts
Showing posts with label 1448H. Show all posts

Thursday, 13 August 2026

Catatan 29 Safar 1448H

Dua bulan hijrah berturut-turut Ummi buat posting catatan harian. Masuk bulan baru iaitu bulan Rabiul Awal, back to normal postings In Sha Allah. 

Abang pun dah settled down di sana. Jadi tak perlulah Ummi share aktiviti harian lagi 😁Kalau tak hari² skodeng blog Ummi nak tahu cerita family, aktiviti adik³, Ummi masak apa hehe... 

Terima kasih semua sudi baca, sudi komen dan mendoakan yang baik² untuk kami sekeluarga. Semoga DOA dan titipan kata² yang baik itu berbalik kepada kalian juga 🀲🏻

Sapa geng kidal? 
It's our day! 



Wednesday, 12 August 2026

Catatan 28 Safar 1448H


Konon nak beli Nasi Lemak Padang. 
Eh, tutup pulak πŸ˜… 
Terus saja melangkah ke restoran terdekat. 

Hari ni nampak matahari! 

Nasi ayam simple for dinner. Ini pun tak habis makan 3 beranak. 

Walid beli mantao dgn clam buttermilk. Pertama Kali Ummi makan ni, selalu tengok orang share je. Sedap je bagi Ummi tapi Walid tak minat. 





Tuesday, 11 August 2026

Catatan 27 Safar 1448H

Goreng Bihun ala Kak Amie 

Masa ambil Adik balik sekolah, dengar celoteh Sarah Kamilla, Penyampai Radio Sinar FM. Kali ni pendengar diminta vote antara bihun goreng dan bihun sup mana yang jadi pilihan. Ummi semestinya bihun goreng. Adik pula cakap, Adik pun pilih bihun goreng, tapi Adik suka bihun goreng putih. 

Jadinya pagi ni Ummi masuk dapur terus goreng bihun. Teringat Kak Amie masak bihun hujung minggu semalam; letak udang kering sebagai perencahnya. Makanya Ummi pun tumbuk bawang merah, bawang putih dan udang geragau kering (udang kering takde stok) hingga lumat. Kemudian tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan sedikit garing, masukkan ayam. Bila ayam dah masak, masukkan telur dan sos tiram serta garam diikuti sayur dan bihun. Gaul rata semuanya. Dah sebati semuanya, tutup api. 

Alhamdulillah. 

Jerebu Kembali ? 

Ikut berita ni, kawasan di Selangor yang mencatat IPU tidak sihat ialah di Johan Setia. 

Di tempat kami hari ni memang cuaca redup. Kalau mendung tu, adakala nampak juga langit, nampak awan gelap berketul. Hari ni langit seolah diselubungi sesuatu, jerebu barangkali. Baca berita sebelah petang, betullah ada sesetengah tempat bacaan IPUnya tinggi.  

Jalan Kaki ke Kedai 


Terpaksa ke kedai beli ikan untuk anak bulus. Malas nak drive ke pasar, ke kedai Aceh berhampiran rumah saja. Dari kedai Aceh, menapak pula ke gerai Cik Zana. 

Hujan Lewat Petang 

Alhamdulillah sekitar jam 5 ptg, hujan turun.  Membersihkan udara dan membawa seribu rahmat harapnya. 

Akhbar Didik Kembali

Minta Walid beli Berita Harian sebab nak dapatkan akhbar sisipannya, BH Didik. BH Didik ni  kembali diterbitkan untuk membantu murid Tahun 4 yang akan menghadapi Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) Oktober nanti.  Terlepas keluaran minggu lepas. Minggu ni Ummi pastikan Walid beli di MyNews. Dapatlah Adik buat ulangkaji. Masih belum tahu format MPT4 ni, kali pertama nak diperkenalkan. SRAI akan adakan taklimat Jumaat nanti. Untuk MP Tingkatan 3 belum ada maklumat terperinci juga. 

Yang baik² saja untuk anak² kita semua hendaknya 🀲🏻 



Monday, 10 August 2026

Catatan 26 Safar 1448H

Hari ni pun cuaca mendung... Tapi tak bererti hujan  turun 😁

Hasrat nak basuh cadar bilik tidur Abang terpaksa tangguh dulu. Kalau basuh cadar ke tuala ke suka ianya kering kerana cahaya matahari. Puashati sebab betul² kering dan takde lembab². Wangi dan segar jadinya. 

Bekal French toast dan karipap daging Ramly 2 ketul je untuk Walid pagi ni. Mood belum timbul, sejak cuti bekal minggu lepas πŸ˜…

Nangka yang dituai tempohari masih berbaki. Ummi buat serawa (pengat) sikit, selebihnya bagi Cik Ros RELA. Serawa tu pun bahagia dua, separuh bagi Cik Ana. Ummi sorang je makan di rumah ni. 

Abang melawat sekolah angkat hari ni. Untuk Koko, Abang join Sukarelawan. Nanti kena buat program di sekolah ni. Ni baru first meeting katanya. 

Adik bawa balik kerja RBT. 
Kali ni kena menjahit pulak, buat tempat letak surat. Bahan semua disediakan (bayaran bahan termasuk dlm yuran sekolah/buku). Setiap orang dapat set yang sama. Ummi cuma tunjuk cara jahit, selebihnya Adik buatlah sendiri. Jahitan cantik ke tidak takpe, baru kali pertama pegang jarum. Minggu depan baru kena hantar, sempatlah nak gosok dulu katanya bagi hilang kedut. Good job Adik. 

Sunday, 9 August 2026

Catatan 25 Safar 1448H

Sarapan roti canai, nasi goreng perangat dan karipap daging Ramly. Roti canai ni tebal tapi lembut. Sedap dan menepati citarasa Ummi yang hari ni teringin roti canai.

Lepas makan bersilat sekejap di dapur, masak sambal tumis bilis petai untuk anak dara di asrama. Kakak makan juga petai sikit² jadi Ummi masukkan 2 papan petai Mak Bee bagi semalam.

Singgah di masjid untuk dropped sumbangan pakaian terpakai. Tak banyak sebab kerap decluttering tapi adalah juga pakaian yang masih elok untuk disedekahkan. 

Persinggahan kedua Baker's Cottage SG. Beli ayam BC je buat tambah lauk. 

Teringat Kakak belum tempah t-shirt Pengawas, teruslah buat tempahan dan bayar terus. 

Cuaca hari ni pun redup dan berawan. 
Alhamdulillah hujan turun agak lebat sebelah petang. Sejuk sikit bumi SG.




 

Saturday, 8 August 2026

Catatan 24 Safar 1448H

Berita paling dinanti sejak tengah malam tadi semestinya berita dari Abang, dah selamat sampai ke belum di Ganu. Ummi terjaga awal pagi, tengok location Abang share baru sampai di R&R Gambang pukul 3.00 pagi. Apapun alhamdulillah dah selamat sampai di kolej sekitar jam 7.45 pagi tadi. Begitulah mak² ni, selagi anak tak sampai ke destinasi, tak senang hati. 

Selesai bab Abang, marilah bersiap... Ada beberapa perkara nak diuruskan. 

OOTD
Again, tudung pemberian Kak Mulan, one of my favorites sebab match dengan banyak blaus dalam gobok.

Angah pula dah minta dihantar ke asrama hari ni, walaupun MC sampai esok. Alhamdulillah bengkak pada muka dan mata dah surut. Cuma ubat kena continue sampai besok pesan Doc. 

Dah berminggu tak hujan, hari ni cuaca mendung dan alhamdulillah hujan turun sekejap sebelum tengahari di tempat kami. 

Nak balik ke rumah selepas selesai segala urusan di luar, Mak Bee called bagitahu ada letak petai di pagar. Masa keluar Ummi dah jeling² petai di gerai seberang jalan. Tak decide nak beli ke tidak sebab teringat Abang baru balik Ganu. Takde geng petai dekat rumah haha... Tapi itulah, dah tertulis Ummi makan petai hari ni, maka sampai juga di pagar alhamdulillah. 

Teringin pulak nak makan petai mentah, makanya ambillah 3-4 mata buat raso². Nasi goreng ni Walid yang masak untuk dinner. 

Ummi jarang sebenarnya makan petai mentah, paling tidak buat sambal atau masa arwah Tok ada, Tok bakar petai untuk Ummi buat ulam. Setakat ni Ummi tak makan petai rebus atau jeruk petai. Tapi Ummi suka sangat tolong Tok picit tangkai petai rebus yang nak dibuat jeruk petai tu. 

Alhamdulillah untuk hari yang baik. 


Friday, 7 August 2026

Catatan 23 Safar 1448H

Pukul 5.30 pagi, Angah called Ummi.

"Muka Angah bengkak, macam hari tu", katanya

Selesai segala kerja rumah, Ummi ke asrama. Tengok keadaan dia memang nak kena bawa ke kliniklah. Kali ni mata dan pipi bengkak. Hari tu bibir dan dagu bengkak. Dalam gambar tak nampak sangat tapi tengok depan², muka macam kena tumbuk 🫣

Ikutkan esok Angah ada program, jadi 'guru halaqah'/fasi untuk majlis Khatam Madani. Sijil peringkat kebangsaan tu, tapi bukan rezeki Angah lah kali ni. 

Doc bagi 2 jenis ubat untuk allergic. 
Belum tahu punca sebenar allergic Angah ni. Cuma kali kedua ni pun jadi lepas main bola di padang sekolah. Rupanya memang ada allergy disebabkan tumbuhan/rumput. Cuma, dah tahun ketiga Angah di asrama, sekarang baru jadi. Itu yang pelik tu. 

Nak tahu punca sebenar, Doc suggest buat allergy screening test. Mak ai, harganya 🫣 
Ikut pada pamphlet tu pelbagai punca yang boleh menyebabkan terjadinya alergik ni. Simptom pun berbeza. Macam Angah ni mula dengan selsema, batuk² sejak sehari dua lalu kemudian malam tadi muka mula bengkak. Lepas makan ubat, alhamdulillah bengkak mula surut. 

Angah skipped breakfast dan minum pagi (rehat) sebab duduk di bilik sakit. Singgah la kejap di jambatan, beli takoyaki. Lama tak beli, rasa terlebih sedap pulak takoyaki ni :) Berebut pulak makan dengan anak³, rasa tak cukup hihi...

Ni pula keadaan terkini anak cucu Peah. Semua tengah membesar dan melasak. Pening kepala Ummi. 

Share sini poster program ni.
Geng Sri Gombak dan kawasan yang sewaktu dengannya kot nak donate pakaian & barangan terpakai boleh hantar ke Masjid Al Khairiyyah hujung minggu ni. 

Bye Abang 😘😘😘
Bas patut pukul 2300, pukul 1215 baru sampai. Pukul 7.40 selamat sampai di kolej, alhamdulillah. 

Selamat berhujung minggu ❣️





Thursday, 6 August 2026

Catatan 22 Safar 1448H

Credit source

Setuju ✔️
Bila kita tulis apa yang bermain di kepala terutamanya tugas² yang perlu diselesaikan, lagi tersusun kerja kita. Boleh prioritize mana yang perlu didahulukan, mana yang boleh dikemudiankan. Part paling best bila tick pada setiap task yang berjaya disiapkan. 

Hari ni Ummi potong dan agihkan buah nangka yang dituai semalam. Alhamdulillah dapatlah merasa sorang sikit. 

Isi kecil kali ni tapi padat. Manis pun manis. 

Laptop Abang pukul 7 pm baru siap. Walid la pulak singgah ambil hari ni. Lambat sebab replacement keyboard tu baru sampai petang tadi di Ustaz PC. Abang dah test, katanya okay dah semua alhamdulillah. Untuk tukar keyboard ni harganya RM180. 



Wednesday, 5 August 2026

Catatan 21 Safar 1448H

Alhamdulillah sijil SPM 2025 dah sampai di sekolah Abang. Jadi pagi tadi Ummi bawa Abang ke sekolahnya untuk collect sijil SPM ni. Sementara dia cuti ni, biar dia ambil sendiri. Sijil SPM saja yang dah diedarkan, sijil tahfiz belum dapat lagi. 

OOTD 
Tudung Fanny bagi, baru kali kedua pakai. 

Sarapan nasi kerabu lauk daging goreng kunyit Kelantan style. Baru² ni tengok kawan blogger (lupa siapa πŸ™πŸ») makan nasi kerabu dengan ayam goreng kunyit, teringinlah pulak..tapi Ummi pilih daging goreng kunyit. Sedap daging goreng begini, tapi seperti biasa masak daging bukan kepandaian Ummi. Sesekali ku rasa teringin, beli je. 
Abang pula makan mee goreng dengan daging bakar. Ni kami sarapan di Jemuju Kasih. 

Spek Walid patah lagi πŸ˜…
Kali ni patah pada tangkai belah kanan tu. 
Terpaksalah buat spek baru. 

Balik ambil Adik Gerko, singgah dinner terus.
Mana lagi, Nas Bistro la. Port kegemaran anak². Ummi makan bihun goreng telur mata, Adik dan Abang makan nasi kandar. Abang ambil kobis goreng rangup. Sedaplah pulak, minta tambah 1 piring. Selambak dia bagi :D  

Lewat petang Ummi check buah nangka di pangkal pokok, alhamdulillah dah masak. Bau wangi buahnya tanda dah masak. Sejak kejadian buah nenas kena kebas tu, hari² jugalah Ummi check buah nangka ni dah masak ke belum ☺️

Besar buahnya, alhamdulillah. 


Tuesday, 4 August 2026

Catatan 20 Safar 1448H

Breakfast dengan Abang.
Menghitung hari Abang nak balik ke Ganu semula...kejap je cuti nak habis dah πŸ₯Ή

Keyboard laptop Abang rosak pulak dah πŸ˜…
Hantar ke Ustaz PC ni minta tolong tukar keyboard. Laptop ni dah lama, > 5 tahun dah Walid beli, secondhand. Abang kata nak kumpul duit beli tablet. Senang nak bawa ke kelas. In Sha Allah ada rezeki Abang nanti tu 🀲🏻
Asasi ni pakai je dulu laptop ni, tak guna sangat pun kecuali nak buat assignment sikit². 

Boleh mohon bagi yang layak.

Ini untuk pelajar diploma/ijazah. Menarik pembiayaan dari Yayasan Bank Rakyat. 

Ringkas juga catatan hari ni. 
Dok godek Google Photo tak habis² lagi ni 😬





Monday, 3 August 2026

Catatan 19 Safar 1448H

Katanya storage email Ummi dah penuh, jadinya kerja Ummi hari ni dok delete email² lama. Tapi sebenarnya yang berat tu pada Google Photo. Pun tengah delete yang tak perlu. Berat sebab sync/back up photo. Ummi bukan pandai sangat, tapi itulah tengok bahagian photo tu yang 'makan space'. Kalau tak jadi juga kenalan jumpa Uncle Mie. Another option is buy extra storage. Ada yang jadi macam Ummi? Risau takut email dah tak boleh guna sebab katanya kalau storage full juga my email will stop working. Share experience please πŸ₯Ί 

Hari ni Ummi tak buat bekal untuk Walid. Weekend semalam busy macam² urusan, tak sempat stock up sayur mayur plus penat. Jadi hari ni malas bangun awal masak. 

Lauk hari ni Ummi masak Asam Rebus Ikan Pari. Ikan Pari tu beli yang siap potong, RM5/pek. Risau juga takut ikan lama atau berbau tapi alhamdulillah elok dan sedap isinya. Sebelum masak tu Ummi basuh dan rendam dalam air limau nipis dulu. Kemudian bilas bersih baru dimasak. 

Walid bawa balik 2 cup Zus Coffee. Ini yang jual bawah payung, bukan di cafe. 

Alhamdulillah hari yang manis 🩷