Monday, 14 April 2025

Nasi Ayam De Faza

Restoran De Faza ni memang port favorite kami anak beranak kalau nak makan. Juadah sarapan menarik dan banyak pilihan, kalau makan tengahari pun sama ada pelbagai pilihan lauk pauknya. Selain tu ada juga Nasi Ayam. Sebelah petang ada goreng² pula. Itu yang kami suka datang ke sini, boleh makan sedap² anytime

Sabtu lepas Sukan SRAI tu kami singgah lunch di sini, utk ke sekian kalinya :D 

Ummi dengan gegirls ordered Nasi Ayam. 
Nasi Ayam De Faza ni one of our favorites 👍🏻 

Harga RM8.50/sepinggan. 

Walid ambil nasi campur. Tak ambik dah gambar sebab kelaparan semuanya 😆 

Ni pulak Ummi belanja TL lepas penat berlatih Khamis tu. Bak kata Cik Lia, budak² SRAI ni suka sungguh dengan TL. Itulah, suka betul depa dgn TL. Ummi tak boleh minum banyak, perut rasa sebu/kembung. Lagi suka Teh Ais mamak ahahaha... Perut old school 🤭

8 comments:

  1. Seksi kemain ayam2 tu kena gantung ye. Dapat bahagian kepak memang sedap.

    ReplyDelete
  2. Kedai sedap dan banyak pilihan makanan memang disukai untuk selalu datang.

    ReplyDelete
  3. Bagus kedai makan macam tu. Banyak pilihan makanan.
    Saya pernah beli kopi TL, lepas tu boleh rasa loya dan kembung. Sejak tu, tak beli dah. Sama macam PH kot, perut old school.

    ReplyDelete
  4. Akk kalau minum TL tumpang anak-anak je... depa paling suka Classic Roasted Milk Tea... halah2.. kalau kat kedai biasa nama teh ais je 😁

    ReplyDelete
  5. Ana pun tak berapa boleh minum air-air jenis GenZ skrg ni sbb perut jenis old skul jugak agaknye hehehe

    ReplyDelete
  6. nasi ayam memang sedap, simple dan mengenyangkan!

    ReplyDelete
  7. Nasi ayam fav suami saya. Suka sangaat dia. Kalo saya kadang suka, kadang tak. Soalnya kalo rasa ginger nya kuat, confirm saya tak suka 🤣. Kalo ginger tak terlalu berasa, baru suka

    ReplyDelete