Showing posts with label Takziah. Show all posts
Showing posts with label Takziah. Show all posts

Sunday, 5 October 2025

Uncle Passed Away

Jiran kami, Uncle Jack meninggal Jumaat malam di Ipoh. Dipercayai Uncle terkena serangan jantung, based on his medical history. Terkejut sangat sebab Ummi rasa baru je tengok Uncle dengan B, anak bongsunya dekat kereta Uncle yang lejen tu. Rupanya dah seminggu Uncle ke Ipoh, ada projek di sana. Minggu lepas Ummi pun busy ya amat dengan Kakak exam, Walid outstation dan Abang Angah demam semua tu... 

Dapat je berita pagi Sabtu tu Ummi pergilah ke rumah Uncle, hanya A (anak ketiga Uncle) sekeluarga dan B di rumah. Aunty masih di Ipoh. Ummi tanya juga bagaimana cara urusan pengebumian orang India ni... Rupanya lebih kurang kita juga, mayat Uncle akan dibawa balik ke  rumah untuk penghormatan terakhir kemudian esoknya akan dibawa ke tempat bakar. Kata A biasanya anak sulong mayatnya dibakar. Sama macam mendiang abangnya yang meninggal kemalangan 15 tahun lepas. 

Petang Ummi pergi semula, jumpa Aunty. Dapatlah tengok Uncle untuk kali terakhir. Adik pun ikut melawat sebab dia kenal Uncle. Uncle ni baik ye... Selalu tegur² Adik kalau main dekat luar rumah. Kalau buah rambutannya masak, diagihkan² kepada jiran². Buah kacang mungai pun sama. Asal Ummi lalu time dia tengah kait, kejap lagi sampailah seplastik di rumah. Benih pokok telang yang Ummi tanam ni pun dari Uncle. Ummi la tak malu minta dengan Uncle 😌 Orangnya baik, kita selesa dengan dia walaupun mukanya nampak garang (sebab misai Uncle tebal) tapi hati baik. 

Catatan Ummi tentang Uncle 5 tahun lepas. Ini Uncle pergi ±2 minggu sebelum Deepavali, mesti sedih sangatlah Aunty dan anak³nya. Semalam Ummi dengan Mak Bee sama² nangis tengok Aunty meratap hiba. Uncle dan Aunty umpama belangkas, mana² pergi berdua. Kalau Uncle outstation pun, seboleh mungkin bawa Aunty sekali. 

Upacara sebelum mayat Uncle dibawa ke tempat bakar.  


Taburan bunga atas jalan dalam salah satu acara tu... 

Sekitar pukul 2 ptg mayat Uncle dibawa pergi. Takziah sekali lagi Aunty, S, A dab B. 
Semoga kuat.