Ikutkan nak sarapan di luar tapi tak properly planned plus banyak kedai makan tutup Jumaat, kami decided sarapan di rumah je sebelum bertolak balik. Jimat masa pun iye, sebab boleh gerak awal balik ke Gombak.
Lepas sarapan depa layan Makngah ajak buat trend TT bagi duit raya ala² majlis Convo :D Makngah depa ni kadang 'masuk ayaq' jugak 😆
Lambat² nanti makin sesak PLUS highway tu kan...
Nak balik kampung utk beraya feel dia lain, nak balik ke perantauan mulalah lemau haha...
Kerepek Pisang Maksu bagi.
Bahulu Makngah bagi, cekodok pisang dan kerepek tempe Tok Umi bagi as bekal. Memang mengunyah je la Ummi ni nak hilangkan mengantuk.
Awal lagi nak singgah Ipoh utk solat Jumaat jadi kami teruskan perjalanan. Waktu Zohor di Ipoh 1.22 t/hari.
Singgah di layby Simpang Pulai utk toilet break dan quick lunch. Makan bekal nasi lemak bungkus. Malas nak turun kereta, too crowded.
Ummi bertegur sapa dgn Acik Cleaner ni, ucap SHR la kan... Then Acik ni tanya, dari mana? Dari Jitra nak balik Gombak Ummi cakap.
Terus AC ni pegang tangan Ummi, bagitau kampung Makcik dekat Ayer Hitam. Ayer Hitam ni dekat² Jitra juga...
Orang Kedah jumpa orang Kedah tau sajalah kan, auto jadi ramah 😆 Acik ni cakap adik beradik dia ada di Ayer Hitam tu, tapi dia dah lama tak balik kampung sana. Teringin nak makan ketupat palas katanya. Ummi pun offer la daun palas yang Tok Ayah bagi tu. Tapi Acik ni kata dia tak pandai buat ketupat palas.
Ummi pun minta diri, sebab mata dah masuk habuk ni. Rasa sedih dan kesian pulak :(
Nak masuk kereta teringat Tok Umi ada juga bagi bekal ketupat palas dah siap rebus. Rezeki AC ni la... Harapnya tercapai hajat Acik ni nak makan ketupat palas. Berair matanya bila dapat ketupat idamannya tu. Ummi pun cepat² masuk kereta sebab 'hujan' juga 🤭
The boys solat Jumaat di sini. Ramai orang luar macam kami juga, based on kereta² yang parking di tepi main road ni. Sekejap je solat Jumaat di masjid ni, pukul 2 lebih jemaah dah keluar masjid. Ada pengantin nak dinikahkan, mungkin sebab tu Tok Imam tak solat lama² plus ramai musafir macam kami.
Pukul 3 lebih baru masuk highway semula. Ni Tol Tapah. Masuk highway tu memang jammed la sebab 2 lane je dari Tapah ke Sungkai. Sampai Slim River nanti baru 3 lane semula.
Kami singgah di Petron Ulu Bernam ke Behrang ntah. Lupa dah :D
Lepas gegirls solat ni memang tak singgah mana² dah. Alhamdulillah pukul 6 lebih camtu dah selamat sampai di rumah 🤲🏻
Alhamdulillah dia selamat dan sihat.
Makanan dis pun ada banyak berbaki. Masa dekat kampung, risau juga takut anak bulus ni tak cukup makan ahahaha....
Alhamdulillah.
Banyak bekalan tu sedap la mengunyah dalam kereta.
ReplyDelete400km ye...kalau SA mau dh patah pinggang tu..nasib x jammed ye PH..selamat kembali dan selamat berehat..
ReplyDeleteSama la kita, Jumaat bertolak balik rumah. PH balik KL, kami pulak balik utara.
ReplyDeleteSaya cuma tahu Ayer Hitam, Johor. Rupanya ada juga di Kedah ya.
Iyaa...kami suami isteri pun rindu dengan anak bulu yang ditinggalkan jauh.
fuhhhh 400km ! Ana kalo bawak Mak & Abah travel sejauh tu fuhhh tak blh nk bayang hehe.. ciannya AC mesti berlinangan air mata bila PH bg ketupat palas tu :( syukur dah selamat tiba ke sarang & anak bulus pun behave je kena tggal hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Perjalanannya lancar dan selamat..
ReplyDeleteMengunyah je copilot ye.. kikiki.. Takpe janji setia meneman..
Syahdunya bila ada yang tak dapat balik sampai teringatkan ketupat palas di tempatnya kelahirannya 😥
ReplyDeleteKat kg kalu banyak bekalan kan....macam saya dapat mempelam dan kuah rojak dan pisang berangan. Alhamdulilah....ala sedih pulak citer Acik tu PH....:(
ReplyDeletePH x tidur langsung ke kedah-kl? Sy beraya dr kch ke kota samarahan, 1 jam je perjalanan pun tido.. ahahaha
ReplyDeleteMemang risau. Ammi tinggalkan 3 ekor anak bulu di dalam rumah. Beli 2 auto feeder 1 siap ada cctv utk pantau. Bila tak nampak dorang nanti ammi panggil nama alhamdulillah. Sambil tu blh juga pantau disaster apa yg dorang buat dlm rumah.
ReplyDeleteSi bujang bulu masa kami keluar dia merayap mana ntah. Jadi terpaksalah letak manual feeder diluar rumah dgn 2 bekas air sbb dia ni minum air mcm berlari marathon.
Issh saya kalau bisa meninggalkan anak bulus 5 ekor nih, saya dah mudik. Tp memang tak bisa. Krn mereka terbiasa makan wet food pagi malam, dan dry food utk siang. Tp selalunya all the time pasti tersedia. Cuma tuhlah, mereka tak terlalu suka dry food. Sementara wet food tak mungkin disediakan dlm jk waktu lama.
ReplyDeleteNantilah nak mudik saat Asisten saya dah balik. Akhir April nak ke solo, kampung suami.