Tuesday 28 January 2014

Langkawi Day 3



Langkawi Day 1
Langkawi Day 2

Hari ketiga di Langkawi kami hanya berjalan santai mengelilingi bumi Mahsuri. Agenda penting hari ni cuma nak shopping di pekan Kuah. Apalah maknanya datang ke Langkawi jika tak membeli sedikit sebanyak coklat kan?

Awal pagi kami brisk walking di pantai dulu. Nak mandi tak boleh, air pasang.



Destinasi pertama hari ni ialah Dataran Lang. Kagum Abang & Angah  tengok burung besar. Kami memang berhajat nak ambil gambar berlima kat sini. Sepuluh tahun dahulu hanya kami berdua di sini.  Mujur ada seorang mamat Korea sudi ambilkan. Semangat betul mamat ni ambik gambar, siap baring bagai ala2 pro. Dalam hati saya agak mesti gambar cantik ini berdasarkan gaya dia shoot. Tapi yang ado! Hahaha.  Then my turn to take his photo. Dia posing angkat basikal...:) lawak betul mamat nie.

Puas posing sana sini kat Dataran Lang ni, kami bergerak ke Kompleks HiG (Haji Ismail Group). Shopping jom!!! Tak sah le kalau datang Langkawi tak shopping kat HiG. Ada 2-3 kedai milik HiG di sekitar Kuah. Kompleks ni yang terbaru dibuka hujung tahun lepas. Semua bawah satu bumbung - coklat, pinggan mangkuk, tuala, kain batik dll. Actually semalam dah datang kejap, usha mana yg berkenan. Hari ni dtg senang nak pilih sbb dah shortlisted.




Mula-mula pilih set pinggan dulu. Memang rambang mata, rasa nak beli semua. Bukan takat cantik, murah pulak tu. Saya teringin nak beli set pinggan yg 40 pcs, complete semua tapi bila tengok kotak, besar pulak. Confirm tak boleh hand carry. Udahnya saya beli set pinggan 20 pcs, teko, mug dan  set sudu dan garfu. Ikut hati nak beli macam2 lagi tapi bila fikir dah tak muat beg, redha je lah... hubby nak hadiahkan periuk kaca yg than panas pun terpaksa saya tolak. Baikkan isteri dia?

Selesai bab pinggan, bab coklat pulak. Punyalah seronok ambik, main campak2 je dalam troli. Sekali masa bayar, coklat saja dah rm150.. tak pernah seumur hidup saya spent sebanyak tu utk coklat. Huhu..


Selesai membeli belah kami ke Tg Rhu. Subhanallah cantik sangat pantainya. Tapi kami tak singgah, panas terik waktu tu. Anak2 pun dah lapar dan mengantuk. Kami makan t/hari di gerai berdekatan. Kemudian balik ke hotel berehat.

Petangnya kami keluar bersiar-siar lagi. Singgah di gerai belakang airport utk minum petang. Terdapat beberapa gerai menjual pelbagai jenis juadah. Kami memilih utk menikmati laksa, pasembor dan mee rebus.


Seekor ikan utk setiap pinggan. Mabeles!

Pasemboq sedap tapi kurang intipatinya..:) takde tauhu atau cucuq udang

Sedang enak menikmati makanan dan panorama indah di tepi pantai, hujan turun tiba-tiba. Tak sempat nak menghabiskan pasembor yg dipesan, terus saya berlari ke kereta. Takut Balqis demam kena hujan. Walid & geng selamba aje menghabiskan makanan mereka. He he..

Kemudian kami ke Pantai Cenang. Bukan ke pantai tetapi ke kedai-kedai yang terdapat di kiri kanan jalan di situ. Pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan yg terdapat di sini antaranya  souvenir, pakaian, beg, makanan, pakej pelancongan, massage dll.




Selesai makan malam kami balik ke hotel, berehat dan berkemas.

Hasil tangkapan! Penuh satu luggage bag..hikhik
TBC...






Friday 24 January 2014

Langkawi Day 2


Pakaian anak2 utk hari ke-2.
I like doing this nowadays... feeling Kimora Lee gitew

Langkawi Day 1
Rancangan kami untuk hari kedua ialah menaiki cable car dan melawat Underwater World Langkawi. Selepas breakfast, kami terus bergerak ke cable car. Puas pusing sana sini barulah terjumpa signboard cable car. Itupun signboard kecik yang dah lusuh. Rupanya sekarang dah bertukar nama, bukan lagi cable car, SkyCab Langkawi nama barunya. Patutlah i sesat...:) by the way, utk senang cari je signboard Oriental Village. Memang kat situ le letaknya SkyCab tu.



 

Kami sampai di situ sekitar jam 10 pg. Suasana masih lengang, orang pun belum ramai. Hubby terus ke kaunter ticket. Untuk 2 dewasa & 2 kanak2 harga tiket rm50. Cik Balqis free je. Elok je sampai di tempat menunggu skycab, kami dipersilakan utk posing dulu, amik gambar. Background nya Panorama Langkawi, dah x pangge gunung raya or gunung mat cincang dah. Suka mokcik ada org ambilkan gambar, sekeluarga pulak tu.. kot gambar cantik boleh masuk katalog Tahun Melawat Malaysia 2014..:) rupanya mokcik terkena! Elok je lepas amek gambar tu, sementara sky cab tu sampai depa sempat print gambar tu dan tunjuk pada kita. RM30 je Kak! Nasib baik gambar santek... bila masuk dalam sky cab pun depa suh posing lagi. Kali ni saya senyum ala kadar je. Hahaha...




Sky Bridge ditutup utk kerja2 penyelenggaraan
This time rasa cuak sikit bila kat atas gunung tu. Maybe sebab bawak kids, lebih risaukan keselamatan diorang kot. Balqis sangat ok, sekali je merengek. Maybe sebab telinga dia rasa berdengung. Maklumlah di tempat tinggi. Kami turun sekejap di hentian pertama, just ambil gambar. Masuk semula dalam skycab, sekali lagi kami diminta posing. Senyum je lah... sampai di hentian kedua, sekali lagi kami turun. Naik tangga skit, sampai ke puncak. Subhanallah sangat cantik view di sini. Boleh nampak sebahagian wilayah Thailand on one side and Langkawi on the other side. Dapat juga bergambar berlima kat atas ni. There was a lady tourist yg offer diri utk ambik gambar kami sekeluarga. Kami lepak sekejap di atas tu. Ada tempat duduk dan gerai kecil disediakan. Aduh, memang mengasyikkan dengan angin yg berhembus lembut, cuaca sejuk ditemani pula dgn secawan teh panas... rasa taknak balik...:)

Secawan teh di puncak gunung. Walah!
Sementara menunggu cab utk turun ke bawah, sekali lagi kami ditunjukkan gambar yang diambil di hentian pertama tadi. Rm25 je kak, kalau kat bawah rm30. Hubby kata OK, saya hulur le duit. Dalam perjalanan turun dah set sampai bawah dah taknak beli gambar lagi. Iyelah 2 kpg gambar je dah rm55. Lagi mahal dari harga ticket. Betul tekaan kami, sebaik sahaja pintu sky cab tu terbuka, sekali lagi kami di approach utk beli gambar. Tak kuasa dah ai..:)

Turun dari situ, kami bersiar-siar di Oriental Village. Tempat ni pun dah banyak berubah. Sepuluh tahun dulu, tidak secantik dan semeriah sekarang. Mungkin ketika itu ianya baru dibuka. Kini deretan kedai menghiasi perkampungan ini. Dari kedai cenderamata hinggalah ke kedai makan, semuanya menarik hati. Saya hanya membeli sebuah beg untuk Mak sbg tanda ingatan.





Kemudian kami menuju ke Underwater World, yang terletak di Pantai Cenang. Bayaran yang dikenakan rm100 untuk kami berempat, tidak termasuk Balqis. Sekali lagi kami dijemput utk bergambar. Namun kami tolak dengan baik. Cukuplah kami spent utk gambar, dah habis budget dah...:) Tarikan terbaru di sini ialah penguin. Sangka kami anak2 akan gembira melihat pelbagai jenis hidupan laut, rupanya tidak. Tambahan pula Angah, terlalu muda untuk menghargai dan menikmati khazanah alam laut ini. Dia hanya berlari ke sana ke mari. Abang pula dah takde mood, lapar dan nak tidur agaknya. Lebih kurang setengah melihat-lihat di dalamnya, kami sampai di pintu keluar. Rasa tidak berbaloi pula habiskan rm100...

Keluar dari situ kami terus menjamu selera di Restoran Harum Aroma, berhadapan UWW. Masakannya sedap dan harganya berbaloi. Selepas makan kami pulang me hotel untuk berehat.

Cik B posing tepi kolam renang
Credit: Ustazah (baju)
Petangnya kami bawa anak2 ke kolam renang hotel. Ramai jugak foreigners yang berjemur. Kid's pool memang hak milik Abang dan Angah. Takde budak2 lain.

Selepas puas berendam kami ke Restoran Nelayan di Bukit Malut. Katanya seafood di sini sedap. Memang banyak juga pilihan seafood yang disediakan. Harga juga lebih murah berbanding di ibu kota. Sejak tiba di Langkawi semalam, setiap kali makan Abang mesti ambil lauk ketam. Jadi, utk dinner malam ni saya pilih ketam juga. Saya minta ketam itu dugoreng sahaja tapi pelayan kedai suggest ianya digoreng dengan serbuk kari. Sedap katanya. Saya setuju tapi berpesan agar jangan terlalu pedas, takut kids tak boleh makan. Bila hidangan tiba dah jadi macam kari saya tengok, bukan goreng. One more thing yang saya agak upset ketam tu was not properly cleaned. Baunya juga kurang enak. Kesian pulak tengok Abang, dia makan je tanpa banyak soal. Mujur dia tak sakit perut. Tapi lauk lain semuanya OK esp ikan jenahak bakar. Terasa kemanisan isi ikan tersebut. Ikan baru agaknya.



Add caption
Usai makan kami ke pekan Kuah. Tapi disebabkan ada pertunjukan bunga api di Dataran Lang, jalan jem. Jadi kami terus balik ke hotel. Berakhir hari kedua di Langkawi dengan memori indah buat kami sekeluarga.

Kasut baru mokcik. Beli semata-mata nak bercuti di Langkawi


TBC...








Tuesday 21 January 2014

Cuti2014 - Langkawi Day 1



Langkawi2014 - Day 1

Awal tahun, kami bercuti ke Langkawi. Percutian ni hadiah dari hubby untuk anniversary kami yang ke-10. Alhamdulillah, we stood by each other during ups & downs, good & bad times and still together. Till jannah, insha Allah.

Sebungkus crackers dan sebotol air mineral, Abang makan dgn berselera sekali. Enjoy betul dia dpt fly

Kami terbang ke sana via Malindo Air, meraikan keinginan Abang untuk naik kapal terbang. Everything was smooth from the weather, the kids and the journey itself. Passengers pun tak ramai so it was very convenience esp time nak bf baby. Tapi saya standby juga pashmina, just in case I need it as a cover during nursing. Utk Angah pulak saya beli ubat tahan muntah  takut dia pening. Tapi utk toddler mcm Angah kn dapatkan prescription dari pharmacist dulu. 

Airport Langkawi yang lengang dan rileks, less hustle. 

Sampai di airport Langkawi, kami terus dapatkan kereta sewa. Booking Vios tapi diberi Almera. Dapat jugak merasa naik Almera. Harga sewa RM 90/day.


Angah rambang mata tgk banyak sgt cekelat

Our first stop was Jom Ikan Bakar, untuk makan t/hari. Food memang sedap, berbaloi mencuba. Patutlah ramai blogger yang rekemen. Lepas pusing2 sekitar pulau sekejap. Beli choc utk makan sikit kat HiG then terus ke hotel. Hotel kami terletak di Pantai Chenang. I'll blog about the hotel later, insha Allah.



Selepas Asar kami ke Pantai Tengah, dekat je ngan hotel. Sempatlah bagi kids mandi pantai. The beach sangat awesome. Ikutkan hati nak lepak tunggu sunset tapi rasa kurang selamat sbb ada aktiviti parasailing. Agak merbahaya esp time landing, because it could hurt anyone yang berhampiran. We even saw a woman dragged by the big 'umbrella'. Then there was a couple yang terhempas during landing. W/pun tak tinggi but surely it hurts sbb landing on the beach. Ada yang nyaris landing atas meja kedai. Macam-macam. Moreover you have kids around, better be safe than sorry.




Then we drove to Pantai Cenang, which is next to Pantai Tengah. Wow! This place really transformed. From a humble and modest beach a decade ago, now sangat2 berubah. Rasa macam kat ovesi pun ye jugak. Dulu banyak pokok kelapa, sekarang sebatang pun tak nampak! Chalet yang saya sewa dulu masih wujud. Tapi sudah rebuilt as a two-storey motel. Dulu chalet sebuah sebuah. Various food outlets were set up to serve the tourists from various countries. Mexican, Arab, Indian, English, American.. just name it...:)

Lepas Maghrib, keluar lagi. Dinner kat Restoran Melati. Ingat nak round pekan Kuah tapi masing2 dah penat so balik hotel je.

TBC..







Saturday 18 January 2014

Abang berarak....



Abang dipilih untuk menyertai perarakan Maulidur Rasul peringkat kariah. Cikgu pesan pukul 7.30 pg jumpa di masjid. Sampai di masjid kira-kira jam 7.20 pg, suasana lengang je...tak nampak kelibat cikgu atau kawan2 Abang. Jadi, kami cari port, sarapan dulu. Selesai sarapan, masih tidak kelihatan cikgu Abang. Terus saya call... "eh bukan hari no, esok" kata cikgu Abang do hujung talian. Adoi!!!! Salah hari rupanya. Patutlah tak ada orang..he he..

Piknik di masjid 

Keesokkan harinya....

Sesampai saja kami di masjid, ramai yang sudah menunggu. Ada 20 kontinjen perarakan. Ada warga emas, kanak-kanak, dewasa masing2 sibuk menyiapkan diri. Abang kurang ceria sebab geng dia tak ada. Yang ada classmates pompuan...

Ikutkan hati, saya nak ikut je berarak. Sebab risaukan Abang. Tapi biarlah dia berdikari, cikgu2 dia ada. Lagipun ada kadet polis dan ambulan yang ikut serta in case anything happen. Dalam 2km juga mereka berarak. 

Tak lama kemudian, kontinjen pertama sampai disusuli kontinjen seterusnya. Then nampak tim Abang. Malangnya Abang tak kelihatan. Vila tanya cikgu, cikgu pun tak Pasti kat mana Abang. Panik giler saya. Berlari ke jalan cari Abang. Tak ada.. tim yang last pun dah sampai. Kadet polis tengah kawad bersurai. Rasa menyesal pulak tak ikut tadi. Saya patah balik ke masjid, nampak Abang tengah makan karipap! Abang.. Abang..



Wednesday 15 January 2014

Tumpang bangga...



Suatu hari di sebuah bengkel kewangan Islam...

"Ladies & gentleman, please welcome our sifu, Dr Mohd Daud Bakar....". Begitulah saya menjemput beliau ke rostrum. Hampir ke rostrum beliau berhenti sebentar di sebelah saya dan berbisik, "please don't call me sifu". Lembut tetapi tegas. Itulah Dr Daud. Sangat merendah diri. Ketokohan dan kewibawaan beliau sangat dikagumi oleh para pengamal kewangan Islam di seluruh dunia.


Figura ini mempunyai aura yang tersendiri. Dalam dirinya terpancar karisma yang tinggi. Tutur katanya teratur, penuh hikmah. Sumbangan dan jasa beliau terhadap pembangunan kewangan Islam sangat besar. Tidak mengejutkan apabila beliau dipilih sebagai penerima anugerah perdana Maulidurrasul kali ini. Anugerah ini memberi makna yang besar bukan sahaja kepada penerima, tetapi kepada komuniti kewangan Islam juga.


"Masih jauh perjalanan.." ungkap beliau ketika membalas mesej tahniah saya. Semoga Allah memberi kesihatan yang baik, hikmah dan hidayah kepada beliau untuk terus memberi sumbangan kepada ummat.


Tuesday 14 January 2014

UTC KL



Ahad lepas kami ke UTC KL, di Puduraya. Tujuannya nak renew passport. UTC menempatkan pelbagai agensi kerajaan di bawah satu bumbung. Dibuka dari jam 8.00 pg hingga 10 mlm setiap hari kecuali cuti umum. Tutup jam 1-2 for lunch. Mudah bagi mereka yang bekerja. Tidak perlu ambil cuti untuk buat/renew passport jug a urusan berkaitan agensi kerajaan yang lain.  
Sampai saja di pintu masuk tingkat 2 yang menempatkan pejabat Imigresen, orang ramai sudah berbaris panjang untuk mendapatkan nombor giliran. Ada sebuah kedai gambar di dalam premises tersebut. Jadi saya dan suami bergilir mengambil gambar. Pukul 8.50 baru dapat nombor giliran. Menurut guard, giliran kami akan sampai selepas pukul 2. Malas untuk kemana-mana, kami hanya merayau di sini. 

Memandangkan terlalu ramai orang di tingkat 2, keadaan kurang selesa bagi kami yang mempunyai anak2 kecil. Bagi sesiapa yang pernah ke pejabat imigresen pasti tahu bagaimana keadaannya. Kami ke tingkat 3, terjumpa pejabat Kementerian Wanita. Jengok2 dalam premises mereka nampak ada kids room. Saya tanya gadis kaunter, boleh masuk ke? Boleh tapi puan kena jaga sendiri anak-anak. Terus saya ajak suami dan anak2 ke dalam. Ada lounge, sesuai untuk kaum bapa berehat sambil membaca paper dsbnya. Untuk anak remaja, disediakan internet cafe. Di kids room, terdapat buku, komputer dan kerusi meja untuk anak2. Balqis sempat lena seround. Maklumlah bilik aircond. Juga ada spa untuk wanita. Sangat menarik! If you need a comfortable place while waiting for your turn, find this kementerian which I guess is placed in every UTC. You can kill time here.



Kids in the kids room. Dah buat macam rumah sendiri dah.

Menjelang t/ hari kami ke tingkat 4 yg menempatkan kedai-kedai makan. Tempatnya selesa dan bersih. Sangat berbeza dgn Pudu yang saya kenal 10 tahun dulu..:) this place has really transformed. Kemudian kami ke surau. Juga sudah berubah wajah. Lebih selesa, besar dan bersih. Surau ini juga dijadikan  surau untuk solat Jumaat. 

Sekitar 4.30 petang barulah urusan kami selesai. Boleh dikatakan seharian juga kami di sini. Bagi yg ada bayi dan anak2 kecil jgn lupa bawak carrier dan stroller utk mereka. Alatan ini sangat berguna terutamanya waktu mereka tidur. Bagi yang menyusu, ada nursing room di dalam pejabat imigresen, no worries. Gunalah segala kemudahan yang disediakan. 

Till then. 





Thursday 9 January 2014

So far so good...


In line with my new year resolution, I didn't take nasi for my lunch today. I ate nasi goreng this morning so no more nasi for lunch. I prepared fried macaroni with broccoli salad. Hrmmm...they made a good combination. 

In addition, I no longer use susu pekat manis for my teh tarik. I use fresh milk instead. Not bad. The idea is not to drastically change my diet but to find the substitute of the food taken. Nasi is a must for me but I am trying to take it twice a day rather than thrice a day as I always do esp during my confinement period. 

It seems that everything goes well at this time. We'll see how far I can go with my new year resolution. There is my niece wedding at the end of this month, followed by kenduri aqiqah for lil B, hope I can stick with my food regime. Surely its gonna be a lot of delicious food. Masakan kampung you know. They always tempting, right? 

Wednesday 8 January 2014

Permulaan yang Baik



Sewaktu mula mendaftarkan Abang ke sekolahnya, saya tidak meletakkan sasaran tertentu terutama dari segi pencapaian akademik. Matlamat saya hanya ingin memberi pendedahan awal tentang persekolahan serta memberi peluang kepada dia untuk bersosial. Untuk akademik pula, memadai bagi saya jika Abang mampu mengenal ABC 123... 

Alhamdulillah Abang menunjukkan prestasi yang menggalakkan. Abang berjaya menempatkan dirinya antara lima terbaik dalam kelasnya dalam kedua-dua peperiksaan pertengahan dan akhir tahun. Dia juga sudah mampu membaca dengan lancar di usianya 5 tahun, sudah boleh menghafal surah lazim dan doa harian. 

Akhir tahun Abang sekali membuat kejutan apabila terpilih sebagai Pelajar Tahfiz Terbaik (5 Tahun). Terharu saya. Namun sedikit ralat kerana saya tidak berpeluang melihat Abang naik pentas kerana masih berpantang ketika itu. 



Tok Umi menghadiahkan Abang sebuah Quran digital sebagai perangsang untuk Abang menjadi seorang Hafiz. 

Jutaan terima kasih kepada cikgu-cikgu Abang yang sangat berdedikasi mengajar, mendidik dan membimbing Abang. Semoga Allah merahmati kalian.

Kini Abang memulakan sesi baru persekolahannya. Semoga kecemerlangan terus mengiringi langkah kehidupan Abang. Amin.