Friday 30 July 2021

#kitasapot Edisi Julai 2021

Sedar tak sedar, banyak juga membeli dengan niat membantu dan menyokong rakan dan kenalan sepanjang bulan ni. 

Roti sarang lebah dan roti topping dari Yus. Memang sedap rotinya;  lembut dan sedap sangat. 

Beli extra untuk Cg Afiqah; satu keluarga kena kuarantin. Mohon doakan mereka sekeluarga kembali sihat. 

Kuih sri ayu & kuih lapis comel dari Watie. Baru 1-2 hari Ummi joined group business surau, Ummi dah start beli. Walid yang dah lama join baru sekali beli. Beli petai Abg Omar tempohari. Sedap airtangan Watie ni. Sepeket RM3, bolehlah beli selalu sementelah anak4 suka. 

Keropok lekor Ciksu, sekilo RM6. Alang-alang Ummi beli 2kg terus. Alhamdulillah ada freezer, senang nak simpan.

Sejak dah pandai masak kepok dengan air fryer ni makin rajin Ummi jamu anak4 haha...

Set suhu 180-200°C, 10-15 minit. Pandai-pandailah adjust ye. 

Stok roti gebu ni pun sentiasa ada dalam freezer. Malam-malam kalau malas nak masak, makanlah roti ni. Dietlah konon :p 

Kesian pulak  Uncle Apai ni. PKPD di kawasan kedai dah tamat, tup-tup kawasan rumah dia pulak kena PKPD. Jadi, selalu jugalah kami beli dengan beliau. Tapi bagus ada frozen food, boleh buat alas perut anak-anak sebelum PdPR. Kadang tu makan hati je bila anak-anak dengan jujurnya bagitau cikgu "Saya belum sarapan" Hahaha...

Ini Ummi borong dengan Pasar GB Pencen untuk stok raya haji tempohari. Alhamdulillah puas hati dengan jualannya dan akan repeat. 

Roti topping, first time beli dengan Yus. Sebab selain rotinya sedap, PR dia pun bagus.

Sekarang Cg Sue bukan setakat jual ikan keli, tapi ikan talapia juga. Saiz M ni sekilo RM 10.50 je. Ummi dah beli 2x sebab ikannya segar dan tak berbau lumpur @ hanyir. 

Karipap ni cuma RM 4 sepeket. Ummi beli dengan regular baker, Siti. Kek marble bawah ni pun beli dengan Siti juga. 

Sotong cumi kering dengan ikan bilis Sabah dari IsmaHasmi Marketplace. Memang sedap dan berkualiti produknya. Nak repeat beli...

Kek Mamasab ni Ummi beli. Member Ummi baru jadi agent, Ummi pun support-lah. Tapi kek ni bukan untuk kami. Ummi hantar ke Makcik. Rindu dekat anak2 buah berdua tu, hantarlah kek sebagai pengganti diri haha... 

Sekarang kita tengok pula apa Walid beli hihi...

Pewangi sejadah. Baunya ala Raudhah, wangi sangat! Ex- officemate Walid now residing in Saudi. Sambil-sambil tu buatlah business jual barang dari Madinah. Sebelum ni Walid dah pernah beli sejadah dari Madinah dengan dia juga. 

Face mask dari Sepang International Circuit. Kesian, SIC tak boleh buat event, Walid support-lah kononnya 🙄 Tiber je tak puashati haha...

Bezakan orang pompuan membeli dengan orang laki-laki :p 



 

Wednesday 28 July 2021

Resepi ~ Pucuk Ubi Goreng ala Dato Rizalman

Pagi tadi kutip pucuk ubi di luar rumah. Dalam kepala, nak masak lemak cili api dengan keli salai. Tak pun nak buat masak lemak tempoyak. Almaklumlah, stok tempoyak homemade ada sebalang :p

Teringat rancangan Pong Pang Rizalman bulan puasa hari tu. Beliau ada masak pucuk ubi goreng. Memang terliur time tu tapi tak sempat salin resepinya. Kita pun bukannnya duduk tercongok depan TV, sambil lalu je. Itupun lebih fokus pada tetamu jemputannya, Abg Gee. Kelakar! 
Mujur ada yang kongsikan resepinya di Internet.

Resepi: Pucuk Ubi Goreng ala Dato Rizalman

Bahan-bahan
Pucuk ubi - basuh, tos hingga kering 
Ikan bilis - basuh bersih, toskan dan gaul bersama tepung beras
Bawang besar - dihiris
Cili kering - direbus, tos dan kisar kering
Ikan kurau masin - goreng dan kisar kering hingga halus 
Sedikit belacan
1-2 sudu gula
 Garam/perisa jika perlu

Cara-cara
1. Panaskan minyak masak agak banyak dalam kuali
2. Goreng pucuk ubi hingga garing. Angkat dan ketepikan.

3. Keluarkan sedikit minyak dan mula menggoreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan. 
4. Masukkan bawang besar dan tumis hingga layu
5. Masukkan pula cili kering yang telah dikisar kering tadi. Tumis hingga pecah minyak

6. Masukkan asam keping, belacan, gula dan garam. Kacau sebati. 
7. Masak hingga agak kering barulah masukkan ikan kurau. Kacau sebati
8. Masukkan ikan bilis. Kacau seketika. Tutup api.
9. Bila kuah sejuk, barulah masukkan pucuk ubi dan gaul sebati semuanya dengan lembut agar pucuk ubi tidak hancur. 
10. Masukkan ke dalam bekas kedap udara supaya ianya kekal rangup. 

# Ikan bilis goreng dalam air fryer 
## Cili kering selepas direbus, Ummi goreng seketika bersama ikan masin

Secekak pucuk ubi ni dapat 3 bekas je. Satu makan tengahari, satu makan malam. Lagi satu untuk best jiran forever 😁

Simple je tapi sedikit renyah. Walaubagaimanapun hasilnya memang wow! Nak elakkan renyah tu yang Ummi guna air fryer supaya proses memasak lebih cepat :

Anak-anak especially Angah yang tak suka sayur tu pun pulun makan. Gaul dengan nasi macam makan sambal bilis kering tu je. Lepas ni boleh buat lagi :) Abang masuk asrama nanti, boleh buat bekal juga ni. Tapi, lambat lagilah nampaknya. Hari ni pun kes baru +ve >17k. Sama-samalah kita mohon agar dijauhkan dari wabak maut ni aamin. 

Selamat mencuba 🤗

Tuesday 27 July 2021

Nostalgia ~ Petai

Buah rambutan 2kg RM15, mata kucing 2kg RM10 manakala raja buah, sekarang dah tinggal RM5 sekilo. Yang masih mahal si petai ni, 5 papan (keping) sepuluh ringgit. 

Beli petai dengan Abg Omar, 5 keping sepuluh ringgit. Jiran kami ni ada kebun di Batang Kali khabarnya. 

Kecik-kecik dulu Ummi tak makan petai dan tempoyak. Busuk! Masa tu pokok petai Tok Wan tanam ada 5-6 pokok dan buah sentiasa lebat. Zaman tu kurang ada harga sebab masing-masing ada pokok sendiri, keterbatasan jaringan perhubungan serta pengaruh media massa langsung takde kot. Sebut nama Baling pun orang tak berani datang, takut komunis! Padahal aman sentosa je daerah kesayangan Ummi ni :) Zaman Tok Wan kecik2 dulu adalah komunis, askar Jepun semua tu. 

Seingat Ummi petai hanya dimakan samada ulam mentah atau dijeruk. Manakala tempoyak atau kami sebut 'asam derian' pula digaul bersama sambal belacan. 

Adakalanya petai terbiar masak di atas pokok dan akhirnya jatuh ke tanah jadilah petai cambah. Dalam memori Ummi, paling seronok mengutip petai cambah bersama arwah. Biasanya selepas hari hujan, kami akan masuk ke hutan kecil belakang rumah. Berebut-rebut menyelak dedaun kering mencari petai cambah. Petai cambah ni ialah mata petai yang mula berakar. Kalau tidak dikutip, akan jadilah anak pokok petai. Selain petai, ada juga jering cambah dan kenuak (kerdas) cambah. 

Bila Ummi masuk asrama, ternganga jugalah bila dengar kawan-kawan sebilik yang berasal dari bandar atau pekan makan petai. Naifnya Ummi, ingatkan petai hanyalah kegemaran orang kampung! 

Bila dah besar, berkelana ke ibu kota barulah Ummi belajar makan petai dan tempoyak ni. Padanlah muka, sudahlah kena beli sekarang ni, harganya pun tidaklah murah! Zaman mewah dengan buah kayu dah lama berlalu, dah ditebang dan diganti dengan pokok-pokok baka lebih baik katanya. Tapi, jika tak dijaga dengan elok dan dibiarkan tanpa pengawasan, tidaklah menjadi juga :( 

Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai
Kisar bawang merah, bawang putih, cili merah, cili hijau & ikan bilis. Tumis hingga pecah minyak, masukkan petai, diikuti tempoyak. Gaul sebati, perisakan dengan garam dan gula. Siap!

Bila berganding kedua-dua ni, bertambah-tambahlah nasi :D Abg Aqim kalau ada sambal tumis ikan bilis petai tak pandang dah lauk lain. Rindu dekat anak buah Ummi seorang front liner ni  😁

Lepas makan nasi, kita makan pula buah mata kucing ni, untuk sejukkan badan. Kopek, simpan dalam peti ais kemudian makan. Walah! 

Alhamdulillah tahun ni meriah dengan buah-buahan bermusim ni. Kita nikmatilah sepuas-puasnya. Bila bekalan banyak, harga pun lebih murah. Alhamdulillah rezeki juga untuk kita yang tak dapat balik kampung. 

Monday 26 July 2021

Mandi kolam...

Saidina ✅
Sahibba ✅
Dam haji ✅
Dam ular ✅
Chess
Carrom

Boleh dikatakan hampir semua indoor games depa dah khatam main. Punyalah lama dok berkurung :( 

Sebenarnya dari PKP 1.0 lagi nak beli kolam (indoor pool) ni tapi KIV sebab ingatkan sekejap je pandemik ni; at least this year dah setel. Jadi, tiadalah keperluan sangat nak beli pool ni. That time juga risau dari segi kewangan. Banyak ketidaktentuan masa tu kan... 

But, the interest was renewed lately... Especially bila sepupu7 di Jitra masing-masing dah ada kolam sendiri. Sebelum ni pakat mandi kolam Tok Umi bila kami balik kampung. Sekarang pakat mandi di rumah masing-masing je. 

Lagi satu, kawan-kawan depa; Aisyah dan Dahlia pun masing-masing ada pool. Kadang tu Adik intai di tembok tengok depa mandi. Kesian pulak Ummi tengok :( 

Akhirnya berjaya juga Ummi pujuk Walid beli haha... 

Kolam jenama Bestway, RM135 beli di Lazada. 

Sama dengan kolam Haziq. 

Ini pamnya, RM 12.88. Kolam sampai hari Jumaat, pam sampai hari Isnin. In between, Angah asyiklah offer diri nak tiup kolam tu. Apa, dia ingat belon ke nak tiup-tiup dengan mulut je 😂

Dari segi saiz oklah untuk depa berempat. Cuma kalau Abang join, masing-masing kena squeeze lah nak bagi selesa hihi...
Yang penting kita enjoy! 

Lepas makan, haruslah perut lapar... Untunglah jiran-jiran rajjn memberi 💖

Tq As 🌹

Tq Raja 🌹

Keropok lekor first time Ummi goreng dalam air fryer. Titiskan sedikit minyak. Gemuk gedempol jadinya :D 

Coq Udang Utara Resepi Chef Jo... Dalam banyak-banyak resepi Ummi dah try, resepi yang tak payah guna baking powder, telur atau air peti ais  ni lah yang menjadi rupanya.  Makan dengan kuah kacang belen raya haji tempohari. 

Untuk jiran sekampung, Cik Leha. 

Nanti-nanti Ummi share resepi انشاء الله 💚

Sunday 25 July 2021

PdPR Kembali...

Dah timbul dah bibit-bibit stress nak hadap PdPR ni 😭 Walaupun cuba untuk berfikiran positif dan berlapang dada tapi tetap terasa tekanannya :( 


Panjang sesi PdPR kali ni. Dengan bilangan kes 17k+ hari ni (25/7/2021) nampak gaya macam lama lagi ni nak ber-PdPR. Cikgu kelas Abang pun dah ucap 'sayonara' dekat anak-anak muridnya. Jumpa tahun depan ajelah 😂 

PPT Abang bermula esok...

Jumaat kelmarin baru cikgu bagi jadual. Bertabah lah ye 💪

Selamat ber-PdPR lah semua ye 🤗 

Credit source. 





Thursday 22 July 2021

Resepi ~ Rendang Campur

 

Asalnya nak buat rendang ayam, tapi last minute tukar plan sebab raya haji ni sinonim dengan daging korban. Tapi, rendang ni Ummi guna daging, paru dan limpa biasa, bukan bahagian korban. Stok bahan mentah ni Ummi beli secara online, dari Pasar GB Pencen. Dapat contact number dari kawan. 



Daging, paru dan limpa ni Ummi rebus dulu menggunakan Noxxa PC selama 30 minit, 15 minit dan 10 minit setiap satunya (berturutan). Kemudian toskan dan potong kecil. 

Ingat lagi, dulu-dulu arwah Tok masak kari atau kami panggil gulai serai lengkuas menjelang raya. Ummi pun mulanya nak masak menu ni juga tapi terlupa! Google sana, sini jumpa resepi Rendang Campur dari Kak Azie (Azie Kitchen). Memandangkan semua bahan untuk rendang dah ready, Ummi proceed.  Lain kali boleh buat gulai serai lengkuas pula. 


Resepi: Rendang Campur

Sumber: Azie Kitchen

 Bahan bahan

1 kg daging

1/2 kg limpa1

1/2 kg hati - tak letak

1/2 kg paru

1 1/2 kg santan pekat
30 tangkai cili kering - 4 sudu besar cili kisar

8 batang serai - ketuk 

4 helai daun limau purut

4 helai daun kunyit - 2 simpul, 2 lagi hiris1

 sudu makan kerisik – 1 peket 

2 keping asam keping

Gula melaka

2 sudu besar garam kasar

Bahan Kisar

20 biji bawang merah

5 biji bawang besar

8 ulas bawang putih

4 inci halia

1 inci lengkuas

6 inci kunyit

5 batang serai

3 biji buah keras

 

Bahan sangai dan kisar

2 sudu besar ketumbar

2 sudu besar jintan manis

1 sudu besar jintan putih

Sedikit lada hitam 

Cara-Cara

1. Rebus daging 30 minit, paru 15 minit dan limpa 10 minit secara berasingan bersama halia dan asam keping di dalam Noxxa. Toskan dan hiris nipis 

2.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, bahan sangai yang telah dikisar dan serai diketuk hingga naik bau dan pecah minyak

3. Masukkan daging, limpa dan paru. Masak hingga pecah minyak. 

4. Masukkan santan dan gaul sebati. Renehkan hingga kuah mendidih dan pekat

5. Masukkan daun limau purut, daun kunyit (simpul), kerisek dan asam keping

6. Perisakan dengan garam dan gula. Masak hingga kuah sedikit kering. Tutup api

7. Tabur hirisan daun kunyit sebelum dihidang. 

Mula tu Ummi ingat malam raya baru nak masak Rendang ni Ummi masak sehari sebelum raya (Hari Arafah). Alhamdulillah bila time berbuka tu, segala bahan dah mesra jadi rasanya lebih sedap. 

Sedap dimakan dengan lemang ataupun nasi sejuk 😁



Wednesday 21 July 2021

Raya Haji 2021

 


Kalau tanya Ummi, jawapannya raya haji kali ni hambar! Itulah rasanya perkataan yang tepat untuk gambarkan perasaan menyambut hari raya haji tahun ni. Dah kali ke-4 raya di perantauan, dah rasa lain :( Rindu nak berkumpul adik-beradik, kunjung mengunjung macam raya sebelum-sebelum ni. 

Usai solat raya, melepak ajelah kerja kami. Keluar rumah pun tidak. Nak bawa anak-anak ziarah kubur Tok pun tak boleh.  

Geng Jitra beraya... 

Rezeki depa berjiran dengan Tok Umi, Tok Ayah. Rezeki kami belum sampai lagi duduk dekat dengan keluarga. Mudah-mudahan adalah suatu hari nanti aamin. 

Kali ni Walid baca khutbah JAIS. 

Baju raya Angah pakai kurta masa majlis bertandang Uda, Abang pakai baju raya Walid tahun 2011 kalau tak silap, Kakak pakai baju raya 2021 dengan telekung je haha... Adik je la pakai baju baru. Itupun stock baju lama, beli bila pun tak ingat dah. Ummi pakai baju Sabella je. Ada sepasang lagi yang belum dipakai dari 4 pasang dalam Lucky Box Sabella hari tu. Yang paling segak, Walid-lah. Lengkap dengan sampin dan slngkok 🤗

Walaupun tak best raya kali ni, juadah raya tetap meriah :D Itulah je lah orang kata kegembiraan yang boleh kita usahakan (in control). Nak keluar beraya, nak ziarah kubur, apatah lagi nak balik kampung tu keputusan dan ketetapannya di pihak berkuasa, kita akur (beyond control). 

Pagi raya goreng bihun je. Dodol tuTok Umi kirim tempohari. 

Kali ni Ummi masak rendang campur. Stok daging, limpa dan paru Ummi order dari kawan member. Alhamdulillah menepati janji kali ni. Serik juga kena tipu last 2 years kot. Order berkilo-kilo yang dapat daging 1/2 kilo je! 

Lemang beli je. Nak buat ketupat palas daun takde. Redha je lah bila geng kampung tayang ketupat palas masing-masing di group WA. 

Nasi impit rebus semalam lagi. Kuah kacang order je. Sekilo tu banyak juga. 

Kita bagi jiran-jiran sikit.. 

Kuih raya memang takde buat atau beli, tapi jiran-jiran bagi...

Tq Kak Farah 🌹

Tq Kak Ana 🌹

Tq Uncle Husin 

Tq Cik Aida 🌹

Tengahari Ummi masak nasi beriani ayam. 

Nasi lembik sikit sebab guna beras biasa. Air pun letak terlebih :( 

Petang raya keluarlah merayau sekejap sebab dah bosan sangat. Jumpa orang jual durian, beli selonggok 20 ringgit. Beli juga manggis sekilo sebab pagi tadi nampak atas meja Tok Umi :) Suka betul anak-anak dapat makan manggis. 

Selonggok durian tu ada 6 biji; besar dan kecil campur-campur. Puas betul makan sambil tak habis haha... Ummi pun apalagi, buat stok tempoyak ler... 

Ummi malas nak ramas, nak gaul jadi Ummi masuk dalam chopper. Tret...tret zass siap tempoyak Ummi ☺️

There goes our Raya Haji this year.