Wednesday 26 February 2020

Sambut menantu lagi 🤗



Sekali lagi kami menerima jemputan dari Kak Leha ke majlis perkahwinan anaknya. Tahun lepas sambut menantu perempuan, tahun ni sambut menantu lelaki. Orang Tepen kalau tak silap. Alhamdulillah bertambah ahli keluarga. Cucu pun 'on the way' katanya. Mabruk 'alaikum 🌹

Majlis diadakan di tempat yang sama seperti kenduri terdahulu. Tetamu pun hampir sama juga yang kami jumpa.


Pelamin yang cantik...


 Lauk pauk yang enak...


Putu mayam. Sesekali jumpa di majlis kahwin, jangan dilepaskan 😋


Door gift dari tuan rumah. Angah pesan suruh bawa balik untuk dia. Dia tak ikut sebab penat ikut Walid cuci kubur. Minggu ni turn surau kami bersihkan kubur. Balik dari kubur, 2 bungkus nasi lemak dia baham haha... Penat + lapar 😂


Selain jemputan dari Kak Leha ni, kami juga diundang oleh Atiq ke majlis perkahwinan adik iparnya. Tapi kami hanya mampu hadir ke satu majlis sahaja. Apapun terima kasih atas jemputan.


Didoakan kedua-dua pasangan mempelai beroleh bahagia dan hidup rukun damai dalam rumahtangga.

Terima kasih daun keladi ye Kak Leha :)

Monday 24 February 2020

Pengalaman Joined Kelas Roti Hands Off



Dua minggu lepas, Ummi joined satu kelas membuat roti. Semangat berkobar-kobar nak belajar. Siap berangan lepas ni bolehlah buat roti homemade, mesti anak-anak suka. Kalau rajin, boleh buat side income. Itu niat dan impian Ummi joined kelas roti ni.

Pada hari kejadian... Setiap dari kami diminta mendaftar ikut group masing-masing. Ummi regi thru Pn A. Pn A ni pula cikgunya Cg B. Jadi, kenalah cari kaunter regi cikgu masing-masing. Bila dah divide kumpulan begini, semakin yakinlah Ummi nanti mesti boleh uli tepung sama-sama dgn tunjuk ajar cikgu masing-masing. Pandangan yang sama juga dikongsi oleh rakan-rakan peserta yang lain.


Masa isi form ni tak perasan lagi, ini kelas demo sahaja. Masih bersangka bahawa demo dlm group masing-masing. Nampak pula banyak bilik darjah yang dibuka, urusetia juga sibuk mengangkat segala peralatan seperti oven, mixer dsbnya. Yang paling menarik perhatian pastinya peralatan yang akan digunakan ialah Noxxa HP Cooker. Wah, senanglah Ummi nak 'meroti' kengkononnya...

Kami semua diminta masuk ke dalam dewan. Barulah tersedar dari lamunan bila emcee maklumkan takde penyertaan dari peserta, takde sesi uli tepung dsbnya. Hanya demo semata. Frust le juga :( sebab Ummi datang nak belajar from A to Z tapi bukan ini kelasnya. Untuk kelas sebegitu, yuran biasanya seratus ringgit lebih kata Cikgu Roti C. Tapi ada juga yang murah dan genuine seperti anjuran kumpulan wanita, agensi kerajaan dan NGO. Kena rajin cari info. Kak Shima, salah seorang peserta hanya bayar RM10 ke RM20 untuk kelas anjuran persatuan wanita tempat tinggalnya.

Jadi, sesi pun bermula dengan demo dari 'Cikgu Roti'. Setiap resepi pun bukanlah ditunjukkan dari awal hingga akhir. Skip sana, skip sini. Uli tepung pun guna breadmaker. Ada jugalah dijemput seorang peserta untuk menguli doh dengan tangan. Ada demo guna mixer, cara piping inti bamboloni, hias bun 5 musim, rounding and weighing doh tapi tidaklah detail sangat. Untung juga Ummi duduk depan, nampak jelas berbanding mereka di belakang. Katanya peserta lebih 100 orang that day. Kaum Adam pun ada juga, +-10 orang. Di samping demo, diselitkan juga tips meroti. Dapat juga ilmu.


Ada moderator, ada demonstrator 

Sesi demo ni habis sekitar jam 10.30 pagi. Ingatkan dah setel rupanya ada sharing session dengan 'Cikgu Roti'. Bila masuk bab ni, Ummi dah dapat hidu tujuan kelas ni. Kelas ini hanya pengenalan untuk kita join a bigger program. Matlamatnya untuk mencari prospek. Bak kata seorang trainer, kita tak jual produk, kita jual program. OK, betul sangkaan Ummi. Tambahan pula ada seorang Cikgu Roti cakap, "Dulu masa mula2 joined, sifu saya suruh ajak kawan. Saya bawa sorang kawan, dapat 50 ringgit!". Patutlah sepanjang demo, peserta asyik diminta bertepuk tangan. Macam program motivasi pula 😅 Sesiapa pernah join kelas MLM atau kursus keusahawanan mungkin boleh relate.

Adalah satu pakej program yang ditawarkan pada hari tersebut. Dengan bayaran tertentu, peserta akan diajar membuat roti, kek dan masakan hingga pandai, diajar online marketing dll. Maknanya akan diberi bimbingan oleh pihak penganjur hingga berjaya. Sesiapa yang berminat boleh ambil borang dan bayar deposit minima RM30. Nanti Cikgu Roti kita (ikut group awal tadi) akan contact kita untuk process seterusnya.

Sebelum balik, dapatlah juga merasa roti/bun. Tapi bukan air tangan sendiri, air tangan trainers/cikgu roti. Depa ni pun ada level masing-masing. Yang baju ala chef warna putih newcomer, yang baju hitam demonstrator dan yang baju merah Cikgu Roti. Leaderlah kot pangkat depa ni. Income Cikgu Roti ni katanya belasan ribu. Siapa berminat boleh cuba. 

Anak-anak berebut bun ni. Depa ingat Ummi yang buat :D


Inilah pengalaman Ummi. Walaupun kelas ni tersasar dari tekaan Ummi, tidaklah Ummi pulang tangan kosong. Ada, sedikit sebanyak ilmu dan tips yang Ummi kutip. Antaranya Bread Maker Noxxa tu multi function; boleh uli doh, boleh jadi oven juga 😜

Apa lagi Ummi, startlah menabung.

Sunday 23 February 2020

Happy Birthday to me



Alhamdulillah bertambah setahun lagi umur Ummi. Bila umur dunia bertambah, bermakna makin hampir menuju negeri abadi. Moga Ummi beroleh berkat pada umur yang telah lalu dan yang akan datang. Moga diberi kesihatan yg baik utk beribadah, untuk menjaga keluarga... Sentiasa luas rezeki dan nikmat yang Allah beri, serta bertambah berkat atas setiap nikmat dan kurniaan-Nya.

As usual, we had a modest birthday celebration. Bukanlah nak celebrate apa sangat pun, untuk suka-suka je. Anak-anak ni selagi tak nampak kek birthday, selagi itulah asyik bertanya. Ingat lagi tahun lepas, Ummi tak beli kek. Budak-budak ni asyiklah bertanya, mana kek birthday Ummi? Kenapa Ummi tak beli kek birthday? Bila Ummi nak potong kek birthday ? Finally Ummi beli sponge cake je... Ya Allah, depa punyalah suka sebab dapat juga kek. Kek apa pun tak kisah, janji kek 😁


Adik siap hidang pizaa lagi untuk Ummi :D


So this year Ummi tempahlah kek. Teringin nak makan RV. Alhamdulillah As, my favourite baker boleh buatkan. Ini second time Ummi tempah RV dengan As. Nak try order dengan Mama Adam tapi tak sempat buat sebab  Aunty Shaz banyak order. Plus, budget Ummi pun ciput 🤣🤣🤣

Cantikkan kek air tangan As ni? It was beyond my expectation. Lovely sangat... Thanks As 🌹🌹🌹



Rasanya pun setanding dengan rupanya. Sangat sedap. Sampai Tok pun puji. Tok ni jarang nak makan kek, tapi yang ini Tok makan. Selain kek, Ummi masak Olio Aglio dan goreng fries. Alhamdulillah kenyang hihi... 

Ini pula hadiah Ummi dapat dari my beloved ones;

Hadiah Ummi ni mahal tau. Abang kena ikat perut sebab nak beli untuk Ummi 😅
Tq Abang ❤️

Ini dari Angah... Door gift wedding kat Dewan Beringin plus goodies bag from classmate dia, Fawwaz yang sambut birthday earlier than mine. Memang bajet sungguh Angah ni 😂
Still I love you, Angah. No matter what ❤️

Dari Kakak. Penuh dengan ayat-ayat cinta...
I ❤️ U Kakak 

Ini pula lukisan abstrak dari Adik. Ayat dia "Ummi kan suka warna hijau.."
😍😍😍

Ini dari chenta hati Ummi...

A timely gift sebab dompet lama dari Mexico tu dah lusuh. Thanks B 😘



Saturday 22 February 2020

Majlis Apresiasi PIBG Sesi 2018-2020


Lembaran ke-16, Bab 2, Hikayat 2020 (Ahad) 


Malam minggu lalu kami diundang ke majlis makan malam sempena nak berakhirnya tempoh perkhidmatan Walid sebagai AJK PIBG SRAI. Majlis diadakan di Orchard Villa, Gombak.




Alhamdulillah hampir semua guru dan AJK terlibat hadir bersama keluarga masing-masing.  Kakitangan sokongan seperti pak guard, kerani dan cleaner sekolah juga dijemput.

Orchard Villa ni dibawah pengurusan D'Saji. As usual, no complain about the food and venue. Everything was superb. Tahniah Teacher selaku orang kuat majlis.



Kambing golek 😋

Dendeng daging 😍

Ada sesi tukar hadiah, suka-suka je. Syaratnya harga setiap hadiah tu minima RM20. Setiap hadiah dan tiketnya (ganti nombor) dinamakan mengikut lagu popular tahun 80-an. Nampak nau old school depa ni haha...


Ini hadiah kami.


Ini pula yang kami dapat...
Mesti suka travel ni pemberi hadiah misteri ni :) 

Menjelang 10.30 kami minta diri sebab masing-masing dah mengantuk. Esoknya kan anak-anak nak sekolah.

Sijil dan T-shirt untuk PIBG 

Tak lama lagi selesailah mandate yang diberi. Dua tahun yang penuh warna-warni, ada pahit ada manis sampaikan Ummi pun terkena tempias juga hihi... Takpe, itulah namanya pengalaman yang akan mematangkan kita. Walid pun dah cuba sehabis baik untuk menunaikan amanah yang diberi disebalik segala kekangan. Moga di terima sebagai amalan yang baik.

Wednesday 19 February 2020

Kenduri Udang Galah di Warung Mak Ngah, Leban Chondong, Kuala Rompin



Misi utama kami selepas check out dari resort ialah untuk singgah makan tengahari di Leban Chondong. Leban Chondong adalah persimpangan utama untuk ke Kuantan/Pekan atau Kuala Rompin/Mersing yang akan ditempuh sekiranya kita dari Bandar Muadzam Shah. Di sebelah kiri jalan, ada Medan Selera Leban Chondong manakala di sebelah kanan jalan pula ada gerai-gerai. Kedua-duanya menyajikan hidangan udang galah. Namun, gerai-gerai ini nampaknya lebih ramai pengunjung berbanding medan selera.

Akhirnya jumpa juga si sepit biru ni :) 

Boleh dikatakan semua gerai menyediakan hidangan udang galah dan lauk pauk kampung yang menyelerakan. Menunya hampir sama, bergantung kepada kreativiti peniaga untuk menarik pelanggan. Ada juga yang menjual makanan bergoreng dan berkuah seperti mee goreng udang, mee kuah udang dsbnya. Yang pasti, ini port terbaik untuk menikmati udang galah.


Ummi tertarik dengan gerai Udang Galah Mak Ngah. Inilah yang menawan hati Ummi;


Semangguk penuh udang galah masak lemak. Harganya cuma RM25 semangkuk. Kalau seekor, harganya sekitar rm15 ke atas, bergantung kepada size. Murah sangat walaupun saiznya sedang-sedang sahaja, yang pasti setiap dari kami dapat menikmati sepuas-puasnya udang galah. Semangkuk tu adalah +-5-6 ekor. Jika hari pertama berebut udang seekor, hari terakhir ni sampai kena paksa baru habis 😂 Alhamdulillah rezeki dan nikmat yang disyukuri.


Sekitar gerai... 

Kanopi ni untuk group booking agaknya. 

Gerai Azizah sebelah tu pun ramai juga orang.. 

Bila perut dah kenyang, barulah selesa untuk memulakan perjalanan. Dengan iringan doa, kami mulakan perjalanan. Dalam perancangan, kami hendak singgah di Kuala Pilah untuk beli itik salai.

Namun, siapa sangka ada ujian besar menanti kami di hadapan. Baru beberapa minit memulakan perjalanan, Ummi dapat panggilan dari Makcik... "Na, Abg Cik jatuh motor. Nanti apa2 sy update". Kami masih boleh bergelak dan bergurau masa ni. Tapi panggilan berikutnya selang 15 minit, mematikan kegembiraan kami. Bukan sahaja keriangan kami luput, seluruh jiwa Ummi terasa hancur, luluh segenap sanubari dan terasa terbang segala semangat. Kata Makcik "Na, depa kata dah arwah..." Allahu Akbar! Itulah rahsia Allah. Terasa kerdilnya kita, sekelip mata sahaja takdir berubah.

Maka, kami meneruskan perjalanan terus dari Kuala Rompin ke Ipoh. Hanya Allah yang tahu perasaan kami sepanjang perjalanan. Lemah, letih, lesu, hiba, sayu semua bergaul sebati. Kami sampai selepas 9 jam mengharung perjalanan. Selalunya kunjungan kami disambut oleh senyuman Pakcik dan wajah ceria Makcik, tapi kali ini kami  disambut dengan bacaan Yasin dan airmata Makcik 😭😭😭

Namun, disebalik apa yang berlaku Allah itu Maha Baik. Kami dibiarkan menghabiskan percutian tanpa sebarang gangguan dan untuk itu Ummi amat bersyukur. Walaupun penutupnya pahit, percutian ini tetap menjadi antara percutian terbaik buat kami.

Jom sedekahkan Al Fatihah untuk Pakcik: [Pakcik ~ pergi tak kembali

Tuesday 18 February 2020

Restoran Abe J, Kuala Rompin


Sambung cerita bercuti di Kuala Rompin :)


Amacam, nampak sedap tak siakap stim limau ni? 

Inilah salah satu menu wajib cuba jika anda ke Restoran Abe J, Kuala Rompin. Restoran ni memang terkenal di sini. Bila kami minta recommendation, ramai juga warga tempatan yang suggest restoran ni. 

Inilah kedainya, Restoran Abe J Medan Selera Ikan Bakar.



Kami ke sini sebelum Maghrib jadi suasana kedai masih lengang. Sengaja kami dinner awal sebab malamnya nak berehat di resort sambil menonton fire show. Kedai dibuka pada jam 5 ptg hingga 2 pg katanya.


Mula-mula pilih ikan dulu... Udang dan sotong pun ada tapi sayangnya udang galah takde stok.


Murahkan?

Menu pilihan kami... 


Siakap stim limau ni Ummi bagi 5 bintang. Pertama kali Ummi makan siakap stim limau terus Ummi jatuh chenta haha...
Jika yang kat atas tu versi Restoran Abe J, yang bawah ni versi Ummi. Punyalah teringat-ingat sampai usaha juga masak sendiri. Versi Ummi ni jauh panggang dari apilah kalau nak dibandingkan dengan air tangan Abe J, tapi rasanya sedap juga 😜


Restoran Abe J ni letaknya berhampiran masjid daerah, menghala ke Tg Gemok. Kalau dah nampak masjid tu, terus ke depan sikit. Kedai di sebelah kiri jalan, di Taman Sepakat kalau tak silap namanya. Kalau kita Waze, kemungkinan dibawa ke tempat lama, berhampiran pekan. Sekarang mereka telah berpindah ke tempat baru.

Ada juga gerai sate di sini. Jadi, kami tidak melepaskan peluang untuk cuba sate orang Pahang pula.

Sedap satenya. 

Selesa dan luas kedai ni. Yang paling menarik perhatian Ummi ialah alas meja disini. Mereka menggunakan kain batik sebagai alas. Diatasnya dibalut dengan plastic lutsinar. Cantik dan punya nilai estestika yang tinggi.



Makanan yang disediakan pun sedap. Patutlah ramai yang recommend. Harga makanan pun tidaklah mahal. Kami hanya menghabiskan tak sampai RM40 untuk hidangan makan malam yang enak ni. Alhamdulillah.