Saturday, 31 May 2025

Repeat Breakfast @ Maiishelloud

Pagi semalam kami sekeluarga breakfast di Maiishelloud. Anak⁴ teruja nak makan di sini sebab depa baca entry Ummi sebelum ni; Maiishelloud Berwajah Baru tu :) 

Ikutkan Ummi nak makan roti bakar dan telur ½ masak ni je. Tapi sorang² pulak "nak sikit tau Ummi", terpaksalah ambil makanan berat juga Ummi pun. Terpaksalah sangat hahaha... 

 Ummi pilih bihun Singapore & telur rebus ni. Timun tu sedap; rangup dan segar. 

Pilihan Kakak; Sambal Sotong dan Ayam Bakar untuk lauk nasi lemak ni. Badan kecik, selera besar 🤭

Adik dah tak sabar nak mamam :)
Nasi putih & daging goreng. Dah pandai makan cili sekarang...

Pilihan Walid. 
Sejak bila Walid makan pakai sudu garfu ni ahak 🤭

Angah pun sama, ambil 2 lauk juga; ayam goreng dan paru. Dua² lauk favorite dia. 

Abang pilih Nasi Kerabu lauk Sambal Kerang. 

Air depa nak air kosong je 👍🏻

Untuk semua makanan di atas, campur;

2 cup neskepe ais 
1 cup kopi ais
1 cup neskepe tarik
3 cup air kosong 

Total: RM86

Isi perut kenyang² ni sebenarnya ada tujuan. Cuti sekolah kita nak jalan² makan angin.

Stay tuned 🤗





Cuti Sekolah D2

Hari ni Ummi goreng kue tiau dan rebus telur ½ masak untuk breakfast. Sempatlah Walid pun jamah sebelum pergi kerja. 

Teh Tarik pun dah lama tak buat, kali ni buatlah sebab ianya kesukaan Abang dan Angah. 

Dah kenyang semua, ajak anak² bawa turun almari baju di bilik gegirls. Struggle betul nak bawa keluar almari ni sebab sempit esp nak lepas tangga tu 😅

Pakat pasang rak Rigga ni. 
Nak letak dekat bilik depa, untuk sangkut baju² sekolah, towel dsbnya. Split team; Team Abang & Adik vs Team Angah & Kakak. Sapa menang dapat hadiah :D   

Sebelum hantar Abang Angah ke masjid sempatlah Ummi masak dulu Asam Pedas Ikan Pari ni. Balik solat Jumaat Kakak goreng telur dan potong timun buat pelengkap juadah. 

 Singgah juga di dobi untuk keringkan pakaian. Semalam hujan sekejap kemudian seharian tu mendung. Masuk dryer machine je la senang. 

Walid balik kerja bawa balik lauk Asam Pedas Ikan Pari juga. Rezeki ikan pari hari ni 😁

Acik Solehah hantar biskut raya, selit sekali Kek Pisang. Sedap ya amat kek pisangnya ni. Teringat².

Supper pulak ...
Walid bawa balik keu tiau goreng dari surau.  Depa mesyuarat JK Qurban, adalah makan² sikit ni. Semoga dipermudahkan urusan korban pada harinya nanti 🤲🏻

#Maaf x sempat nak blog walking, cuti sekolah jadual harian bertukar. Slow² Ummi catch up balik 🙏🏻

Friday, 30 May 2025

Cuti Sekolah D1

Rumah kembali penuh dengan penghuninya bila mana Abang Angah dah balik kelmarin. Alhamdulillah. 

Abang joined bengkel Math di UIA. Seharian dia di UIA. 

Otw nak ke kelas tu terserempak dgn Cik Ayu, ibu Aqil classmate SRAI Abang dulu. Abang masuk kelas Ummi sambung bersembang dgn CA. Petangnya tanya CA senang tak nak dapat Grab di UIA petang² ni sebab Ummi malas betullah nak hadap jammed orang balik kerja. Bengkelnya pukul 5.30 baru habis. CA offer tumpang dia je, nanti dia hantar ke rumah. Alhamdulillah terima kasih banyak² orang baik 😘

Hujan 1 Zulhijjah. 
Seronok juga sebab dah lama tak hujan di tempat kami. 

Sampai di rumah Ummi terus masak untuk anak³. 

Menu D1 cuti sekolah. 
Simple² je janji kenyang. 

Malam Abang ada kelas lagi... 

Alhamdulillah a day well spent



Thursday, 29 May 2025

Recap ~ Week 21, 2025

Week 21: 21/5-27/5/2025

21/5 Walid outstation ke Tanah Jauhar.
Ini dekat entrance Johor Port. Simpan sini gambarnya sebagai bukti hadir :D 

22/5 Melawat dobi kepunyaan ex boss Ummi dulu. Tuannya takdelah di sini. Sambil² tu jumpa Uncle Mie ambik brownies utk birthday Adik.

23/5 Kakak dan semua atlet KESUSRAI terima  sijil masing² semasa perhimpunan sekolah. 

24/5 Kontraktor pasang wardrobe di bilik anak⁴. 

25/5 Ummi ziarah Acik Dora, wife arwah Abe.  Alhamdulillah AD berangkat ke Tanah Suci hari ni (29/5). 

26/6 Sekali muka anak soleh berjaya dirakam kamera waktu qiyam. Kusyuk & tawadhuk semuanya 🤭

27/5 Abang terpilih ke Pameran Pendidikan Kerjaya SUKSES. Katanya ada pameran TVET, universiti dsbnya. Eloklah tu, dapat juga input dan info untuk Abang. 






Wednesday, 28 May 2025

Tong Gas Baru Tukar tapi Ada Bunyi & Bau Gas

Tengah rebus ikan untuk boss² dekat luar tu, tiba² api dapur padam. Sah, gas habis ni. Sebab Walid takde, Ummi boleh buat sendiri tukar tong gas. Kalau Walid ada, buka penutup botol pun tak larat :p 

Ambik tong gas spare dekat belakang. Angkat tong gas kosong dan cabut kepala gasnya. Letak pula dekat tong gas baru, eh bunyi berdesir (bunyi angin) tu kuat la. Cuak dah Ummi ni. Pasang cabut, pasang cabut 4-5x masih berbunyi dan ada bau gas yang agak kuat. Ummi risau takut wayar bocor. Tak berani dah nak cuba lagi. 

Sambil² tu Google juga cara nak betulkan keadaan. Alhamdulillah ada caranya cuma Ummi buat tak jadi. 

Here comes my superhero 💪🏻
Berpandukan video di TT, Walid cuba cara yang diajarkan... 

1. Cungkil keluar getah biru ni. Dalam video getahnya warna hitam itu yang Ummi tak berani pulun buat sorang² takut salah getah 🤭

Getah dah berjaya dicungkil (guna pisau) 

2. Basuh dan lap kering getah ni. 

3. Masukkan getah ke tempat asalnya. Tekan bagi masuk betul² ke kedudukan asal.

4. Pasang semula kepala gas. 
Alhamdulillah dah takde bunyi berdesir tu. 

Sumber rujukan: Siakap Keli dan TT

Makanya untuk dinner, dapatlah Ummi masak. 

Walaupun ringkas je, tapi rasa puas makannya bila masak sendiri ni. Alhamdulillah. 

Peringatan: Ini berdasarkan pengalaman kami. Kalau rasa was² atau tak berani, better panggil orang yang lebih layak ✌🏻 


 

Ahlan Ya Zulhijjah

Malam tadi wakil Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Melayu, Dato' Hj Mohd Aseral (Timb S/U Majlis Raja Raja) telah mengumumkan yang tarikh 1 Zulhijjah bagi negeri² di Malaysia jatuh pada 29 Mei. 

Sama² kita perbanyakkan amal² soleh seperti puasa sunat, bersedekah, membaca Al Quran serta zikir² dah istighfar sebanyak²nya. Kata Ustaz, kalau hari lain kita baca Al Quran 2 m/s, 10 terawal bulan Zulhijjah ni cuba gandakan kpd 4 m/s. Kalau biasa sedekah RM1 sehari, cuba up sikit, jadi RM2 sehari. Maksudnya perbanyakkan amalan sebab 10 hari terawal ni sangat istimewa dan besar kelebihannya. 

In Sha Allah kita akan menyambut raya haji Sabtu depan. 

Selalu teka warna baju Tan Sri Penyimpan Mohor Besar Raja Raja tak pernah betul. Kali ni betul tekaan Ummi, tapi bukan Tan Sri yang muncul :)  

Selamat menyambut bulan Zulhijjah dan sama² kita perbanyakkan amal ibadah. 

Tuesday, 27 May 2025

Cari Rezeki Bawa Pulang

Cerita hari Isnin...

Ummi terjaga dalam pukul 4.40 pagi, nampak lampu bilik air dah menyala. Walid dah bangun rupanya. Katanya nak keluar rumah pukul 5 pagi, sebab jam 7.00 pagi dah kena ada di Putrajaya. 

Ikutkan staff di ofis besar WFH, tapi Walid ada tugasan luar, jadi tak dapatlah fully WFH. Tempat tuju pula Putrajaya dan KLIA, dua² tempat yang terlibat dgn penutupan jalan sempena ASEAN Summit. Itu yang keluar awal tu... 

Alhamdulillah, sempat Subuh berjemaah di Masjid Besi. 

Selesai urusan di Putrajaya, ke Dengkil pula. Singgah sarapan di sini. Makan bakso katanya...

Air botol ni Walid beli di kedai ni. Produk import dari Indonesia. Teh Pucuk Harum tu nampak menarik, entah apa rasanya. Belum try lagi. 

Kuih Pau dan coklat beli di Petronas depan SIC. Coklat Kedai Mesra Petronas ni sedap² tau. Harga pun murah. 

Goreng Pisang pun ada... 

Air Jambu ni my current favorite
Gerai sebelah Mr DIY lama, opposite Sushi Mentai SG. Jambu potong pun sedap, rangup 👍🏻 

Tak lupa juga Nasi Kukus Alif untuk Ummi... 


Alhamdulillah kenyang Ummi :D 



Burger Kambing for Dinner

Late lunch sebelah siang, jadi untuk dinner order burger je. 

Ummi order burger kambing, Walid pula burger daging. Anak² nak meatball set

Tapi janganlah percaya sangat, orang Kedah mana boleh tak makan nasi. Kamikan banyak beras :p 

Kakak buat nasi goreng, ada leftover nasi Ummi simpan dalam peti ais. 

Alhamdulillah kenyang 🤲🏻

Monday, 26 May 2025

Adik Turns 9 y/o🎈

Manja Ummi dah genap 9 tahun umurnya alhamdulillah. 

Dia requested nak bawa kek dan makan dengan kawan² sekelas. Mula tu Ummi malas nak layan, takut jadi kalut macam tahun lepas. Janji nak potong kek dengan cikgu lain, tapi cikgu lain yang terpaksa handle sebab kek dah cair 😅 Dia bawa kek indulgence Mamasab tu, memanglah cair topping-nya nak tunggu sampai tengahari. 

Goodies ni semua dia usahakan sendiri; dari nak beli apa hinggalah masukkan dalam beg semua dia planned sendiri. Most of the items pun dia guna duit dia. Cuma minta Ummi Walid tolong bawa gi kedai je. But of course we chipped in here and there

"Ummi tolong beli kek je, goodies Adik buat (prep) sendiri" katanya. 

Tak sampai hati la nak kill her mood so secretly Ummi order brownies dari Cik Isma. Itu yang selit order juga kuih sagu dan puding jagung.

Tersenyum lebar Adik bila Ummi tunjukkan brownies ni. Sengaja beli brownies sebab dah siap potong plus brownies ni tak delicate macam kek. Senang anak² nak makan pun.

Ummi pesan dekat Adik, jangan kacau waktu mengajar cikgu, tunggu habis kelas baru ajak kawan² makan brownies tu. Dan of course  texted juga guru kelas Adik, yang kebetulan masa mengajarnya sebelum masa rehat. Maklumkan sekian, sekian...

Terharu pulak Ummi bila TF ajak satu kelas nyanyi ramai² dan wish Adik. Siap share gambar dan rekod video lagi, itu yang mahal tu. 
Tqsm TF 🫰🏻

Siap pakai crown lagi 🤭
Memang well prepared ye dia nak sambut birthday dengan classmates dia :) 

One with TF 💗

Adik with  Cg M, guru kelas masa dia Darjah 1 & 2. Bday CM sehari sebelum Adik, Adik bagi hadiah dan musical bday card. Bila buka kad tu, ada lagu. Kad lejen haha... 

Belon ni Ummi order dekat souvenir shop di market tu. Dah berkawan dah dgn seller kedai ni, pakat exchange phone number lagi haha... Belon lagi 1 untuk bff Kakak, Nuha. Kembar Adik, tapi tahun lain² :D 

 Kakak dan Geng Adidas dia buat surprise untuk Nuha juga. Masing² nak cipta kenangan dengan kawan², Ummi follow... 

Hadiah dari kawan² dan Ummi Walid. 

Hadiah dari Kakak... 

Mel bagi duit :D 

Semoga Allah sentiasa merahmati Adik dengan kasih sayang dan perlindungan dari-Nya. 

Luv u Adik! 
Jangan besar cepat sangat 🫣