Sunday, 10 November 2024

Parcel dari Tok Umi

Rindu agaknya dengan anak cucu yang dah lama tak balik kampung, Tok Umi hantar sekotak makanan & manisan. 

Jom tengok apa yang Tok Umi kirim...

Halwa Turki

Sambal Bilis Rangup 
Tunggu Abg Angah balik baru buka, pakat rasa sama². Angah suka sambal kering² gini. 

Agar² Kering.
Rindu agar² kering yang arwah Nenek (nenek Walid) buat. Orang dulu² tak guna pewarna tiruan. Tak silap agar² kering arwah Nenek warna merah (sirap) dan putih je. Sekarang dah banyak pilihan pewarna dan perisa. Yang Tok Umi kirim ni ada rasa juga mungkin guna serbuk agar² yang berperisa. 

Kami panggil Biskut Lenga. 
Bijan tu orang Kedah panggil lenga. 

Istafa ni pasaraya yang jual makanan² Timur Tengah termasuk kurma dsbnya. 

Barang² lain... 

Kuih Karas, antara kuih terkenal di Kedah dan selalu dijadikan buah tangan dan borongan di Pekan Rabu. Banyak yang hancur :(  Kuih ni senang berderai, jangan kata kena baling dengan kurier, pegang di tangan pun boleh berderai :) 

Ikan Pekasam, confirm untuk menantu ni. 
Walid dan anak⁴ tak makan ikan pekasam. 
Rugi depa :p 

Tq Tok Umi 😘
 


Saturday, 9 November 2024

Bekal Tuition Kakak (Okt)

Kakak pergi tuition bawa bekal sekarang. Dah jemu order dekat tuition center katanya; asyik rotate menu sama 🀭 Lepas tu kadang takde sayur. Dia suka makan sayur, macam Ummi. Takde sayur rasa tak lengkap juadah. Jadi, Ummi raikan permintaan dia, sediakan lunch box untuk dia start minggu ke-2 Oktober. 

Nasi dan lauk lebih sikit utk dia share dengan kawan². Ada kawan dia tak bawa bekal dan tak order food dengan tuition center. Makan pagi je. Nak bertahan hingga petang, lapar juga tu. 

Selalunya Ummi masak pagi² untuk Kakak, nak melawat Abang Angah pun bawa menu sama jugalah. 

Tambah lauk ayam goreng, kesukaan Angah. Dia ni kalau tau Ummi Walid nak melawat dia, sanggup skip lunch. Nak makan masakan Ummi ☺️ 

Minggu last Oktober takde tuition, jadi takde la bekal :) 



Thursday, 7 November 2024

Cucur Sayur ala LM


Dah siap berbedak, nak keluar ke market. Elok pakai tudung lawa², hujan turun dengan lebatnya. 

Makanya jom la masuk 'ofis'. Hujan² ni lapaq. Padahal kalau tak hujan pun lapaq sokmo πŸ˜†
Try buat Cucur Sayur ala LM, kawan blogger kita tu. 

LM kata letak je apa² sayur jadi Ummi letak kangkung (first time buat cucur letak kangkung ni), kucai, cabai besaq, bawang Holland, kobis dan ikan bilis. 

Lepas tu letak tepung gandum (sekadar nak cantumkan sayur²), garam dan air sejuk. Ummi tambah sikit tepung jagung nak bagi rangup lagi, baking powder dan serbuk kunyit sikit. Maaf ye LM, sedikit derhaka resepi di situπŸ™πŸ»

It turns out so good la ... And crispy too... 
Tq LM resepinya 🌹


Makcik ni dok gelisah nak keluar...
Panjat meja sisi, terjatuhkan pulak penutup canister kaca Ummi πŸ˜‡ Nak ketuk sayang, kita jentik je la telinga tu :p 

Pecah kaca, pecah gelas
Sudah pecah, sila kemas .

Baik, Ummi kemas πŸ™„

Jumuah mubarakah semua 🫢🏻

Selamat Pengantin Baru Eqlima 🌹

Eqlima atau kami panggil Kakak ni anak babysitter Abang dulu; Ibu & Ayah. Sempatlah Ummi tinggalkan Abang di bawah jagaan Ibu utk beberapa bulan sebelum Ummi hantar ke nursery. Ummi kan kerja dulu... 

Masa tu Kakak dan adik³-nya masih sekolah rendah. Anak bongsu Ibu masa tu darjah 2 kot. Then depa pindah. Tahun 2013-14 macam tu la sebab Kakak (Balqis) dah lahir. Confused pulak sebab panggilan sama 😁 

Tak pernah jumpa until last year kot jumpa balik dgn Abang #2. Dia datang rumah jiran install penapis air. Barulah tahu Kakak, Abang #2 & #3 dah graduated. Tinggal yang bongsu masih belajar di Penang. Bangga dengan diorang sebab Ibu Ayah bukan orang senang, tapi bab pelajaran anak⁴ memang depa ambil berat dan sanggup bersusah payah. Ummi pernah tengok depa anak beranak keluar berniaga di pasar malam. Dan paling membanggakan, anak⁴ Ibu Ayah sangat kaya dengan adab. Memang dari awal boleh nampak macamana didikan Ibu Ayah kpd mereka. 

Majlis diadakan di Asiana Grand Hall Selayang, dalam bangunan Emerald Avenue Selayang. 

Cantik dewan ni...

Nasi kenduri sedap sokmo kan ...
Cendol pun ada tu...

Bubur jagung pilihan Ummi. 
Depa semua angkut aiskrim.

Kakak happy finally dapat pergi kenduri 😁 
Kenduri² sepanjang Oktober dia tak dapat ikut, terikat dengan tuition UPKK. 


Untuk Kakak & pasangan, Selamat Pengantin Baru ❤️ 
Semoga kekal bahagia hingga ke jannah hendaknya 🀲🏻

Sekali lagi, tahniah Ibu Ayah dapat menantu sulong. Terima kasih atas jemputannya. 

Wednesday, 6 November 2024

Kakak ~ Ujian Tilawah & Hafazan (UTH) UPKK

Alhamdulillah Kakak dah selesai Ujian Tilawah & Hafazan (UTH) untuk subjek Al Quran UPKK. Turn dia hari ni, hari first. 


UTH terbahagi kpd dua;  Tilawah (baca surah yg diberi beserta soalan² tentang tajwid). 

Bahagian kedua; hafazan. 

Surah² hafazan utk UPKK.
Bukan setakat hafal ayat, kena hafal juga makna, pengajaran, tema, bilangan ayat dan tempat surah  diturunkan (makiyyah atau madaniyyah). Selain tu kena juga hafal Al Fatihah dan 4 Qul berserta terjemahan. 

Ummi pun kena buka buku jugalah nak ulangkaji dengan dia 😁 
Buku ni beli lama dah, alhamdulillah sangat berguna untuk dijadikan rujukan. Buku ni keluaran Syarikat Mommy Happy. 

Kandungannya berbentuk nota;  ringkas tapi padat. 

Alhamdulillah Kakak kata okay ujian dia pagi tadi. Semoga dapat A ye Kakak 🀲🏻



Tuesday, 5 November 2024

Masak² Cuti Deepavali

Cuti Deepavali kali ni takdelah masak² sangat. Kalau masak pun simple² je... 

Chicken Buttermilk utk lunch dengan anak⁴. 
Menu macam ni utk sekali makan sesuailah,  sebab sedap dimakan panas². Malam tu dinner dekat Polperro

Breakfast pagi esoknya. 
Nugget bulan bintang tu comel :)

Buat juga Croissant Inti Scrambled Egg & Nugget. Senang ada croissant ni, sama juga dengan wrap kita olah² je inti dan intinya. 

Breakfast pagi Jumaat. Konsep campak², campoq² 😁 Kuah Bolognese tu frozen, lebihan masak sebelum ni. Spaghetti pun tinggal ⅓ peket je. Kita habiskan... Roti Sardin Jantan, rotinya Angah bawa balik dari asrama. Walaupun sikit here & there tapi kenyang alhamdulillah. 


Late lunch on Saturday
Dinner Ummi order roti John je, Walid pulak beli nasi lemak bungkus. 

Ada lauk² lain juga Ummi masak tapi tak ambil gambar. Up gambar yang ada je la ye...

Ahad Ummi tak masak, kami makan kenduri. Then terus hantar Abang Angah balik ke asrama. 


Happy Birthday to me, Giveaway for you!

GA datang lagi :D 
Kali ni GA anjuran blogger cantik, Mummy Ayu

Sempena birthday Mummy Ayu, beliau adakan GA; Happy Birthday to Me, Giveaway for You. Sweet la Mummy Ayu ni. Birthday dia, tapi dia nak bagi hadiah dekat kita rakan² blogger. Rezeki siapa sama² kita nantikan. 

Syarat²nya simple je; 

1. Buat 1 entry bertajuk " Happy Birthday to me, Giveaway for you!" and link balik ke entry ni

2. Tinggalkan link korang kat bahagian komen entry ni so that Mummy Ayu leh blogwalking ke blog korang & tinggalkan jejak ✅

3. Tu je... πŸ˜‰ 

Tempoh GA; 1/11- 11/11.2024, sempat lagi ni :) 

Happiest Birthday to you Mummy Ayu 🎈 
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT, diberi kesihatan yg baik, luas lagi berkat rezekinya dan bahagia selalu di samping keluarga 🀲🏻 

Jom kita pakat support dan meriahkan GA Mummy Ayu ni πŸ€—




Monday, 4 November 2024

Recap Cuti Deepavali

Cuti Deepavali 5 hari tu kami tak ke mana. Rabu dan Jumaat Walid kerja. 

Day 1: Rabu 

Walid kerja, jadi Ummi dengan anak⁴ lepak di rumah je. Set masa untuk depa belajar pagi dan petang supaya bermanfaatlah cuti ni. Buka sekolah ni masing² dah nak UASA. 
Ummi pun duduk sekali dengan depa, marking buku aktiviti depa. 

Abang joined Seminar PAT by Cg Yasir ni. Antara cikgu yang bagus utk kelas online. Ajar dari basic termasuk cara nak guna calculator kata Abang.

Regi juga Abang kelas Cg Redzwan ni. Ambil dua² kelas Math & Add Math. Yuran CR harga rahmah, RM50 /subjek (4x kelas). Angah dulu belajar dgn CR ni utk persediaan UKKM dan PKSK. Serasi dia dgn CR ni. Abang pun pernah joined kelas CR sebelum ni. Ada rakaman itu yang bagus, boleh buat rujukan jika kurang faham. 

Malam kami keluar makan² sempena bday Kakak

Day 2: Khamis (Deepavali)

Kelas Intensif Hafazan Angah mula hari ni, hingga Sabtu. Online je kali ni sebab 3 hari je. Sehari 2x tasmik. Dia sendiri requested utk join jadi kami daftarkan. Yuran RM50, 6 sesi. Anjuran sekolah dia. 

Petang tu juga Walid bawa Abang shopping seluar slack dia. Seluar sekolah yang kami tempah tu dah hancusss 🀭 Ingatkan tempah awal tahun ni rupanya tahun lepas, padanlah dah menipis :) 

Day 3: Jumaat

Sambung revision...

Kakak dah mula menghafaz utk UTH (Ujian Tilawah & Hafazan) UPKK. 

Layan Adik main Sahibba. 

Day 4: Sabtu 

Pagi² kami dah keluar ke Arena Sukan KL. Kemudian pergi breakfast di Taman Melati. Pilih Taman Melati tu sebab nak ke KL East Mall, nak cari kasut Abang. Paksu Hasif bgtau Walid dia beli kasut dekat KL East Mall. Paksu Hasif pun kaki saiz international macam Abang juga. 

Parked kereta betul² depan main entrance. Kedai buka pukul 10, pukul 9.45 gitu kami dah sampai.  Seram tengok rate valet parking ni RM23 🫣. Tapi sebab belum pukul 10, so takdelah sesiapa mai kutip bayaran. Yang kelakarnya, Walid dengan Abang pusing satu mall tak jumpa kedai yang Paksu Hasif cakap tu... Rupanya kedai tu dekat Melawati Mall! Mujurlah dekat² dua² mall ni. 

Ke sini pulak ...

Abang dan Walid masuk MM. The youngest 3 tu main kat playground while me dok mengimbau kenangan kerja dekat area sini dulu :) 

Dulu syarikat selalu berurusan dengan YGMB ni utk urusan tiket penerbangan. Masa ni Cik Izah handle tiket. Ummi tak sure sangat apa urusannya tapi selalulah disebutnya YGMB ni. 

Kadang Ummi selalu juga parked kereta dengan tepi sana tu (dekat kereta merah). Senang parking dekat sini sebab belakang petak parkir lorong. Kalau parking depan ofis, ruangnya sempit. Masa tu bawa Iswara, takde sensor belakang jadi kena pandai² lah agak. 

Kadang parking juga di lorong belakang ni. Ada sekali tu purse dan spek hitam Ummi tercicir dekat sini. Letak atas tiba agaknya so bila bangun terjatuh. Dalam purse tu ada kad dentist, selain ic, kad bank dan lesen memanduKlinik tu call bagitau ada orang hantar purse Ummi tu  ke klinik depa, dekat Greenwood.  Zaman tu smart phone belum wujud, socmed pun belum berkembang. 

Tapi, spek hitam takde. Syukur sangat dah, tapi sedih juga sebab spek hitam tu pemberian Pakcik, masa Convo Ummi. Apapun, alhamdulillah yang jumpa tu budak baik, depa  berusaha return purse tu. Semoga Allah balas jasa baik mereka. 

Malam Abang joined kelas Bio pula. Regi dia sebab cikgu bio di sekolah dia MC lama. Ada cikgu lain ganti tapi Ummi suruh dia put extra effort dgn join this class

Alhamdulillah bermanfaat jugalah cuti Deepavali ni untuk anak⁴ Ummi. Walaupun tak lekang dengan phone, dengan TV tapi ulangkaji tu buat jugalah. Jadual UASA depa semua pun dapat dah. November ni penuh dengan exam la nampaknya. All the best kids πŸ’ͺ🏻