Saturday, 14 November 2026

Sarapan Sorang-Sorang

Bila duduk seorang di rumah (weekdays biasanya) makan dan masak apa yang ada je...
Jika diberi pilihan masak/makan apa yang ada atau keluar beli sarapan, rela masak lagi. Kalau nak keluar kena bersiap. Bukan melaram tapi kena tukar baju, pakai tudung dll. Elok nak buat semua tu, kalau masuk dapur dah boleh siap dah rebus telur. Gitewww. 
 
Jumaat 
Ada nasi sejuk kira-kira semangkuk, buatlah nasi goreng. Asalnya nak makan telur rebus dengan roti, tapi sayang pulak nasi tu jadi gorenglah. Air tu air zapple. Kakak beli tak habis, Ummilah gigih hari-hari minum sikit-sikit nak bagi habis cepat. Air botol bila dah dibuka tak sedap nak simpan lama-lama. Next PB minggu depan, lambat lagi. 

Rabu makan roti dan scrambled eggs. 

Khamis
Goreng bihun ada ¼ bungkus lebih kurang baki buat bihun sup tempohari. Rencah ikan bilis dan bawang-bawang aje. Letak ayam sikit, kobis sikit, siap. Tabur bawang goreng homemade hari tu dan cili. Air tu kopi Tenom pemberian Kak Amie beberapa bulan lepas. Kemas pantry jumpa 1 pek yang terakhir. 

Alhamdulillah. 

Friday, 13 November 2026

Rezeki Jumaat

Hari Jumaat ni istimewa kan. Sebab penghulu segala hari agaknya, apa-apa yang berlaku hari Jumaat terasa lebih istimewa. 

Mama Iman tak habis lagi dok lelong barang dalam kedainya. Ada orang booking tapi senyap je dah berbulan-bulan tak datang ambil, bayar apatah lagi. Ummi ni pula pantang tengok yang berkenan dan berbaloi untuk dibeli, Ummi belilah. Kali ni beli inner snowcap, buat stock untuk Adik Kakak. 6 pcs cuma RM10. Harga tutup kedai :D 

Bila buka bungkusannya eh, ada tudung 4 helai dan 1 inner snowcap warna biru. Untuk kepastian (wpun ada nama Ummi pada plastik tu) Ummi tanya juga pada Mama Iman. 

"Semua tu hadiah Kak"

Alhamdulillah rezeki. 

Ini pula kek batik Oreo, Aisyah kawan Adik bagi. Sedap! 

Ni kira rezeki juga ke? 
Walid solat Jumaat dengan PMX :D 
Yang tengah berdiri tu bodyguards beliau.

Selamat berhujung minggu semua. 



Give Away - Anniversary yang ke 17 Tahun Blog Saje Suke-Suke

Yeay Kak Notie buat GA lagi! 
Kali ni sempena ulangtahun blognya yang ke-17. 
Tapi kali ni ada tugasan, selalu komen NAK je hehe... Tapi senang je, easy peasy kata orang Berlin :p 
 
Cantiklah banner ni 👍🏻

Senarai tugasan:

#1. Kenapa suka masuk Blog Saje Suke-Suke
- suka sebab Blog Saje Suke-Suke ni perkongsiannya santai dan mesra
- entry tentang kerja Kak Notie (sebelum bersara) yang sedikit sebanyak memberi ruang kepada para pembaca mengetahui tugas & t/jawab para petugas KKM (selain nurse dan doktor), pengalaman travel Kak Notie ke luar negara serta aktiviti bersama keluarga tersayang semuanya seronok untuk dibaca. 
- tanda sokongan sesama blogger dan ruang berinteraksi dengan empunya blog 

#2: Letak link entry dalam komen ✅

#3. Apa yang best bila masuk blog Saje Suke-Suke 
Best sebab dapat baca cerita Kak Notie tentang aktiviti bersama keluarga terutama kakak-kakaknya, pengalaman travel serta konsep blog yang ringan dan ringkas. 

#4. Bagaimana boleh terjebak masuk blog
Jujurnya tak ingat dah macamana mula-mula masuk blog Kak Notie. Tapi, mula kerap jenguk blog Kak Notie bila menang GA telekung dulu. Ke GA lain? Sebab dah 3x rasanya dapat hadiah dari Kak Notie; telekung, kain lace dan tumbler World Cup. Pemurah sangat Kak Notie ni. Orang pemurah dan baik ni ada magnet tau, semua orang selesa dan rasa nak dekat dengan beliau. 

#5. Bagaimana dengan karakter tuan blog bila bercerita
Mesra, ceria dan santai 😁

#6. Apa penambahbaikan dalam blog yang korang harapkan
Harap Kak Notie lebih kerap up entry ✌🏻
Sebab suka baca cerita dan celoteh Kak Notie yang bersahaja

Sebagai tanda sokongan sesama kita jom ramai-ramai meriahkan GA Kak Notie ni 🤗

Pat pat siku lipat, siapa cepat dia dapat! 

Thursday, 12 November 2026

Jalan-Jalan @ Mayang Mall, KT

Perut dah kenyang sarapan di NDAT, masa untuk bakar lemak pula :p

Kami ke Mayang Mall. 


Seronoklah berjalan-jalan dalam Mayang Mall ni. Konsepnya lebih kurang macam Melawati Mall, ada pelbagai jenis kedai/outlets/restaurants pelbagai jenama yang biasa kita dengar dan yang terkenal di Pantai Timur contohnya SMO Bookstore. Anchor tenant pula non other than SOGO. Yes, SOGO. 


Hiasan kolam sempena Deepavali. 
Yang ini bukan ori guna beras tapi readymade.

 Lama tak jejak kaki ke SOGO KL tu, jadi lajulah langkah masuk SOGO KT ni. 

Berkenan beg yang tengah tu. RM39 je. Tak beli pun, cuci mata je. SOGO ni setiap masa ada sale je kan. Kalau nak shopping tu memang banyaklah barang menarik, pada harga yang affordable belaka. 

Zaman student dulu hampir setiap minggu pergi SOGO KL dengan Ibu Min (bestie Ummi zaman Matrik). Jalan-Jalan cuci mata dekat SOGO, cari tudung atau pergi pasar malam Jalan TAR dan penutupnya makan kepci dekat Pertama Complex. 

Kakak suka jumpa jenama tudung/telekung Najjah ni sebab kawan SRAI dia ada nama Najjah. Sini pun ada offer. Hampir beli juga telekung untuk Adik. Tapi Kakak offer telekung dia (new one) kepada Adik. So tak jadi beli. 

Walid beli baju kerja 2 helai. 
Dapat shopping beg SOGO satu. 
Ummi dan anak-anak tak beli apa² pun. 

Outing dengan anak-anak remaja ni depa suka makan minum ja 😁

Kakak nak kopi. 
Belilah Kopi Rakyat untuk dia. 
Dia order air green tea. 
Lawa cup Kopi Rakyat ni. 

Angah nak Coolblog.

 Lama juga tunggu order sebab staff sorang je. Tapi ada kerusi meja disediakan, jadi lepak dulu sini sementara order siap. Walid dan Kakak pula ke outlet Montigo aras bawah. 

Dah, jom gerak. 

Kereta dah bersusun nak masuk KT. 
Kami pun ikutkan nak ke Pasar Siti Khadijah, dalam 3km je kot dari Mayang Mall ni tapi ambil masa 30-40 minit so postponed dulu. Tukar plan pergi pantai yang Abang selalu lepak dengan kawan-kawan. 

Pantai mana? 
Tungguuuuuu 🤗




Sarapan @ NDAT Lagi...

Hari kedua di Ganu.

Itinerary pertama untuk hari ni, sarapan di Nasi Dagang Atas Tol (NDAT). Ini kali kedua kami makan NDAT. Lepas makan kali pertama dulu, terus jatuh hati 😉

Kali ni ramai betul orang, kami sampai jam 8.30 pun meja hampir penuh. Dapatlah satu table. Itu pun terpaksa tambah kerusi sebab meja tu untuk 4 kerusi saja. Lebih kurang ½ jam juga beratur baru sampai turn kami. 

Beratur dalam hujan...
Mujur depa ada sediakan payung. 
Abang que line bungkus sebab nak beli untuk kawan-kawan di hostel. Walid Angah Kakak beratur line makan (dine in). Team Walid sampai kaunter dulu, staff kata boleh je order untuk bungkus sekali sebab kalau ikut turn Abang lambat lagi. Dia suruh duduk makan dulu, nanti depa siapkan order untuk bungkus tu. Konsepnya di sini layan diri.

Nasi minyak ayam goreng pilihan Walid.
Sedap kot makan nasi minyak kenduri semalam, hari ni pun repeat nasi minyak. 

Nasi dagang ikan aye pilihan Ummi dan Abang. Ambil juga telur rebus sorang sebiji dalam gulai tu.

Pilihan Angah dan adik-adiknya, nasi lemak ayam goreng. 

"Rezeki kita Ummi, ayam baru diangkat dari kuali"

Alhamdulillah bertambah sedaplah dapat ayam panas-panas lagi.

Minuman ambil serba dua, kongsi-kongsi minum je sebab Adik dan Angah prefer air kosong kalau makan. 

Green Tea Hulk ni ramai peminat dekat NDAT ni. Rata-rata setiap meja tu ada yang pesan air ni. Ummi pula suka teh ais depa tapi tak order kali ni. Tak berasa nak minum. Lagi pula hujan, prefer minuman panas ie teh tarik. 

Sudahlah hujan, dapat pula kopok lekor panas-panas gini nikmat sangat alhamdulillah. 

Kami order;
Nasi minyak ayam goreng x1
Nasi dagang ikan aye + telur rebus x2
Nasi Lemak ayam goreng x3
Nasi Dagang ayam goreng x4 (tapau)
Green tea Hulk x2
Milo x1
Teh tarik x2
# air kosong FOC

Harga keseluruhan untuk 10 pax (termasuk tapau) serta minuman. Berpatutan harganya; dengan portion yang mengenyangkan, sedap, staff yang friendly dan cekap, sistem pesanan makanan yang teratur dan laju serta suasana kedai pun bersih. 

Alhamdulillah. 


Wednesday, 11 November 2026

Terbeli Kasut @ Vern's Mesra Mall, Kerteh

Sebelum ke kenduri Cg Hj Nordin, kami ke Mesra Mall Kertih dulu. Kami tiba dari Gombak sekitar jam 11 pagi, terlalu awal untuk terus ke kenduri walaupun ikut kad undangan majlisnya bermula seawal jam 10.30 pagi. 

Kali kedua rasanya kami singgah di Mesra Mall ni. Kali pertama masa jumpa Cg Hj Nordin bulan Jun lepas, balik dari hantar Abang masuk Asasi. 

Kolam yang cantik! Kolam ni guna beras. Ummi selalu kagum dengan ketelitian dan kreativiti pembuat hiasan kolam ni. Bukan senang nak hasilkan sesuatu yang estetik begini. Ambil masa dan tenaga juga. 

Tujuan singgah di Mesra Mall ni asalnya nak cuci mata saja, di samping toilet break dan freshen up sebelum ke kenduri. 

Tapi, menarik pulak tengok offer Vern's ni... 


3 pasang kasut (koleksi tertentu) hanya RM100. Sesuailah untuk Ummi dan gegirls. Ummi suruh Kakak pilih dulu jika ada yang berkenan sebab mek sorang ni agak cerewet bab pakaian ni. Dia pula pakai sandal je untuk kenduri ni jadi eloklah kalau beli kasut yang lebih sesuai. 

Alhamdulillah ada yang dia berkenan. 
Ummi suruh Adik pula pilih. Ummi pun sambil-sambil depa test kasut masing-masing tu ambik juga sepasang kasut untuk dicuba. Walid approved jadi jom la grab cepat-cepat 😁

Reusable bag RM4. 
Lawa kan? 🖤🩷
Kotak kasut pun cantik, munga-munga. Memang berbunga-bungalah hati mak bunga dan anak-anak bunga ni dapat kasut sorang sepasang hihi ... Dari nak tengok-tengok aje, terbeli la pulak kasut sorang sepasang. 

Terus rasmi ... 
Walaupun Ummi Adik dah bawa kasut lain, tapi alang-alang terbeli kasut baru ni, nak juga pakai terus. 

Kasut Ummi dan Kakak design hampir sama. Adik pula pilih sneakers. Sesuailah dengan gayanya yang lasak tu. Pilihan Kakak pula lebih girlish. 

Berhadapan dengan Vern's ni, butik Clarks. 

Buat apa tu Angah dan Kakak? 
Besar dah anak Ummi 2 orang ni ☺️
Sneakers sebelah Angah tu Ummi berkenan (warna dark green). Tunggu next trip la kot ada rezeki dapat beli In Sha Allah. 

Ada offer up to 50% discount di butik Clark's ni.
Tak senang duduklah Walid tengok offer tu. Almaklumlah peminat kasut. 

Ikut jugalah balik sepasang. 

Seronoklah bagi kami shopping di Mesra Mall ni. Modern facilities, with lots of kedai/butik dalam ni. Kebanyakannya established and popular brands. Parking luas, tak payah risau. Mall pun setingkat je, senang nak jalan. Paling best tak crowded. 




Tuesday, 10 November 2026

Makan Kenduri di Kerteh, Terengganu

Alhamdulillah, kami dijemput ke majlis perkahwinan anak kedua Cg Hj Nordin. Sewaktu bertemu di Mesra Mall bulan 6 tempohari, CN ada maklumkan dan jemput secara lisan. Time cuti Deepavali katanya. Jadi, inilah tujuan kami singgah dulu di Kerteh, sebelum meneruskan perjalanan ke KT. 

Kali kedua dapat jemputan kenduri ada tema pakaian. Kali ni strawberry matcha. 

Awalnya Ummi nak beli baju baru, demi nak ikut tema majlis. Tapi bila buka almari ada je baju yang boleh disuaipadankan untuk memenuhi tema. 

Mix & match.
Cuba try test dulu, ahli rumah kata okay. 
 Selendang tu Ummi tak pakai. Tak larat nak control ayu haha ... Ialah, kami datang straight dari Gombak pagi Sabtu tu. Perjalanan ambil masa 4 jam ½. Syukur juga taklah jammed teruk walaupun kenderaan banyak. 

Lagi pula, bila sampai di tempat wedding, rupanya venue open air. Kawasan terbuka jadi agak panas bila tengahari time kami sampai ni. Mujur Ummi tak berselendang, macam over la pulak hihi ... Lepas tu lega Ummi tengok para tetamu lain pun tidaklah fully ikut tema yang disarankan oleh tuan rumah. Macam-macam warna pakaian ada tapi kebanyakannya adalah hijau dan pink here and there. Seboleh mungkin masing-masing cuba untuk ikut tema. 

Nama lokasi majlis ni Memoir The Last Garden. 

Pakaian anak³ pun adalah sipi-sipi warna strawberry matcha tu. Seadanya. 

Kawasan majlis yang cantik. Ala-ala taman istana. 

Pengantin tengah photoshoot. 
Mesti cantik gambar kan, hari cerah. Lighting  perfect. 

Jom la makan... 

Menu utama; nasi minyak, ayam masak merah, daging masak apa Ummi tak tahu tapi sedap yakmat dan ikan kering. Ada juga sambal lada celah-celah nasi tu. Sedap dooh nasi dan lauk kenduri Terengganu style ni. 

Tertarik pulak nak cuba. Bila buka bungkusannya, nasi dagang ikan aye. 
Favorite! 

Keropok lekor panas-panas. 
Dah la suasana majlis santai, memang ralit layan kopok lekor ni. 

Apam Balik Ummi tak rasa. Angah ambil ni. 

Ummi ambil agar-agar santan dan satu kuih ni. Gebu macam bahulu tapi ada inti. Kuih manis, intinya savoury. 

Port healing 😁

Terima kasih Cg Hj Nordin atas jemputan istimewa ni. Pengalaman manis dan istimewa untuk kami merasai suasana kenduri di Terengganu dan menikmati juadah kenduri terutamanya nasi minyak Terengganu yang enak. Ummi secara peribadi memang menggemari nasi minyak Terengganu. Nasinya tu sedap, ada rasa manis-manis dan ianya juga tak berempah. 

Kenduri anak Cg Hj Nordin ni kenduri kedua di Terengganu yang kami hadiri. Kali pertama makan kenduri di Terengganu tahun 2009 rasanya. Kenduri kahwin Aunty Nazia. Lauk daging kerbau. Masa tu Abang masih bayi. Bawa sekali arwah Tok, jalan-jalan sambil makan kenduri. 

Cenderahati dari tuan rumah. 

Isinya keropok ikan dan air kotak. 
Sesuai untuk kudapan kami dalam kereta :) 

Terima kasih banyak Cg atas jemputan istimewa ni. Seronok tengok Cg tersenyum lebar bila nampak Walid. Semoga ukhuwah berkekalan hendaknya 🤲🏻 

Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹