Tuesday 28 August 2012

Cerita Raya 2012

Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat kembali ke ibu kota setelah lebih seminggu menghirup udara segar di kampung. Perjalanan yang sungguh panjang, dari Perlis singgah  Ipoh bermalam dan keesokannya kembali ke KL. Penat tapi sangat berbaloi...

Untuk tahun ini, kami beraya tanpa kehadiran orang tua di kedua-dua belah pihak. Umi, ayah dan mak bonda terpilih menjadi tetamu Allah makanya mereka semua beraya di Tanah Suci. Kami beraya dengan , adik-beradik dan sanak saudara sahaja. Suami memilih untuk beraya di TP makanya saya ikut je.. redha je, diakan pemegang kunci syurga saya, tak gitu? It's OK B, lagi 10 kali raya kita raya kat Berlin ye...:)

Awal-awal lagi kami dah set kan senarai ziarah untuk menjadikan Aidil Fitri ini sebagai medium untuk kami mengeratkan silaturrahim, menambah pahala ziarah dan memberi lebih makna pada sambutan kali ini. Waktu inilah yang sesuai untuk kami kenalkan anak-anak pada kaum keluarga. W/pun tak sempat print, senarainya melekat dalam kepala.. namun dek beberapa kekangan dan halangan, tak semua rumah dapat dikunjungi. Kita hanya merancang... 

1 Syawal 1433

Hidangan pagi raya kami adalah lemang, rendang dan soto. Entah apa yang tak kena, soto yang saya masak tidak menjadi - mesti salah rempah nie...:) nasib baik keluarga suami saya tak cerewet, makan je apa yang dihidang. Tapi dalam pada tu, ada jugak SMS nakal dari kazen, hantar ke MIL bagitau "kak ngah buat soto tak jadi!" Hahahaah.... Nasib kau la labu...:) 

Abang saya titipkan pada suami untuk ke masjid sembahyang raya. Suka benar dia, maklumlah dapat ke masjid ngan sepupu aka kembar dia, Haziq. Balik dari masjid, sesi bermaafan dan bergambar seperti biasa. Inilah juga sesi yang paling ditunggu-tunggu oleh anak-anak buah - sesi mendapat duit raya. Budak-budak sekarang, dapat je sampul terus dibuka, ambil duit je. Sampul buang gitu je... esp Abang nie, nak kena tarbiah lagi ni...:) 

Seterusnya sesi ziarah kami bermula. Dengan rumah jiran di depan rumah menjadi mangsa yang pertama, almaklumlah orang tua takde, terpaksalah menumpang kasih dengan jiran-jiran mertua yang semuanya amat baik hati. "Jemputlah, Mak Pah masak soto Singapore" kata tuan rumah.. dalam hati saya, janganlah sapa-sapa bagitau "rumah kami pun buat soto, tapi tak jadi".. heheeheh... kemudian kami ke rumah Mak Normah, juga jiran merangkap best friend MIL. Aik, soto lagi! Macam perli den je... gelak lagi sekali ye... hahaahahaah (panjang skit).

Kemudian, kami masuk kereta masing-masing dan berpecah ikut haluan masing-masing. Adik ipar ke rumah mertua sementara kami sekeluarga ke rumah saudara-mara. Destinasi pertama ke rumah P.Cik Dat. Apa yang saya jumpa? Lemang pulut hitam! Tapi sebab ramai sangat tetamu, segan pulak nak snap gambar, jadi pinjam ngan En Google je.. tq Bang! 

 

Seterusnya, kami ke kampung Wan. Rumah wajib singgah semestinya rumah Ngah Mah. Aiseymen, tahun ni takde plak 'kuih buih tembikai' hidangan raya wajib rumah Ngah. Mungkin faktor usia membuatkan Ngah hanya menyediakan kuih tunjuk-tunjuk je. Alah, kita yang muda ni pun main tunjuk sana tunjuk sini je kan? Kami makan mee tomyam kat rumah Ngah. Kemudian ke rumah Lang Pian, hanya mampu minum air je. Dah sengkat sangat perut, sementelah matahari pun terpacak atas kepala. Melintasi rumah pusaka Wan, rupanya sekarang di sewa mat-mat Bangla. Uish, international betul kampung Wan sekarang! Kemudian kami jenguk sekejap Ngah Yam sekeluarga, duduk kat pangkin luar je. Borak-borak sambil minum air oren, fuh memang meletops! 


Menjelang zohor, kami ke rumah Mak Kodiang. Inilah saat ditunggu-tunggu sebab dah lapar nasi. Tak kira raya atau tidak, selagi tak dapat nasi perut mesti dok nyanyi-nyanyi lagu Hindustan. Even nak eat-eat macam, soto, tomyam, lemang ketupat dia nak jugak nasi. Kami makan nasi tomato dengan dalca dan rendang. Tengah suap Abang, tetiba dia batuk dan muntah. Oh, sungguh tak rela ai! Ai memang alergik dengan muntah. Terbantuk selera tau. TQ Mak Su tolong mandikan Abang and tukar baju..dah baru separuh hari dah tak boleh pakai baju melayu. Next raya kena standby 2 pasang baju melayu agaknya...:) 

Masa ni anak-anak dah layu je.. masing-masing tak larat nak buka mata.. tapi misi ziarah mesti diteruskan sebab ada beberapa lagi rumah wajib yang perlu diziarahi. Kami menuju ke rumah Long Em, namun pintu tingkap semua terkatup rapat. Agaknya beliau sekeluarga tiada di rumah. Langsung kami ke rumah A dan AS. Tujuan utama ingin menziarahi Wa yang sedang sakit. Sampai di rumah AS, abang dah lena, siap berdengkur lagi..hihihi.. penat raya betul. Angkat, letak depan tv rumah AA je.. tidur ye sayang, Umi nak makan nasi tomato. Tinggal Opal je sibuk main sudu garfu. Lepas makan, kami ke rumah AS. Wa nampak uzur sekali. Kali terakhir jumpa, beliau masih boleh duduk. Namun kali ini hanya mampu terbaring. Tak lama di sini, kami pulang ke Jitra. Singgah sebentar di Kg Hijrah, bertemu sahabat baik suami. Abang masih lena... Makan sate 1-2 cucuk kemudian kami berangkat pulang dengan penuh kepenatan namun amat puas sekali kerana berjaya melaksanakan misi ziarah raya dengan cemerlangnya - 10 buah rumah dalam 1 hari! 

Lebih kurang jam 9.30 malam, saya bersiap untuk tidurkan Opal, terdengan riuh-rendah di ruang tamu. Rupanya ada tetamu - 1 biji kereta & 1 biji van! Amek kau. rupanya anak-anak sedara ayah datang beraya! Kelam kabut ngan bibit sediakan apa yang patut. Bila tetamu dah balik, kami semua terus masuk tidur. Esok misi raya ke-2 bersambung, nak ke Berlin plak. Till then...

 









Sunday 12 August 2012

Ada Berkatnya...

Secara tiba-tiba saya rasa syahdu, sendu dan terkesima sebentar sewaktu mendengar laungan azan Asar petang semalam. Bukan tidak pernah dengar azan, tetapi laungan suci itu semalam secara tiba-tiba memberi inspirasi untuk menulis...:)

Teringat kenangan lama ketika kami tinggal menyewa dulu. Hidup saya dan suami ketika itu memang sempoi. Barangan rumah untuk hiasan ruang tamu hanya sekadar ada tv dan meja makan, itupun beli barang second hand...:) TV dibeli dari adik ipar yang baru habis mengaji di U manakala meja makan untuk 6 orang dibeli di kedai perabot, dengan harga RM150 sahaja satu set.. asal ada je masa tu.. maklumlah baru nak belajar hidup...:) adalah tikar buluh sebagai alas ruang tamu. Kami berdua bersetuju untuk tidak membeli barang rumah seperti sofa dsbnya sebab ini rumah sewa, duduk rumah sendiri baru beli. Life goes on as usual, mungkin lebih bahagia kot sebab takde banyak hutang...heheeheh..

 Suatu hari, kami membelek surat khabar (masa tu baca surat khabar pun berkongsi-kongsi.. baru kawen la katakan..:), terpandang iklan rumah untuk dijual. Alih-alih tengok alamat, eh eh dekat je dengan rumah sewa kami. Apalagi, selepas Asar saya membonceng motor suami untuk meninjau-ninjau kawasan rumah tersebut. Tapi tiada sebarang tanda 'for sale'. Pada masa ni, kami TIADA langsung perancangan untuk membeli rumah esp dari segi kewangan untuk downpayment, booking fee dsbnya.. saving plak memang zero masa tu..  Tapi , kami decide jugak untuk call agen and set appointment untuk tengok rumah tersebut. Takde niat nak beli pun.. just nak tengok2.. Then, suami call agent untuk buat lawatan ke rumah tersebut. Setelah tertangguh 2-3 kali akhirnya dapat juga kami melihat-lihat rumah tersebut. Agent tu pandang kitrong macam pelik je, dah lah naik motor, pastu pakaian sempoi giler.. saya pakai track suit je masa tu, maklumlah dekat je ngan rumah sewa... mesti dia ingat, orang ni ada duit ke? Memang takde pun! hahaahah... 

Sekali pandang terus jatuh hati... ingat lagi, keluar dari rumah tersebut, baru perasan surau kat depan rumah.. Aha, dah ada plus point kat situ.. depan rumah pun padang, so takdelah nak berebut parking dengan orang rumah depan. Tambah mata lagi...:) Masa tu agent bagitau, kalau nak kena bayar booking fee RM1000.. saje je nak gertak kitorg tau.. tapi masa ni kitorg dah congak-congak dalam kepala, rasa macam mampu beli rumah nie.. mujur suami kerja bank masa tu, pandai skit dia buat calculation and estimation for this matter. 

Mungkin sudah rezeki, Allah lorongkan jalan yang cukup mudah untuk kami mendapatkan rumah tersebut. Bermula dengan booking fee RM1000 yang dikongsi bersama, kemudian nak bayar 5% deposit kami mula pucat...:) terpaksalah mengadap abang, minta pinjam duit sebab selagi x bayar x dapat S&P untuk draw EPF.. and the rest are history...

Alhamdulillah, kawasan perumahan ini sangat menyeronokkan, w/pun jiran-jiran tidak semesra jiran-jiran di kampung, sekurang-kurangnya kami saling bertegur sapa, mengenali anak masing-masing, main badminton sama-sama... dari segi keselamatan juga memuaskan setakat ini.. 

Berbalik kepada kisah azan tadi, saya amat bersyukur kerana pilihan yang kami buat sangat tepat. Hari-hari setiap waktu kami dapat mendengar suara azan, yang mana pernah saya baca suara azan, zikrullah, bacaan al Quran semuanya dapat melembutkan hati.. bukan sahaja dari surau di depan rumah, tetapi dari surau berdekatan yang bersahut-sahutan. Harapan saya, anak-anak kecil saya akan lebih mudah dididik berkat laungan azan setiap waktu yang mereka dengar, disampin biah yang baik yang dibentuk dalam rumah tangga.. semoga kaki mereka juga tidak akan kekok untuk melangkah ke surau setiap kali mendengar suara azan.. amin. 

Monday 6 August 2012

Penangan Homemade Bubur Lambuk

Semalam adalah cuti umum bagi negeri Selangor, bersempena Nuzul Quran. Makanya saya mengambil kesempatan untuk memasak bubur lambuk untuk hidangan berbuka. Hubyy dah request awal puasa dulu lagi, tapi baru sekarang berkesempatan. Maklumlah, nak masak bubur bukan sekejap, ambil masa... Bila tiba hujung minggu pula, surau kami akan menyediakan bubur lambuk percuma untuk anak-anak kariah. Kalau x sempat ambik di surau, boleh ambik di SG. Tiada bayaran dikenakan, tetapi ikut ikhlas gitew... terpulang berapa kita nak sedekah untuk diorang rolling modal... 

Untuk kali ni, saya buatkan sekali sup ala-ala soto, digandingkan bersama bubur lambuk.. memang meletup! Teringat kembali memori makan nasi bubur di Bandung yang bagi saya sup paling sedap pernah saya makan.... Untuk resepi nanti kita citer kat DAPUR SAYA. Sekarang belum sempat masukkan resepi lagi, insha Allah coming soon.

Alhamdulillah, untuk menu semalam Abang makan 4 mangkuk (kecik je) sekali hadap, and Opal plak berjaya habiskan 1 1/2 mangkuk. Suka sangat sebab anak-anak makan dengan berselera. Opal ni susah sangat nak makan, biasanya 1-2 suap je pastu terus nie geleng kepala & tutup rapat mulut dia, x nak bagi orang suap lagi.. Diet betul anak teruna setahun jagung nie! Bapak kepada anak2, x usah cakap ler...sampai tak mau makan nasi lepas solat Maghrib...:) 

Dipendekkan cerita, kami hampir terbabas sahur pagi tadi... Pukul 5.15 baru terjaga, agaknya penangan bubur lambuk kot....:)

Thursday 2 August 2012

Pecah Kaca Pecah Gelas...

Cuba tenung gambar nie elok-elok ye.... (SEBELUM)
Alhamdulillah, everything is seems back to normal. It's normal to have ups and downs in life.. anything happen for a reason.. just live our life and never forget Allah... sebagai hamba, selayaknya kita diuji dan diduga... 

Anak-anak, hubby, mak and myself semua sudah kembali sihat, jadi saya pun kembali bersemangat meneruskan coretan kenangan di blog kesayangan ini. 

Anak-anak semakin membesar, lasaknya ya Allah... si Abang makin panjang akalnya manakala si Adik makin menjadi-jadi keletahnya.. antara kesukaan Nawfal ialah mengangkut segala mak nenek perkakas dapur ke ruang tamu, habis besen, senduk, penapis, cawan, jag semua jadi barang mainan dia.. sekejap je kita kemas, tengok2 aish ada balik kat ruang tamu... Abang pulak suka benar menolong saya memotong sayur.. Umi, nak potong sawi! Itulah ayat-ayat  cinta dia setiap kali nampak saya di dapur... Namun, karenah dan keletah merekalah penawar lelah yang melengkapkan hidup sebagai seorang ibu.

Macam-macam kisah mereka berdua nie... kata orang anak-anak lelaki memang lasak, letih nak menjaganya... tapi maknya tak kurus2 gak nie...:) Baru-baru nie saya telah menyediakan Sirap Bandung Longan sebagai minuman berbuka. Teringin bebeno nak minum sirap bandung. Mungkin sebab warna yang cantik, Nawfal pun beria-ria nak minum juga. Tak sampai hati, saya pun suapkan air tersebut. Lama benar dia mengemam gelas kaca tu, ingatkan dia menikmati air yang diberi. Tetiba, prak! Ya Allah, budak bertuah nie, boleh digegetnya gelas tu sampai pecah!!! Opal oh Opal, terkejut saya. Tapi syukur, bibir atau mulutnya langsung tiada luka dan kaca tersebut semua saya berjaya keluarkan dari mulut si tembam yang bijak ni. Aduhai, anak-anak oi, kalau selalu begini confirm naik darah umi! 

Tada!!!!!!!!!!! inilah hasil gegetan si kenit kesayangan tu (SELEPAS)