Thursday 21 March 2013

Happy 2nd Bday 'Noty' Nawfal


Pic ni taken on his 2nd bday - malu-malu plak nak tunjuk muka...:)

Pejam celik pejam celik genap 2 tahun usia anakanda Nawfal. Alhamdulillah, he has grown up healthily, wisely and handsomely...:) Not to forget, he is quite naughty, not in -ve way but he is such a keletah, nakal2 skit but the one who can melt your heart! 

Sebagai tanda kesyukuran, saya buat sedikit jamuan di ofis untuk kawan-kawan. Jamuan sarapan, nasi goreng dan teh tarik.




Terima kasih rakan-rakan yang wish bday Nawfal. Semoga doa kalian diangkat, memudahkan  saya membentuk  Nawfal dan Abang anak-anak yang soleh. 


Happy Birthday Anje Busyuk Umi!

Tuesday 19 March 2013

Sukan PASTI Gombak 2013



Since early March, everyday Abang pakai baju sukan ke sekolah. Katanya training untuk hari sukan. Hari-hari cikgu bawak ke padang untuk training.


Makanya, pada 17/3/2013 yang lalu telah berlangsung Sukan Pasti Daerah Gombak, bertempat di Padang Pinggiran BC. Seawal jam 7.30 pagi, kami diminta membawa anak-anak ke padang tersebut untuk pendaftaran dan persiapan. Dengan lurus bendulnya (pengalaman pertama anak masuk acara sukan...:), 7.30 pagi kami terpacak di padang. Kesian Abang, belum sempat bersarapan. Risau pulak saya jika Abang pengsan nanti. Rupanya sebelum acara sukaneka, diadakan dulu acara perbarisan. 

Antara kontinjen yang menyertai perbarisan pada hari itu... guru masing-masing bertungkus lumus untuk memastikan anak-anak didik mereka memberikan persembahan terbaik dan hadir dengan idea kreatif untuk acara perbarisan. Ada yang jadi puteri, pari-pari, bunga matahari (Abang & geng la tu), nelayan, panglima dll. Tahniah untuk para guru!




 

 

Hampir jam 10 pagi selepas acara perasmian, baru bermula acara sukan. Masa nie, saya tangkap Abang, bagi dia makan dulu. Bukan setakat Abang, kawan-kawannya yang lain juga sama - masing-masing 'mengisi minyak' dulu sebelum acara bermula. Namun, saya sangat terharu kerana ibu masing-masing tidak hanya menjamu anak masing-masing tetapi juga kawan anak-anak. Maklumlah, tidak semua ibu bapa yang hadir, ada yang hanya menghantar kemudian ditinggalkan kerana ada urusan lain. Ada yang hadir dengan bapa sahaja, dengan abang dsbnya. Memang kerjasama tip-top sungguh antara ibu bapa dan pihak sekolah. Malah, ibu-ibu juga bertindak sebagai pom-pom girl untuk anak-anak...:) 

Hasilnya? Pasti Abang menang untuk acara perbarisan dan kebanyakan acara sukaneka yang diadakan. Tahniah untuk semua! 

Abang dan rakan sepasukannya yang telah menang acara perbarisan - mereka inilah kebanggaan kami semua
Abang masuk dua acara dan alhamdulillah untuk kedua-duanya dapat pingat. W/pun tempat ketiga tapi yang penting dia belajar, bereksperimen dan berani mencuba. 

Abang 'in-action' untuk acara burung bertelur

Hasil usaha Abang, kebanggaan Umi & Walid

Sebagai kenangan, saya titipkan video acara tersebut. Jemput tengok kat SINI ye.



Monday 4 March 2013

Dining Out~Spring Potato



Jika ada hari istimewa seperti birthday, anniversary atau bonus day biasanya kami akan makan malam sebagai tanda keraian & kesyukuran. Untuk 'celebrate' birthday saya baru-baru ini, kami memilih Spring Potato, Sri Gombak. Restoran ini terletak sebaris dengan restoran Asam Pedas Mak Usu. Both were featured in JJCM.

Dah lama plan actually nak ke sini, tapi kekangan masa selalu membataskan. Masa tengok JJCM dulu (masa Qi masih jadi hos) rasa berkenan dengan food dia. It mainly serves Korean Food, ala2 nak rasa winter sonata gitew.. so we all brave ourselves to try. But no worries, restoran ini juga menyediakan makanan ikut tekak orang Melayu... asam pedas juga makanan ala-carte.

Let's check it out!

'Wall of Fame" - di back drop tersebut terdapat tandatangan pelanggan yang pernah menjamah makanan di sini
 Environment sangat comfy, tak crowded so we can have our dinner dengan tenang dan santai. 




The spring potato - signature dish kat sini. I believe the restaurant is named after this menu

Perferct Taste - RM6.00
Please try this one! Very the delicious.  Rasa ala-ala punch drink with ice-cream on top. 


Nasi Goreng Seafood / RM7.00
 Abang pilih nasi goreng nie, but honestly it tastes biasa-biasa je.


Asam Pedas Ikan Pari /RM7.00 with nasi
Ini pilihan B. Sedap, terasa manis dan segarnya ikan pari ini. Hidangan ni boleh dimakan dua orang kerana lauknya agak banyak (4 ketul ikan pari in a dish)

Bul-go-gi/RM18.00 per set
 Ini pilihan saya. First time ni makan korean food. Not bad. Sedap, tak rugi order.

Total spent: RM47.00 untuk 3 orang makan. Saya rasa berbaloi dengan ambiance, taste dan service yang ditawarkan. 
 
There goes my birthday 'celebration' for this year.

Last but not least, ini hadiah dari ofismate cum sedara cum adik angkat saya. Terima kasih banyak Ti!