Sunday 28 February 2021
Melaka 2021
Friday 26 February 2021
Orang memberi kita merasa...
Wednesday 24 February 2021
Throwback ~ Labu oh Labu
Tuesday 23 February 2021
King dah sihat!
Balik dari Pekan Rabu tempohari kereta Walid, si King berasap! Dalam hati Ummi dah cuak. Teringat peristiwa King rosak di pagi raya 5 tahun lepas. Terus fikirkan soal keselamatan (nak drive balik ke Gombak), jauh jaraknya tu. What if kereta breakdown tengah jalan? Selain tu, kosnya juga besar kalau rosaknya teruk seperti dulu. Ummi suruh Walid segera bawa ke bengkel tapi memandangkan kerosakan bahagian enjin (engine oil leaking) akan ambil masa untuk detect problem (probably kena turunkan enjin) dan mungkin perlu order spare parts untuk gantian sedangkan kami nak balik Gombak hari Sabtu, tawakkal sajalah. Standby minyak enjin untuk top up. Setiap kali berhenti, Walid periksa minyak enjin dan top up jika perlu.
Benar bagai diduga, tatkala mendaki Terowong Menora tiba-tiba ada signal di dashboard yang menyala. Allah sajalah yang tahu perasaan Ummi masa tu. Bahayanya kalau kereta rosak dalam terowong tersebut. Automatik terfikir keselamatan anak-anak. Minta Allah jauhkan sebab kalau kereta kami rosak, pasti akan menyulitkan kenderaan lain juga. Banyak kereta masa tu. Doa usah cakap... Terasa lambat dan jauh sungguh nak keluar dari terowong tersebut. Dah lepas tu, berhentilah tepi jalan top up minyak enjin.
Malam tu bagi King rehat. Esoknya sebelum balik ke Gombak, beli lagi minyak enjin. Sampai di Tapah, hujan lebat. Lencun Walid sebab terpaksa berhenti juga untuk top up minyak enjin. Bila hujan lagi jelas tompok-tompok minyak yang tumpah. Makin risau hati Ummi :(
Alhamdulillah akhirnya selamat sampai di rumah. Esoknya terus bawa ke WestStar. Dari 4/1 hingga 7/2 King 'masuk wad'. Lambat tu bukan sebab apa; priority diberi kepada service kereta, manakala untuk repair secondary. Pastu PKP 2.0, jumlah pekerja dan masa bekerja dikurangkan. In between bengkel tutup 3 hari sebab ada kes +ve. Banyak betul dugaannya. Mujurlah PKP, Walid tak perlu ke ofis. Alhamdulillah, Queen (kereta Ummi) sihat walafiat sentiasa boleh digunakan. Ke Melaka untuk UKKM Abang tempohari dengan Queen-lah.
Sedih tengok :( |
Keluar dari WestStar tu, ingatkan dah OK. Ada lagi yang ujiannya untuk kami huhu... Oxygen Sensor rosak dan ada kebocoran di steering rack. Untuk lebih jimat, kami repair di bengkel biasa sebab jika di WestStar pakai spare part baru dan ori. Bawaklah ke bengkel ayah angkat Walid haha... Bengkel Tauke Leong. Kami ni regular customer dia. Cuma, adakala kami terus ke WestStar untuk major service/repair.
Alhamdulillah hantar pagi, petang dah siap. Semua yang perlu diganti tu Tauke dah buat.
Post CNY goodies from Tauke Leong 😍 |
King ni kami beli second hand. Dah hampir seusia dengan perkahwinan kami. Tapi, masih kuat cuma sekali sekala macam kita juga, jatuh sakit :D
Apapun, banyak jasanya pada kami. Satu Malaysia dah pusing. Be good to us always ye King 💪
Monday 22 February 2021
Abang ~ Pengalaman Menduduki UKKM, PKSK dan Temuduga SMISTA
Memandangkan UPSR dibatalkan bagi batch T6 2020 maka mekanisma baru diperkenalkan sebagai syarat kemasukan antaranya UKKM (diperkenalkan semula) dan PKSK. Semua murid yang berminat layak memohon. Kemudian akan dipanggil untuk ujian kelayakan.
Alhamdulillah selepas beberapa kali ditangguhkan akhirnya selesai sudah ujian-ujian yang perlu diambil untuk melayakkan diri ke MRSM, SBP dan Sek Men Integrasi Sains & Tahfiz (SMISTA) di bawah kendalian Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Setiap satunya memberikan pengalaman tersendiri buat kami terutamanya Abang.
Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM)
11/1 Abang menduduki UKKM di MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin, Melaka.
Memandangkan Abang mohon untuk program Ulul Albab (UA), ada 2 ujian; ujian bertulis (objektif, berkomputer) dan hafazan & jawi. Untuk hafazan ada hafazan surah wajib dan surah pilihan (diberi di pusat ujian, hafal dalam masa 25 minit & tasmik bersemuka dgn ustaz). Manakala untuk ujian jawi, calon diminta menulis semula perkataan rumi ke tulisan jawi. Ada 20 perkataan dan masa yang diberi hanya 5 minit.
Untuk surah wajib (dinyatakan dalam surat panggilan) Abang dapat Surah al Mulk ayat 1-14. Surah pilihan pula Al Israk ayat 1-5). Sesi iv berjalan serentak; 6 panel 6 calon. One to one. Mula dgn hafal surah pilihan kemudian baru surah wajib. Takut lupa kata Abang :D
Jam 3.30 selesai semuanya untuk Abang. Kami hanya datang untuk hantar dan jemput dia, sahaja sebab PKPB masa tu. Untuk lunch, Ummi bekalkan roti dan air sebab in between tak sempat untuk dibawa keluar. Lepas ujian bertulis, rehat sekejap terus masuk bilik kuarantin untuk ujian UA. Besar hati Ummi tengok Abang dah boleh berdikari. Tinggalkan dia sorang-sorang, buat semua sendiri, dah besar anak Ummi ni.
Alhamdulillah UKKM Abang sebelum PKP 2.0, dapat juga kami sekeluarga temankan. Ada yang dapat UKKM di luar Selangor selepas PKP 2.0, terpaksalah berdua sahaja dengan ibu atau ayah. Rezeki masing-masing...
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
27/1 giliran Abang ambil PKSK. Selain ujian bertulis (objektif, berkomputer) ada ujian penulisan iaitu Artikulasi Penulisan. Kalau tak silap, markahnya hanya 10% tapi bab ni yang Ummi paling risau. Untuk persediaan, Ummi daftarkan Abang untuk beberapa kelas antaranya dengan Cikgu Bob dan Cg Zuraidi.
Yang best-nya tajuk yang keluar hari tu Ummi ada discuss dengan dia sebelum ke pusat ujian. Dapat jawab katanya. Alhamdulillah harapnya adalah rezeki Abang.
Untuk PKSK ni Abang hanya ditemani Walid. Itupun sekadar drop off sebab PKP masa ni. Mujurlah dekat.
Temuduga SMISTA
Setelah beberapa kali ditangguhkan, akhirnya 13/2 lepas Abang dipanggil untuk iv SMISTA. Sama juga kali ni, hanya Walid temankan Abang. Itupun drop off juga then balik rumah dulu sebab iv Abang lama, dari jam 11 pagi hingga 3.30 petang. Lunch disediakan. Rezeki Abang :)
Format ujian lebih kurang UKKM; ada ujian bertulis dan hafazan. Cuma, permohonan SMISTA ditapis dulu berdasarkan markah PBD, UPKK, PAJSK dll. Hanya yang lulus kriteria tertentu baru dipanggil untuk iv.
Ujian hafazan agak tough. Calon diberi 8 potong ayat tanpa nama surah dan diminta hafal dalam masa 30 minit. Usai tasmik, ada sesi temuduga. Alhamdulillah penemuduga Abang agak santai orangnya dan soalan-soalannya tidaklah berat. Sekadar tanya pendapatan ibu ayah, pencapaian koko... Soalan bonus untuk Abang, berat berapa? 🤭
Alhamdulillah selesai semua ujian dan iv. Ummi pun lega sangat sebab sepatutnya dah lama boleh tutup buku bab ni. Tapi disebabkan PKP, PKPB, PKPP semuanya terpaksa ditunda. Selagi belum exam, selagi itulah Abang kena buat persediaan, terus belajar subjek sekolah rendah. Sebenarnya dia dah hilang semangat. Selalu tanya "Kenapa nak kena ulangkaji subjek sekolah rendah, Abangkan dah form 1?" Ummi pun sama. Rasa macam tak boleh nak bergerak ke depan selagi tak setel bab ujian-ujian dan iv ni. Sekarang baru rasa lega. Teruskan berdoa untuk dapat keputusan terbaik buat Abang.