Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Monday, 12 June 2023

Happy Birthday FZ 🎉


Cik As jemput ke birthday party FZ dan sepupunya, M Sabtu lepas. Birthday FZ 11/6 tapi sambut awal sehari sebab on the 11th tu Cik As ada urusan. M pula katanya lahir 2 minggu lepas FZ. 

Majlis di rumah ..

Sedap Cik As masak Nasi Hujan Panas, Ayam Masak Merah, Acar Timun dan bihun goreng. Cik Leha pula buat laksa. Ummi makan dua-dua, lepas tu Cik As jemput pula makan bihun goreng. Teringin sebab bihun goreng Cik As sedap. Tapi dah kenyang jadi simpan je keinginan tu. 

Time potong kek Ummi dah balik tapi depa 3 ketul ada dalam gambar tu ☺️ Ahli Geng Main kan, wajiblah ada :D 

Goodies untuk depa, lepas Isyak Mel datang hantar. Untuk Abang pun Cik As titipkan sekali. Ada biskut, pensil sekotak, bubble sebotol dan highlighter pens. 

Untuk Ummi?
Bihun goreng sebekas dan kuih koci buncit 🤩 
Buncit sebab intinya penuh, sedap sungguh! 

Alhamdulillah rezeki tak pernah salah alamat kan?



Thursday, 8 August 2019

Restoran Horizon Garden Seri Manjung


Sambung cerita Lumut... 

Hari kedua kami di Lumut kami ambil peluang untuk berbuka di Restoran Horizon Garden Seri Manjung sambil celebrate birthday Adik yang ketiga. Ummi dah share tentang birthday Adik sebelum ni. Cuma kali ni nak kongsi tentang restoran yang terkenal di Seri Manjung ni. Tempat pilihan untuk acara makan-makan di sini. 


Bab menu/pakej dibuat oleh Walid sebab Walid pernah makan di sini bersama rakan-rakan sekerjanya. Set pilihan ialah set untuk 4 orang rasanya. Dah hampir lupa dah sebab it was on last June. Dinasihatkan agar buat tempahan dahulu terutamanya di bulan puasa bagi mengelakkan masa menunggu yang lama ye. 

Set ni harganya +-RM100.
Berbaloi sebab ada nasi, 4 jenis lauk & air. 

Complimentary buah & kuih


Seronok berbuka di sini. Setiap meja diberikan kurma sejurus sebelum azan berkumandang. Kami sampai pun hampir waktu berbuka sebab berkejar memcari kek  untuk Adik. Mujur dah tempah meja. Makanan pun dah terhidang alhamdulillah. 

Nampak kami bawa kek birthday, terus staff di situ ambil piring untuk makan kek. Cekap! Siap nyanyikan lagu birthday untuk Adik lagi. 




Makanan sedap semuanya pada tekak Ummi. Siakap stim ala nyonya ni katanya hot stuff di sini. Tapi, sebab dah ada tomyam putih, Ummi rasa kalau siakap tu masak 3 rasa lagi sedap. Lebih serasi diregukan. Itu pendapat Ummi. Tapi Walid pilih siakap stim tu nak bagi kami semua rasa keenakkannya. Thanks B! 

Restoran ni dua tingkat. Di bahagian atas juga disediakan surau. Bergilir-gilir kami solat di situ. Bila dah solat, bertambah sedap nak makan. Hati tenang sebab dah tunaikan kewajipan, boleh sambung makan. Memang licinlah kami makan malam tu 🤭

Surau Muslimah





Kek birthday Adik kami beli di sini, bakeri milik bumiputera.. Pelbagai jenis kuih raya yang dipamerkan. That time memang rasa nak beli je tapi mujur juga rushing nak ke restoran tak sempat nak memilih jadi tak beli langsung haha... 





Thank you very much for making Adik's 3rd birthday a very special one.

Horizon Garden Seri Manjung 
No 7 Persiaran PM3/2
Pusat Bandar Seksyen 3
32040 Seri Manjung 
Perak Darul Ridzuan 
Tel: 05 6888 799

Tuesday, 21 March 2017

Happy 6th Birthday Angah!



This cheeky boy turns 6 yesterday. Makin menjadi-jadi karenah dan keletah dia. Anak no 2 lah katakan... Kadang2 sweet kadang2 grumpy :(


Kek beli dekat Bakeri Ria, sebelah balai polis melawati. Suka beli kek kat sini sebab kedai Muslim. Sedap pulak tu. 

We had birthday treat at Sudu & Knife. Kali ni dinner so dapatlah try western food depa. Sedap and worth for money. Portion besar, bukan takat kenyang tapi sengkak he he... Harga standard lah around RM13-14 for main menu; chicken chop, chicken grill etc.


Alhamdulillah we enjoyed the moment. 

May you grow as a healthy, good and excellent son, kind and generous to your siblings and helpful & respectful to your parents always. We love you to the moon and back! 

Monday, 27 February 2017

Cafe UAK



Minggu lepas birthday kita...
Teringin nak makan western food. Kebetulan ada hal di Glenmarie teruslah kita ajak hubby ke Cafe UAK. 

Cafe UAK ni milik Ustaz Abdullah Khairi aka UAK. Cantik tempatnya. Lokasi di Batu 3, Shah Alam. Landmarknya bangunan yang ada polar bear besar tu (sorry can't remember the building's name). Cafe UAK ni kat 'bawah' bear tu :) Ada pintu gerbang bertulis "stone park". 

It is a container building but was equipped and decorated nicely to create a wonderful ambiance. Time kami sampai tu sempatlah jumpa Ustaz sekejap. Ustaz ada guests and tengah bagi talk utk jemaah umrah yang akan dibawa next march. Ada meeting room adjacent to the cafe.








Sempat berangan nak deco rumah macam ni . .

Once seated, apalagi kita teruslah order kan...

Menu untuk minuman.
Untuk food gambar blur.. Sori! 

Yee Mee
Portion besar, boleh makan utk 2 adults

Fish & Chips utk bday girl :)
Until Abang, dia nak chicken chop

Pizza medium size RM18.
Sedap.

Nasi Goreng UAK, RM12.90
Disertakan dengan ikan goreng sekoq


Makanan/minuman ni kami kongsi je rasa sorang sikit but memang kenyang sebab setiap satu tu banyak. Generous portion kata orang Berlin :p Taste wise sedap. Staff and service pun bagus. Total kos RM86.10. 


Entah kereta mewah siapalah park kat sini. Depa dok usha, katanya nak hadiahkan kat Umi sebijik :p

Alhamdulillah thanks B for the birthday treat. Lebiu!